Khamis, 20 Jun 2013

Hulurkan bantuan untuk mangsa kebakaran Sibu

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BTN vs Blogger

Setelah membaca artikal di sana dan di sini, maka hari ini TM nak cerita sikitlah.

Perbezaan pandangan dan pendapat menjadi lumrah manusia. Nak kritik ka, nak balun ka biarlah berpada-pada tetapi perbalahan kali ini dilihat seperti dendam yang tak berkesudahan.

Amarah blogger tersebut telah masuk babak kedua dan ketiga. Segala-galanya berpunca daripada program media sosial.

Kehadiran Raja Ariff ke dalam BTN mendapat reaksi yang kurang baik pada bloggers kerana Raja Arif membawa agenda dan prinsip lama Anwar Ibrahim terutama apabila Raja memperkenalkan gambar pokok demokrasi tetapi semuanya menjadi positif selepas mendapat penjelasan beliau.

Benar bagaimana disebut oleh Jari 9 bahawa segala persengketaan antara blogger tersebut dengan BTN adalah gara-gara program media sosial selepas pelancarannya di PWTC pada November 2011.

Blogger tersebut hanyalah memulakan agenda sebagai pengerusi majlis sahaja tetapi akhirnya menjadi pengarah program dan program pertama dianjurkan ialah di Kota Bahru Kelantan dengan kerjasama beberapa orang bloggers lain.

TM mendapat maklumat bahawa program Media Sosial tersebut adalah program cilok dan tanpa melibatkan jawatankuasa asal yang mengilhamkan program tersebut.

Apabila TM mengkritik program tersebut ia menyebabkan blogger tersebut telah mengarahkan beberapa orang blogger yang terlibat supaya menghubungi TM supaya menarik balik artikel tersebut. Demi rakan-rakan TM mengeluarkan artikel tersebut.

Program kedua dibuat di Temerloh Pahang, TM turut hadir atas jemputan rakan-rakan di sana dan atas tiket Timbalan Presiden 1 Agenda.

Blogger tersebut turut muncul sebagai pemerhati dan bukan pengarah program. Kehadirannya juga kerana dijemput oleh seorang Datuk yang memaksa dia hadir. TM faham kenapa dia dijemput hadir.

Kehadirannya menyebabkan dia malu-malu bila berhadapan dengan TM yang membelasah beliau pada minggu sebelumnya.

Tutup cerita itu.

Program media sosial terus bergerak maju ke hadapan dibeberapa buah negeri dan ramai bloggers ternama dilihat bersama-sama bloggers tersebut. TM memerhati sahaja dengan dari jauh tanpa melibatkan 1 Agenda. Pada hemat TM program Media Sosial tidak akan kekal lama kerana nampak jalan yang dibawa oleh blogger tersebut tidak betul dan ternyata telahan tersebut tepat dan benar berlaku.

Perkenalan blogger tersebut dengan pengarah BTN bermula apabila Raja Arif mula mengambil alih tugas BTN melalui individu bernama Nazari. Melalui Nazarilah blogger tersebut diperkenalkan dengan Datuk Raja dan program pertama ialah perjumpaan dengan penggiat media di Jalan Bellamy. TM seperti biasa tidak hadir walaupun dijemput. Dari perkenalan itu telah merubah cara hidup blogger tersebut dari seorang biasa menjadi somebody yang luar biasa. Tahniahlah atas kejayaan misi dan visi beliau.

Suara-suara sumbang terus diterima oleh TM terutama dalam gelaran Dato pada blogger tersebut Sama ada benar Dato atau tidak terus menjadi persoalan apabila gelaran tersebut sekejap ada dan sekejap tiada pada banner atau back drop atas pentas.

Kontroversi terus menjadi besar setelah seorang kakitangan BTN yang juga blogger membelas Raja Arif dalam blognya. Ia menyebabkan blogger tadi cuba mendedahkan indentiti pegawai tersebut dan lain-lain pendedahan yang menggerunkan. TM tetap baca dan mengikuti perkembangan tersebut. Semuanya kerana kerjasama BTN dengan ABIM.

Baru baru ini blogger tersebut mengaitkan nama Dato Razali Ibrahim turut menjadi mangsa BTN. Apa yang TM tahu ialah Dato Razali yang menjadi mangsa blogger tersebut.

Beliau telah menghimpit timbalan menteri tersebut untuk mendapat dana bagi membangunkan sebuah laman web untuk menteri tersebut tetapi projek tersebut gagal dan satu laman habuk pun tak nampak.

Seorang lagi rakan juga mengadu beliau meminta itu dan ini untuk sebuah projek akhirnya setelah mendapat sebuah ipad, projek hilang entah kemana.

Begitu juga dengan seorang usahawan wanita yang baru menghasilkan satu produk baru. Beliau pun turut menjadi mangsa blogger tersebut dan paling menjengkelkan apabila beliau masuk campur dan memburukkan pengusaha tersebut secara peribadi. Apa jadi dengan produk dan usahawan tersebut sekarang?

Cukuplah sampai disini dan selama 5 tahun menjadi blogger macam-macam ragam manusia dijumpai.

Teringat juga kes Himpunan belia di Putrajaya 2012. TM juga kena getah. Pada mulanya dijanjikan ganjaran jika meletakkan logo dan jika buat artikel akan diberi ganjaran lebih, akhirnya sekupang pun tak nampak. Tak apa lah tak jadi kudis pun sebab TM bukan menjadi blogger upahan, TM ada kerja dan ada gaji yang cukup untuk hidup selesa. Menjadi blogger hanya suka-suka setelah rasa terpanggil apabila mendengar saranan Tun Mahathir agar BN mempunyai ramai blogger untuk menentang fitnah jahat pembangkang yang kini ternyata dalam askar merah dan askar hijau.

TM menulis kerana ingin membetulkan apa yang salah yang diterima oleh rakyat kerana Anwar dan Pas yang banyak menipu.

TM mahu pastikan BN terus membela bangsa melayu sampai bila-bila. TM sayangkan UMNO dan bukan orang-orang dalam Umno, jadi pemimpin datang dan pergi. Umno kekal selama-lamanya. Opportunist dalam Umno memang wujud tetapi biarlah kita hapuskan secara berhemah dan secara politik tetapi bila dah tersingkir jangan jadi seperti al-Jub yang lupa segala-galanya seolah-olah dia tak pernah menjadi ahli Umno.

Cukuplah takat tu, nanti makin jauh dan meleret-leret pula. Jom terjah blog di bawah
http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/06/najibrazak-perlukah-btn-jadi-sandaran.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.