Ahad, 4 November 2012

Krisis Air Selangor: Teknologi Membran VS Langat 2

Kita semakin hampir dengan sasaran tempoh bermulanya krisis air yang kronik di negeri Selangor iaitu pada tahun 2014. Alasan awal kerajaan PR Selangor ketika isu air berbangkit ialah negeri ini tidak mengalami masalah kekurangan bekalan air. Kerajaan PR Selangor juga cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan pusat telah tidak telus dalam usaha menangani krisis ini melalui projek Langat 2.

Apabila terbukti beberapa empangan mencatat jumlah air yang berkurangan secara konsisten seperti yang didedahkan oleh media massa, maka kerajaan PR Selangor menyuarakan penyelesaian dengan cara pembenihan awan yang mana diketahui tidak mampu menjamin penyelesaian secara tepat dan berpanjangan.

Akhir-akhir ini pula, hujan telah turun dengan luarbiasa lebatnya hampir setiap hari di Selangor, namun, ia tidak bermakna yang krisis tersebut telah berakhir dan kerajaan PR Selangor boleh mengeluh lega.

Ini kerana yang menjadi masalah utama bukanlah berkenaan air mentah, tetapi air yang dirawat atau dalam kata lain, masalah ketidakmampuan loji rawatan yang sedia ada untuk menampung pertambahan permintaan yang mendadak setiap tahun. Loji tersebut juga telah uzur dan memerlukan penyelenggaraan dan pemulihan secara besar-besaran untuk memastikan air yang dibekalkan kepada rakyat cukup dan selamat untuk digunakan.

Apabila fakta ini akhirnya berjaya menembusi 'kepala otak' kerajaan PR Selangor, maka Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim mula bercakap tentang perbincangan yang telah dilakukan dengan pakar-pakar bekalan air dari luar negara berkenaan pembinaan loji rawatan air.

Jelas, kerajaan PR Selangor telah dengan sengaja melambat-lambatkan perlaksanaan penyelesaian yang telah dicapai berdasarkan kajian selama 9 tahun oleh kerajaan pusat kerana ingin 'membawa masuk' pihak yang 'dipilih' oleh mereka. Sekali gus membangkitkan soal ketelusan mereka pula.

Bertitik tolak dari itu, Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor telah menegaskan bahawa Selangor tetap menolak projek Langat 2 dan akan menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan kapasiti air terawat di negeri ini.

Debat mengenai penyelesaian krisis air Selangor berterusan sehingga ke hari ini sementara rakyat tertanya-tanya akan kesudahan nasib mereka.

Menurut Khalid Ibrahim, kos teknologi membran hanya menelan belanja RM800 juta berbanding Langat 2 RM3,000 juta.

Di pihak BN pula, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon berhujah bahawa teknologi membran ialah teknologi moden untuk merawat air tetapi tidak dibuktikan boleh meningkatkan kapasiti air dalam skala besar dan dalam jangka panjang. Selain itu, kos yang diperlukan untuk satu loji sahaja adalah sejumlah RM95 juta mengikut nilai semasa tanpa mengambil kira pertambahan loji di kemudian hari yang mana adalah sesuatu yang pasti.

Berhujah secara akademik dan bukan politik, setiap teknologi pasti ada kebaikan dan keburukannya. Begitu juga teknologi membran atau cara tradisional projek Langat 2. Selain itu, jangan sekali-kali mengenepikan hakikat bahawa kerajaan pusat telah membuat kajian yang mendalam dan mengambil jangka masa yang lama untuk mencari penyelesaian yang tepat bagi krisis ini.

Teknologi membran digunakan di beberapa negara di dunia termasuk Saudi, Kuwait dan Singapura. Kebaikannya ialah, ia mampu menghasilkan bekalan air dalam kualiti yang tinggi dengan sistem yang agak mudah.

Membina sebuah kemudahan penapisan membran juga mungkin tidak begitu mahal namun, beberapa perkara selain kos pembinaan permulaan, wajar diambil kira. Antara yang direkodkan oleh kajian pakar ialah:

Teknologi ini memerlukan tekanan yang kuat yang mana walaupun prosesnya pembinaan lojinya adalah mudah tetapi memastikan tekanan yang tepat dan konsisten adalah satu isu dengan kosnya yang tersendiri pula.

Bahan buangan dari penyulingan kadangkala tercemar dan ini juga menimbulkan satu lagi isu iaitu isu pembuangan sisa tercemar.

Bahagian tekanan tinggi membran berpotensi mengumpul sisa yang menyumbat bahagian penapis. Ini membuatkan membran menjadi tidak efisien, mudah rosak dan akhirnya kehilangan daya menyahkuman.

Walaupun pembinaan kemudahan penyulingan membran tidak begitu mahal tetapi membran itu sendiri adalah mahal serta perlu diganti secara berkala. Lebih buruk ialah apabila tiada cara yang cepat dan praktikal untuk mengenalpasti membran yang rosak mahupun membaikinya membaikinya.

Akibatnya, keseluruhan kos operasi akan menjadi terlalu tinggi dengan berbagai kos yang sukar dijangka.

Selain itu, teknologi ini juga tidak mempunyai opsyen aliran yang berbeza-beza di mana ia hanya boleh digunakan sepenuhnya, atau ditutup terus. Justeru, ia tidak mampu 'bertoleransi' dengan keadaan yang tidak dijangka seperti aliran berterusan dalam kadar yang tinggi, cuaca yang tidak menentu dan kerosakan peralatan. Sedangkan ketidaktentuan cuaca, adalah masalah utama di Malaysia hari ini.

Kesemua fakta di atas menjadi faktor penting yang membawa kepada rumusan bahawa teknologi membran adalah sesuai bagi operasi skala kecil, tetapi adalah tidak sesuai untuk operasi berskala besar, apatah lagi luas dan berganda tahun demi tahun seperti pembekalan air di Selangor.

Justeru, sebelum sesiapa menuduh kerajaan pusat tidak telus atau korup, seeloknya terlebih dahulu melihat masalah ini dengan minda yang lebih terbuka tanpa dipengaruhi emosi politik. Lebih dari itu, kesungguhan kerajaan pusat untuk berbuat yang terbaik untuk rakyat tidak wajar dipertikaikan dan kehidupan kita yang selesa selama ini adalah buktinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kelentong Anwar Ibrahim

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANWAR DONG ZHONG BERSEKONGKOL HAPUS AGENDA PENDIDIKAN MELAYU

Antara yang bakal menjadi mangsa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya ialah bidang pendidikan khususnya bagi anak-anak Melayu.

Secara ringkas kewujudan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil sumbangan besar melalui Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960 yang menyusuli Penyata Razak sebelum merdeka pada 1956.

Penyata Razak kemudiannya telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang antara lain menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sekaligus berperanan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.

Ia juga bertujuan mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu di samping mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.

Semua ini adalah dengan objektif untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, bertoleransi, terlatih, liberal dan progresif.

Kemudian bidang pendidikan melalui satu lagi fasa baru apabila Laporan Jemaah Menteri 1979 dibentangkan dengan tujuan utama untuk mengkaji semula matlama-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan bagi memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyrakat yang bersatu berdisiplin dan terlatih.

Pada tahun 1996 Akta Pendidikan digubal yang merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 serta berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dilancarkan pada 1983 menjadi mencetus kepada penggubalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan terakhir Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September 2012.

Ia menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara berdasarkan keberhasilan pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.

Dalam semua dasar, program serta perancangan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 55 tahun sejak merdeka, matlamat memperkasakan pendidikan anak-anak Melayu sentiasa menjadi asas yang kukuh di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Atas dasar pendidikan pro-Melayu inilah berpuluh ribu anak-anak Melayu mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di luas negara di atas biasiswa kerajaa.

Ini tidak termasuk ratusan ribu lagi graduan Melayu yang berjaya dihasilkan melalui institusi-institusi awam tempatan.

Institut Teknolgi MARA telah dinaiktaraf kepada universiti dan kampusnya dibina di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang telah membantu puluhan ribu anak-anak Melayu dari kampung, desa dan luar bandar.

Diperingkat sekolah menengah kerajaan telah membina beratus-ratus sekolah sains dan Maktab Rendah Sains MARA berasrama penuh yang juga menyediakan pendidikan kepada jumlah anak-anak Melayu yang mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Dasar pendidikan pro-Melayu ini bakal terancam dan terhakis angkara seorang yang bernama Anwar Ibrahim yang cita-cita hidupnya hanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Perbuatan beliau menyambut dengan penuh kemesraan kira-kira 500 ahli pertubuhan pendidikan Cina yang ekstrim yang bernama Dong Zhong di Parlimen pada 28 September lalu dianggap satu pengkhianatan amat besar kepada umat Islam.

Apatah lagi tindakan itu seakan dirancang kira-kira dua minggu setelah pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2035).

Mengapa Anwar sanggup berpeluk dengan pemimpin Dong Zhong yang bersikap ekstrimis dan hanya mementingkan agenda pendidikan Cina tidak susuh untuk dianalisa.

Anwar perlukan sokongan DAP untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri sementara Dong Zhong
adalah dahan daripada pokok parti rasis Cina itu.

Ketua Pembangkang itu rela Dong Zhong mempertikaikan Akta Pendidikan 1996 yang mana Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pernah mempertahankan bermati-matian.

Kini Anwar sudah bertukar angin kerana sanggup melayan tuntutan-tuntutan Dong Zhong yang melampaui batas.

Bukankah keterlaluan namanya itu jika Dong Zhong mendesak kerajaan supaya membenarkan mata pelajaran Sejarah berasaskan sejarah China diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)?

Di manakah Anwar meletakkan akal dan otaknya ketika Dong Zhong mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara?

Apakah Anwar kini sanggup anak bangsanya merempat di tanah air sendiri jika Dong Zhong satu hari nanti mampu mencapai hasrat dan cita-citanya yang diperjuangkan sejak puluhan tahun lalu.

Adalah ini satu sifat seorang pemimpin yang bangga digelar Islamik dan kononnya pejuang bangsa?

Dakapan mesra Anwar hanya indikasi kepada satu titik permulaan yang bakal meranapkan agenda pendidikan Melayu ayng dilakukan oleh seorang yang menggelar dirinya reformis dan pejuang rakyat.

ANWAR IBRAHIM PENDERHAKA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.