Isnin, 8 April 2013

6 juta Aku Janji BN diedarkan

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan aku janji BN akan menjadi medium penting dalam memastikan rakyat mengetahui 17 perkara utama yang terkandung dalam aku janji tersebut dengan lebih terperinci.

Menurut Tengku Adnan, kerajaan yang memerintah iaitu BN mahu rakyat menilai sendiri secara sistematik dan kreatif seterusnya membawa kesedaran parti mana yang perlu dipilih sebagai pembela nasib mereka nanti.

Cuma Taipingmali berharap sikap setiap bahagian Umno dan BN tidak menjadikan buku tersebut sebagai tukun dan terperap di bilik gerakan atau pejabat Umno Bahagian dan cawangan.

TM masih ingat apabila melawat sebuah pejabat Umno Bahagian dalam PRK peringkat Parlimen, berlonggok-longgok risalah, akhbar dan bahan-bahan cetakan tersusun kemas di dalam dewan berhari-hari tanpa diedarkan.

Kali ini diharapkan perkara seperti berikut tidak akan berulang lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wajarkah Dewan Pemuda Pas pusat buat kutipan derma jihad yang dinamakan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu.

Sejak bermulanya pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah 12 Februari lalu, Pas dan pakatan pembangkang terus-terusan mempolitikkannya malah parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam menutup sebelah mata apabila pimpinan parti sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuduh ia sebagai sandiwara UMNO.

Sehingga saat berita ini ditulis, tiada mana-mana pimpinan Pas yang menyatakan secara terbuka tidak bersetuju, membantah atau menolak kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa kononnya ia adalah sandiwara semata-mata. Sedangkan, tuduhan itu telah pun mengguris perasaan rakyat Malaysia terutama keluarga pasukan keselamatan negara yang bertugas memerangi pengganas di Lahad Datu.

Selain itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu ceramah di Ulu Tiram, Johor malam semalam masih mempolitikkan insiden pencerobohan itu.

Beliau mendakwa ia berpunca daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak memajukan Lahad Datu sebaliknya ia masih dibelenggu kemiskinan. Sedangkan, jelas umum mengetahui bahawa kumpulan pengganas Sulu itu datang menceroboh kerana ingin menuntut lebih pampasan daripada Sabah.

Banyak lagi hujah Pas dan pakatan pembangkang untuk menghalalkan perbuatan mengaut keuntungan daripada politik kotor mereka dengan menabur tuduhan dan dakwaan songsang berhubung insiden pencerobohan itu.

Namun, yang peliknya, ketika Pas menerusi pemimpin-pemimpinnya masih memaki-hamun kerajaan dan pasukan keselamatan berkaitan insiden itu di pentas-pentas ceramah mereka, parti itu tampak semakin bercelaru pendirian apabila kini melancarkan tabung bagi membantu perwira di Lahad Datu.

Ia dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas pusat dan dinamakan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu. Lebih mengelirukan apabila akaun Maybank untuk menyalurkan sumbangan tidak sama dengan nama tabung itu sebaliknya atas nama Tabung Rakyat Prihatin.

Promosi mengenai tabung itu dilakukan oleh Pas menerusi lidah rasmi online parti itu, Harakah Daily dan ia boleh dilihat menerusi URL http://bm.harakahdaily.net/index.php/home. (Lihat rakaman gambar muka hadapan portal berita Harakah Daily bertarikh hari ini.)

Tiada salahnya Pas melancarkan tabung itu jika dari awal parti tersebut dan para pemimpinnya bersikap positif dan lebih patriotik serta berpolitik matang, iaitu sama-sama menyokong dan memberi semangat kepada pasukan keselamatan yang dikerah memerangi kumpulan pengganas itu, lebih-lebih lagi ia melibatkan maruah negara.

Pelancaran tabung tersebut sudah pastilah tujuannya untuk disalurkan bagi membantu keluarga perwira atau anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu.

Tetapi tindakan melancarkan tabung itu saat ini dilihat seolah-olah langkah terpaksa dan terdesak parti itu untuk menarik kembali sokongan dan perhatian orang ramai setelah menyedari majoriti rakyat Malaysia kini sedang berang dan kesal dengan tindakan pembangkang yang terus-terusan mempolitikkan insiden pencerobohan berkenaan.

Pas mungkin baru terbuka mata dan menyedari bahawa patriotisme rakyat secara umumnya di seluruh negara kini pada tahap memuncak ekoran insiden pencerobohan oleh kumpulan pengganas Sulu itu.

Ini kerana di mana-mana saja dari kedai-kedai kopi, di pejabat-pejabat sehinggalah ke lounge hotel-hotel terkemuka, kebanyakan rakyat bercerita mengenai pencerobohan itu dan masing-masing sentiasa ingin tahu perkembangannya dan nasib setiap pegawai serta anggota pasukan keselamatan yang terlibat.

Pelancaran tabung tersebut sebenarnya tidak lebih sekadar gimik politik Pas untuk menunjukkan parti itu juga prihatin dengan apa yang berlaku walaupun lain ceritanya di pentas-pentas ceramah mereka.

Apa pun tujuan yang tersurat atau tersirat, Pas perlulah memastikan wang yang dikutip itu benar-benar sampai ke tangan keluarga perwira atau perajurit terbabit. Ini penting untuk parti itu membuktikan bahawa ia benar-benar ingin membantu, bukan sekadar tempelen politik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah isu-isu semasa bertajuk "Bila Mana Orang Melayu Kehilangan Kuasa Politik"

Ceramah isu-isu semasa bertajuk "Bila Mana Orang Melayu Kehilangan Kuasa Politik"

Penceramah Mohd Mansur bin Abdul Rahman Aktivis Perhimpunan Hak Asasi Melayu Singapura pada selasa 09 April 2013 jam 9.00 malam diPDM Kg Pinang Timur, PDM Kg Pinang Selatan dan PDM Kg Pinang Utara tapak bersebelahan dewan JKKK Kg Pinang, 34600 Kamunting. Semua orang melayu dijemput hadir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aku Janji BN- Relevankah PR Tuduh Plagiat?

Respons awal pihak Pakatan Rakyat terhadap pembentangan komitmen Aku Janji Barisan Nasional, manifesto mendepani PRU-13 adalah menuduh komitmen BN menciplak dan meniru Manifesto mereka. Malahan, Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah menyatakan BN telah melakukan satu tindakan plagiarisme.

1) Tawaran Aku Janji BN adalah berdasarkan isu kepentingan rakyat. Persoalannya, siapa kata isu-isu rakyat ini adalah hak eksklusif, hak milik terpelihara dan hak cipta Pakatan Rakyat? BN menjalankan kajian terperinci terutama sepanjang Jelajah Janji Ditepati untuk mendasari isu-isu rakyat. Tidak semena-mena, apabila Aku Janji BN mengutarakan isu yang hampir serupa, dituduh plagiat.

Fundamental demokrasi pilihanraya adalah memperjuangkan isu rakyat. Tiada istilah plagiarisme dalam perjuangan mendahulukan rakyat.

2) Kita akui ada beberapa isu yang serupa terkandung dalam dokumen ini. Namun, untuk dituduh plagiat adalah tidak berasas kerana isu kepentingan rakyat ada yang serupa tetapi mekanisme serta kapisiti pelaksanaan tentunya tidak sama. Malahan, jika diamati dan dibuat perbandingan, Aku Janji BN lebih berfokus terhadap kemampuan untuk melaksanakan apa-apa yang dijanjikan.

Method mekanisme dan kapasiti yang nyata berbeza ini, di mana relevannya PR menuduh satu penciplakan?

3) Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop. Disebabkan itu, dalam setiap skop yakni 17 komitmen induk disertakan tawaran janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun mendatang. Turut disertakan adalah 'status quo' dan mekanisme sedia ada yang membolehkan unjuran janji-janji tersebut ditawarkan.

Berbeza dengan PR, dokumen mereka hanya melambakkan 'janji-janji' tanpa menyatakan unjuran semasa membolehkan tawaran tersebut dicadangkan. Malahan, kebanyakan mekanisme adalah tidak jelas seperti melaksanakan pendidikan percuma kerana ada peruntukan RM80billion untuk Projek MRT?

'Status quo', kapasiti dan mekanisme yang dijelaskan dalam Aku Janji BN semestinya menjauhkan jurang keyakinan rakyat kepada dokumen Manifesto PR. Di sini, apakah yang ditiru oleh Aku Janji BN? Sebaliknya, PR yang 'tiru', ambil bajet projek BN untuk dijadikan modal melaksana 'janji khayalan' mereka.

4) Awal-awal lagi YAB Pengerusi BN sudah memaklumkan bahawa BN hanya akan memaklumkan tawaran janji PRU-13 BN selepas Dewan Rakyat dibubar. Logiknya, apakah asasnya apabila ada pihak lebih awal mengumumkan janji mereka kepada khalayak boleh menuduh satu pihak yang memilih masa sesuai dan tepat untuk mengutarakan janji mereka sebagai telah menciplak, meniru dan memplagiat mereka? 

5) Tentang isu turun harga kereta, BN komited ini boleh dilaksana kerana kejayaan rundingan di peringkat AFTA dan FTA. Hakikatnya, harga kereta sudah mulai turun 3%-5% sejak awal 2012. Duti import kereta dari Jepun dan Australia diturunkan dari 15% dan 13.6% sehingga 0% pada tahun 2016.

Malahan, harga kereta RM25,000 sebaimana yang dijanjikan PR, sebenarnya sudah ada dalam pasaran. Rakyat boleh mendapatkan Perodua Viva pada harga tersebut. Andai digunakan method PR, penghapusan cukai eksais dan lelongan AP lebih membawa mudarat kepada ekonomi.

6) Seperkara lagi, Aku Janji BN menawarkan komitmen menyemak Dasar Automatif Nasional untuk menurunkan harga kereta dan meningkatkan daya saing kereta nasional. Aspek peningkatan daya saing kereta nasional langsung tidak dinyatakan dalam dokumen Manifesto PR.

Kerajaan BN insaf terhadap bebanan hutang ditanggung rakyat jika harga kereta tinggi, namun dalam masa yang sama, kita wajar mempertimbangkan survival kereta nasional. Pemfokusan serampang dua mata ini tidak pun dibuat PR, apakah kewajaran dituduhnya BN meniru?

7) Isu Rumah Mampu Milik- BN janjikan sebanyak 1 juta Rumah Mampu Milik boleh dibina atas kerjasama sektor awam dan swasta serta PR1MA. Malah memastikan harga PR1MA 20% murah dari harga pasaran. Ini boleh dicapai kerana pelaksanaan PR1MA sudah pun bermula. PR sekadar menjanjikan 150,000 buah rumah sahaja tanpa penghuraian lanjut berkenaan mekanismenya.

8) Laporan Audit Negara merekodkan tiada Rumah Mampu Milik dibina di Kedah, kondomium mewah mencecah RM700ribu banyak dibina di P.Pinang dan isu kondomium mewah yg dikatakan bakal mengutamakan warga luar di Datum Jelatek, Selangor. Jika itu 'track record'nya, secara jujur, Aku Janji BN lebih meyakinkan dan tiada unsur penciplakan.

Analoginya, nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Restoran PR lebih awal memperkenal menu 'Nasi Rakyat' dan Restoran BN turut memperkenal menu 'Nasi Impian Rakyat'. Dalam konteks ini, wajarkah dituduh ada peniruan mahupun plagiarisme? Kerana rujinya memang serupa, membezakan adalah kemahiran memasak dan kepelbagaian perisa dan resipinya berjaya diadun sebati.

Mudahnya, pimpinan PR sudah kekeringan modal dan berada dalam situasi panik kerana ramai pihak mengangkat dokumen Aku Janji, Manifesto BN PRU-13 sebagai holistik dan realistik terutama dalam mendahulukan rakyat.

Benar, kita tidak mengangkat roh reformasi sebaliknya BN tekad menjunjung jiwa transformasi demi rakyat 1Malaysia. Saf BN percaya harapan rakyat bukan suatu mimpi tetapi jalan menjadikan impian suatu realiti.

Rakyat Didahulukan- Menepati Janji,Membawa Harapan

BN Pilihan Rakyat 1Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Program Bicara PRU

Saksikan mlm ini Dato Fuad Hassan bersama Dr. Ashraf Wajdi dlm Astro Channel 114 TV Al Hijrah jam 10 mlm ini. Program Bicara PRU 13. Gunakan #PRU13 #ManifestoBN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN vs pakatan haram

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Blog Setan Pas Yang Menyerang Taipingmali hari ini.

UMNO JADI BARUA MCA; LEONG SICK TIPU UMNO DAN MAHTHIR; SAPU PROJEK PKFZ; JADI KAYARAYA! SOY EGG PEMIMPIN PRONO MCA MAKI HAMUN; HINA ISLAM DAN HUDUD DEPAN NAJIB; KECUT TELOK SENYUM AJA; KASI RM3JUTA DLM AGM MCA! MANA MARUAH ISLAM; TAK HERAN TOK SETAN UMNO BILANG; KAMILAH (AMENO) PARTI SETAN YG DIKENALI ITU ! NAJIB; " MELAYU TIPU MELAYU" ; KASI BISHOP KRISTAIAN KELULUSAN GUNAPAKAI BIBLE MELAYU PADA 2011; JPM PEMADAM-600-23/1/2011(2) Wwww.nasharrawy.blogspot.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.