Selasa, 1 Oktober 2013

Ekonomi Cina dan Bumiputra, keutamaan untuk Bumiputra

Kenyataan Media              
Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Saya menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang menetapkan pendirian bahawa pihak Kerajaan Negeri akan memberikan keutamaan untuk membantu rakyat yang mengundi BN, berbanding mereka yang jelas tidak menyokong. Tindakan ini sewajarnya dijadikan contoh oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri BN, yang saya yakin turut menerima nasib yang serupa, iaitu dikhianati oleh penyokong DAP, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi memenuhi semua permintaan mereka sepanjang lima tahun lepas. 

Selama hari ini, penyokong-penyokong DAP ini tidak menghargai langsung apa yang telah diusahakan oleh para pemimpin BN dan rata-rata mereka juga tidak berfikir panjang bahawa tindakan menolak BN ini akan akhirnya 'memudaratkan' diri mereka kembali. Dan, sekiranya BN masih lagi meneruskan dasar menunaikan segala apa yang dipinta dalam keadaan sedar bahawa ia akan dibalas dengan pengkhianatan, maka percayalah bahawa peluang untuk menarik balik sokongan penyokong-penyokong DAP ini tidak akan diperolehi sampai bila-bila.

Hari ini pemimpin Melayu khususnya UMNO, harus sedar bahawa masa utk memujuk sudah pun berakhir. Hari ini tibalah masanya kita perlu sedarkan mereka yang telah mengkhianati kita, apa yang mereka akan "hilang" sekiranya mereka terus mengkhianati kita. Sikap mereka yang jelas menunjukkan ketidak sediaan untuk hidup bersama kita sambil berkongsi kek kekayaan ekonomi negara amatlah dikesali. Saya percaya umum sudah maklum bahawa tindakan majoriti daripada penyokong DAP ini yang menolak BN pada PRU yang lalu adalah kerana mereka sudah tidak mahu lagi menerima sebuah Kerajaan yang ditunjangi dan ditentukan hala tujunya oleh orang Melayu. 

Sungguhpun Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Pembangkang berbangsa Melayu, namun beliaulah satu-satunya manusia yang berani menaruhkan nasib anak bangsanya sendiri dengan menjual harapan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta menghapuskan hak istimewa org Melayu atas nama keadilan dan kesamaraataan. Sokongan luarbiasa yang Anwar terima dari penyokong-penyokong DAP ini sebenarnya kerana mereka sudah bosan berkongsi kek kekayaan ekonomi negara bersama dengan kita. 

Kek Ekonomi Sektor swasta sudah lama mereka kuasai hampir sepenuhnya, menjadikan apa yang tinggal untuk dibahagi-bahagikan kepada Bumiputera hanyalah di sektor awam. Itupun hanya sebahagian kecil kerana adanya DEB, yang wujud demi untuk merapatkan jurang sosial antara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Kerana DEB jugalah, ekuiti Bumiputera di Negara ini telah berjaya kita lipat gandakan dari 2.3% sebelum Tragedi 13 Mei 1969, kepada lebih 10 kali ganda kini. Sungguh pun matlamat kita untuk mencapai 30% pegangan ekuiti masih belum berjaya, namun jika tanpa DEB kita pasti ditakuk lama.

Namun begitu, pegangan ekuiti 30% yang disasarkan pun sebenarnya masih lagi satu jumlah yg tidak adil kerana ianya tidak sampai separuh daripada jumlah yang sepatutnya dituntut oleh lebih 64% kaum Bumiputera. Andainya dihapuskan juga DEB, maka apakah nasib terutamanya usahawan Bumiputera yang rata-ratanya bermodalkan kecil dan sederhana? Apa akan jadi sekiranya semua kontrak dan peluang perniagaan dianugerahkan berdasarkan kepada merit semata-mata? Mampukah orang Melayu dan India bersaing dgn kaum Cina yang merupakan pembekal bahan, tokey kuari, pasir, simen dan bahan mentah lain sejak sekian lama? Ini akan mengakibatkan kaum Cina sahaja yang akan menguasai semua peluang perniagaan dan percayalah, akibatnya nanti lebih buruk daripada apa yang berlaku ketika rusuhan kaum di Indonesia tahun 1998 dahulu.

Kita pasti fenomena seumpama ini akan memberikan impak yang sangat negatif terhadap kestabilan politik dan keamanan negara.

Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan dasar daripada YAB Menteri Besar Kedah dalam hal ini selain ingin menasihatkan YB Teresa Kok agar mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum boleh bercakap soal keadilan sosial dan keharmonian kaum. Pernahkah DAP memberikan keadilan kepada penyokong BN
di negeri-negeri yang mereka perintah.

30 September 2013
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mampukah BN Memenangi Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau?

 
Buat masa ini, kebanyakan dari rakyat Kedah tanpa mengira parti masih lagi berkabung atas kembalinya Tan Sri Azizan Razak ke rahmatullah. 
 
Biar apapun kelemahan pentadbiran beliau, tiada siapa dapat menafikan sifat amanah dan kejujuran beliau dalam memperkatakan soal agama.  Allahyarham dihormati di kalangan musuh sebagai seorang yang berpendirian teguh namun, malang sekali, atas alasan yang sama juga arwah diragui di kalangan rakan hanya kerana enggan meneggakkan benang yang basah. 
 
Kerana ketokohannya, acara pengebumian Tan Sri Azizan menyaksikan ribuan manusia sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk.  Adalah dilaporkan di kalangan keluarga beliau sendiri tidak sempat menghadiri pengebumiannya akibat tersekat dalam kesesakan.  Ada juga di kalangan warga emas yang terpaksa membatalkan niat untuk menghadirinya kerana tidak mampu berjalan jauh memandangkan tiada ruang untuk meletak kereta lagi di kawasan sekitar. 
 
Begitulah pemergian arwah amat dirasai dan ditangisi oleh semua yang tahu menghargai perjuangan murninya yang berasaskan perpaduan ummah. 
 
Namun, lumrah dunia ini adalah terikat pada peraturan di mana yang hidup perlu meneruskan kehidupan.  Dan peraturan itu juga menyatakan bahawa Pilihanraya Kecil perlu diadakan segera bagi menentukan wakil DUN Sungai Limau yang sebelum ini disandang oleh arwah. 
 
Dato' Mukhriz yang diketahui begitu kerap melawat arwah ketika sakit dan paling pantas tiba menziarahi jenazah di hospital kini perlu berhadapan dengan cabaran besar untuk memastikan BN berjaya mengatasi PAS dalam PRK Sungai Limau.  Cabaran ini sekali gus merupakan cabaran peribadi ke atas kemampuannya terutama dalam menghadapi pertandingan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan nanti. 
 
Kerusi Sungai Limau telah menjadi kerusi 'tetap' arwah sejak 1995 lagi tanpa gagal.  Justeru, cabaran yang dihadapi oleh Mukhriz bukannya calang-calang kerana orang-orang Sungai Limau sudah terlalu biasa dengan PAS, yakni, dengan Ustaz Azizan.   Tidak keterlaluan dikatakan bahawa memilih Ustaz Azizan dan PAS bagaikan 'kewajiban' kalaupun bukan 'budaya' masyarakat setempat.   
 
Faktor calon pastinya memainkan peranan besar dalam PRK ini.  Setakat ini 3 nama telah disebut-sebut sebagai calon BN, namun masih tiada kepastian lagi. 
 
Untuk negeri Kedah, Sungai Limau adalah kawasan 'terbaik' bagi PAS selepas Tokai. 
 
Dalam PRU-13, terdapat 27,287 pengundi berdaftar di Sungai Limau dan peratusan mengundi ialah 89.43%.  Dari jumlah itu, 93% adalah dari kaum Melayu dan 7% lagi adalah Cina. 
 
Apa yang menarik ialah Ustaz Azizan pada waktu itu dicabar oleh sepupunya sendiri iaitu Fadzillah Mohd Ali serta dua lagi calon Bebas.  Arwah menang dengan 13,294 mengatasi Fadzillah yang mendapat 10,520 undi.  Calon-calon Bebas masing-masing hanya berjaya mendapat tidak lebih dari 100 undi. 
 
Jumlah majoriti kemenangan Ustaz Azizan bagaimanapun menurun dari 3,212 pada 2008 kepada 2,774 pada 2013. 
 
Hakikat bahawa arwah ditentang oleh sepupunya sendiri dan menang dengan jumlah majoriti yang berkurangan, boleh dilihat sebagai petanda bahawa BN mempunyai peluang untuk menang di sini. 
 
Apa yang pasti, bahawa bukan semua, termasuk dari keluarga Ustaz Azizan sendiri di Sungai Limau, yang mendokong perjuangan PAS.  Malah, jika kena calonnya dan kena gayanya, orang-orang Sungai Limau mampu beralih arah kepada BN. 
 
Pembaharuan pemikiran generasi baru mungkin merupakan antara sebab majoriti Ustaz Azizan menurun sedikit dalam PRU lalu.  Sedikit demi sedikit penduduk Sungai Limau pastinya mendambakan pembangunan yang mampu membawa peluang pekerjaan dan mengeluarkan mereka dari keadaan statik sejak berkurun lalu.  Jika perkara ini dapat ditekankan dengan betul, tidak mustahil BN mampu merampas Sungai Limau dari PAS. 
 
Selain itu, secara dasarnya, Sungai Limau tiada bezanya dengan kawasan-kawasan PAS yang lain.  Rata-rata penduduknya meletakkan agama sebagai faktor utama untuk memilih pemimpin. Kalau tidak salah, terdapat sekurang-kurangnya 4 sekolah agama berkonsepkan pondok di kawasan ini.  Ini sudah cukup untuk menggambarkan kehendak dan kecenderungan masyarakat di sini. 
 
Justeru, BN perlu memastikan memastikan calon yang diletakkan mempunyai pegangan dan pengetahuan agama yang cukup mantap bagi meyakinkan penduduk setempat. 
 
Kesimpulannya, sekiranya BN serius untuk menang di sini, maka kepimpinan perlu meletakkan calon yang mempunyai pengetahuan agama yang cukup serta mampu pula membawa perubahan dan anjakan pemikiran serta pembangunan di Sungai Limau. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CEC DAP:   “2576 – 845 – 17 = 20 Pemenang Asal”?

 
Ayat Matematik di atas adalah contoh bagaimana Pemilihan semula CEC DAP dijalankan sehingga membawa keputusan yang 'tidak lari jauh' dari keputusan terdahulu.  Walaupun keputusan ini berjaya memberi kelegaan kepada parti itu, namun ia tetap tidak mampu menyelamatkan air muka Guan Eng dari jatuh selaras dengan undiannya yang jatuh ke tangga ke 5. 
 
Untuk pengetahuan semua, 2,576 adalah jumlah perwakilan yang layak mengundi dalam CEC DAP.  Bagaimanapun, 845 perwakilan telah tidak hadir dan menjadikan jumlah yang hadir pada Kongres Pemilihan Khas pada 29 September lalu hanyalah 1,731 sahaja. 
 
Dari jumlah itu, 6 orang tidak mengundi lalu menjadikan jumlah perwakilan yang mengundi hanyalah 1,725.  Adalah difahamkan, dari jumlah 1,725 ini terdapat juga 'pengundi hantu' dari kalangan mereka yang telah dipecat dari parti termasuk Jenice Lee. 
 
Dari situ pula, 17 dari 68 calon yang bertanding menarik diri di saat akhir.  Ini menjadikan jumlah yang bertanding hanyalah 49 orang sahaja. 
 
Dan dari 49 orang ini, hanya 20 orang yang perlu dipilih oleh 1,725 perwakilan untuk menganggotai Jawatankuasa Pusat parti DAP.  
 
Walaupun menarik diri di saat akhir bukanlah sesuatu yang melanggar undang-undang, namun kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki adanya sesuatu yang tidak kena apabila jumlah yang menarik diri itu begitu ramai iaitu hampir 1/3. 
 
Begitu juga dengan jumlah ketidakhadiran yang jauh lebih ramai dari jumlah mereka yang tidak menerima notis mesyuarat sebelum ini iaitu 753 orang. 
 
Lebih pelik lagi apabila undi Zairil melonjak ke tangga 12 sedangkan kemenangannya sebelum ini juga difahamkan atas manipulasi dari kiraan semula.  Malah, kita difahamkan bahawa Zairil sendiri terkejut dengan kemenangannya.  Tidak cukup dengan itu, DAP juga tidak serik mengambil sikap keterlaluan dalam menonjolkan Zairil sebagai Melayu sedangkan beliau adalah 100% Cina! 
 
Maka tidak hairanlah apabila masih terdapat suara-suara lantang yang marah serta rungutan tidak puas hati di kalangan ahli-ahli DAP walaupun pemilihan semula telah pun selesai dijalankan. 
 
Walaupun ahli-ahli DAP ini mungkin tidak dapat membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena, namun kita pasti, mereka kini telah belajar sesuatu yang menyakitkan berkenaan parti yang disokong mereka.  Hakikatnya, parti DAP adalah parti rasis, chauvinis yang dipimpin secara diktator oleh keluarga Lim dan Singh. 
 
DAP adalah sebuah parti yang tidak mungkin berlaku jujur dan tidak mungkin akan berani bersaing atas dasar meritokrasi dengan sebenar-benarnya.  Ketahuilah bahawa selagi boleh, puak-puak DAP ini akan memanipulasi, menipu dan melakukan apa saja untuk 'menang' walaupun mulut mereka tidak henti-henti melaungkan keadilan, ketelusan dan kesamarataan. 
 
Untuk ahli-ahli DAP terutama dari kaum bukan Cina untuk terus menyokong parti itu, mereka semestinya berada dalam dunia khayalan atau pun buta sepenuhnya. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Konspirasi Nam Tien (Cina) Hapuskan Kuasa Melayu?

Oleh A. Sufian

Penulis berkesempatan untuk mengikuti satu simposium yang bertajuk "Mendepani Agenda Asing: Melayu Dalam Krisis Kepimpinan" yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Putrajaya pada 28 September yang lalu.

Pelbagai perkara telah dibincangkan di dalam siposium tersebut melalui sesi dialog bersama tokoh-tokoh ilmuan, ekonomi dan sejarah Melayu. Namun begitu apa yang begitu menarik perhatian penulis adalah sesi dialog pertama yang diterajui oleh Puan Zaharah Sulaiman seorang penulis dan pengkaji sejarah dari Persatuan Arkeologi Malaysia.

Tajuk yang dibawakan oleh Puan Zaharah Sulaiman adalah "Konspirasi Penghapusan Bangsa Melayu: Fokus Agenda Nam Tien". Penulis agak terkejut dengan beberapa pendedahan yang telah dibuat oleh Puan Zaharah. Namun begitu setelah penulis kembali ke rumah dan membuat sedikit kajian sendiri, penulis dapati bahawa apa yang dikatakan oleh ahli Persatuan Arkeologi Malaysia itu sememangnya benar.

Menurut kajian yang telah dilakukan, sejarah bangsa Melayu tidak bermula dengan pembukaan Melaka oleh Parameswara. Orang Melayu telah lama bertapak di Asia Tenggara beribu-ribu tahun lagi awal daripada pembukaan Melaka. Kerajaan-kerajaan kuno yang diwar-warkan sebagai permulaan sejarah Melayu seperti Kerajaan Kedah Tua dan Empayar Melaka adalah kerajaan yang moden jika dibandingkan dengan permulaan bangsa Melayu.

Sejarah telah membuktikan bangsa Melayu menjadi tumpuan dunia kerana keupayaan tanah-tanah di Nusantara yang menghasilkan emas yang banyak. Oleh itu ia menjadi impian semua empayar kuno untuk menakluki Nusantara yang penduduk asalnya adalah orang-orang Melayu. Dikatakan pada ketika itu takrifan kawasan Nusantara adalah sebegitu besar. Lingkungan Alam Melayu dari timur ke barat bermula dari Pulau Easter, Hawaii dan Madagascar. Dari Utara ke Selatan pula ia bermula dari Pulau Farmosa, Filipina Champa, Funan, Siam Malaysia, Indonesia, Pulau-Pulau kecil di Pasifik dan juga New Zealand. Hakikatnya pada ketika itu, semakin jauh ke Selatan Nusantara, semakin kuat sesuatu kerajaan Melayu di awal sejarahnya.

Namun begitu, dek terlalu kaya dengan hasil bumi yang mewah, ditambah pula dengan kecekapan pemerintah-pemerintah Melayu dalam menguruskan sumber, kekayaan orang Melayu amat dicemburui oleh empayar besar dunia. Ini termasuk Negeri Cina. Kegiatan emas dan bijih-bijih berharga dari perut bumi Melayu telah mengundang kedatangan bangsa-bangsa asing.

Bermula dengan pencerobohan dan rompakan emas Kerajaan Melayu Champa oleh seorang Gabenor dari Cina yang bernama Tan Henzhi. Satu gerakan seolah-olah dilaksanakan untuk menawan keseluruhan Tanah Nusantara yang menjadi pusat pemerintahan orang Melayu. Gerakan ini dinamakan sebagai Nam Tien atau dalam bahasa Melayu "Gerakan ke Selatan". Gerakan ini diusahakan oleh golongan penakluk, untuk mengepung dan menolak orang Melayu hingga ke 'penghujung dunia'.

Berikutan dari ledakan penambahan orang Cina di Thailand, Kemboja dan Vietnam sehingga mereka menubuhkan bangsa keturunan mereka sendiri yang digelarkan sebagai Dai Viet telah menyebabkan orang Melayu semakin dipinggir di negeri sendiri. Kini mereka berevolusi menjadi bangsa Khmer (Kemboja), Thai (Siam) dan Hmong, Mong dan Miao (Vietnam). Walaupun kini mereka memanggil diri mereka sebagai orang Thai, Kemboja atau Vietnam, mereka masih lagi berpegang teguh dengan ideologi asal kedatangan mereka ke Nusantara. Mereka terus berusaha hingga sekarang agar orang Melayu pupus dari muka bumi dan mereka berjaya menakluki Nusantara.

Nampaknya bukan bangsa Cina sahaja yang benar-benar ingin menakluki Nusantara, ini kerana bangsa-bangsa hibrid dari keturunan Cina juga terus berusaha untuk menolak dan menghancurkan kekuasaan orang Melayu. Kerajaan Melayu jatuh merudum apabila sedikit demi sedikit tanah mereka diambil oleh kaum lain.

Contoh yang paling dekat adalah penyewaan Pulau Pinang oleh kerajaan Kedah. British menipu Sultan Kedah lantas memberi peluang untuk orang Thai menakluk dan menjarah Kota Alor Setar pada tahun 1821 sehinggalah pada tahun 1842. Pada ketika Kesultanan Melayu (Selangor, Kelantan dan Pahang) ingin membantu Kedah, British mengeluarkan askar-askar mereka untuk mengepung Kedah dari menerima apa-apa bantuan.

Ini membuktikan, tiada satu bangsa lain pun yang akan menyelamatkan bangsa Melayu kecuali bangsa Melayu itu sendiri. Sedihnya lama kelamaan penduduk bumi Melayu semakin tersepit dan sungguhpun telah merdeka secara fizikal, sejarah Melayu telah diputar belitkan agar anak-anak Melayu tidak tahu akan kehebatan bangsa mereka sendiri.

Mykmu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Elakkan kemalangan Jalan raya pandai lah dengan cermat, ingat nyawa orang lain

ALA SELANGOR - Mangsa kemalangan, Hafizan Rohmad, 33, disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB) selepas dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sejak Jumaat lalu.

Ibu mertua mangsa, Juriah Kusmi berkata, arwah yang tidak sedarkan diri sejak kemalangan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

"Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan selepas solat Asar di sebelah pusara isterinya, Nurul Ashikin Ibrahim, 22, di Tanah Perkuburan Masjid Sungai Terap, Tanjong Karang," katanya dalam nada sedih.

Juriah juga bermohon kepada ALLAH agar Allahyarham anak dan menantunya itu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, seorang penuntut yang hamil empat bulan maut selepas kereta yang dinaiki bersama keluarganya terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah kereta di jalan raya di Kilometer 3.6 Jalan Klang-Teluk Intan, Kuala Selangor, Jumaat lalu.

Kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu berlaku setelah seorang pelajar lelaki yang memandu kereta Proton Pesona cuba mengelak sebuah kereta dan tiba-tiba, sebuah kereta yang gagal dikesan jenis dan nombor pendaftarannya masuk secara mengejut ke laluan pelajar tersebut.

Pelajar itu cuba mengelak, namun dia gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta pasangan terbabit.

Akibatnya isteri Hafizan, Nurul Ashikin Ibrahim, 22, meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang (HTK) pada hari yang sama manakala anak mereka, Mohd Hafiz Awaluddin, setahun, mengalami kecederaan ringan pada kepala.- Sinar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.