Ahad, 18 Disember 2011

Isu Interlok kembali panas

Kelmarin Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk tidak menggunakan novel Interlok dalam persekolahan mulai tahun hadapan.

Walaupun kementerian telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar sebelum ini dengan mencetak dan memperbetulkan perkataan 'pariah' yang mendapat bantahan oleh kaum India dan demi mewujudkan suasana yang harmoni, kementerian sanggup mengalah dan berkorban

Penarikan balik novel tersebut dianggap satu situasi menang-menang dan isu Interlok tidak perlu diperbahaskan lagi.

Novel tersebut telah kembali ke bentuk asal. Orang India juga sudah menang kerana tuntutan mereka telah menyebabkan kementerian pelajaran mengeluarkan novel tersebut dari sukatan pelajara sastera mulai tahun hadapan.

Oleh yang demikian perbalahan dan tuduh menuduh antara MIC dan Perkasa perlu dihentikan. Ia boleh mengeruhkan kembali isu yang sudah reda.  Mic perlu hormat Perkasa dan Perkasa sudah tentu akan menghormati MIC jika perkara Interlok tidak diperbesarkan lagi.

Karpal Singh seolah-olah menuang minyak ke dalam api yang menyala dengan mengesyorkan supaya novel tersebut diharamkan. Pandangan Dap sudah tentu cuba mengeruhkan kembali hubungan baik yang cuba dipupuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.  Suasana politik Barisan Nasional hari ini sudah cukup baik.

Suasana politik orang India sebelum ini telah dipecah, diuraikan sehingga wujud  jurang kebencian orang India terhadap MIC dan segala-galanya berpunca daripada janji manis HINDRAF.

Samy Vellu seorang pemimpin kaum India yang amat berjaya membangunkan sosio ekonomi orang India dengan mudah dihina dan diperlekehkan oleh Hindraf dan juga racun yang disuntik oleh PKR dan DAP.

TM berharap Pemimpin MIC dan Perkasa perlu duduk berbincang dan berdamai. Kita semua tahu bahawa penduduk India hanya 10 peratus dan mereka memang terbela dibawah Barisan Nasional.  Hari ini ternyata bahawa Dap, Hindraf dan Pkr hanyalah menabur janji manis sahaja tetapi gagal untuk membela dan mengotakan janji.

Hari ini kepercayaan orang India terhadap MIC masih rendah.  Dua minggu lepas TM menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh seorang lelaki India.  Dia masih melabelkan pemimpin MIC lama dan baru sebagai penipu dan dia kekal menyokong PKR. Katanya dahulu dia sokong MIC tetapi MIC gagal membela dan membantu orang India. Dalam masa yang sama dia menyokong Umno. [ itu yang pelik.]

MIC sepetutnya bekerja kuat untuk meraih kembali sokongan orang India dan tidak perlu bergaduh dengan Perkasa.

Demo depan UPSI

Esok UMNO-BN Bhg Tg Malim dan student pro-aspirasi akan berdemo secara aman di pintu masuk UPSI jam 11.00 pagi membantah tindakan student UPSI menurunkan bendera PM di PWTC semalam. Di jemput tuan puan utk hadir sama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bongkar lagi di Johor

Ceramah Umum Isu Semasa mlm ni 18/12 jam 9pm diKawasan Lapang Blok 50 Taman Cendana,Pasir Gudang, Johor.Penceramah: Sdr Lokman Adam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pendedahan baru memurtadkan umat Islam- Himpun 1 juta umat di Perak

KUALA KANGSAR 17 Dis. - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan kewujudan sebuah organisasi di negeri itu yang melatih mubaligh secara profesional untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut beliau, organisasi tersebut melatih mubaligh yang kaya dengan ideologi Barat bagi memesongkan akidah umat Islam dengan strategi yang licik termasuk menyertai solat berjemaah di masjid atau surau.

Hasan mendakwa, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan mubaligh yang memakai jubah dan menunaikan solat bersama-sama umat Islam sebagai strategi mendekati mereka yang berpotensi digugat akidahnya.

"Organisasi ini membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari negara Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

"Mereka menyusup masuk ke masjid-masjid dan bersama-sama mengerjakan solat berjemaah, ini strategi mereka untuk mendekati sebelum sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) peringkat negeri Perak di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Himpun, Azmi Abd. Hamid; Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan berkata, sasaran utama organisasi tersebut ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, mereka yang berhutang, orang yang rumah tangganya kucar-kacir, pasangan bercerai, golongan berfikiran liberal serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Malah, dakwa beliau, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabatnya beberapa bulan lalu, terdapat 51 umat Islam yang didapati sudah menjalani proses pembaptisan dan minum 'air suci' dan kini sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

"Ini menunjukkan bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam adalah sesuatu yang benar," katanya sambil menyeru orang Islam untuk sama-sama bangkit memerangi kegiatan tersebut.

PASPB: MAHASISWA BANGKIT!!! Tapi UMNO fitnah turunkan bendera Najib pula

http://paspb2.blogspot.com/2011/12/mahasiswa-bangkit-tapi-umno-fitnah.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

Link diatas ialah dari sebuah blog yang copy paste dari Malaysiakini.

Ia menuduh Umno fitnah mahasiswa turunkan bendera Najib.

Apa pun tajuknya tidak cukup mengancam, sepatutnya tulIs begini " Umno fitnah, mahasiswa turunkan bendera PAS" .

Budak UPSI yang turunkan bendera PM

Universiti Perguruan Sultan Idris atau dahulunya dikenali sebagai SITC adalah sebuah institusi kebanggaan Malaysia yang melahirkan ramai pejuang-pejuang negara. Diantaranya ialah Tun Ghafar Baba, Khir Johari.

Kini UPSI dikuasai oleh pemberontak atau penentang yang mempunyai pemikiran jumud parti pembangkang.

Dewan Suluh Budiman yang menjadi kebanggaan warga pendidik mungkin akan merasa malu dan canggung jika boleh bercakap

Lihatlah rupa pelajar UPSI hari ini. Sidikit pun tidak mencerminkan tokoh seorang pendidik sehingga sanggup berindak ganas dan menurunkan bendera PM di PWTC kelmarin.

Show Me The Letter To World Bank, Mahathir Challenges Anwar

BUTTERWORTH, Dec 17 – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today challenged Opposition chief Datuk Seri Anwar Ibrahim to show a letter purportedly written by him to the World Bank for funds during the financial crisis in 1999.

Dr Mahathir said on the contrary he was the one who had refused the World Bank funds.

"I know that if we had accepted the World Bank funds, we will become its slave. Hence, we did not do so," he said after opening the third Multaqa Wehdatul Ummah here today.

Dr Mahathir was commenting on Anwar's allegation that the former prime minister had written to the World Bank for funds during the financial crisis in 1999.

"If Anwar's allegation is true, please show me the letter. I challenge him to swear by the Quran in a mosque and I'm willing to do so if needed," said Dr Mahathir.

He said Anwar was known for advocating measures introduced by the World Bank and the International Monetary Fund (IMF) in tackling the financial crisis at that time.

"I used to tell him (Anwar), if we were to take the World Bank funds, we will not have enough money to pay the salaries of our officers. But he was bent on advocating the World Bank measures to the extend that it clouded his thinking," said Dr Mahathir.

Meanwhile, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, who was present, said he could vouch for Dr Mahathir that the former prime minister had rejected the World Bank funds.

Nor Mohamed said he could still remember that a World Bank representative came to see Dr Mahathir to discuss on how Malaysia could avoid the financial crisis in 1999.

"The World Bank representative had proposed to Dr Mahathir to increase housing loan interest rates and restrict government's spending while Bank Negara should withdraw all loans to avoid economic crisis.

"But Dr Mahathir told him that the proposals would cause bloodshed in the streets and he said let it be bloods in the streets, much to Dr Mahathir's chagrin," Nor Mohamed said, adding that Dr Mahathir told him off and told him to leave the office.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa kes menteri ini?

Wah ! Apa kes pulak menteri ini? Ada sesiapa boleh tolong jawab atau menteri sendiri perlu jawab dalam sidang media

Pernikahan Gay di London dihadiri oleh Anu Gay?

Ada berita memaklumkan Anu Gay hadir ke majlsi pernikahan bekas pelajar tajaan Petronas. Malah ada yang menyatakan Anu Gay yang membekalkan pakaian baju Melayu siap bersamping dan tanjak.

Ia satu kemenangan buat LGBT yang festival mereka diharamkan diadakan di Kuala Lumpur dahulu.

Siapa ada info mengenai kehadiran Anu Gay sila email ke taipingmali@gmail.com

Kita kasi bongkar sama dia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.