Jumaat, 13 Julai 2012
Selamat Pengantin Baru Datuk Zainal
Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.
Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru.
Kedua-dua mereka yang dikenalkan melalui kenalan rapat itu menyulam cinta selama setahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.
Siti Nur Syafiqa, anak sulung dari lima beradik, baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Majlis pernikahan kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan di kediaman keluarga sebelah pengantin wanita di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak.
Sementara, majlis resepsi akan diadakan esok, 14 Julai di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar. -SH
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lombong Haram Emas Bukti Ketidakcekapan Kerajaan PAS Kelantan
Bagi sesetengah penyokong PAS pula mereka memanipulasi pendedahan tersebut sebagai bukti negeri Kelantan berada dibawah rahmat Illahi kerana dikurniakan hasil galian mineral bernilai tinggi.
Tanpa mereka sedari, sejarah perlombongan emas di Kelantan sudah bermula berkurun lamanya dan bukannya mineral berharga itu hanya timbul beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.
Tapi biasalah, standard pemikiran penyokong dan pemimpin PAS sentiasa gemar bermain propaganda untuk menggambarkan dirinya sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t hingga lupa pada hakikat realiti.
Bukan satu rahsia pun, sejak beratus tahun lalu terdapat banyak lombong emas di seluruh negara dan hingga kini masih ada berbelas-belas lagi lombong emas yang masih aktif termasuklah 5 darinya berada di selatan Kelantan.
Daripada keseluruhan baki lombong yang masih aktif itu, lombong di Penjom, Kuala Lipis Pahang adalah lombong emas yang terbesar dan menghasilkan hampir 95% daripada keseluruhan pengeluaran emas negara.
Walaupun dari segi pengeluaran dan rezab emas, Kelantan jauh tertinggal di belakang Pahang, sebenarnya jika urus tadbir dapat dilaksanakan dengan telus dan amanah tentu saja hasilnya dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negeri.
Tapi sayang, gara-gara kelemahan akal dan ketidakcekapan pemimpin PAS yang memerintah negeri Kelantan sejak 22 tahun lalu, hasil bumi bernilai seperti emas menjadi santapan rakus pelombong haram yang mungkin mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan negeri.
Tak mustahil selain berlakunya rasuah dikalangan kakitangan kerajaan negeri, ada kemungkinan kegiatan perlombongan emas haram itu turut mendapat keizinan dan perlindungan pemimpin negeri tertentu yang mendapat laba kemewahan hasil kegiatan tersebut.
Langkah segera SPRM melakukan serbuan ke atas lombong tersebut selepas pendedahannya di laporkan oleh Utusan Malaysia merupakan langkah yang tepat bagi mengekang gejala rasuah yang pastinya merupakan punca utama lombong haram tersebut bebas beroperasi bertahun-tahun lamanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bila akta kediaman terhad dihapuskan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kontroversi Finaz dan Abby
Akhirnya demi kerjaya dan nama baik majikan Finaz terpaksa memohon maaf secara terbuka kerana mengkritik Abby.
Persoalannya dimanakah tahap kematangan dan kewibawaan Pas dalam mempertahankan Abby?
Finaz berada didalam posisi yang betul kerana berani menegur Abby dengan cara baik.
Cuba kita lihat pula pengacara tv9 Amin Idris anak Kelantan yang bersikap kurang bijak dalam mengendalikan wacana Islam selepas PRU 13 juga bersikap tidak profesional tetapi tidak ada orang Umno yang memprotes atau mendesak Amin Idris memohon maaf kepada Prof Dr Ridhuan Tee dan Ust Fathul Bari.
Pas ternyata dalam keadaan terdesak dan tertekan untuk menyelamatkan parti Pas yang semakin ditolak rakyat. Pas terpaksa berbohong, menfitnah dan bertindak melampaui batasan kepada sesiapa yang menolak ajaran sesat mereka. Pas sanggup mati asalakan nama Pas tidak mati ditelan zaman.
Kini ustaz Pas giat menipu rakyat akan mempertahan agama Allah, mempertahan Islam dari dirosakkan oleh musuh-musuh Islam. Ini lah Pas. Mereka lah sebanarnya musuh-musuh Islam atau lebih senang disebut tentera Ahzab yang sedang menghamcurkan Islam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Keputusan masuk IPT pelajar STPM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.