Rabu, 21 November 2012

PAS Menzalimi Agama Islam & Rakyat

Sudah jadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang terutama dari PAS mengadu domba dan mempropagandakan tuduhan liar mengatakan Kerajaan BN adalah zalim, anti Islam, firaun dan sebagainya.

Tak cukup dengan propaganda persepsi buruk sedemikian, mereka guna pula agama sebagai modal politik termasuklah memperalatkan solat hajat, tazkirah dan doa untuk memainkan sentimen agama dikalangan penyokong dan orang ramai.

Solat hajat, tazkirah dan doa adalah perkara yang baik yang dituntut oleh Islam namun bila dipolitikkan kesannya keberkatan hilang dan rahmat Allah s.w.t tidak kesampaian, sebaliknya yang datang polemik tak berkesudahan dan kecaman khalayak ramai.

Inilah yang terjadi berikutan dari doa berunsur politik kepartian yang dibacakan oleh adik kandung kepada Mursyidul Am PAS, iaitu Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari.

Isi kandungan doa yang mengecam UMNO dan BN yang kononnya menzalimi agama Islam dan menindas rakyat seumpama tingkah laku jahat firaun, Namrud dan Abu Lahab akhirnya mengundang polemik dan mudarat pula buat PAS.

Dah namanya doa politik, niatnya tentu sahaja demi untuk kepartian dan bukannya ikhlas mahukan keredhaan Allah s.w.t. Maka akibatnya terpaksalah PAS menanggung beban di atas sikapnya yang emosional tak bertempat dan tidak berhikmah itu.

Hakikat yang pahit untuk penyokong PAS terima sebenarnya, ialah PAS itu sendiri sejak sekian lama sebenarnya telah menzalimi agama Islam sehingga memudarkan sedikit sebanyak imej kesucian agama ini di mata penganut agama lain.

Suatu ketika dulu di awal tertubuhnya PAS, para pimpinannya sebulat suara menolak kerjasama dengan non-muslim sehingga pernah mengkafirkan orang Islam yang menyokong parti PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional) yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC.

Lebihkurang satu dekad sebelum menjelangnya Abad Millenium barulah PAS kenal peri pentingnya kerjasama orang Islam dengan non muslim demi kebaikan bersama.

Tika ini barulah PAS teringat betapa di zaman Rasulullah s.a.w dulu, baginda juga pernah mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam termasuklah dengan kaum Yahudi.

Malangnya kerjasama yang PAS jalin dengan DAP dan PKR langsung tidak memberi manfaat pada ummah apatah lagi untuk kebaikan agama Islam.

PAS gagal menahan asakan pemimpin DAP sehingga akhirnya perarakan Maulidul Rasul kini tidak lagi dapat diadakan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Berpuluh tahun ia tidak diganggu gugat, datang DAP abang besar PAS segalanya berubah atas nama demokrasi.

Juga berlaku di zaman PAS sebagai lembu tunggangan DAP, di mana kesucian Rumah Allah dinodai oleh pemimpin politik bukan Islam yang dibiarkan saja menyampaikan tazkirah di ruang utama surau dan masjid, manakala anak kariah dan jemaah yang hadir pula terpaku kelu bagaikan tekun mendengar kuliah agama dari ustaz dan tok imam.

PAS juga berdiam diri apabila tulisan jawi pada nama jalan dipertikaikan DAP, malah PAS juga malu untuk ke depan menegur kebiadapan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan agama Islam di sisi Perlembagaan Malaysia dengan berselindung disebalik tuntutan pemimpin DAP yang mahu negara ini diiktiraf sebagai sekular.

Akibat dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam PR itu jugalah kalimah Allah s.w.t dengan mudahnya digadai tanpa rasa bersalah demi untuk menjaga hati penyokong DAP yang beragama Kristian.

Demikian juga bila kita bercakap soal akidah, sampai sekarang PAS tidak berani mengecam secara rasmi keceluparan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah yang menyarankan orang Melayu Islam diberi hak bebas bertukar agama.

Amanah yang diberikan oleh segelintir rakyat kepada PAS untuk mempertahankan Islam akhirnya dikhianati. Jelas sekali semuanya itu satu kezaliman terhadap agama Islam, pengkhianatan terhadap ummah yang secara sengaja atau sebaliknya telah dilakukan oleh PAS
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahli Pas Mula Tidak Percaya Ketua Pembangkang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP Hina, Aibkan Pemimpin Pas

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kenyataan Nik Aziz Melampau

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Doa PAS

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS buat 'Finger crossing' pulak

Kerana asyik mengkafirkan orang, hari ini mereka mengkafirkan diri mereka sendiri. Nak kata bodoh semua mengaji agama. Nak kata cerdik, buat kerja bodoh.

Apapun jom baca blog ini untuk butiran lanjut.
http:ustazmoden.wordpress.com/2012/10/17/tuntutan-royalti-minyak-kelantan-mengguna-simbol-kristian-cross-finger/
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bantu Rakyat Palestine di GAZA

Tolong Sebarkan & Tolong Bantu

Tabung Gaza Mapim
Maybank Islamic 558220601374

RM1-100-1000-10,000 anda adalah jihad fisabilillah
Bantuan akan terus disalurkan utk keperluan KECEMASAN!!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MB Selangor Menipu

SHAH ALAM, 20 Nov – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini meminta rakyat untuk menilai permainan dan sandiwara Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam soal bas mewah dua tinggat PKR yang dipertikai sejak sekian lama.


Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, akhirnya sandiwara dan lakonan Khalid Ibrahim terbongkar semalam selepas beliau mengakui membayar RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah PKR yang digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini.

"Sedangkan sebelum ini, pada 30 Ogos 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan dalam kenyataan akhbar beliau yang bas itu disewa untuk tempoh enam bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau untuk digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun beliau 'kantoi' selepas itu bila carian di JPJ mendapati bas BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim, yang membukti sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.

Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu dibeli oleh beliau secara sewa beli.

"Namun kalau bas itu Khalid bayar sebanyak RM10,833.00 sebulan selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00 (RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000 – RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut.

"Kalau MB menyatakan dia yang membayar wang muka tersebut, GAPS ingin tahu tarikh pembayarannya dan cek dari bank mana," ujarnya lagi.

GAPS juga tegas beliau berminat ingin tahu syarikat kewangan mana yang memberikan pinjaman sewabeli kepada Khalid Ibrahim kerana umum mengetahui beliau adalah seorang yang black listed Ctos dan Ccris kerana kes pinjaman RM60 juta Bank Islam yang masih beliau belum jelaskan.

"Sebagai MB, Khalid Ibrahim wajar berterus terang kepada rakyat dan tidak cuba membohongi rakyat sehingga `kantoi' beberapa kali," tambahnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Silkap peniaga melayu

warung A dan duduk di warung A. Kemudian anak saya pergilah pesan ABC di warung B, betul-betul sebelah warung A.

Peniaga warung B kata , kalau nak minum ABC kena duduk di warung B. Sejak dari itu saya hanya berkunjung ke warung A, makanannya pun sedap, peniaganya pun ramah.

Macam manalah peniaga dan usahawan Melayu nak maju. Bukankah rezeki itu dari Allah. Itu baru berniaga pau, air minuman dan makanan, belum lagi berniaga cincin berlian, beg tangan, kapal selam, jet, lembu, kondominium dan sebagainya.
http://waghih.blogspot.com/2012/11/peniaga-melayu-susah-nak-maju-jika.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.