Khamis, 28 Jun 2012
Wacana Perdana 11 - PRU 13: Masa Depan Islam (versi USTREAM) - 24/06/2012
Komen Abu Aqif: Alhamdulillah, Allah menjadikan program ini baik buat UFB..
Mereka sedikit sebanyak, bukan sedikit sebanyak, memang banyak pun telah menaikkan lagi nama UFB. Dengan posisi UFB di tengah² menjadikan UFB sebagai "center of attraction". Walaupun lokasi, penonton, panel dan moderator kelihatan berat sebelah dan menyebelahi pihak di satu lagi, UFB berjaya menguasai program dengan baik.
Moderator dilihat berat sebelah kerana kerap melakukan provokasi dan menyampuk setiap kali UFB dan Dr Ridhuan Tee sedang berbahas. Tetapi moderator tersangat sopan dan menjadi pendiam bila Dr Fadzli dan Dr Maza sedang berbahas. Lepas ni mungkin beliau boleh berhenti dari Tv Hijrah dan beralih arah ke TV PAS, TV Selangor atau TV Kelantan sebagai karier beliau akan datang.
Jika dilihat sekali imbas, program ini mungkin diadakan semata-mata untuk UFB. UFB menjadi tumpuan penonton dan penonton pula seperti terpegun setiap kali UFB menjawab persoalan yang diajukan. Walaupun penonton kelihatan seperti tidak bertamadun, UFB berjaya mengawal emosi dan dapat meneruskan perbahasan walaupun disorak oleh penonton. Penonton mungkin keliru samada program ini adalah program ilmiah atau program perlawanan bola sepak.
Harapan untuk mereka yang bersorak, mungkin anda tidak perlu datang lagi jika program sebegini diadakan. Berilah tempat duduk kepada mereka yang lebih bertamadun.
Rakaman Wacana Perdana 11 (versi USTREAM)
Tajuk: PRU 13: Masa Depan Islam
Tarikh: 24/06/2012, Ahad 9:00 Malam
Lokasi: Balai Islam Kota Bharu
Moderator: Amin Idris
Panelis:
- Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (UMNO)
- Dr Fadzli (PAS)
- Dr MAZA - Ahli Akademik Pro Pembangkang
- Dr Ridhuan Tee - Ahli Akademik Pro Kerajaan
Choose Recovery, Not Reform
Reformasi Merintis Pergaduhan Antara Kaum dan Agama
Pasca reformasi Indonesia Mei 1998 yang saat awalnya dilaungkan bakal membawa Indonesia ke dunia baru yang lebih selesa dan maju ke depan tidaklah seindah yang disangka.
Selepas kejayaan demonstrasi jalanan berjaya menekan dan menjatuhkan Suharto, hubungan erat pelbagai kaum etnik dan agama yang selama ini baik akhirnya terurai kerana prasangka buruk kian melebar.
Fitnah dan adu domba dalam masyarakat menjadi-jadi. Dengan hanya satu dua kes kecil melibatkan kaum dan agama yang berbeza bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi besar.
Pada 21 November 1998 misalnya, berikutan pergaduhan kecil antara seorang anak tokoh masyarakat Desa Ketampang, Jakarta dengan beberapa orang pekerja premis judi adalah antara peristiwa awal yang dikaitkan dengan keganasan antara orang Islam dengan Kristian dari Ambon, Maluku.
Rentetan dari situ, sekumpulan 400 orang kaki pukul upahan dari suku kaum Ambon telah dihantar oleh pemilik premis berbangsa Cina pada subuh hari ke Desa Ketapang untuk melakukan kekacauan dan merosakkan rumah penduduk di sana.
Selain menyebabkan kecederaan pada ramai penduduk Islam, beberapa masjid turut mengalami kerosakan dalam serangan mengejut tersebut. Penduduk lain yang menyedari berlakunya serangan telah bertindak balas dan akhirnya berjaya mengusir samseng suku kaum Ambon itu.
Bagaimanapun keesokan paginya ribuan penduduk Islam dari pelbagai daerah beramai-ramai menyerbu dan merusuh di kawasan China Town Jalan Hayam Wuruk dan Jalan Gajah Mada.
Selepas melakukan rusuhan di sana, kumpulan besar penduduk Islam menghala pula ke arah Jalan Zainul Ariffin, tempat di mana ramai suku kaum Ambon bekerja dan akhirnya berjaya membunuh beberapa orang samseng Ambon.
Dalam tempoh kekecohan tersebut juga para perusuh turut melepaskan geram dengan membakar dan memusnahkan beberapa buah gereja dan sekolah misionari Kristian.
Berikutan rusuhan semakin kuat melanda, akhirnya tentera Indonesia campurtangan dan berjaya meredakan keganasan yang berlaku diikuti dengan langkah menghantar pulang sebahagian pekerja suku kaum Ambon ke Maluku.
Selepas peristiwa tersebut, hubungan antara masyarakat Islam Indonesia dengan Kristian suku kaum Ambon semakin goyah dan kecurigaan semakin bertambah.
Dalam tempoh kurang setahun kemudiannya, rusuhan antara penganut agama Islam dan Kristian di Maluku berlaku secara besar-besaran berlanjutan sehingga tahun 2002.
Laungan indah reformasi ternyata hanya gah pada teorinya sahaja, realiti dan praktikalnya ia merintis kepada detik-detik awal pemusuhan sesama rakyat berbilang kaum, etnik dan agama di Indonesia.
Tidak mustahil, perasaan tidak puashati pihak tertentu di Malaysia yang juga timbul kerana perbezaan kaum dan agama boleh mengakibatkan senario yang sama.
Apatah lagi, jika mereka dangkal dalam memahami makna reformasi yang sebenarnya.
FAKTA ISU SCORPENE DEDAH PEMBOHONGAN BESAR ANWAR
Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.
Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.
Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.
Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.
Ia sekali gus meranapkan strategi Anwar dengan mengeksploitasi pertubuhan bukan kerajaan, Suaram untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan besar dalam kempen fitnah pembangkang terhadap Perdana Menteri.
Anggota Parlimen itu mengatakan bahawa selama ini Suaram telah diperalatkan oleh Anwar untuk menipu rakyat dengan mereka-reka isu tersebut.
Pertama katanya, siasatan pihak polis Perancis mendedahkan bahawa tidak wujud sama sekali mana-mana rekod imigresen yang menunjukkan wanita bernama Altantuya Shaariibuu telah memasuki negara itu antara tahun 1999 dan 2006.
Ini bermakna dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib elah dilihat bersama-sama wanita itu dan Abdul Razak Baginda adalah pembohongan semata-mata.
Sekali gus perbuatan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mencipta gambar Perdana Menteri kononnya sedang makan dengan Altantuya dan Abdul Razak menggunakan kaedah 'photoshop' juga mendedahkan niat jahat pembangkang sejak dari awal lagi.
Fakta kedua yang mendedahkan kepalsuan tuduhan pembangkang ialah Altantuya tidak fasih berbahasa Perancis seperti mana yang didakwa mereka.
Ini jelas membuktikan dakwaan bahawa wanita itu telah menjadi orang perantaraan sebagai penterjemah dalam urusan jual beli kapal selam antara kerajaan Malaysia dan Perancis adalah palsu dan pembohongan yang jelas.
Malah menurut Datuk Seri Zahrain, semua perbincangan rasmi antara kedua pihak diadakan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu keperluan untuk menggunakan khidmat seorang penterjemah tidak wujud sama sekali.
Penjelasan beliau telah berjaya mendedahkan komplot dan motif sebenar pembangkang yang mahu memalukankan kerajaan dengan menyebar fitnah dan memburukkan nama baik negara di mata dunia.
Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.
Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan menjaga amanah rakyat, Datuk Seri Najib tetap meneruskan tugas yang digalasnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara dengan penuh kesedaran dan keinsafan.
Hasilnya, semakin hari rakyat semakin menyokong kepimpinan beliau kerana melalui pelbagai program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan rakyat semua lapisan mendapat manfaat dan untung.
Pembangkang pula sudah tidak ada lagi modal politik yang hendak di canainya lagi kecuali meroyan siang dan malam seperti orang hilang akal.
Pembangkang terpaksa bergantung kepada isu Scorpene kerana mahu menutup kepincangan parah yang berlaku di dalam kubu kuat PKR di Selangor.
PKR Selangor semakin goyah dan rapuh disebabkan pertelingkang berpanjangang di antara puak Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Malah suara sumbang mendesak Khalid meletak jawatan semakin lantang kedengaran dari kalangan pimpinan PKR negeri.
Pergolakan yang berlaku hanya mengesahkan bahawa pembangkang - PKR, PAS dan DAP - hanya gilakan kuasa dan apabila berkuasa mereka bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan untuk kepentingan sendiri.
Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nyawa Politik Khalid Di Hujung Tanduk
Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, "Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong". Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.
Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid. Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.
Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti. Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.
Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.
Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri.
Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.
Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.
Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah. Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.
Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah. PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.
Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13. Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco? Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nurul Izzah Sahkan SUARAM Menipu
Y.B Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.
Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut dan dijawab oleh Menteri Pertahanan sebagai tidak perlu kerana pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.
Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai 'ganti'.
Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal selam oleh syarikat DCNS di Perancis. Tetapi, penyiasatan itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia, tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana. Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan. Nama Altantuya Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri juga tidak disebut. Malaysia tiada kena mengena dengan penyiasatan itu melainkan mungkin, sebagai pembeli sahaja.
Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika perbicaraannya tidak ada?
SUARAM, atau lebih tepat, pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu tanpa batasan. Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan mahkamah Perancis pula. Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara tersebut.
Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi. Mereka juga tidak malu menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi mereka.
Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.
Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan Altantuya juga didalangi oleh mereka?
Sememangnya pelik apabila Altantuya dikaitkan dalam isu yang beliau langsung tiada kena mengena. Dan memang pelik apabila namanya tetap disebut walaupun telah jelas beliau langsung tidak memasuki Perancis pada ketika urusniaga scorpene berlangsung. Perdana Menteri juga tidak mengenali Altantuya dan telah bersumpah sebanyak empat kali mengikut landasan Islam mengenainya. Begitu juga beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah, mempunyai alibi kukuh tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut. Tetapi, nama gadis malang ini tetap diungkit dan dimainkan oleh pembangkang sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar ketandusan isu 'tulin' untuk menyerang Perdana Menteri.
Dengan prestasi pembangkang yang begitu buruk di negeri-negeri yang ditadbir mereka, serta skandal-skandal peribadi yang tidak berkesudahan antara seorang demi seorang pemimpin mereka, di tambah dengan penipuan mengenai scorpene ini, rakyat menjadi bertambah curiga dengan pembangkang. Ramai yang mula tertanya-tanya, sejauh mana pembangkang sanggup lakukan untuk merampas kuasa?
Kita tahu bahawa pembangkang sanggup menggadai nyawa rakyat dengan mencetus keganasan, kita juga tahu bahawa pembangkang sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dengan memburuk-burukkan dan mencemar imej negara dan Perdana Menteri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.