Jumaat, 23 November 2012

Kerajaan BN yang zalim ?

IPOH, 23 Nov - Seramai 486 penghuni telah ditempatkan di Rumah Perantaraan Jabatan Penjara, iaitu premis tempat tinggal sementara yang disediakan untuk bekas banduan yang baru dibebaskan setelah tamat menjalani hukuman penjara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata daripada jumlah itu, seramai 51 orang masih berada di Rumah Perantaraan iaitu di Perak seramai 11 orang, Kelantan (10), Terengganu (8), Pulau Pinang (7), Melaka (4), Johor (2), Sabah (2) dan seorang masing-masing di Pahang dan Kedah.

"Sebanyak 14 buah Rumah Perantaraan telah dibina dan setiap negeri mempunyai sebuah Perantaraan serta telah beroperasi," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Rumah Perantaraan di Simpang Pulai, dekat sini, pada Jumaat.

Katanya bekas banduan dibenarkan tinggal tidak melebihi tiga bulan di Rumah Perantaraan yang disediakan lengkap dengan kemudahan asas termasuk makan dan minum.

Lee berkata Rumah Perantaraan itu diwujudkan bagi membantu bekas banduan mendapat pekerjaan dan kaunseling, mengurangkan kes jenayah berulang, mengelak daripada bergaul dengan rakan yang melakukan jenayah serta membantu menangani masalah stigma sosial apabila keluarga dan masyarakat tidak mahu menerima mereka.

"Program seperti ini amat bermakna kerana Jabatan Penjara dapat membina landasan pemulihan dari dalam dan luar penjara," katanya.- BERNAMA

TM Note:

Pas terus menfitnah kerajaan BN sebagai zalim, menindas rakyat. Lihat lah sendiri bagaimana usaha kerajaan untuk membaiki kehidupan banduan-banduan selepas mereka keluar penjara.

Pas dan Anwar Ibrahim seringkali menuduh kerajaan BN zalim tetapi setakat perkataan sahaja tanpa ayat-ayat sokongan. Sama jugalah dengan Mat Sabu, Hadi Awang dan Nik Aziz, sering menuduh kerajaan zalim. Zalim kepala bapak depa.

Yang si bongok cicak mengkarung dibawah pun jadi burung belatuk dok tokok tambah kerajaan zalim, Najib zalim, Tun Mahathir mahazalim.

Habaq mai tang mana zalimnya?
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Memalukan Negara

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa Kata Anwar kepada Kelantan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemilihan PKR Penuh Dengan Penipuan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Manisah! Angkat kain dijemuran, hujan dah turun

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harakah Kata Hadi Hanya Layak Jadi Nelayan

Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, kita menyaksikan bagaiamana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah. Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya mengambil sikap 'terbuka' terhadap apa jua cadangan dan keputusan. Malah, beliau juga membayangkan rasa 'syok' sekiranya ia benar-benar menjadi realiti. Ini menunjukkan yang Hadi 'teringin' juga merasa menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim.

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Malah, pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka.

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM. Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi, sebagai Perdana Menteri.

Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini, amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya. Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi 'orang-kuatnya', yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya, bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM.

Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily, lidah rasmi PAS bagaikan 'segan' untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM. Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan, meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri.

Apakah ertinya ini? Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian? Untuk menunjukkan 'kezuhudan' Hadi Awang? Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan?

'Permainan' Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS. Kita akan tersenyum sinis jika melihat gambar Dato' Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka. Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai, pelik serta mustahil.

Tetapi, meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak, latarbelakang dan penceritaan begitu sebati, sesuai, tepat dan mudah dihayati. Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut, menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri?

Maka, persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya. Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka. Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif, pantas, licik dan arif tentang selok belok dunia. Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi.

Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin, tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama.

Hakikatnya, Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum, beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan, iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya.

Justeru, mungkinkah Harakahdaily cuba 'mengajar' golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang. Oleh itu, Gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain.

Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar. Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut, Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa, yang tidak berdaya melawan atau bersuara. Pemimpin yang dipimpin, tidak mungkin layak menjadi PM, dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan…


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Padan muka Anwar bila Aus tolak rayuan

MELBOURNE : Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.

Carr bagaimanapun berkata, Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.

Kata Carr, Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.

Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.

Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.

Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata, beliau bimbang pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.

Katanya, nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.

Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.

Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.