Khamis, 4 Oktober 2012

PKR TAMAK MAHU BOLOT JAWATAN KABINET



Bukan main seronok pemimpin kanan PKR apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim membayangkan mereka akan dilantik menjadi anggota pentadbiran negara sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.

Andaian ini di buat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang nampaknya lebih pandai membaca mesej tersirat Anwar berbanding pemimpin PKR yang lain termasuk Presiden, Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sendiri.

Ketika berucap di Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Shah Alam Convention Centre pada hari Sabtu 29 September lalu, Anwar berkata mana-mana ahli parti yang tidak terpilih sebagai calon pada peringkat Parlimen atau DUn tidak seharusnya merajuk dan berputus asa.

Kata-kata Anwar tersebut sebenarnya lebih bersifat gimik politik yang mana ini adalah salah satu sifat terkenalnya selain daripada sifat berdolak dalik dan suka kelentong.

Beliau tahu semangat ahli-ahli PKR berada pada tahap yang rendah ketika parti berdepan dengan PRU ke-13 disebabkan pelbagai masalah runcing dalaman.

Kekecohan serta penipuan dalam proses pemilihan pimpinan parti tahun 2010 masih diperkatakan walaupun secara senyap dan berselindung yang menempatkan Azmin sebagai orang nombor dua parti dan meletakkan kroni-kroni beliau di hampir setiap lapisan kepimpinan parti dari peringkat ranting, cabang hinggalah ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Hakikat bahawa Azmin telah menggunakan dana yang cukup besar untuk membeli undi bagi memastikan kedudukannya tidak tercabar pada pilihan parti pada tahun 2013 adalah sesuatu yang telah memecah belahkan PKR.

Yang lebih dahsyat Anwar tidak melakukan apa-apa terhadap segala aduan penyelewengan yang dilakukan oleh Azmin malah melindungi pula bekas setiausaha sulitnya itu.

Melihat pada keadaan menggelegak pada tahap akar umbi parti, Anwar terpaksa membuat janji manis untuk mengalihkan pandangan mereka kepada kemelut yang sedang berlaku.

Selain daripada itu, rakyat kini boleh lihat betapa rakus dan tamaknya PKR yang bercita-cita merebut rampasan perang atau ghanimah walaupun tarikh pilihan raya masih belum diumumkan Perdana Menteri.

Malah belumpun menang, PKR sudah mengeluarkan kenyataan sekurang-kurangnya 20 jawatan menteri dan timbalan menteri sudah di 'booking'.

Ini tidak termasuk banyak jawatan kanan dalam kerajaan yang sudah tentu akan membuat ahli PKR terliur.

Cita-cita besar PKR telahpun terbayang sebelum ini dalam minit mesyuarat PKR Pulau Pinang yang bocor dimana Timblan Ketua Menteri I, Mansor Othman mengatakan banyak jawatan kanan akan menjadi rebutan pimpinan parti sekiranya ia berjaya menawan Putrajaya.

Jadi ucapan Anwar hanyalah kesinambungan daripada apa yang telah disebut secara tertutup oleh Mansor sebelum ini.

Apa pula reaksi rakan PKR dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP?

Tidakkah mereka juga mempunyai hasrat yang sama untuk berebut jawatan lumayan ataupun mereka ingin tunggu dan lihat dahulu.

Mungkin mereka tidak mahu menunjukkan sifat tamak haloba mereka seperti PKR kerana takut dicaci rakyat.

Hakikatnya di antara ketiga-tiga parti, PKR sememangnya paling tamak walaupun PAS dan DAP juga tidak kurang.

Namun dalam menjadi juara tamak, PKR juga menjadi parti paling penakut dan tidak sedar bahawa ia mempunyai kerusi paling tercorot dalam Parlimen setelah ramai wakil rakyatnya melompat.

Sehingga sekarang Anwar tidak berni mengatakan secara jelas bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat dan impiannya selama ini tidakpun disokong oleh PAS.

Malah PKR atau pun Pakatan Rakyat masih kecut untuk umumkan senarai Kabinet Bayangan seperti yang di cabar oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Ini kerana hanya DAP sahaja yang beriya-iya mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri demi muslihat politik dan dan agenda perkaumannya.

Komen daripada PAS atau DAP mengenai impian PKR untuk membolot majoriti jawatan dalam Kabinet sudah tentu akan menjadi sesuatu yang amat menarik untuk diamati.

Mungkinkah PAS dan DAP akan melenting apabila mengetahui PKR sudah awal-awal mahu mendedahkan cita-cita besarnya itu.

Jika ditahu pula jawatan Kabinet mana yang disasar oleh PKR, tidak tidurlah Abdul Hadi, Mat Sabu, Nik Aziz, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh dibuatnya.

Samada kenyataan Anwar itu menunjukkan PKR belum matang berpolitik atau ini sengaja dilakukan sebagai satu strategi beliau akan tetap memberi kesan negatif kepada perpaduan Pakatan Rakyat yang semakin retak.

Jumpa Peguam di Paris Bukti Anwar Dalang Pembohongan Scorpene/Altantuya

Anwar Ibrahim dikatakan berada di Paris, Perancis selepas menghadiri Ceramah Mega Konvoi Royalti di Shah Alam. Perkara ini disebutkannya sendiri ketika berucap di program tersebut.

Katanya, peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene ingin mengambil kesempatan bertemu beliau berhubung perkembangan terbaru kes tersebut dan beliau akan mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang perihal 'komisyen' yang terlibat dalam urusniaga itu.

Lalu, kembanglah hidung penyokong-penyokong Anwar, bangga kerana ada Mat Salleh ingin berjumpa Anwar.

Langsung tidak terlintas di fikiran mereka tentang apa kena mengena Anwar dengan pembelian scorpene kalaupun benar terdapat keraguan dalam urusniaga tersebut?

Di bahagian manakah nama Anwar tertulis sebagai saksi atau alibi kepada sesiapa? Apakah Anwar terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembelian tersebut, atau apakah Anwar melihat sendiri 'wang komisyen' bertukar tangan, atau apakah Anwar berada di tempat kejadian rasuah atau mungkin, pembunuhan Altantuya?

Atau apakah Anwar sekadar diperlukan untuk memberi pendapat mengenai kredibiliti saksi atau sikap orang yang disyaki? Jika benar, layakkah beliau? Jika layak, atas dasar apa pula kelayakan tersebut? Sebagai musuh? Sebagai rakan subahat? Sebagai pasangan intim?

Tidak mungkin peguam-peguam tersebut ingin berjumpa Anwar sekadar untuk meminta penjelasan beliau tentang kes liwat, chinadoll atau Shamsidar yang tiada kena mengena scorpene?

Jika benar mahkamah Perancis sedang membicarakan kes scorpene, yang mana mereka menafikannya, antara perkara yang perlu sebagai subjek penyiasatan selain saksi dan alibi, adalah barang bukti iaitu dokumen-dokumen kontrak, spesifikasi barangan, dokumen pengesahan syarikat-syarikat dan individu yang terlibat, butiran komunikasi antara pihak yang terlibat, butiran kewangan dan mungkin juga bukti perjalanan dan perbelanjaan yang dibuat oleh semua pihak yang terbabit.

Selain dari semua ini, tidak ada peguam atau penyiasat yang akan mengambilkira individu atau perkara atau benda atau kejadian yang tidak bersangkut-paut dengan saksi, alibi atau bukti, sepertimana yang tersenarai dalam proses penyiasatan.

Justeru, di manakah signifikannya kewujudan individu bernama Anwar Ibrahim yang kebetulan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia, dengan pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia dari sebuah syarikat Perancis?

Hanya satu saja kemungkinan penglibatan Anwar Ibrahim dalam apa yang disebutnya sebagai 'skandal scorpene' ini, iaitu beliau adalah dalang yang mereka-reka kisah rasuah dan komisyen dalam urusniaga ini. Maka, pertemuan beliau dengan peguam Perancis adalah untuk menyampaikan skrip baru atau arahan baru bagi menyerang kerajaan Malaysia menjelang pilihanraya.

Jangan sekali-kali lupa bagaimana sebelum ini, Datuk Zulkifli Nordin, bekas peguam Anwar yang juga menjadi peguam kepada Chief Inspektor Azilah yang dituduh membunuh Altantuya telah mendedahkan bagaimana Anwar mengarahkan beliau agar menukar strategi pembelaan Azilah dengan 'mencipta dan memalsukan bukti untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan tersebut'. Bertitik tolak dari itu, maka Zulkifli telah menarik diri dan akhirnya meninggalkan Anwar lalu mendedahkan perkara ini.

Jika Anwar pernah mengarahkan Datuk Zulkifli berbuat demikian, apakah yang menghalang beliau berbuat yang sama terhadap peguam-peguam Perancis yang ditemuinya?

Jika Anwar sanggup merancang agar orang yang tidak bersalah dihukum atas kesalahan yang membawa hukuman mati, maka apakah yang menghalang beliau untuk merancang atau melaksanakan pembunuhan itu sendiri?

Persoalan ini membawa kita kembali menyorot dua 'kemalangan langgar-lari' berasingan melibatkan kematian isteri seorang Dato' yang menjadi orang pertama membawa kes liwat 1 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri ketika itu, dan juga kematian isteri kepada mangsa dalam kes tersebut, Azizan.

Mengambilkira semua fakta ini, maka pertemuan antara peguam-peguam Perancis yang kononnya mengendalikan kes scorpene, dengan Anwar Ibrahim yang 'tiada kena mengena' dengan pembelian tersebut, membawa kita kepada dua kesimpulan iaitu 1. 'semakin banyak persoalan' atau mungkin juga sebenarnya adalah 2. 'sebuah jawapan'.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas, Pkr dan Dap jangan berlagak sombong

Anti-DAP Club
Soalan di Parlimen

"Berapa yang dikutip dan di belanjakan oleh kerajaan pusat di negeri2 pembangkang :-

Jawapan :
1. Kelantan: Kutip: RM249juta Belanja: RM4.3billion.
2. Kedah: Kutip: RM1billion Belanja: RM6billion.
3. Selangor: Kutip: RM13billion Belanja: RM14.5billion
4. P.Pinang: Kutip: RM16.7billion Belanja: RM20.4billion.

Bila fakta ini dikeluarkan ramai ahli parlimen haprak pakatan terpaksa keluar dewan tak tahan pedih hati dan telinga...hikhikhik
Ciaaaaannn depa kan kan kan