Rabu, 28 November 2012

Abby Abadi 'mak Janda' sawan lagi

Umno berhimpun setiap tahun di Kuala Lumpur sejak Abby Abadi belum beranak lagi.

Kegemilangan Umno dan perhimpunan Umno sikit sebanyak telah berjaya menarik ribuan artis tempatan melibatkan diri mereka secara langsung atau tidak langsung.

Jika dahulu setiap kali Persidangan Agung Umno diadakan, Abby Abadi akan usung anak dan ibunya mundar mandir untuk ber 'shopping'.

Kini segalanya tinggal kenangan, Abby kena panyakit sawan babi. Akibatnya sejak berkawan dengan setan dia pandai pula mengutuk perhimpunan Umno.

Kenapa dia tak kutuk cermah Pas yang mana hadirin jantan betina duduk berlonggok jantan betina sampai belaga pungkoq dalam gelap celah-celah pokok pisang?

Pirahhh!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puak pengacau Pas kena halau dari PWTC

Padan muka puak-puak samseng pakatan haram yang menyerang PWTC kelmarin. Menurut Pas ia bertujuuan untuk menyerahkan memorandum kepada PM menuntut Royalti minyak Kelantan sebanyak RM 10 bilion .

Sewaktu Anwar Ibrahim jadi TPM RM 1000 juta peruntukkan disalurkan kepada kerajaan negeri, setiap tahun ratusan juta peruntukan kerajaan pusat disalurkan melalui pelbagai kementerian kepada kerajaan negeri tetapi jumlah yang dibelanjakan terlalu sedikit. Lebihan wang hilang begitu sahaja.

Royalti minyak dan gas disalurkan terus oleh pusat kepada rakyat melalui agensi yang dilantik oleh federal, inilah yang menyebabkan Pas memberontak dan mengupah balaci-balaci yang tidak ada kerja supaya menuntut royalti.

Bagaimanapun matlamat mereka untuk membuat kacau di Pwtc tidak kesampaian kerana kelmarin bukanlah hari perhimpunan sebenar, mereka sepatutnya datang hari ini atau esok, barulah ramai orang Umno akan terpegun dan teruja melihat mereka.

Atau mereka sengaja datang sewaktu tidak ramai orang takut kena lepuk dan kena cepuk. Bagaimanapun Taipingmali mengucapkan tahniah kepada pemuda Umno yang sibuk dengan persiapan untuk majlis perasmian berjaya mengawal keadaan dan meminta mereka meninggalkan kawasan dengan cara baik.

Apapun jelas kelihatan mereka masuk melalui pintu hadapan dan terpaksa keluar melalui parking dan jejantas hotel. Hahaha! Padan muka, tak berani melawan pun. Kalau anak jantan mereka sepatutnya keluar malalui pintu masuk utama.

Seperkara lagi ialah mereka berbangga menjadi penganut kristian buat seketika dengan menyilang jari mereka. ( Fingger crossing ).

Ini pengajaran buat Pas, lain kali jangan nak tunjuk gedebee, hangpa buat program, ada ka orang Umno kacau?
http://t.co/S87sxxla
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ucapan Timbalan Presiden Pembakar Semangat, Dedah Tembelang Pembangkang

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Para perwakilan menyifatkan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sebagai satu suntikan semangat untuk terus bekerja keras dalam menghadapi PRU yang ke 13 tidak lama lagi.

Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Datuk Dr. Rozaidah Talib, melihat bahawa ucapan Timbalan Presiden menjurus ke arah menyerang pihak pembangkang sebagai satu tanda bahawa gerak kerja untuk menangkis serangan propaganda dan fitnah pembangkang perlu diperhebatkan sebagai persediaan untuk menghadapi PRU yang akan datang.

"Selain itu, ucapan beliau itu juga menggambarkan kepercayaan pucuk pimpinan terhadap tahap siap siaga sayap-sayap UMNO begitu tinggi dalam menghadapi pilihanraya.  Di samping itu juga, saya melihat bahawa mesej yang mahu disampaikan itu bukan hanya kepada perwakilan kepada ketiga-tiga sayap,  tetapi ditujukan kepada rakyat untuk membandingkan perjuangan UMNO dan BN dengan Pakatan Pembangkang yang tidak jelas hala tuju untuk membangunkan negara," ujarnya.

Manakala bagi Ketua Wanita UMNO Selangor, Senator  Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, ucapan Timbalan Presiden itu jelas meminta agar seluruh ahli UMNO agar bersatu padu dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.

"Selain daripada itu, bagi saya beliau menjelaskan bahawa betapa pentingnya konsep berkongsi kuasa di dalam negara kita yang berbilang bangsa dan agama, seperti yang diamalkan selama oleh BN dalam usaha untuk membangunkan dan mengekalkan kestabilan negara.

"Ini berbeza dengan Pakatan Pembangkang yang dilihat biarpun bergabung dibawah satu nama, namun mempunyai matlamat dan hala tuju yang  berbeza dan ternyata Pakatan Pembangkang berkelayakkan untuk menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan dapat membangunkan negara ini," jelasnya.

Pendapat tersebut turut dikongsi oleh Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Besut, Datin Seri Wan Naimah Wan Latif di mana Pakatan Pembangkang hanyalah tahu membuat fitnah untuk memburuk-buruk imej UMNO dan BN di mata rakyat.

"Kita lihat Pakatan Pembangkang begitu beria-ria untuk ke Putrajaya sehingga sanggup menabur janji yang bagi saya tidak masuk akal. Saya yakin, bahawa wanita UMNO sebagai benteng negara, akan berusaha keras untuk memperjelaskan kepada rakyat tentang segala pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang terhadap UMNO dan BN," tegasnya.

Hari ini jelas beliau lagi, rakyat boleh melihat situasi di negeri Selangor dan Kelantan, di mana Pakatan Pembangkang gagal untuk menunaikan janji-janji yang mereka buat sebelum mendapat kuasa.

"Saya rasa kita sebagai rakyat di negara ini perlu bersyukur kerana Malaysia hari ini diterajui oleh kepimpinan yang amat-amat mementingkan serta prihatin terhadap kehendak rakyat. Bagi saya, jika dibandingkan dengan negara-negara lain, ternyata rakyat di negara ini amat beruntung kerana mempunyai kerajaan yang sentiasa terbuka dalam mendengar segala kritikan dan keluhan rakyat, serta tidak putus-putus untuk merencana dan melaksanakan segala agenda membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat di negara ini," jelas beliau. -MediaUMNO


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.