Rabu, 4 Januari 2012

Bapa ayam kejam

http://bit.ly/tf85lz
Saksikan bagaimana bapa ayam membelasah wanita yang dijadikan pelacur.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kebebasan bersuara

Pas, Pkr dan Dap menuntut hak kebebasan untuk berhimpun dan hak untuk bersuara.

Mahasiswel yang memperbodohkan diri di depan UPSI pun menuntut hak yang sama.

Sejak wujudnya Harakah dan Harakah Online kebebasan bersuara semakin luas terbentang.

Pas menggunakan ruang untuk melepaskan bom bom berangkai terhadap musuh politik nombor 1 mereka iaitu Umno.

Wujudlah istilah baru iaitu Mahafiraun, Mahazalim, Badawi jaga babi, Najib Monggolia, Zambry Mugabe, Mufti Perak Haramsani dan sebagainya.

Memalukan ialah semua kata nista terbit dari mereka yang pakai serban besar bakul, berjanggut dan berjubah. Ia itu dari parti yang mengaku memperjuangkan Islam.

Nik Aziz, Mat Sabu, Husam Musa Hadi Awang, Nizar Lambai, Azli Taliban dan ramai lagi kalau bercakap memang menyakitkan hati kita. Menyirap darah bila mendengar kata-kata kesat dan maki hamun mereka.

Orang kata pokok pisang pun terbakar bila panas. Maka TM pun hentam juga lah pemimpin mereka yang senang-senang maki kita. Peduli apa TM bukan ahli politik. Lu hentam orang boleh, so bila kena hentam balik jangan lah menangis.

Ramai rakan-rakan TM dari kelompok Pas marah sebab selalu hentam pemimpin Pas seperti Nik Aziz dan lain-lain.

Apa nak marahnya, itulah yang dikatakan kebebasan bersuara. Tak tahan telinga jangan baca.

9 January di depan mahkamah di Jalan Duta, kita tengoklah nanti bagaimana celuparnya mulut-mulut pemimpin pakatan akan memaki hamun polis, mahkamah dan kerajaan.

Sejarah membuktikan Mak Lampir sendiri pernah turun darah dan turun minyak di mahkamah dan menghina orang yang tidak memihak kepada Anwar.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas keluar fatwa baru mengenai tanah wakaf

Hebat sungguh Pas. Isu Pas nak robohkan surau atas tanah wakaf di bandaraya Alor Star telah mendapat tentangan hebat.

Pas kini sudah ada fatwa baru, tukar nama Tanah Wakaf kepada Tanah Rumah Ibadat.

Hehehe! Pas boleh!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS KUTUK UMNO DALAM ISU SAMBUTAN TAHUN BARU

TAHUN BARU DISAMBUT DENGAN MAKSIAT


Institusi perbankan terkemuka, AmBank Group (AmBank) akan menganjurkan sambutan tahun baharu 2012 di sini malam ini. Sambutan yang dikenali sebagai Konsert Ambang 2012 itu akan diadakan di Dataran Merdeka di sini bermula pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
Pengunjung konsert akan dihiburkan dengan pertunjukan bunga api tepat jam 12 tengah malam sebagai menandakan ketibaan tahun baharu.
Konsert itu bakal menampilkan barisan artis popular seperti Datuk M. Nasir, Mizz Nina, Jamal Abdillah, Awie, Faizal Tahir, Hujan One Nation Emcees, Hillary Ng, Malique, Najwa Latiff, Desiree Tan dan Sabhi Saddi.
Majlis yang sama dijangka turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim
Ia akan disiarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9.30 malam sehingga 1 pagi.

TM_NOTE;

HEBAT JUGA PEMUDA PAS CHANGKAT JERING MENGULAS MENGENAI KONSERT DI ATAS. INI BERMAKNA PEMUDA PAS YANG MENULIS TELAH MENGIKUTI PROGRAM KONSERT DARI AWAL SAMPAI KE AKHIR.

JELAS MENUNJUKKAN PEMUDA PAS INI SUKA KEPADA HIBURAN, SAMA DENGAN RIBUAN PENGUNJUNG DI DATARAN MERDEKA.

ALANGKAH BAIKNYA JIKA ANDA KETIKA ITU PERGI KE KONSERT YANG SAMA TETAPI DIANJURKAN OLEH PAS DI SHAH ALAM. SEBAB BOLEH TENGOK UST AZHAR IDRUS DAN SHAM KAMEKAZE MAIN GITAR DAN MENYANYI LAGU ROCK.

ORANG LAIN BUAT TAK BOLEH, YANG HALAL ADALAH APABILA IA DIBUAT OLEH PAS. MAKA RAMAILAH USTAZ PAS MENCARI DALIL UNTUK MENGHALALKAN PERBUATAN MEREKA.

Police have a good case against NFC, says PKR



RAFIZI SUDAH DAPAT BUKTIKAN NFC BERSALAH. MEMANG HEBAT DIA BONGKAR, SELEPAS INI ELOKLAH RAFIZI SIASAT PULA PENYELEWANGAN ANWAR IBRAHIM SEMASA MENJADI MENTERI KEWANGAN YANG MENYEBABKAN NEGARA HAMPIR MUFLIS. SIASAT DAKWAAN YB GOLABA YANG MENYATAKAN ANWAR MEMBAWA KELUAR WANG BERBILION KE LUAR NEGARA.

Agensi perlaksana yg kuat rasuah..kerajaan terpalit

saja nak kongsi: semalam saya cuti niaga 1 hari, sebab 4 pekerja saya pi chop passport di Sempadan Thai-Malaysia (Pengkalan Hulu Perak) bila dia org balik dan ceritakan pada saya, saya rasa terkejut, geram dan malu pun ada, berkenaan jabatan Imigresen Malaysia di sempadan yang cukup kuat menerima Rasuah, pekerja saya kata mula2 cop nak masuk Malaysia semalam, dia org letak RM30 dlm passport dgn harapan dapat pass lawatan 1 bulan, tiba2 Peg Imigresen tu bagi balik passport tu tanpa chop apa2, mereka pergi sekali lagi ke Peg berkenaan, letak pulak RM50, baru la Peg tu Chop.. Kalau 1 hari ada 500 org pi chop x RM50, X3 tempat Pengkalan Hulu, Padang Besar, Bkt Kayu Hitam, x 30 hari, x 12 bulan, berapa banyak Rasuah yang dia orang dapat??
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PKR Nazak

Salah seorang mengasas parti PKR berkata 28 daripada 32 orang kuat yang berusaha keras untuk menubuhkan parti kini sudah meninggalkan parti dan menyertai parti-parti komponen BN.

Apa yang tinggal dalam Pkr ialah budak-budak yang tak tahu sejarah politik Anwar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GEMPARRR SURAT KHABAR CHINA..!!! ANWAR BUNUH HUDUD DI MALAYSIA, APA KATA PAS..?

Nurul Nizam wrote:

HALAMAN 3 akhbar Nanyang Siang Pau hari ini menjadi medan Anwar melepaskan geramnya kepada banyak pihak termasuk UMNO dan Raja Petra Kamarudin (RPK) – dipercayai antara interview eksklusif terakhir sebelum Anwar kembali menjadi warga Sungai Buloh.

Penulis sebenarnya tidak sampai hati nak menyatakan satu persatu apa yang dikatakan Anwar tapi percayalah, dia banyak merapu daripada memberikan fakta. Tapi yang nyata Anwar memberikan keyakinan kepada akhbar tersebut akan beberapa perkara, antaranya yang dia sudah bersedia masuk penjara dan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia walaupun Pakatan memerintah.

Penulis 'reserved' keyakinan Anwar yang pertama sehingga 9 Januari nanti dan menumpukan kepada 'keyakinan' yang kedua iaitu hudud dalam coretan kedua hari ini.

Tentunya pengakuan Anwar ini bakal mematahkan lagi hajat PAS untuk memanjangkan soal hudud ini sehingga menjadi undang-undang di Kelantan mahupun Malaysia.

Sudah banyak digebang 2 ke 3 bulan kebelakangan ini yang PAS akan tetap melaksanakan hudud di Kelantan jika Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya (mintak jauh).

Rakyat yang mendapat tahu tentang temubual eksklusif Anwar ini sudah tentu akan tertanya-tanya, mana satu yang betul? Anwar punya atau Nik Aziz punya (cakap)?

Yang penting ada di antara 2 ekor ini yang menipu, cuma nak ditentukan yang mana satu.

Mungkin Anwar ingat tidak ada orang Melayu yang membaca akhbar cina tapi disitulah Anwar silap. Generasi hari ini bukan tersekat oleh satu bahasa sahaja malah banyak bahasa juga. Bahkan sudah ada pepatah mengatakan "kalau nak tahu Anwar cakap betul tentang Melayu dan Islam dibawah Pakatan, bacalah akhbar cina".

Kembali semula kepada temubual eksklusif tadi.

Penulis tidak langsung menipu ataupun berniat menipu pembaca. Dapatkanlah naskah NanYang Siang Pau hari ini daripada sesiapa yang diketahui ada membelinya dan selak sendiri laman 3 itu untuk memastikan kebenaran yang penulis katakan.

Kesimpulan penulis, Anwar tanpa sedar sebenarnya sedang 'membunuh' PAS dari dalam dengan tidak langsung membantu retorik politik mengenai hudud yang sedang hebat berlangsung sekarang.
Sejak ditentang oleh pihak dalamannya sendiri kerana menukar konsep negara Islam kepada negara Kebajikan, PAS cuba menipu pengikutnya dengan memberi harapan palsu yang hudud akan dilaksanakan (tapi di Kelantan sahaja) bila Pakatan Rakyat memerintah nanti.

Sepatutnya Anwar menyokong pembohongan ini tapi malangnya Anwar ada keutamaannya sendiri iaitu DAP. Justeru, tidak mungkin Anwar akan turut serta dalam isu mengenai hudud ini walaupun tahu ia hanya taktik PAS untuk membohongkan penganutnya sehingga pilihanraya umum akan datang selesai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar pernah hasut anak muda Melayu tentang kaum Cina

MAHASISWA MALAYSIA 'DIPER-HAMBA-KAN' ANWAR!

"Usaha keji Anwar Ibrahim menghasut Mahasiswa merusuh kaum Cina pada 13 Mei 1969;

menyeru Mahasiswa menentang AUKU 1975; dan

memaksa Mahasiswa menurunkan bendera pemimpin 2011 dengan jelas terbukti Mahasiswa Malaysia merelakan diri mereka diperHAMBAkan dan diperKUDAkan oleh Anwar Ibrahim!

Syabas kerana memperjudikan nilai kebijaksanaan dan nilai harga diri Mahasiswa Malaysia demi masa depan politik Anwar Ibrahim yang kian menjunam !" - Feriz Omar, Ketua Mahasiswa Malaysia dalam Majlis Dialog Mahasiswa Antarabangsa Dengan Ratu Elizabeth II di United Kingdom (1994) & Presiden ProWaris Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wanita PKR akan bawa anak-anak sebagai perisai manusia 9 Januari nanti dan....

Dr. Puad Zarkashi beri amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar dan guru sertai kempen 'Bebaskan Anwar 901'
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah tentang 901 di Melaka

"JANGAN GUNA RAKYAT UTK SELESAI MASALAH PERIBADI"

Jemput hadir malam ini 4/1 jam 9pm di Belakang Petronas Bukit Baru, Bukit Katil, Melaka.

Penceramah:

Lokman Adam
YB Gobalakrishnan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pelajar kita maut di luar negara

Seorang penuntut Malaysia di Ohio State University maut, empat lagi cedera selepas kereta mereka terbabas di New Jersey, Amerika Syarikat, kelmarin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.