Tentunya tika ini saban malam Datuk Mansor Othman yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I (TKMI) Pulau Pinang mengalami masalah kesukaran untuk melelapkan mata gara-gara kontroversi minit mesyuarat yang sedang tersebar sekarang.
Rentetan dari penyiaran transkrip perbualannya dalam pertemuan bersama beberapa orang pemimpin PKR itu, bukan sahaja telah mencetuskan keraguan dikalangan ramai penyokong PR khususnya DAP dan PAS, malah turut mengundang kemarahan ramai pemimpin pembangkang yang lain.
Dalam perbualan yang dideadahkan oleh blog gelagatanwar.wordpress.com itu, antara intipati kenyataan mansor yang disiarkan ialah memperlekehkan kewibawaan Lim yang digelarnya sebagai 'tokong, angkuh dan sombong'.
Selain itu, Mansor juga mengarahkan pemimpin PKR yang lain bersedia dengan nama calon PKR keturunan Cina bagi menghadapi kemungkinan terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dengan DAP.
Kritikan dan cercaan yang dilemparkan oleh Mansor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu dilihat sebagai satu tindakan yang membelakangkan kepercayaan sesama parti pembangkang sekaligus mendedahkan kepada umum wujudnya keretakan dalam jalinan kerjasama yang baru saja berusia setahun jagung.
Ramai pemimpin DAP seakan tidak dapat mengekang kemarahan mereka telah mendesak pucuk pimpinan tertinggi PR supaya mengambil langkah segera termasuklah menyingkirkan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu dari jawatan TKM1 selepas PRU 13 nanti.
Menurut sumber dalaman DAP, tindak tanduk Mansor itu bukan sahaja telah menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan Lim yang selama ini cuba dibina imejnya sebagai 'hero orang Cina' malah secara langsung telah mendedahkan PR kepada serangan bertali arus dari media BN.
Tambahan pula dengan skandal peribadi Mansor yang mempunyai hubungan intim dengan seorang Ah Soh yang sudah lama berada dalam pengetahuan ramai pemimpin DAP dan PKR, dikhuatiri bakal menyebabkan imej pakatan pembangkang kian tercalar sekaligus merencatkan peluang PR untuk menguasai kembali Pulau Pinang dalam PRU 13 kelak.
Kata mereka lagi, Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR sewajarnya segera menyediakan nama lain untuk diumumkan sebagai ganti jawatan TKM1 dan Pengerusi PKR negeri yang sekarang ini sedang disandang oleh Mansor.
Isnin, 27 Ogos 2012
PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiah
Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.
Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.
Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.
Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).
Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.
Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.
Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.
Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.
Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.
Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

iLMU Jelajah Hudud Seluruh Malaysia
KUALA LUMPUR – Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) akan menganjurkan program jelajah hudud di seluruh negara dengan memfokuskan masyarakat bukan Islam mulai bulan depan.
Program itu bertujuan memberi penerangan dan kefahaman terperinci mengenai undang-undang berkenaan supaya tidak disalah tafsir mereka.
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya, berkata pihaknya sedang dalam proses menghantar jemputan kepada parti politik seperti MCA, MIC, GERAKAN dan DAP.
“Kita mahu terjemahan hudud itu disampaikan menerusi tafsiran yang mudah difahami dan jelas supaya mereka (bukan Islam) tidak menganggap ia (hudud) sebagai ancaman dan zalim kepada penganut bukan Islam.
“Tumpuan jelajah ini juga bukan untuk membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan hudud, sebaliknya usaha memahami isi kandungan hukum Islam itu, disusuli alasan dan hujah sebenar,” katanya.
Fathul Bari berkata, ia juga sebagai platform untuk memastikan hukum itu tidak terus dijadikan bahan pertikaian dan perbalahan terutama pemimpin politik.
Jelajah itu akan bermula di Perlis pertengahan September depan sebelum ke negeri lain. Sesi penerangan dan diskusi akan disampaikan oleh panel daripada iLMU serta ulama dan tokoh agama.
Siaran akhbar Berita Harian, Jumaat 24 Ogos 2012, m/s 4
Link: https://www.facebook.com/
Langgan:
Catatan (Atom)