Sabtu, 19 Januari 2013

Anwar dan PKR akan bungkus dalam PRU 13

Pagi tadi selepas selesai membuat liputan pelancaran Bilik Gerakan Belia 4B di Kamunting, TM ke bandar Taiping untuk membeli spare part kerusi pejabat.

TM tertarik dengan caretaker kedai tersebut yang penuh dengan surat khabar Barita Harian, The Star, Harakah dan berita Keadilan. (Akhbar Roket kini tak ada dalam senarai dia).

Kata lelaki tersebut, "ini kali Anwar habis lah, semua orang sudah tidak percaya dia lagi."

Tanya TM " macam mana MCA? Haiya MCA lancau lah" terkejut beruk juga lah, sampai macam tu sekali tak sukanya dia kepada MCA.

TM tanya lagi," apa pasai suka baca harakah?"

"Harakah tulis betul tak tipu, tak macam surat khabar lain, manyak tipu".

"Yakah? Lu tau kah , pagi-pagi itu harakah punya office, baca utusan, baca berita harian, belakang dia cali itu hot news dia kasi komen negative point punya lor".

"Lu tengok sendiri lah mana ada berita dalam Harakah tunjuk Pas tolong orang miskin, kasi duit orang miskin. Mana ada tunjuk gambar projek Pas? Mana ada? Talak loor. Yang ada semua kerajaan bikin talak betul, orang Pas sendiri, harakah banyak cerita tipu, fitnah dan bohong "

"Itu macam kah? Mana lu tau"

" Gua tau lah sebab gua pun baca harakah hari-hari, itu CEO Harakah, Dato Tarmizi pun tipu punya orang, hari-hari baca news paper cari point mahu hentam kerajaan juga".

" Lu umno kah? " Tanya cina tuuu.

"Tarak lah, gua bukan Umno, gua suka baca juga macam lu juga lah" kata Tm.

" Lu tau ka, Jepun sana, gua duduk 12 tahun, PM sana selalu tukar, sini Mahathir berapa lama dia jadi PM? Dia manyak kaya ooo, 30 tahun jadi PM berapa billion dia sapu! Lu tau ka? Semua olang politik mana ada betui punya"

" Kalau itu macam Anwar Ibrahim 16 tahun pun billion-billion lah dia sapu duit, Nik Aziz 22 tahun jadi MB pun sapu banyak duitlah, itu pasai Penang punya budget sudah deficit 3 tahun oooo, betui lah lu cakap, Guan Eng pun sama makan duit" kata Tm.

Terkedu sekejap cina tu, lalu dia bertanya bila PRU 13?

Jawab TM, sekarang pun boleh, tapi itu 4 negari tak mau bubar Dun sebab kalau bubar Dun dia olang tatak boleh guna state government punya wang dan state punya jentera, lu tengok dulu PRK di Galas, Hulu Selangor, 4 state semua turun guna kereta, lori, van state government punya pergi tolong. So gua ingat ini kali undi jatuh bulan Mei atau June looor. Kasi tamat road tax la."
lu mau undi apa?

" Gua mau undi Pas loooor! "

" Apa pasai lu mau undi Pas, lu cina mesti undi Dap laa!" Tambah TM

" Gua punya tempat, Pas punya kawasan loo, Dap tatak bertanding punya, itu melayu punya tempat"

" Kawasan mana? " Tanya TM lagi.

" Larut laaaa sana Raja Ahmad punya kawasan" tambahnya.

Sekian,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Akan Umum Keluar Pakatan Rakyat?

Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Air: Azizan Tak Berani Mengadap Guan Eng

Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta. Ini menjadikan menjadikan anggaran defisit fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta. Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara 'mimpi' iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor realiti.

Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta.

Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah 'mimpi' Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata. Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya.

Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat. Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi. Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata. Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik.

Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan?

Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut.

Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran terhormatnya, Tokong, hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut. Tentu sekali, Tokong Lim amat terkejut dan marah. Dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya.

Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar. Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh dibuat. Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai. Selagi tidak selesai, ia masih dirujuk sebagai anggaran.

Namun, satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini, melainkan dalam mimpi Azizan.

Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab, tidak beretika dan tidak professional. Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka. Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan. Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini.

Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim? Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja? Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat di dalam televisyen itu?

Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah 'inferiority complex'. Buktinya, setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut. Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka, tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja, atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation, syarikat pemaju projek tersebut.

Nampaknya, Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB, jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri.

Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah. Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim, di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat mana.

Sebenarnya, masalah 'inferiority complex' wujud dengan segar di dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP. PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan dengan yakin, kerana tidak punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu.

Kerana itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa dengannya. PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk bersaing. Bukan seperti PAS yang hanya mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Kerakyatan Sabah

Tuduhan pembangkang yang memainkan isu pendatang asing Sabah diberikan Kad Pengenalan hanyalah bersifat anti Melayu dan Perkauman.

Isu ini sudah lama dimainkan oleh pembangkang terutama Dap.

Dap yang ramai terdiri dari orang Cina sepatutnya tak payah lah bising-bising nanti orang buka pekung tentang kedatangan cina ke Borneo akan menyebabkan cina Sabah dan Sarawak malu sendiri.

Orang Pas dan Pkr pun usahlah dok melalak dalam soal ini sebab Ketua Pemuda Pas Sabah sendiri pun asalnya dari Indon. Dr Badrol Amin orang kuat Pkr yang baru-baru kahwin dengan klien kaunselingnya pun berasal dari Indon dan akhirnya mendapat taraf kerakyatan.

Teringat lagi tuduhan pembangkang kononnya kerajaan telah memberi banyak kad pengenalan kepada warga Pakistan (Pakistan Kapet) di Sabah semata-mata untuk memenangkan BN. Tuduhan ditujukan kepada Abdul Gafur Salleh.

Sebenarnya sesiapa sahaja yang berada di Malaysia boleh diberikan taraf warganegara atau kerakyatan jika mereka memenuhi syarat.

Apa salahnya orang Filipinos yang sudah berzaman duduk di Sabah diberikan taraf warga negara? Apa salahnya keturunan Ilanun yang hidup atas air laut diberikan IC?

Malah kaum Kadazan juga ramai yang berasal dari Tanah Besar Cina seratus peratus mendapat taraf warga negara.

Di Sabah, Sarawak dan Kalimantan sememangnya terdapat ramai pendatang asing terutama orang Cina.

Mereka datang sejak Sabah dan Sarawak diperintah oleh Inggeris lagi. Di Kalimantan Barat, Tengah dan Kalimantan Timur kebanjiran kaum Cina dari keturunan Hakka ialah kerana bijih timah.

Di Sarawak kebanjiran pendatang asing adalah diasaskan oleh Kapitan Wong Nai Siong. Beliau telah menulis surat kepada Rajah Brooke untuk membawa masuk orang Cina keturunan Foochow yang beragama Christian untuk menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa pembunuhan conflict agama di Tanah Besar Cina.

Akibatnya sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan 1963 jumlah kedatangan orang cina melebihi jumlah penduduk peribumi Sarawak terutama di kawasan pinggir laut. Mereka datang dan menetap di dalam kawasan pedalaman dan hidup sebagai pekebun atau petani dan sebahagian besar sebagai peniaga, nelayan dan sebagainya.

Bagaimanapun hari ini kesemua pendatang Foochow, Hakka ini kini mendapat taraf warga negara dan mendominasi bandar-bandar besar di Kota Kinabalu, Sibu, Kuching, Miri dan di Kalimantan Barat pula mereka mendominasi daerah Pontianak, Singkawang dan beberapa daerah kecil yang lain.

Isu kad pengenalan tak payah lah dijadikan isu politik pembangkang kerana ramai pembangkang adalah majority asalnya pendatang asing.

Kenapa nak jadikan filipinos Sabah sebagai modal politik pembangkang. Anwar Ibrahim sendiri jika didedahkan identiti keturunannya tak ada setitik pun darah keturunan Melayu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Projek IC (myKmu)

Suruhanjaya  Diraja atau RCI dalam bahasa Inggeris ini, ditubuhkan semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan besar yang dijangka mencetuskan jalan buntu kalau dibawa ke Mahkamah.

Maksud jalan buntu, saksi yang nak dibawa sudah meninggal dunia, dokumen berkaitan mungkin telah musnah lama dahulu, 'bukti' tidak boleh disahkan dan sebagainya.

Tidak terkecuali dalam hal ini adalah RCI yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat kebenaran di sebalik kebanjiran pendatang asing di Sabah dan sama ada wujud kegiatan memalsukan dokumen kewarganegaraan untuk membolehkan warga asing, tanpa dokumen yang sah, diterima menjadi rakyat negara ini semata-mata untuk membolehkan mereka mengundi kerajaan.

Itu initipatinya, sebab warganegara asing yang diberi taraf kewarganegaraan mengikut undang-undang (secara sah), bukanlah satu perkara pelik, tapi perkara lumrah yang berlaku di mana-mana negara dalam dunia.

Pendek kata, pemberian kewarganegaraan mengikut prosedur undang-undang, bukanlah satu isu sehingga nak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Cuma sekarang, penulis lihat media pro pembangkang seperti Malaysian Insider, beberapa hari ini cuba menimbulkan tanggapan salah terhadap kerajaan BN dengan tajuk-tajuk yang bercampur aduk hasil keterangan beberapa saksi dalam perjalanan RCI pendatang asing di Sabah ini.

Antaranya yang boleh penulis kenalpasti ialah Filipino refugee says got blue IC without applying for it, Megat Junid's alleged order to let immigrants vote 'shocking' dan Ex-NRD man defends giving ICs to undocumented immigrants.

Begitu juga beberapa kenyataan dari mantan Perdana Menteri yang mengaku pemberian kewarganegaraan secara sah dan mengikut undang-undang kepada warganegara asing memang berlaku di zaman pemerintahannya.  Tapi bab secara sah dan mengikut undang-undang itu diletak diakhir sekali, bab mengaku beri kewarganegaraan itu diletak di depan.

Begitulah permainannya.

Banyak di antara tajuk yang penulis sebutkan di atas itu dipetik dari kenyataan hearsay saksi yang terlibat dalam prosiding tersebut.  Di antara mereka adalah bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang pernah ditahan dibawah ISA kerana kesalahan menjual kewarganegaraan.

Cakap orang macam ini pun Malaysian Insider angkat macam sebesar-besar 'bukti' dalam menyokong dakwaan pembangkang akan kewujudan pengundi hantu ini.  Penulis lihat kenyataan saksi yang macam ini lebih kepada pembalasan peribadi (personal vendetta), atau paling tidak yang berada dibawah payrollpembangkang untuk memburukkan kerajaan BN.

Along the way, datang pemimpin pembangkang macam Azmin mencelah di tengah-tengah dan menuduh Mahathir dengan segala macam kesalahan, walaupun prosiding RCI masih berjalan dan Mahathir sendiri tidak lagi dipanggil sebagai saksi.  

Penulis melihat Azmin sudah dapat mengagak dari halatuju perbicaraan RCI ini sekarang, madunya, si Anwar Ibrahim akan terlibat dan terkait tidak berapa lama lagi; sesuatu yang tidak pernah dijangka Pakatan haram ini dulu, sebab itu Azmin guna pendekatan preemptive strike  (serang dulu sebelum kena serang) dengan menuduh Mahathir macam-macam.

Rileksla Min, prosiding tengah jalan lagi.

Semua ini bagaimanapun, menunjukkan tembelang sebenar pembangkang dalam mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan RCI untuk kes Sabah ini.  Dari tuduhan wujud Projek IC, sekarang kita dengan macam-macam nama projek dan Ops (Operasi). Semuanya, hearsay atau paling tidak guna nama orang yang sudah meninggal dunia, kononnya memberikan arahan itu dan ini.

Dalam hal ini bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid.

Sudah tentu orang itu sudah tidak ada untuk mempertahankan dirinya, dan saksi berkenaan hanya ada air liur sebagai modal bercakap.

Semua ini bagaimanapun tidak menghalang pembangkang dari mempolitikkan perkara ini lebih awal seperti permainan yang cuba disampaikan Malaysian Insider sekarang.

Apa yang penulis nak katakan, inilah modal terbaru  puak-puak ini sekarang, setelah kegagalan HKR Sabtu minggu lepas yang menyaksikan lebih kurang 45,000 orang sahaja yang datang, jauh lebih kurang dari sasaran 1 juta orang seperti yang sering didendangkan.

mykmu.net
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PR Kekal Benarkan Kalimah Allah Dalam ‘Bible’

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.

Nampaknya, 'bola' kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas. Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri. Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam.

Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.

Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:

1. Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat

2. Sah bahawa PKR membawa fahaman plural

3. Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam

4. Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP

Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali.

Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP. Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS?

Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini. Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam. Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.

Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.

Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir. Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar. Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.

Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar? Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?

Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan. Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu. Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya. Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu.

Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.

Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur. Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan. Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.

Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri. Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara. Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam.

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan. Amin.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS BUAT ISLAM MACAM BOLA DALAM ISU KALIMAH

Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.