Selasa, 21 Februari 2012

Isu MyVoice cilok mencilok menjadi panas, tunggu jawapannya

Apakejadahnya Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Ni??

Hotel Seri Pacific KL
Selepas kecelaruan program KMS1M yang dihadiri oleh PM di PWTC tempoh hari, berlangsung pula KMS1M peringkat negeri yang sudah diadakan di 2 negeri; iaitu Kelantan & Pahang. Masalahnya; tidak nampak objektif jelas KMS1M dalam perjuangan media sosial untuk membantu kerajaan/BN selain usaha sesetengah individu/pihak mentekedarah bajet dari sebuah agensi untuk menebalkan poket peribadi.
Ketua Pengarah agensi berkenaan mungkin belum sedar... Ada baiknya bajet ratusan ribu tersebut disumbangkan secara terus kepada blogger2, facebookers dan pejuang media sosial lain sebagai inisiatif penghargaan bagi menyuntik semangat mereka untuk terus istiqamah dalam saf perjuangan ini.
Selama mana golongan2 opportunis sebegini harus diberi peluang sedangkan ada hal yang lebih besar harus kita tangani sebelum segala-galanya hilang selepas keputusan PRU13...
Tunggu pendedahan lanjut!

 http://jendelamy.blogspot.com/2012/02/apakejadahnya-konvensyen-media-sosial.html

PAS PERAK KENA BUKTIKAN BAHAWA LADANG ITU MILIK KELUARGA SHAHRIIZAT

Adakah Shahrizat terlibat Ladang Fidlot Manjung?

emel Cetak PDF
Adakah Shahrizat terlibat Ladang Fidlot Manjung?
Asalkan Fidlot ia milik keluargaShahrizat
PARIT, 19 Feb: PAS Perak mahu kerajaan negeri bertanggungjawab dan menjawab kegagalan projek Ladang Satelit Fidlot Nasional di Gelung Pepuyu, Manjung yang masih belum beroperasi sehingga sekarang.

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, dalam tinjauan ke tempat tersebut baru-baru ini mendapati tanah seluas 100 ekar di atas padang ragut telah terbiar walaupun  seratus peratus  siap dibina.

Katanya, menurut sumber, projek tersebut dimulakan sejak 4 tahun yang lalu di mana status tanah telah bertukar kepada taman kekal pengeluaran makanan. 

Difahamkan Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM6.7 juta untuk membangun infrastruktur  seperti membina 2 kandang untuk muatan 600 ekor lembu pada sesuatu ketika, bekalan elektrik, pagar dan bekalan air.

Menurutnya, konon pesertanya dari kalangan orang-orang yang berkemampuan dari segi kewangan untuk membela lembu yang dibekalkan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Tambahnya, bagaimanapun diberitakan pihak NFC sehingga sekarang tidak mampu untuk membekal lembu-lembu yang dijanjikan, maka tinggallah ladang dan kandang tersebut kosong manakala pengurus projek itu juga telah diberhentikan kerja.

“PAS Perak menyifatkan projek yang menelan belanja berjuta ringgit duit rakyat ini dibazirkan begitu sahaja. Kami mahu kerajaan negeri menjawab isu ini,” katanya.

Katanya, timbul juga persoalan kemungkinan projek itu ada kaitan dengan isu NFC yang melibatkan suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Inilah contoh kerakusan dan salah urus tadbir pihak tertentu dengan melibatkan tanah kerajaan dan duit rakyat.

“PAS Perak mahu kerajaan negeri yang meluluskan tanah tersebut menjawab isu ini kepada rakyat, sekiranya berlaku penyelewengan atau amalan rasuah, tindakan sewajarnya hendaklah diambil,” ujarnya.

TM_NOTE;

Pas Assobiyah sekali lagi cuba membohongi rakyat dan menfitnah keluarga Shahrizat Jalil dalam isu Lembu Fidlot.

Sungguh melucukan apabila membaca artikel yang diterbitkan oleh Pas Perak.  Dahulu apabila kita membaca Marina Bay Yatch Club maka ia adalah milik anak Perdana Menteri ketika ia itu Marina Tun Mahathir. Kini jumpa saja perkataan Fidlot ia adalah milik Shahrizat.


Tak tahu lah teman , samada Pas dungu atau saja buat-buat dungu. Sebenarnya sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang ingin menceburi bidang peternakan lembu boleh lah berjumpa kementerian pertaniah di bawah Jabatan Haiwan. 


Misbahul Munir pun kalau teringin nak buka bisnes lembu boleh buat permohonan kepada Menteri Pertanian DS Noh Omar nescaya permohonan anda diluluskan, maklumlah tujuaan kerajaan ialah untuk menggalakkan orang Melayu menyertai sektor yang memberi perolehan RM750 juta setahun. Hari ini busines ini dikuasai oleh bukan Melayu. 


Fidlot keluarga Shahrizat adalah satu-satunya pengusaha lembu dalam skala besar dan oleh kerana ia milik Ketua Wanita maka ia menjadi sasaran pembangkang terutama Razifi 'lembu' Ramli.




3 - UFMO & UFB - Bengkel Khas Penulis Maya 2012 - Hudud & Qisas