Rabu, 15 Mei 2013

5 Perkara Rakyat Malaysia Mahu Yang Kit Siang Wajib Tahu

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk "Apa Lagi Kit Siang Mahu" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan.

Lima perkara tuntutan yang dimaksudkan oleh Kit Siang ialah;-

1) Tuntutan supaya pilihan raya yang adil
2) Malaysia mesti benar-benar mengamalkan demokrasi
3) Penghormatan kepada keluhuran perlembagaan terutama dalam konteks perundangan dan hukuman
4) Pendidikan yang setaraf dengan luar negara
5) Keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik.

Seimbas lalu kelima-lima tuntutan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan BN yang memerintah berdiri tegak melalui ketidak adilan pilihan raya serta tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana sepatutnya.

Adakah perkara itu betul atau sebenarnya sekadar propaganda politik pemimpin veteran DAP itu sahaja? Untuk mencari kebenaran, pandanglah dengan mata burung jarang melihat dunia seperti katak di bawah tempurung.

Kerajaan BN yang memerintah di peringkat Pusat dan negeri-negeri yang dikuasainya sejak dulu hingga kini mendapat mandat hasil dari pilihan raya kelolaan SPR, yang mana badan rasmi pengendali pilihan raya ini jugalah yang mengiktiraf kemenangan PAS di Kelantan, DAP di Pulau Pinang dan mengesahkan Selangor kekal di bawah pentadbiran DAP, PKR dan PAS.

Persoalan Pertama;-
Jika benar pilihan raya dilaksanakan tanpa keadilan dan tiada ketelusan serta amalan demokrasi gagal direalisasikan, apa gunanya pakatan pembangkang bermati-matian menyertai proses tersebut sambil sibuk mencanang peningkatan prestasi mereka semasa PRU 12 2008 dan yang terbaru dalam PRU 13 baru-baru ini?

Kerana wujudnya demokrasilah maka penduduk Pulau Pinang kekal dengan pilihan bersama DAP yang mana kini negeri itu diperintah oleh anak Kit Siang yakni Lim Guan Eng yang merupakan juga Setiausaha Agung DAP. Atau, adakah Kit Siang mahu menganggap kejayaan DAP di Pulau Pinang terhasil dari bentuk penipuan pilihan raya dan terkeluar dari lunas demokrasi?

Persoalan Kedua;-
Layakkah Kit Siang mahu membicarakan soal tuntutan pilihan raya yang adil, sedangkan dalam pemilihan CEC DAP Pusat sendiri wujud kecelaruan yang melucukan apabila berlaku silap mata dan perubahan kedudukan pemenang. Di mana keadilannya bila mana proses pemilihan parti sendiri pun dikuasai sifat rasis yang menebal dan bila dikritik terus saja keputusan berubah-ubah.

Demikian juga dalam hal menghormati keluhuran perlembagaan, tidak timbul soal memilih bulu atau membezakan hukuman. Bukankah sudah terbukti setiap proses perundangan dan hukuman dilaksanakan seadil-adilnya tanpa mengambil kira seseorang itu pemimpin BN atau tidak.

Sebaliknya yang sering mencabar perlembagaan biasanya sinonim dengan pemimpin pembangkang termasuklah ada yang cuba mengganggu gugat hak keistimewaan Melayu Islam serta agama Islam termasuklah dalam isu kesucian kalimah Allah S.W.T.

Persoalan Ketiga;-
Bila lagi Kit Siang mendokrin semula DAP supaya menerima hakikat negara ini ada perlembagaan yang menetapkan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam, yang sepatutnya tidak dicabar termasuklah dalam isu kalimah Allah S.W.T? Kenapa Lim Guan Eng beriya menuntut penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible sedangkan termaktub sudah ia hanya untuk orang Islam sahaja?

Dalam hal pendidikan pula, sedari dulu lagi Kerajaan Pusat pimpinan BN serius melaksanakan pelbagai dasar yang menepati kehendak semasa termasuk memperkenalkan PPSMI, tapi disebabkan tekanan politik oleh PR maka ia akhirnya terpaksa dibatalkan.

Begitu juga bila membicarakan perihal keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik, bukankah selama ini BN telah terbukti berjaya mengekalkan kemanan dan kedaulatan negara sehingga membantu perkembangan ekonomi masyarakat termasuklah memberi impak positif kepada perniagaan golongan kiasu Cina DAP?

Cuma akhir-akhir ini keamanan negara tergugat disebabkan wujudnya provokasi melampau dan kempen aggresif oleh rakan sepakatan DAP dari PKR, siapa lagi kalau bukan si Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang begitu disayangi oleh Kit Siang. Cuba kalau Kit Siang sanggup tampil menasihatkan Anwar supaya berhenti melalak mempertikaikan itu ini, bukankah itu lebih bermakna untuk kesejahteraan hidup rakyat?

Persoalan Keempat;-
Perihal persaingan politik sihat sepatutnya bukan isu bagi BN kerana kepimpinan dalam BN bersilih ganti, sebaliknya Kit Siang patut bertanya diri sendiri bila lagi nak tukar polisi DAP supaya lebih mesra rakyat dan tidak lagi terkongkong dengan budaya Dinasti Lim?

Persoalan Kelima;-
Akhir sekali, pernahkah Kit Siang cermin diri sendiri bila bercakap soal persaingan sihat dalam politik, tak terbayangkah sedari dulu lagi pantang ada cabaran dari pimpinan DAP terhadap Kit Siang dan kroni nepotismenya, pasti riwayat politik musuhnya padam atau tersingkir dari arena kepimpinan DAP. Beranikah Kit Siang menafikannya?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lawak menteri kabinet

Perdana Menteri baru saja mengumumkan perlantikan menteri luar yang baru.





































Menteri Luar Tabiee.. Anwar Ibrahim.... 😆😆😆
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sekolah Vernakular Kilang Lahirkan Ahli DAP Rasis

Sedar atau tidak bahawa pantang larang paling besar bagi kaum Cina negara ini ialah apabila Sekolah Vernakular disentuh. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan, bahawa mereka meletakkan Sekolah Vernakular sebagai lebih tinggi atau sama 'sucinya' dengan tokong dan berhala mereka. Seolah-olah, tanpa sekolah itu bangsa Cina akan mati atau agama mereka akan hancur.

Alasan mereka untuk mempertahankan sekolah tersebut adalah kononnya untuk memastikan budaya, adat dan bahasa ibunda mereka terus terpelihara.

Untuk itu, penulis ingin memetik tulisan Tai Zee Kin seorang Cina dari produk Sekolah Kebangsaan yang turut mempersoal sikap kaumnya yang degil ingin mempertahankan Sekolah Vernakular.

Tulisan beliau yang boleh dilayari di http://taipingmali.blogspot.com/2013/05/ethnic-han-chinese-malaysian-please.html?spref=fb, mendedahkan bahawa hakikatnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tidak mengajar pun budaya atau kesusasteraan Cina seperti Si Shu Wu Jing dan lain-lain. Murid-murid dari Sekolah Cina juga tidak tahu membezakan antara agama dan ideology filosofi Cina iaitu antara confusionisme, taoisme atau Mahayanian Buddha.

Mereka juga tidak diajar tentang kostum tradisi Cina seperti Han Fu dan bezanya dengan Cheong Sam / Kei Po dari Manchuria. Malah, nama-nama asal yang melambangkan budaya sebenar Cina seperti Yehonala, Nurhachi, Aisinjeoro juga mereka tidak pernah mendengarnya. Sebaliknya menggunakan nama Lim, Tan, Chong dan sebagainya.

Secara amnya, Sekolah Cina tidak langsung mempertahankan bahasa, budaya atau adat Cina.

Justeru, menurut Zee Kin, dengan pengetahuan beliau yang lebih mendalam dan luas mengenai budaya dan kesusasteraan Cina berbanding produk dari SJKC sendiri, maka hujah pihak ekstremis Cina untuk mempertahankan Sekolah Vernakular atas alasan mempertahankan budaya dan bahasa Cina adalah tidak boleh dipakai sama sekali.

Beliau juga turut menempelak mereka yang mempertahankan Sekolah Vernakular atas alasan ekonomi, iaitu kerana ekonomi China semakin berkembang dan bakal menguasai dunia.

Namun, di masa yang sama puak ini tidak mampu menjawab kenapa Singapura yang menjadi kiblat DAP itu tidak mempunyai walau satu pun sekolah Cina? Jika Mandarin yang diperlukan untuk maju, maka ia boleh diambil sebagai subjek tambahan lepas waktu sekolah seperti yang dilakukan Zee Kin. Dan apa yang jelas, penguasaan bahasa Mandarin beliau adalah jauh lebih baik dari kebanyakan produk SJKC.

Perlu diingatkan bahawa Zee Kin adalah produk Sekolah Kebangsaan iaitu sekolah milik kerajaan. Perhatikan perbezaan tahap pemikiran beliau yang jauh lebih rasional serta bijak. Hujah beliau berdasarkan fakta dan bukan emosi. Beliau ternyata seorang yang berilmu, banyak membaca dan mengkaji. Kualiti seperti ini tidak mungkin didapati di sekolah-sekolah vernakular, kerana itu kita melihat produk SJKClah yang kini ke hulu ke hilir mengekori Anwar Ibrahim dengan harapan beliau dapat memberi kerusi Perdana Menteri kepada DAP suatu hari nanti.

Secara dasarnya, kewujudan Sekolah Vernakular sudah pun melampaui objektifnya dan langsung tidak menepati motifnya.

Asalnya Sekolah Vernakular dibenarkan kerana pendatang Cina pada waktu itu tidak berniat untuk tinggal lama di negara ini. Walaubagaimanapun, apabila Perang Dunia ke2 meletus, dan Jepun menceroboh negara China, kaum Cina di negara ini tidak dapat kembali ke negara asal. Lebih-lebih lagi apabila di masa yang sama bahagian utara China juga mengalami perang saudara antara pihak komunis dengan nasionalis.

Justeru, mereka terpaksa terus tinggal di Malaya. Malaya yang berada dalam proses kemerdekaan akhirnya menerima kaum Cina dengan beberapa syarat iaitu menggariskan hak istimewa kaum Bumiputera 'ditukar' dengan hak pendidikan kaum pendatang yang berdasarkan negara asal, atas fahaman bahawa mereka akan kembali ke sana.

Oleh kerana kaum Cina terus kekal di negara ini, maka secara automatik Sekolah Vernakular sudah tidak relevan lagi.

Hari ini, setakat apa yang dilihat, Sekolah Vernakular hanyalah tempat untuk mengeluarkan produk rasis dan chauvinis Cina. Selain itu, ia sekadar menjadi 'kunci' utama untuk mencabar dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menjustifikasi ketidakpuasan hati kaum Cina.

Apa yang lebih malang ialah ia bertindak sebagai 'risiko' yang semakin hari semakin besar dan semakin serius bagi keharmonian negara ini.

Keengganan dan kedegilan pihak ekstremis Cina untuk terus mempertahankan Sekolah Vernakular adalah tidak lain tidak bukan kerana ia memberi mereka platform untuk 'membina kuasa'.

Mereka tidak mahu kaum Cina mengasimilasi dengan kaum lain dan menjadi satu bangsa Malaysia yang tulen tetapi mereka punya niat dan agenda rasis dan chauvinis untuk meletakkan kaum Cina lebih tinggi dari kaum lain.

Hari ini, mereka terus berlakon kononnya mereka tidak punya niat sedemikian. Malah, sesiapa sahaja yang menyentuh soal ini akan dibawa ke mahkamah. Antaranya, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah telah diselar dan dituduh sebagai menghasut dan mengugut kerana mendedahkan niat sebenar DAP dan para ektremis Cina.

Sehubungan dengan itu, Lim Guan Eng juga berikrar akan bermati-matian bersama PR untuk mempertahankan Sekolah Vernakular.

Soalnya, kenapa? Semua hujah untuk mempertahankan Sekolah Vernakular telah pun disangkal. Atas apa lagi sekolah tersebut perlu terus wujud di Malaysia jika bukan untuk meningkatkan jurang antara kaum? Kenapa jurang itu mesti ditingkatkan? Kita semua tahu jawapannya walaupun DAP terus menafikannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rasuah: SPRM Bertindak Profesional

Pakatan Rakyat (PR) dilihat berterusan memberikan tekanan terhadap agensu pencegahan rasuah kononnya mereka tidak telus dalam menjalankan siasatan dan tindakan terhadap pesalah gejala tidak sihat itu.

Bagaimanapun, berbanding tindakan pembangkang yang menuduh tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) pula mengambil pendekatan serius dalam membasmi gejala rasuah melalui pengenalan 6 Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) yang turut meletakkan rasuah sebagai salah satu bidang yang perlu diberi keutamaan.

Melalui NKRA membasmi rasuah, kerajaan meletakkan sasaran kes rasuah akan dapat dikurangkan sekaligus memberikan ketakinan kepada rakyat bahawa agensi ini menjalankan tugas dengan berkesan dan penuh dengan kredibiliti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik mahupun pegangan agama.

Mengambil contoh kes Pusat Fidlot Nasional (NFC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ternyata bertindak tegas terhadap pelakunya, walaupun umum mengetahui mereka yang terlibat mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi Umno.

Ini membuktikan SPRM menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi tanpa tekanan atau arahan tertentu daripada tangan-tangan ghaib dalam politik tanah air sekaligus membuktikan mereka menjalankan tugas secara bebas.

Tuduhan pembangkang bahawa kerajaan campurtangan dalam urusan pendakwaan kes-kes rasuah juga tidak berasas apabila mengaitkan pemimpin tertinggi Umno dengan projek-projek tertentu tanpa bukti kukuh. Malah apabila mereka cuba mendapatkan sokongan dari negara luar seperti Hong Kong juga berkenaan satu-satu kes, pihak berkuasa pencegahan rasuah di sana tidak melayani permintaan mereka kerana terbukti tiada kes untuk difailkan.

Ini turut menunjukkan bahawa SPRM bertindak secara professional, dan menuruti keperluan seperti yang termaktub dalam NKRA membasmi rasuah yang diketuai oleh Datuk Hisham Nordin. Matlamat utama NKRA ini juga adalah untuk memastikan generasi masa hadapan tidak terbelenggu dengan budaya rasuah yang sudah pasti akan menghancurkan negara.

Bagi pembangkang, mereka seharusnya bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan isu rasuah di negara ini, tanpa hanya tahu menunding jari mencari kesalahan pihak lain. Adalah lebih mudah bagi kerajaan mencapai matlamat sifar rasuah dengan bantuan semua pihak, tanpa hanya meletakkan beban di bahu kerajaan semata-mata.

Pelbagai langkah telah diusahakan kerajaan dan pihak-pihak terlibat seharusnya memastikan hasrat ini tercapai tanpa mengambil kira pegangan politik masing-masing.

Apabila ada sesetengah pemimpin pembangkang dituduh terlibat dengan gejala rasuah, mereka melenting tak tentu pasal, tetapi sebaliknya menuduh kerajaan pula terlibat dengan rasuah tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Tindakan SPRM menyiasat pendedahan video yang dibuat sebuah agensi dari Australia juga membuktikan efisien mereka terserlah, tanpa mengira fahaman dan ideologi parti sesetengah pihak. Jadi pembangkang seharusnya berfikir dalam konteks yang lebih luas kerana tanpa penyertaan semua pihak, membanteras gejala rasuah adalah tugas mustahil dan sukar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Barisan kabinet rakyat

Perdana Menteri & Menteri Kewangan I

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri 

Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 
DATO JAMIL KHIR
DATO SRI ABDUL WAHID OMAR
IDRIS JALA
JUSUF KURUP 
SHAHIDAN KASIM
NANCY SUKRI
JOSEPH ENTULU
PAUL SENG KUA


Menteri Pertahanan
HISHAMUDDIN TUN HUSIN

Menteri Kewangan II
AHMAD HUSNI HANADZLAH

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi
MUHYIDIN YASIN
IDRIS JUSUH ke II

Menteri Dalam Negeri 
ZAHID AHMAD HAMIDI

Menteri Pengangkutan 
HISHAMUDDIN -pemangku

Menteri Pelancongan 
NAZRI AZIZ

Menteri Luar 
ANIFAH AMAN

Menteri Kerja Raya 
FADILAH YUSUF

Menteri Kesihatan 
SUBRAMANIAM

Menteri Belia Dan Sukan 
KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Sumber Manusia 
RICHARD

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna 
HASSAN MALIK

Menteri Perdagangan Dan Industri 
MUSTAPA MOHD

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani 
ISMAIL SABRI YAAKUB

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi 
IVON IBIN

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar 
G PALANIVEL

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air 
MAXSIMUS ONGKILI

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 
SHAFIE AFDAL

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi 
DOUGLAS UNGGAH

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 
 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
ROHANI AB KARIM

Menteri Komunikasi Multimedia
AHMAD SHABERY CHEEK 

Menteri Wilayah Persekutuan
TG ADNAN TENGKU MANSOOR

Menteri Kesejahteraan Bandar
AB RAHMAN DAHLAN

Lagi menyusul kemudian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kerajaan Perak akan tumbang selepas 6 bulan PRU 13

Sebuah laman blog politik Pas Bukit Gantang telah menyatakan bahawa kerajaan Perak akan kekal selama 6 bulan akan tumbang.

TM agak musykil dengan kenyataan tersebut pada mulanya. Tetapi selepas Anwar dan pemimpin Dap memulakan perhimpunan haram yang dinamakan himpunan Blackout bermula di Stadium Kelana Jaya, barulah TM faham apa yang dimaksudkan dengan kenyataan blogger tersebut.

Ini bermakna Anwar akan menggunakan segala sumber yang ada untuk menumbangkan kerajaan yang baru dipilih oleh rakyat.

Hari Pas juga sudah mengenal pasti kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN untuk mereka buat petisyen di mahkamah atau melalui rusuhan ala Arab Spring.

Proses yang dirancangkan oleh tiga komponen parti pembangkang bersama beberapa NGO tajaan zionis sudah pun memulakan perancangan mereka selepas berjaya menumbangkan Bosnia dan memperkasakan negara Serbia.

Malah pembentukan Isareal juga mempunyai konsep yang sama seperti pembentukan Serbia.

Kini setelah 37 buah negara berjaya direvolusikan oleh tangan-tangan Naga, kini sasaran mereka ialah Malaysia.

Sayangnya parti Pas juga yang dikongkong oleh Brotherhood of Islam Hassan Al bana juga dikuasai oleh Zionis.

Oleh itu sebarang usaha Pas adalah sama seperti Zionis dan pas berpura-pura menjadi parti Islam Malaysia. Pas juga dikuasai oleh kelompok Syiah yang memusuhi Sunnah.

Syiah dalam usaha membesarkan wilayah mereka selaras dengan rukun yang ada dalam agama Syiah.

Jadi tidak hairanlah blogger tersebut berani meletakkan tarikh 6 bulan untuk kerajaan BN tumbang.

Apa yang ditunggu lagi? PDRM dan tentera wajar menyiasat dan bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Boikot Syarikat Taja Anwar

KUALA LUMPUR 14 Mei - Tindak tanduk sebahagian besar anak muda kaum Cina yang telah menyertai tiga perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) menyebabkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mula bertindak balas.

Mereka menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum tersebut yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram tersebut.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika memberi kata dua itu menegaskan, tindakan itu perlu kerana syarikat-syarikat berkenaan menjadi penyumbang dana menjayakan agenda perpecahan rakyat di negara ini.

Malah, beliau cukup bimbang selagi mereka memberi sokongan dengan menyertai siri perhimpunan haram pembangkang itu, perbuatan itu akan mengundang kejadian tidak diingini serta menggugat keharmonian kaum.

"Kita mahu beri 'isyarat' kepada syarikat-syarikat pengeluar produk berkenaan supaya hormati perpaduan kaum di negara ini. Sudah tiba masanya kita sebagai pengguna menzahirkan apa yang kita rasa, tidak perlu berdemonstrasi di stadium, cukup dengan memboikot.

'Tindakan ini bukan secara membuta-tuli, tetapi mempunyai alasan kukuh. Kami telah buat kajian, contohnya tepung gandum salah satu jenama mengandungi 'racun' yang boleh mengakibatkan penyakit, mungkin sebab itu orang Malaysia hari ini banyak penyakit," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah dan ahli Jawatankuasa Tindakan Tertinggi Gabungan NGO Islam 1Malaysia, Datuk Mohd. Farid Hassan.

Selepas perhimpunan pertama di Kelana Jaya pembangkang meneruskan perhimpunan yang sama di Pulau Pinang Sabtu lepas dan di Ipoh yang disertai sebahagian besar disertai anak muda berketurunan Cina.

Perhimpunan itu seterusnya dijadual diadakan secara berasingan di Kuantan, Pahang dan Johor Bahru iaitu malam ini dan esok.

Dalam pada itu, menurut Armand Azha, tindakan memboikot tersebut bukan bermaksud orang Melayu iri hati terhadap syarikat pengeluar milik kaum tersebut tetapi kerana percaya sebilangan mereka yang terpengaruh dengan taktik pembangkang itu akan menyebabkan keretakan perpaduan kaum negara ini.

"Kami boikot atas dasar tidak mahukan perpecahan kaum. Kami ada maklumat, kami dapat tahu daripada pihak mereka sendiri di sebelah sana (pembangkang).

"Cukuplah mereka kaut keuntungan, kemudian salurkan pula dana untuk menimbulkan keretakan perpaduan antara kaum di Malaysia. Sudah tiba masa kita boikot produk-produk ini," jelasnya.

Orang ramai boleh melayari laman web PPIM di http://ppim. org.my/ untuk mengetahui lebih lanjut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Huduhnya Bila Husam Musa Merajuk

Tindakan Naib Presiden PAS, Husam Musa memboikot majlis persaraan bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu sehari dua lepas amat mengejutkan ramai penyokong PAS kerana ia dilihat kurang matang dan agak memalukan Kerajaan PAS Kelantan.

Ketika semua pemimpin dan wakil rakyat PAS boleh menghadirkan diri untuk memberi penghormatan kepada Nik Aziz atas jasanya yang tidak seberapa sepanjang 23 tahun menjadi MB Kelantan, namun ketiadaan kelibat Husam jelas menunjukkan rajuknya belum padam.

Bekas Exco Kanan itu nampaknya belum dapat menerima hakikat di atas kegagalannya mewarisi jawatan MB dan terpinggir pula dari menduduki kerusi Timbalan MB. Lebih malang lagi namanya untuk sebagai Exco juga tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan.

Dari satu aspek, memang Husam berhak untuk meneruskan rajuk hatinya memandangkan selama ini hanya dia sajalah buah hati pengarang jantung Nik Aziz sepanjang 23 tahun bekas MB itu mengurus tadbir negeri ini.

Tanpa Husam memang hilang punca Nik Aziz dibuatnya apatah lagi orang tua yang bermulut berus itu kepandaiannya setakat merasmikan perlancaran batu asas dan papan tanda itu ini sahaja, mahu tak mahu pada Husam sajalah tempatnya bergantung harap.

Jika tidak kerana permainan politik musuhnya dalam parti, barangkali Husam masih lagi membarisi kepimpinan Kerajaan PAS Kelantan sebagai Timbalan MB yang baru atau paling lekeh pun namanya masih kekal sebagai Exco Kanan dan tidaklah terpinggir seperti sekarang.

Demikianlah perjalanan politik PAS, waktu menjadi anak emas MB dialah segala penentu arah tujunya selain kerap mengkhianati rakan separti untuk kepentingan diri, kini bila terpinggir terpaksalah memencil diri sukar menerima hakikat betapa pedihnya bila dikhianati.

Entah bila akan padam rajuk Husam hanya dia saja yang tahu,namun dilihat dari keengganannya menyertai majlis persaraan Nik Aziz ada kemungkinan rajuknya akan berpanjangan. Kasihan Husam, hidupnya kini ibarat dah habis madu sepahnya dibuang begitu saja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANWAR BAKAL HADAPI TALI GANTUNG ISU LAHAD DATU?

Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu, poster-poster pun sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar Ibrahim.

Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun akan datang, lain pula irama politik yang didendangkan oleh Anwar seolah-seolah baginya PRU13 masih belum selesai.

Tidak mahu menerima realiti bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 telah memihak kepada Barisan Nasional, Anwar terus mengadakan jelajah politik atau 'roadshow' yang melemparkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap keputusan PRU13.

Sasarannya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwanya menipu di 27 kawasan parlimen yang sepatutnya dimenangi pembangkang.

SPR mengumumkan keputusan pilihan raya yang baru selesai 5 Mei lalu akan diwartakan pada bulan ini.

Setelah ini dilakukan sekiranya mana-mana pihak termasuk pembangkang yang tidak berpuas hati atas terhadap keputusan pilihan raya bolehlah membawa aduan mereka melalui proses petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah.

Ini adalah proses lumrah yang telah berjalan tanpa sebarang cacat celanya sejak pilihan raya umum pertama negara pada tahun 1959.

Jika mana-mana calon mewakili mana-mana parti politik merasakan terdapat unsur penipuan berhubung mana-mana aspek perjalanan pilihan raya dan mempunyai bukti bahawa kekalahannya disumbang oleh sesuatu penyelewengan tersebut, maka ia mempunyai hak di bawah Perlembagaan untuk mengemukakan rayuan atau petisyen terhadap calon yang diisytiharkan menang.

Mahkamahlah yang menentukan samada sesuatu petisyen itu mempunyai asas atau sebaliknya.

Jika benar penyelewengan telah berlaku dan seseorang calon telah kalah disebabkan kepincangan tersebut, mahkamah boleh memutuskan spaya pilihan raya baru di adakan semula bagi kawasan terbabit.

Jika sebaliknya berlaku, petisyen tersebut akan ditolak dan mahkamah akan mengekalkan keputusan kemenangan yang diperolehi calon berkenaan.

Bagaimanapun amat pelik sekali apabila Anwar memilih untuk mempersoalkan keputusan SPR bilamana badan itu belum lagi menggazetkan keputusan pilihan raya seperti yang dikehendaki undang-undang.

Seolah-olah Anwar mahu mendahului SPR dan pihak mahkamah apabila mendakwa PRU13 merupakan ibu kepada segala penipuan di dalam PRU negara ini.

Oleh kerana beliau mendakwa demikian maka pada pandangannya seluruh rakyat Malaysia juga harus berdiri teguh menyokongnya.

Maka diheretnya ribuan penyokong pembangkang ke Stadium Kelana Jaya, Selangor dan kemudiannya Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang.

Sehingga kini Anwar melalak terlolong keseorangan diri untuk menegakkan satu perjuangan yang bersendikan agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Mungkin juga taktik Anwar membuat bising di seluruh pelusuk negara dengan cerita dongeng dan hikayat palsunya sebagai satu helah untuk mengalihkan sesuatu isu yang lebih besar mendepaninya.

Sepertinya yang diumumkan oleh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pilihan raya, kerajaan telah pun mengemukakan siasatan lengkap berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada Februari lalu kepada Peguam Negara.

Katanya kerajaan telah mengenal pasti tiga individu yang dikaitkan dengan parti pembangkang yang terlibat secara langsung sebagai dalang dalam perancangan pencerobohan tersebut.

Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti ketiga-tiga pemimpin pembangkang tersebut.

Identiti mereka sebaliknya telah didedahkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Anwar beserta Tian Chua dan R. Sivarasa adalah tiga pemimpin PKR yang telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan pemimpin pengganas Sulu dengan bertujuan mewujudkan keadaan darurat di Sabah menjelang PRU13.

Anwar, Tian Chua dan Sivarasa yakin mereka akan didakwa bila-bila masa sahaja oleh pihak Peguam Negara.

Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu itu yang dikategorikan sebagai satu pengkhianatan kepada negara, Anwar menggunakan isu keputusan pilihan raya sebagai alasan atau 'decoy'.

Menurut sumber, Anwar dan dua orang kuncunya kemungkinan besar akan dibawa ke muka pengadilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas kesalahan menentang Perlembagaan dan mengisytiharkan perang terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Sabit kesalahan membawa hukuman mati sebagaimana hukuman yang sama telah dijatuhkan ke atas pemimpin kumpulan militan Al Maunah, Mohamed Amin Mohamed Razali yang digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menyerang kem tentera di Kampung Jenalek, Grik, Perak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kabinet Baru UMNO

Sidang akhbar khas dan pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri akan disiar secara langsung menerusi TV1, pukul 5 petang ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Exco Kedah

SEMUA 8 Exco Kedah adalah muka baru.Mereka angkat sumpah tadi.Antaranya Datuk Suraya,Datuk Ku Rahman,Datuk Tajuddin,Datuk Tajul Urus,Mohd Rawi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tertutuplah sudah periuk nasi mereka di Singapura

KEMASKINI Kerajaan Singapura akan membatalkan pas kerja seorang daripada rakyat Malaysia yang ditahan kerana menyertai protes haram di Merlion Park pada 8 dan 11 Mei lalu, lapor The Straits Times pada Rabu.

Selain itu pas lawatan dua rakyat Malaysia yang lain juga telah dibatalkan, manakala pas pekerja bagi 18 yang lain akan dikaji semula selepas siasatan selesai, kata polis Singapura dalam satu kenyataan lewat Selasa.

Sebelum ini 21 rakyat Malaysia ditahan ketika menyertai protes berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu walaupun diberi amaran oleh pihak polis untuk tidak berbuat demikian.

Lapan lelaki dan 13 wanita berusia antara 21 dan 40 tahun, kini dibebaskan dengan ikat jamin.-15/5/2013

Imigresen boleh batal pasport mereka yang cemar imej negara...

Jabatan Imigresen boleh mengambil tindakan membatalkan pasport dan menyenaraihitamkan nama rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan dan mencemar nama baik negara ketika berada di luar negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad berkata, rakyat negara ini yang dikenakan tindakan tersebut tidak akan dapat ke luar negara dalam tempoh tertentu.

"Jadi, mereka sepatutnya mengelak daripada melakukan sebarang kesalahan dan perbuatan yang boleh menjatuhkan imej Malaysia ketika berada di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media sebelum ini mengenai tindakan segelintir rakyat di luar negara yang telah mencemarkan imej Malaysia.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah rakyat negara ini yang telah dikenakan tindakan tersebut sebelum ini.

Pada 8 Mei lalu, 21 rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi haram di Merlion Park, Singapura sebagai membantah keputusan PRU13, manakala sekumpulan pelajar Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik di Taiwan pada 6 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Alias memberitahu, Wisma Putra perlu melaporkan insiden yang berlaku di luar negara itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan lanjut.

"Jabatan Imigresen Malaysia akan mengambil tindakan berdasarkan laporan penuh yang dikemukakan oleh KDN," jelasnya.-14/5/2013
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.