Ahad, 28 April 2013

DAP Serah Bukti Kepada SPRM Bekas Wakil Rakyatnya Rasuah

Berita dari akhbar Nanyang Siang Pau dan New Strait Times menyebut satu laporan SPRM baru sahaja dibuat oleh Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) ke atas Jenice Lee yang juga merupakan bekas wakil rakyat DAP di DUN Teratai.

Menurut kenyataan DAPSY, tindakannya membawa kes Jenice Lee kepada SPRM disebabkan pihaknya yakin Jenice Lee telah melakukan penyalahgunaan kuasa selain disyaki terlibat dalam 5 kes penyelewengan dana negeri dan wang penduduk.

Serentak dengan itu juga DAPSY mendesak calon Bebas itu menarik balik pencalonannya dengan alasan rakyat kawasan DUN Teratai tidak memerlukan wakil rakyat tidak bertanggungjawab seperti Jenice Lee.

Entah apa bukti yang diserahkan bagi menyokong laporan tersebut belum diketahui, namun persoalannya kenapa sekarang? Mengapa semasa Jenice Lee masih merupakan Wakil Rakyat DAP bagi kawasan DUN Teratai, perkara ini didiamkan?

Jenice Lee telah dipecat keahliannya sebagai anggota DAP dua hari selepas penamaan calon PRU-13 berikutan kegagalan bekas Wakil Rakyatnya mengikut arahan parti supaya menarik diri sebagai calon Bebas di DUN Teratai.

Dek kerana Jenice Lee kekal bertanding Bebas menentang calon DAP sendiri, barulah timbul bukti itu ini dan laporan baru dibuat kepada SPRM. Nampak seperti ada sesuatu yang tak kena.

Secara tersuratnya, tindakan DAP melalui sayap pemudanya merujuk isu penyelewengan Jenice Lee kepada SPRM seakan menggambarkan betapa prihatinnya parti anak beranak Lim Kit Siang itu dalam menentang amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sekilas pandang, begitulah yang kelihatan walau sebenarnya, andai kata Jenice Lee mengikut arahan DAP menarik diri dari bertanding dalam PRU-13, pastinya laporan SPRM itu tidak akan dilakukan.

Makna kata, laporan yang dilakukan itu hanya bermotifkan politik dan tidak ikhlas sama sekali. Bila sudah sebegitu, ia juga memberi maksud DAP sanggup berdiam diri atas segala tingkah laku buruk ahlinya selagi mana wujud kesetiaan kepada parti.

Ia bukan satu teladan yang baik bila mana sesuatu penyelewengan yang disyaki berlaku hanya dilaporkan kepada pihak berwajib bila wujud keadaan terdesak sahaja.

Berdasarkan hakikat ini, jelaslah memilih DAP bukanlah satu pilihan yang baik untuk rakyat Malaysia. Tidak sukar digambarkan betapa korupnya negara ini kelak andai DAP dan PR diberikan peluang memerintah tanahair ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pembangkang foul play tak tahan telinga depa main kasar pulak

Account Fb, pelakon Azhar Sulaiman telah disuspended oleh pihak Fb kerana mendapat byk report dari pencacai PR yg tidak gemar akan video2 dan kenyataan beliau berhubung ketakutan Pembangkang menceritakan hal sebenar kpd rakyat.

Jom support pejuang cyber Barisan Nasional (BN) Azhar Sulaiman di laman Twitter miliknya @azharbsulaiman (y)

Sebarkan..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah Umum PRU 13 di Kedah

Ceramah UMUM PRU13 Baling mlm ni 28/4 jam 9pm di Padang Gas DUN Kuala Ketil, Baling, Kedah. Penceramah : Sdr Lokman Adam. BB Pin : 25C55165
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PERKASA sokong BN

Assalamualaikum,Kami dari Pengurusan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Daerah Larut Matang Dan Selama

Merujuk kepada minit Mesyuarat Presiden dan Ahli Dewan Tertinggi PERKASA MALAYSIA serta perbincangan bersama AJK PERKASA NEGERI PERAK pada 1.4.2013 telah membuat keputusan bahawa semua ahli PERKASA seluruh MALAYSIA/NEGERI & DAERAH akan memberi sokongan kepada calon BARISAN NASIONAL pada PRU 13 ini.
Selaku pihak pengurusan PERKASA DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA kami merayu kepada semua ahli PERKASA Daerah LMS wajib memberi sokongan tidak berbelah bagi demi perjuangan mempertahankan agama islam,bangsa melayu,raja-raja melayu serta hak-hak keistimewaan orang melayu seperti perjuangan UMNO/BN masa kini

MOHON SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG BERBANGSA MELAYU DAN KEPADA SEMUA AHLI PERKASA.
ALLAHUAKHBAR...!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kempen PAS dan DAP di Pasar Minggu Kamunting Pagi Ini

Gambar ini dirakam di Pasar Minggu Kamunting sebentar tadi.

Pas meletakkan tin roti untuk mengutip derma jihad.

Derma tersebut adalah untuk memberi bantuan kepada rakyat bila menang nanti.

Pas berjanji untuk bayar RM 500 kepada guru. RM 1000 kepada warga emas, turunkan harga minyak, wifi percuma, semuanya akan menggunakan wang tersebut.

Inilah tahap kemampuan Pas yang akan mereka laksanakan.

Kata negara kebajikan yang akan memberi segala bantuan kepada rakyat tetapi tadah tin minta derma.

Pemimpin Pas hidup kaya raya, boleh tanggung janda anak dua, bayar sewa RM 1400 sebulan tetapi rakyat hidup papa kedana.

Peniaga Pasar Minggu Kamunting pun ramai jadi ahlul Pas pun turut sama terjerit-jerit "UBAH, UBAH " minta pengundi mengundi pembangkang.

Pun begitu peniaga yang pro kerajaan menjawab, " Kipas, Kipas Dulu Sebelum Mengundi Kena Kipas Dulu, Lepas Mengundi Lain Cerita ".

Dalam kempen tadi Nga Korming turut dibantu oleh calon Pas yang mendapat sponsor RM 10 000 daripada Nga, siapa lagi kalau bukan Imam no 2 Masjid Maimon yang makan gaji buta.( Duit elaun sapu tetapi boleh kira berapa kali jadi Imam dalam sebulan).

Kesimpulannya, Pas dan Dap hanya pandai berjanji tetapi tak mampu melaksanakan. Hidup penuh dengan pembohongan. Lihatlah di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan ekonomi orang Melayu terus menguncup. Melayu semakin dipinggir dan bertambah miskin.

Tol Sungai Nyior dan Jambatan Pulau Pinang kata nak mansuhkan sebaik saja memerintah Pulau Pinang tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan.

Nga Kor Ming ahli parlimen Taiping telah dilabelkan sebagai ular dan pembohong oleh YB Yew Tian Hoe Adun Aulong yang kini bertanding atas tiket bebas.

Yew menyeru supaya ahli-ahli MCA dan Gerakan jangan terpedaya dengan janji manis Nga kerana dia hanya cakap kosong sahaja. "Kerja tak buat, tipu kuat, macam tu kah sifat seorang pemimpin"

Fakarudin pula baru-baru ini dikesan menipu pengundi mengenai profile peribadi kononnya beliau memiliki Diploma Pengajian Islam dari Universiti Malaya (UM).

Sampai hari ini Fackarudin gagal menunjukkan salinan sijil diploma tersebut. Sikap berdiam diri menunjukkan adalah benar beliau menipu dalam profilenya.

Full stop.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.