Ahad, 28 April 2013

Kempen PAS dan DAP di Pasar Minggu Kamunting Pagi Ini

Gambar ini dirakam di Pasar Minggu Kamunting sebentar tadi.

Pas meletakkan tin roti untuk mengutip derma jihad.

Derma tersebut adalah untuk memberi bantuan kepada rakyat bila menang nanti.

Pas berjanji untuk bayar RM 500 kepada guru. RM 1000 kepada warga emas, turunkan harga minyak, wifi percuma, semuanya akan menggunakan wang tersebut.

Inilah tahap kemampuan Pas yang akan mereka laksanakan.

Kata negara kebajikan yang akan memberi segala bantuan kepada rakyat tetapi tadah tin minta derma.

Pemimpin Pas hidup kaya raya, boleh tanggung janda anak dua, bayar sewa RM 1400 sebulan tetapi rakyat hidup papa kedana.

Peniaga Pasar Minggu Kamunting pun ramai jadi ahlul Pas pun turut sama terjerit-jerit "UBAH, UBAH " minta pengundi mengundi pembangkang.

Pun begitu peniaga yang pro kerajaan menjawab, " Kipas, Kipas Dulu Sebelum Mengundi Kena Kipas Dulu, Lepas Mengundi Lain Cerita ".

Dalam kempen tadi Nga Korming turut dibantu oleh calon Pas yang mendapat sponsor RM 10 000 daripada Nga, siapa lagi kalau bukan Imam no 2 Masjid Maimon yang makan gaji buta.( Duit elaun sapu tetapi boleh kira berapa kali jadi Imam dalam sebulan).

Kesimpulannya, Pas dan Dap hanya pandai berjanji tetapi tak mampu melaksanakan. Hidup penuh dengan pembohongan. Lihatlah di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan ekonomi orang Melayu terus menguncup. Melayu semakin dipinggir dan bertambah miskin.

Tol Sungai Nyior dan Jambatan Pulau Pinang kata nak mansuhkan sebaik saja memerintah Pulau Pinang tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan.

Nga Kor Ming ahli parlimen Taiping telah dilabelkan sebagai ular dan pembohong oleh YB Yew Tian Hoe Adun Aulong yang kini bertanding atas tiket bebas.

Yew menyeru supaya ahli-ahli MCA dan Gerakan jangan terpedaya dengan janji manis Nga kerana dia hanya cakap kosong sahaja. "Kerja tak buat, tipu kuat, macam tu kah sifat seorang pemimpin"

Fakarudin pula baru-baru ini dikesan menipu pengundi mengenai profile peribadi kononnya beliau memiliki Diploma Pengajian Islam dari Universiti Malaya (UM).

Sampai hari ini Fackarudin gagal menunjukkan salinan sijil diploma tersebut. Sikap berdiam diri menunjukkan adalah benar beliau menipu dalam profilenya.

Full stop.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. Imam no 2 masjid maimu tu buta perut,nga kor ming buta pusat...dua2 kayu makrok sintok....hahaha.

    BalasPadam