Jumaat, 15 November 2013

Sidang Parlimen Kecoh:  Sanggupkah Kita Dipimpin Orang Terencat Akal?

 
Sidang parlimen semalam menjadi riuh rendah apabila Ahli Parlimen pembangkang 'meragam' bagai anak nakal yang tidak mendengar cakap.  Semuanya bermula apabila mereka tidak puas hati dengan penggantungan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran. 
 
N Surendran sebelum ini cuba membentangkan usul untuk mengutuk pecerobohan kuil Hindu Sri Muneswarar di Jalan P.Ramlee tetapi ditolak kerana tidak menepati peraturan mesyuarat.  Akibatnya beliau telah bertindak mencabar Speaker sehingga diarahkan keluar dewan. 
 
Bertitik tolak dari itu, beliau telah digantung dari parlimen yang mana menyebabkan rakan-rakannya di dalam pembangkang meroyan. 
 
Justeru, rakyat semalam dapat menyaksikan bagaimana adegan meroyan Khalid Samad melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang, Azmin merenyukkan kertas usul dan juga sorakan dan tepukan meja yang kuat oleh Ahli Parlimen pembangkang bagi mengganggu perjalanan dewan. 
 
Kita tidak tahu apakah para pemimpin pembangkang ini merasa bangga menunjukkan sikap begitu kepada rakyat.  Tetapi kita pasti tiada rakyat yang sanggup membayangkan negara diperintah oleh mereka-mereka ini. 
 
Sikap pemimpin pembangkang membuktikan tahap pemikiran mereka yang tidak matang atau lebih tepat, terencat akal.  Ini tentulah malang bagi Malaysia yang sedang dalam perjalanan untuk menjadi sebuah negara maju.  Seharusnya pembangkang bersikap professional dan membangkang isu yang lebih relevan bagi menepati sebuah persidangan parlimen sebuah negara yang bergerak maju.  Negara memerlukan pembangkang yang mampu membangkang untuk membina bukan  untuk memusnahkan.
 
Dalam pembangkang menuduh kerajaan pimpinan UMNO sebagai kolot dan mundur, sikap pembangkang pula menunjukkan yang mereka adalah golongan jahiliah yang belum menerima tamadun. 
 
Dalam pembangkang menuduh kerajaan sebagai 'separuh masak', mereka pula memperlihatkan sikap 'tiga suku'.    
 
Mencabar speaker dan membuat kecoh dengan bermain kertas adalah sikap yang tidak boleh diterima sama sekali di mana-mana majlis rasmi di kalangan orang-orang dewasa, apatah lagi pemimpin di dalam sidang yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju negara. 
 
Jika ingin membantah sekali pun, apakah perlu bersikap seperti orang tidak siuman?  Di manakah maruah diri?  Apakah mereka menyangka rakyat suka melihat sikap yang hodoh begitu?  Banggakah anak isteri dan ibu di rumah melihat sikap anak, suami atau bapanya yang bergelar pemimpin itu?   Megahkah dapat mempertontonkan keburukan diri kepada dunia? 
 
Ahli Parlimen seharusnya membawa watak terhormat dan serius, selaras dengan kedudukannya sebagai pemimpin.  Sikap 'gila' seperti yang ditunjukkan sebenarnya telah menakutkan rakyat. 
 
Rakyat semakin bimbang sekiranya mereka yang 'gila' ini berjaya menjadi Menteri suatu hari nanti.  Untuk itu, PR nampaknya telah memberi bonus yang besar kepada BN kerana telah mengalih isu kuil kepada isu ahli parlimen menjadi 'gila'. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMBANGKANG MAIN API PERKAUMAN UNTUK HANCURKAN NEGARA

Anwar Ibrahim semakin tertekan susulan kemelut politik dalaman yang bakal membawa kehancuran kepada pakatan pembangkang yang diterajuinya.


Antara strategi untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap krisis kritikal yang dihadapi oleh PKR, Pas dan Dap, pembangkang menggunakan isu perkauman.


Tujuannya ialah untuk terus memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin negara seolah Malaysia mengamalkan dasar a ala 'apartheid' seperti mana yang pernah dilakukan oleh rejim orang kulit putih di Afrika Selatan pada suatu masa dahulu.


Terbaru isu tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur di sekeliling sebuah kuil kecil berusia 100 tahun telah dijadikan satu lagi agenda rasis oleh pembangkang.


Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran telah sewenang-wenangnya menuduh kerajaan bersifat kejam dan rasis kerana kononnya meroboh kuil Hindu dan merampas tanah milik tempat ibadat.


Mungkin Surendran memikirkan beliau boleh menuduh apa sahaja di dalam Dewan Rakyat di bawah hak istimewa kebebasan bersuara Ahli Parlimen tetapi apa yang beliau ucapkan adalah pembohongan semata-mata.


Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membongkarkan kepalsuan tuduhan pembangkang dalam isu ini dengan menjelaskan tanah dituduh dirampas adalah sebenarnya milik DBKLK selama ini bukannya kuil.


Surendran telah mempertikaikan keputusan Yang Di-Pertua menolak usul Surendran untuk membahaskan isu kuil dan akhirnya bukan sahaja diarahkan keluar Dewan malah telah digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.


Itu satu tindakan tepat yang patut mendapat pujian kerana jika isu ini terus dipaksakan oleh pembangkang ke atas sidang ahli-ahli Parlimen, rakyat mungkin akan terpengaruh dengan perancangan pembangkang yang bersifat rasis serta boleh mencetuskan rusuhan kaum.


Kedua, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor telah juga menjelaskan bahawa struktur yang dibina di sekeliling Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee itu telah menjadi tempat simpanan arak.


Malah tidak ditolak kemungkinan kumpulan gangster India menggunakan tempat tersebut untuk menyimpan senjata api atau menjalankan aktiviti jenayah mereka.


Menteri berkenaan berkata tapak kawasan yang dirobohkan itu mahu dibangunkan oleh sebuah syarikat yang lama sebelum ini menawarkan untuk membina sebuah kuil baru di kawasan lain bagi menggantikan kuil tersebut.


Kerajaan tidak terkejut jika pembangkang memperalatkan isu tersebut kerana itulah peranan pembangkang yang sentiasa memutarkan belitkan fakta atau mereka-reka fitnah tetapi bagaimana pula suara sumbang yang pernah disuarakan oleh pemimpin muda parti komponen Barisan Nasional sendiri.'


Pernah T. Mohan, Ketua Pemuda MIC meminta Tengku Adnan meletak jawatan berhubung isu perobohan tersebut.


Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil terhadap beliau yang membuat kenyataan menghentam seorang menteri persekutuan walhal parti yang beliau wakili adalah menjadi sebahagian daripada kerajaan.


Begitu juga dengan isu Sekolah Kebangsaan Seri Pristina di Sg Buloh yang juga telah dijadikan isu perkauman oleh pengadu berbangsa India dan kemudiannya di eksploitasi oleh pemimpin pembangkang berbangsa India.


Rakyat juga tidak lupa bagaimana pemimpin politik pembangkang daripada kaum India juga bertahun lamanya menggunakan kematian penjenayah A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan untuk menyerang dan memfitnah kerajaan.


Sudah tiba masanya kerajaan tidak lagi menunjukkan sikap terlalu berlembut atau sikap prihatin yang keterlaluan kerana pembangkang akan terus 'pijak kepala' untuk mendapat sokongan.


Akibatnya imej kerajaan akan terjejas dan keyakinan rakyat akan terhakis.


Kerajaan seharusnya menggunakan perundangan yang adil untuk berlaku adil terhadap semua kaum tidak mengira agama atau budaya tetapi pada masa yang sama mesti juga bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang berselindung disebalik isu hak asasi manusia atau agama untuk menggugat kestabilan negara.


Inilah yang cuba dilakukan oleh Surendran dan pemimpin-pemimpin pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan pro pembangkang yang akan terus menyalahguna kebebasan bersuara untuk mencipta fitnah berbaur perkauman.


Sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya, sedikit api perkauman yang dinyalakan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab boleh membakar hangus fabrik masyarakat majmuk yang selama ini hidup dalam keadaan aman dan damai di bawah kerajaan Barisan Nasional.


Pembangkang akan terus memainkan irama perkauman dalam nyanyian politiknya untuk meraih undi dan mereka tidak peduli sama ada negara akan hancur atas perbuatan mereka itu.


Perkara ini harus ditangani segera dan secara serius sebelum nasi menjadi bubur.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Cuba Nafi, Blog Negara Pakatan Rakyat Milik Pembangkang

 

Beberapa hari ini ramai di kalangan pimpinan pembangkang 'menjerit-jerit' di dalam laman sosial Twitter menafikan penglibatan mereka terhadap kewujudan sebuah blog 'Negara Pakatan Rakyat' (www.negarapakatanrakyat.blogspot.com). Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di dalam twitternya baru-baru ini mengatakan kononnya blog tersebut bukan milik pakatan pembangkang tetapi ditaja oleh Umno.

 

Yang menghairankan ialah, mengapa Anwar menyalahkan Umno di dalam isu ini? Sedangkan sekiranya diteliti semua kandungan yang dipaparkan di dalam blog terbabit, secara jelas mengkritik kerajaan.

 

Dengan mengambil contoh isu video seks dahulu yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak mengheret ahli perniagaan itu ke mahkamah sebaliknya hanya membuat laporan polis.

 

Katanya, apabila hasil siasatan forensik mendapati video tersebut sahih dan benar, beliau pula menyatakan itu adalah satu konspirasi serta memperlekehkan kredibiliti polis.

 

Itu belum lagi diambil kira tindakan Anwar untuk menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan berhubung dakwaannya mengenai 40,000 pengundi hantu yang kononnya di terbangkan secara khas dari Bangladesh untuk mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lalu. Apabila siasatan dilakukan, ternyata ia hanyalah merupakan cerita rekaan pembangkang untuk menghasut rakyat menolak keputusan pilihan raya.

 

Selain Anwar, Pengarah Komunikasi parti itu, Fahmi Fadzil turut dilihat cuba meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno. Malah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya turut mengambil pendekatan sama dengan mendakwa ia adalah merupakan perbuatan macai @ cybertroopers Umno. Mudahnya mereka menyalahkan orang lain.

 

Pembangkang, nampaknya mempunyai satu pendekatan yang 'standard' untuk menyalahkan Umno dan kerajaan dalam semua perkara. Sebagai contoh pendedahan video seks Anwar suatu ketika dahulu, turut dikatakan salah Umno, DAP bermesyuarat tanpa mengikut perlembagaan parti, sehingga terpaksa menjalankan semula pemilihan CEC, dikatakan sebagai salah Umno. Tidak ketinggalan yang terbaru perpecahan dalaman Pas antara kumpulan Ulama dan Liberal turut menjadikan Umno sebagai kambing hitam.

 

Sedangkan semua yang dinyatakan tadi adalah merupakan kesilapan mereka sendiri, namun disebabkan ingin memperbodohkan rakyat buat kesekiaan kalinya Umno dikaitkan dalam semua hal. Seolah-olah penubuhan Umno hanya untuk mengenakan pembangkang di negara ini.

 

Namun apa yang peliknya ialah, sehingga ke hari ini, tiada satu pun laporan polis yang dibuat bagi menafikan penglibatan pakatan pembangkang terhadap blog tersebut. Atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan undang-undang.

 

Kesimpulannya, ini hanyalah merupakan taktik murahan Anwar bagi mengalihkan perhatian masyarakat. Ini kerana, banyak artikel-artikel yang disiarkan, banyak mengkritik pimpinan rakan sekutu mereka.

 

Persoalannya ialah benarkah pimpinan pakatan pembangkang tidak terlibat di dalam menaja blog tersebut? Atau ia sebenarnya adalah merupakan gerakan perang saraf mereka untuk memastikan semua pimpinan pakatan selari dengan pendirian dan keputusan yang dibuat Anwar.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP ‘Berkecamuk’ di enam negeri (Utusan)

CANTAS mencantas untuk terus mendominasi parti dan keretakan dalaman, antara punca kebanyakan pemimpin tertinggi DAP negeri tampil membuat kenyataan terbuka 'menghentam'.

Ini dipercayai ada hubung-kait dengan pemilihan negeri yang akan diadakan tidak lama lagi. Pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dikatakan akan memastikan 'orang'nya dipilih pada pemilihan parti kali ini. Seterusnya, didakwa akan membantu mereka menguasai dan 'mencantas' ahli-ahli yang tidak menyokong mereka.

Apa yang terjadi di negeri-negeri berikut:

1. JOHOR

- PENGERUSI DAP negeri ini, Dr. Boo Cheng Hau tidak begitu digemari oleh dinasti Lim dan puak-puak mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini khususnya apabila beliau dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim. Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi. Oleh demikian, terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat keputusan untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina dengan membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain yang selama ini telah bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.

Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa sokongan masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP. Cheng Hau juga mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau kerana yakin dengan beliau sehinggalah muncul Lim Kit Siang di Gelang Patah. Tidak cukup dengan itu, Kit Siang turut membawa masuk Liew Chin Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching (Serdang) untuk mengukuhkan kedudukannya. Kedua-dua pemimpin ini pula merupakan orang kuat dinasti Lim. Malah, dikatakan sudah ada dakwaan terdapat 'tangan ghaib' dari DAP pusat yang bertindak menukar calon-calon mengikut 'selera' dan kepentingan mereka demi memastikan kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.

Perkara ini berterusan walaupun selepas PRU lepas. Kali ini lebih terbuka dengan terdapat usaha untuk 'mencantas' Cheng Hau selamanya. Perkara ini dijangka akan berlaku pada Konvensyen DAP negeri 2013 Disember ini.

Antara dijangkakan, Cheng Hau mungkin 'ditendang' keluar dan digantikan dengan Chin Tong yang juga pengikut setia Kit Siang yang akan mengikut semua kehendak mereka.

2. KEDAH

- DAP Kedah pula tampak tidak sehaluan dengan pusat apabila akar umbi di negeri itu menyokong bekas pengerusi negeri, Lee Guan Aik yang dipecat oleh DAP pusat. Malahan Guan Eng bertindak melantik anak emasnya, Zairil Khir Johari yang sering mendapat jolokan Melayu celup untuk menggantikan Guan Aik.

Apa yang peliknya, pengikut serta ahli DAP di Kedah masih mahukan Guan Aik dan menolak Zairil yang tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan DAP Kedah sebelum ini. Guan Aik juga merupakan antara pengkritik dinasti Lim yang disifatkan 'sudah lari' dari prinsip parti.

Guan Aik mendakwa, berlaku amalan pancung-memancung dalam DAP Kedah yang didalangi dua pimpinan DAP Pusat mewakili CEC yang diarahkan untuk menyelia negeri ini selepas PRU-13. Berikutan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah tersebut yang didakwa dilakukannya secara terburu-buru.

Katanya, tindakan itu bukan sahaja sebagai usaha untuk merosakkan imej parti tersebut, sebaliknya mahu menyelamatkannya daripada 'tangan-tangan hitam' yang berada dalam parti itu sendiri.

Guan Aik menambah, dia percaya setiap kejadian yang melanda pimpinan DAP Kedah sebelum PRU-13 lalu juga adalah dirancang oleh 'tangan-tangan hitam' daripada DAP Pusat yang cuba masuk campur berkaitan urusan di negeri. Terdapat khabar angin yang mengatakan Zairil dari Pulau Pinang sengaja dilantik supaya boleh mengetuai kepimpinan di Kedah dan dikuasai oleh kumpulan dinasti Lim yang ketika ini lebih dikuasai oleh penyokong bukan dinasti Lim.

3. MELAKA

- Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan serta-merta apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya yang memuji Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Seri Haron.

Beliau sebelum itu menyuarakan rasa kagum dan memuji kematangan yang ditonjolkan Idris dalam menerajui kepemimpinan kerajaan negeri.

Peletakan jawatan Leong San telah diikuti oleh ADUN Bachang, Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip.

Adalah sungguh memeranjatkan apabila Leong San bertindak sedemikian kerana selama ini DAP Melaka merupakan satu-satunya negeri dalam parti itu yang masih bersatu dan walaupun berlainan kem, masing-masing sanggup berdiam diri atau menyelesaikan kemelut dalam keadaan tertutup dan sukar dihidu oleh mana-mana pihak.

Leong San juga dianggap sebagai musuh utama yang sering tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi pusat mentadbir parti itu. Pernah beberapa kali secara lantang dia mengkritik dinasti Lim. Adalah agak sukar untuk dinasti Lim dan puaknya melebarkan kuasa di Melaka seandainya Leong San masih berpengaruh di negeri itu.

Natijahnya, akibat memuji Ketua Menteri, alasan itu terus dipergunakan untuk menekan beliau sehingga meletak jawatan. Pada pemilihan parti depan, Leong San sudah tentunya tidak lagi berpeluang memegang jawatan itu lagi. Dengar khabar, salah seorang keluarga terdekat dinasti Lim akan memegang jawatan Pengerusi negeri tersebut.

4. PERAK

- Operasi cantas mencantas kali ini juga bakal menyaksikan kejatuhan pasangan sepupu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang tidak pernah sehaluan dengan dinasti Lim malah menganggap Perak sebagai 'milik' mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Cuba Leraikan Kekusutan Pertembungan 2 Kumpulan Dalam Pemilihan Parti

 

Di saat banyak mata yang sedang memberikan tumpuan terhadap pemilihan kepimpinan Pas pada Muktamar Tahunan ke-59parti itu yang akan diadakan pada 22 November ini, portal pembangkang Malaysiakini semalam menyiarkan satu rencana yang bertajuk 'Permata 'kepimpinan ulama' dalam perjuangan PAS'.

 

Rencana yang ditulis oleh Penolong Setiausaha Agung Pas itu, dilihat sebagai usaha untuk menepis dakwaan berhubung wujudnya pertembungan antara kumpulan 'Ulama' dan 'Liberal' parti itu. Selain Liberal, kumpulan tersebut turut dilabelkan dengan gelaran Endorgan dan Anwarinas kerana gaya dan pendekatan yang digunakan.

 

Pelbagai hujah digunakan bagi meyakinkan pembaca, kononnya di dalam Pas hanya ada satu kumpulan sahaja dan langsung tidak wujud sebarang perpecahan yang melibatkan kepimpinan tertinggi parti.

 

Sedangkan isu yang dibangkitkan itu bukanlah merupakan isu baru, ia telah lama didendangkan oleh pemimpin parti itu sendiri. Sebagai contoh kenyataan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang meminta agar para perwakilan memilih ulama sebagai Timbalan Presiden parti.

 

Ia sudah cukup membuktikan bahawa pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan yang lalu bukan dari kumpulan ulama. Malah kemenangannya juga dikatakan tidak disenangi oleh segelintir pihak. Ditambah dengan tindakannya yang 'mesra' dengan DAP juga dirasakan sebagai punca semakin ramai yang mula meninggalkan parti yang sering menggunakan Islam sebagai modal untuk menarik sokongan itu.

 

Paling menarik, apabila penulis rencana tersebut dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk menafikan perkara yang telah diketahui umum sebagai pertembungan antara dua kumpulan itu. Tidak cukup dengan itu, dia juga turut melampirkan sejarah parti yang kononnya disifatkan sebagai 'kebijaksanaan' pemimpin dalam membuat keputusan bagi menempuh cabaran politik baru.

 

Dia turut mengatakan bahawa Pas bukanlah sebuah parti politik murahan yang boleh diperkudakan oleh mana-mana pihak. Sedangkan pada hakikatnya, sejak parti itu menggunakan pendekatan 'tahluf siyasi' dengan DAP dan PKR, hala tuju dan perjuangan yang selama ini dikendong sudah semakin dicicirkan.

 

Kepada yang masih ingat, Pas sebelum ini begitu hebat mempromosikan negara Islam, namun apabila kepimpinan parti itu membuat keputusan untuk menerima parti ultra kiasu sebagai rakan sekutu, slogan negara Islam terpaksa digugurkan dan digantikan dengan 'Negara Berkebajikan'.

 

Itu belum lagi dikira dengan isu 'hudud' yang seakan-akan telah lenyap dari perjuangan Pas ketika ini. Bahkan ketika ditanya mengenainya, bekas menteri besar Perak dari Pas suatu ketika dahulu dan tanpa segan silu mengatakan 'hudud' tiada dalam perlembagaan parti.

 

Seterusnya penulis rencana itu mengatakan "PAS mempunyai organisasinya yang tersendiri dan setiap kepimpinan perlu patuh kepada disiplin dan adab-adab parti. Tidak timbul soal 'kumpulan ulama' dan 'kumpulan profesional'. Jangan ada lagi keraguan 'ulama diprofesionalkan dan profesional diulamakan' dalam saf kepimpinan Pas".

 

Sekiranya betul mereka patuh kepada disiplin dan adap parti, mengapa pula penyandang jawatan Timbalan Presiden tampil meluahkan rasa kurang senangnya dalam pemilihan yang diadakan ini?

 

Dia yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu semalam, meluahkan rasa kesal kerana menurutnya sepanjang 35 tahun berada dalam parti itu sejak dari tahun 1978, inilah kempen paling teruk pernah dilihtanya.

 

''Untuk menjatuhkan seseorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,'' kata Mat Sabu.

 

Ketika Mat Sabu keluh kesah dengan apa yang beliau anggap perubahan minda ahli Pas terhadap muktamar dan kepimpinan parti, tersebar pula gambar wajah salah seorang calon Ketua Pemuda Pas digantikan dengan kepala anjing.

 

Gambar itu dipaparkan dalam laman Facebook 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami'. Walaupun Pas pusat masih belum mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan biadab itu tetapi ia sebenarnya memberi isyarat kepada kepimpinan dan ahli Pas bahawa politik tetap politik.


Persoalannya dimanakah disiplin dan adap yang dikatakan? Apakah ini bentuk pendekatan 'ulama diprofesionalkan'? Hanya sekadar untuk renungan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.