Khamis, 7 Februari 2013

Sumpah Baiah Punca Nasharudin Tidak Keluar PAS

Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.

Ahli Parlimen PAS Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.

Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.

Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.

Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.

Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.

Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?

Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat PAS wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian misalnya dengan bertindak keluar dari PAS, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.

Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.

Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan PAS hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi PAS selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah PAS sanggup memperalatkannya.

Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa & mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama PAS dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Siddiq Fadhil Sindir Pakatan Rakyat

Agaknya tika ini Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail masih lagi kembang bangga tak sudah-sudah terkenangkan dirinya tiba-tiba sahaja mendapat Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah semasa Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013 baru-baru ini.

Anugerah tersebut yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah),Dr Siddiq Fadzil itu khabarnya sebagai penghargaan di atas 'keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan,kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan'.

Entah di mana beraninya Wan Azizah dan tak tahu di mana letaknya keadilan dan kebenaran Islam yang diperjuangkan oleh isteri kepada Ketua Umum PKR itu sehingga timbul idea dari Dr Siddiq untuk menyamakan Presiden PKR itu dengan Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA, sukar sekali untuk umum mencari logiknya.

Fikirlah kot mana pun memang tak logik langsung untuk Wan Azizah mendapat anugerah yang memperalatkan nama isteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w tatkala suami Presiden PKR itu sendiri terpalit dengan bermacam skandal seks dan pernah pula menjadi banduan dek kerana kesalahan rasuah salah guna kuasa.

Pernahkah Nabi Muhammad s.a.w terlibat dengan skandal seks ataupun menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri? Tentu sahaja tidak. Adakah kesetiaan Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w terserlah disebabkan mempertahankan sikap bobrok suaminya? Tentunya tidak sama sekali.

Sebaliknya Siti Khadijah setia dan berterusan menyokong suaminya disebabkan kebenaran dakwah yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menyeru manusia ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Apakah Anwar sepanjang penglibatannya serius berdakwah ke jalan yang benar sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w? Langsung zero.

Yang ada pun, sejak tahun 1970-an asyik mengajak rakyat berdemo atas jalan, sepanjang 1980-an hingga Ogos 1998 aktiviti berdemo berhenti seketika, kemudian selepas itu hingga sekarang memanjang menyebarkan propaganda dan dakyah mengajak khalayak memenuhi jalanraya sampaikan hampir tergugat ketenteraman awam.

Lantas apa tujuan penganugerahan tersebut kepada Wan Azizah dan apa signifikannya dengan Anwar? Sekadar untuk melengkapkan Anugerah Tuhan yang pernah dilabelkan oleh Wan Azizah kepada suaminya atau wujud sindiran serba sinis yang menuntut kewarasan akal memikirkannya?

Jika dikatakan Wan Azizah memiliki sikap tidak terburu-buru dan tidak mudah panik sebagaimana isteri Nabi Muhammad s.a.w, amat tidak kena sekali jika dilihat pada sejarah pembohongan Wan Azizah yang pernah mempropagandakan kisah suaminya disuntik dengan darah HIV positif.

Hatta untuk umpamakan Wan Azizah sentiasa bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain seperti mana Siti Khadijah, lagilah tak tercapai dek akal memandangkan suatu ketika dulu Wan Azizah pernah menimbulkan kekalutan umum sehingga kalut ribut negara disebabkan demonstrasi jalanan gara-gara tuduhan Wan Azizah kononnya Anwar telah diracun dengan arsenik.

Adakah propaganda jahat yang dimainkan oleh suami isteri yang mengepalai PKR ini seiras dengan gerak kerja dakwah Nabi Muhammad s.a.w yang dibantu oleh Siti Khadijah? Lagilah tak sama jauh panggang dari api.

Nak dikatakan gaya hidup Wan Azizah menyamai akhlak dan gaya hidup sederhana isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w jauh sekali, bagai langit dengan bumi bezanya. Wan Azizah hidup di rumah banglo yang harganya mencecah tujuh lapan juta ringgit, sedangkan Siti Khadijah hidup biasa-biasa sahaja dan sederhana gayanya.

Malah dari segi sifat penyayang pada suami pun sukar sekali untuk disama tarafkan Wan Azizah dengan Siti Khadijah. Mana pernah Siti Khadijah cemburu buta dengan suaminya, sedangkan Wan Azizah pula pantang melihat ada jantan lembut yang rapat dengan Anwar terus sahaja memasang perisik untuk memantau pergerakan suami sendiri.

Lagikan pula, Siti Khadijah dan Nabi Muhammad s.a.w bertemu jodoh tanpa halangan dan tidak pula berkahwin ikut pintu belakang, berbeza sekali dengan Wan Azizah dan Anwar yang menikah di sempadan Siam dek kerana tidak mendapat restu dari bapa si perempuan.

Campur tolak bahagi dan darab, memang umpama langit dengan bumi bezanya antara Siti Khadijah dengan Wan Azizah.

Barangkali, mungkin pada perkiraan PKR, penganugerahan itu mampu menaikkan imej parti itu setidak-tidaknya di kalangan pengundi Melayu Islam walau hakikatnya senario semasa menunjukkan lebih ramai yang tersenyum sumbing mengenangkannya.

Ramai pemerhati politik melihat penganugerahan itu sebenarnya hanyalah satu bentuk sindiran daripada Dr Siddiq kepada Anwar supaya dapat mencetuskan kesedaran Ketua Umum PKR itu supaya kelak jangan lagi gemar menabur janji sana sini tanpa menilik kemampuan diri.

Alang-alang isteri sedikit cuba dipropagandakan dan digambarkan seolah-olah menyamai sikap isteri Nabi, takkanlah Anwar masih nak meneruskan sikapnya yang langsung tidak mengikut perwatakan Nabi Muhammad s.a.w, tak gitu?

Bukankah Nabi Muhammad s.a.w terkenal dengan gelaran Al-Amin yakni orang yang boleh dipercayai dan dipegang kata-katanya, justeru itu Anwar selaku politikus yang gemar menjual temberang dan propaganda adu domba itu elok sangatlah mengambil iktibar supaya serasi dengan anugerah tersebut.

Jika dipandang dari sudut itu, memang nampak ada kewajaran untuk wujudnya anugerah tersebut, walaupun sinis dan agak menyindir maksudnya paling tidak pun ada juga maslahat umumnya. Tapi mampukah Anwar berubah dan tidak lagi meneruskan tabienya yang suka temberang, mengadu domba dan menabur janji yang tidak pasti?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

‘Malaysia Spring’: Ancaman Anwar untuk ‘Membunuh’ Demokrasi

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau 'Arab Spring' dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.

Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi 'hobi'nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya.

Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan 'contoh teladan' yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim.

Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/, sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala 'Arab Spring' di Malaysia.

Antara kata-katanya ialah "Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam," dan "…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di 'Arab Spring' dan 'Occupy Wall Street Movement' katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja."

Beliau juga berkata, "…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, 'Arab Spring' adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi."


Maka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran. Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus 'Dataran Tahrir' di Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya 'hobi' memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam. Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat.

Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu 'Arab Spring' atau 'Dataran Tahrir' atau 'Occupy Wall Street' yang menjadi obsesi Anwar ini. Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa.

Jika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu. Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong.

Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca 'Arab Spring' adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap.

Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri. Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan. Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri. Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat.

Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik. Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak. Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian.

Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan.

Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan.

Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan. Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya. Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

M200 pakej komunikasi belia dilanjutkan sehingga 3 bulan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari 1 bulan kepada 3 bulan bermula hari ini. "Mereka yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan yang berjaya pada awal Januari lalu tidak perlu mendaftar semula ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pakatan ties insincere, says Nasha

THE cooperation between Pas, DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR) has developed into an insincere alliance, said former Pas deputy president Nasharudin Mat Isa yesterday.
He said the initial agreement mooted by Pas for each of them to honour the other's differing policies had not been respected.
Explaining the cooperation which was dubbed by Pas as 'tahaluf siyasi' (political cooperation), Nasharudin said it had been openly challenged, especially by DAP, in the wake of several rows between the two parties.
"The 'tahaluf siyasi' agreed upon by Pas and Pakatan Rakyat members had recently been tarnished by DAP challenging the basics and policies of Pas struggles.
"Such an attitude disrespects the unity spirit and they are not sincere in cooperating with Pas," Nasharudin said from his hospital bed, where he is undergoing physiotherapy after sustaining a slipped disc.
He was answering a question by a site visitor 'bachok', who had asked whether DAP was sincere in cooperating with Pas.
Nasharuddin was interviewed during a live online session, coordinated by the Berita Harian Online team, yesterday.
To another question by 'Pas' on the possibility of Pas having gone astray from its original goals by working with DAP and PKR, Nasharudin said Pas was giving in to demands of the political landscape.
"Several stands and policies of Pas were forced to be amended to suit those demands, which led to a perception that the party had sidetracked from its original goals."
Nasharudin also corrected the perception that he had begun accompanying Umno president Datuk Seri Najib Razak for visits overseas only after his failure to defend his seat as Pas deputy president.
Answering a query on the matter by 'R. Veera' from Sungai Petani, Kedah, he said he had participated in visits as a member of parliament, representing the country in a number of international conferences and programmes.
"I have also been abroad with ministers, the arliament speaker and other MPs and coincidentally, I was with the prime minister (in Saudi Arabia and Gaza) recently."
To another question by visitor 'guest', Nasharudin said DAP had only wanted to fish for votes from Christians when its secretary-general, Lim Guan Eng, started the controversy surrounding the use of the word "Allah" among non-Muslims.
Lim, in his Christmas message, demanded the Barisan Nasional-led Federal Government allow the use of the word "Allah" in Malay-language bibles.
Nasharudin also ticked off DAP chairman Karpal Singh, who was the most vocal on the issue.
"Karpal Singh himself is not a Christian. So why is there a need for him to voice his opinions in this issue, since he himself is not from the same (Christian) faith?"


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nik Aziz Giloos

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.