Khamis, 13 Disember 2012

Penyokong Anti Lynas Stupid Never Finish Finish

Banyak blog dan media pro PR yang tidak tahu hujung pangkal cerita sedang memainkan kisah seorang warga tua keturunan Cina, Tuw Yin Lan, 71 dan dua rakannya yang ditahan oleh pihak polis di Pejabat Menteri Besar Pahang semalam.

Tuw Yin Lan yang merupakan peserta berjalan kaki anti Lynas sebenarnya ditahan mengikut Kanun Keseksaan Seksyen 186 dan 189 kerana kerana menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas serta cuba mendatangkan kecederaan.

Tua atau muda seseorang itu bukan alasan yang kukuh untuk membiarkan kesalahannya apatah lagi bila Yin Lan dengan reaksi marah tiba-tiba menyerbu dan melakukan kekasaran termasuk cuba memukul MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Alasan dangkal lagi terserlah kebodohannya dari Ketua publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung kononnya wanita itu dan rakannya datang bertemu MB Pahang itu sekadar untuk meminta Adnan memohon maaf hanyalah satu pembohongan untuk menutup keterlanjuran mereka sahaja.

Nak minta orang lain memohon maaf tidak perlu pun melakukan kekasaran, alasan rendah IQ lagi menampakkan kebodohan sendiri sahaja.

Lagipun pihak polis tidak sebodoh itu untuk sengaja menahan seseorang individu hanya disebabkan individu tersebut datang menuntut maaf secara sopan dan beradat tanpa melakukan kekasaran.

Pun begitu alasan, alasan dan dolak dalik bodoh sebegitu bukannya pertama kali dilakukan oleh kumpulan anti Lynas.

Pada November 2012 yang lalu, selepas Mahkamah Tinggi Kuantan membuat ketetapan muktamad memberi kebenaran kepada kilang pemprosesan bahan nadir bumi, Lynas untuk beroperasi secara sah, kumpulan anti Lynas yang disertai Yin Lan ini juga ada melakukan satu lagi tindakan serba bodoh.

Mereka dengan sengaja telah mengambil tindakan yang menghina mahkamah apabila meneruskan bantahan terhadap Lynas diikuti dengan menganjurkan acara berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebagai protes terhadap kilang nadir bumi itu.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan selaku manusia yang waras, sepatutnya keputusan Mahkamah Tinggi itu diterima baik oleh semua pihak dan tidak ada sebab lagi untuk mempertikaikannya sekalipun atas alasan politik propaganda.

Namun bagi segelintir rakyat negara ini yang terpengaruh dengan propaganda jahat pakatan pembangkang, seakan sudah menjadi tabie mereka untuk menolak proses timbang tara dan keadilan bila mana sesuatu keputusan kes itu tidak mengikut kehendak mereka.

Menghina mahkamah satu hal, di masa yang sama sambil mereka berjalan di bawa pula bersama pelbagai alatan dan gadget elektronik yang komponen dalamannya diperbuat daripada bahan nadir bumi.

Gah memprotes kilang pemprosesan nadir bumi tapi tidak pula kekok dan takut berhubung dengan rakan-rakan dan mengemaskini aktiviti protes mereka menggunakan smartphone, Galaxy tab dan pelbagai gadget lain. Bodoh satu ditambah satu lagi hipokrit.

Tak cukup dengan itu, mereka cuba pula memperdaya pandangan khalayak kononnya aktiviti berjalan kaki 300 kilometer itu langsung tidak memerlukan sebarang kenderaan.

Padahal kereta dan kenderaan 4x4 digunakan untuk mengangkut mereka dan hanya menurunkan semula peserta berjalan kaki itu bila tiba di kawasan dan jalan yang kelihatan ramai orang sahaja, kemudian video dan gambar dirakamkan untuk membuktikan konon kumpulan protes itu benar-benar berjalan kaki.

Entah sampai bila kumpulan anti Lynas yang tidak sedar diri ini mahu tenggelam dalam halusinasi mereka sendiri, tak sudah-sudah berkelakuan bodoh dan cuba memperbodohkan orang ramai.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagi isu Unisex salon: PAS Sekali Lagi Ditiuna oleh DAP

Maka, seperti yang dijangka, Kerajaan PAS Kelantan telah akhirnya memutuskan bahawa penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut MPKB yang berkaitan dengan Orang Bukan Islam ditangguhkan sementara sehingga satu kajian dan penilaian dibuat semula.

Nampaknya, hanya selepas tiga hari bertekak dengan DAP dan Dewan Himpunan Penyokong PAS, PAS akhirnya akur setelah mendengar khutbah khas dari Karpal Singh.

Maka juga, kelam kabut sehingga tergolek-goleklah PAS bersilat sumbang menepis isu tunduk pada DAP dalam isu salon ini. Dari kenyataan Pemuda PAS Kelantan di Harakahdaily, jelas menunjukkan bahawa PAS benar-benar mati kutu untuk menjawab sehinggakan tidak semena-mena PPSMI pula dijadikan ukuran dalam usaha berhujah untuk membela diri.

Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Ke Atas Orang Bukan Islam yang diguna pakai sejak tahun 1991 di Kelantan mengharamkan khidmat memotong rambut oleh wanita Muslim ke atas lelaki. Undang-undang ini digubal ekoran dari penyalahgunaan kedai gunting rambut unisex sebagai pusat aktiviti tidak sihat termasuk pelacuran di Kelantan.

Nampaknya, orang Kelantan memang licik dalam mencari hiburan di sebalik jubah dan tudung mereka. Sedangkan bagi orang-orang biasa, menggunting rambut adalah satu pekerjaan yang bersih dan tiada salahnya jauh sekali membangkitkan syahwat.

Mungkin PAS sedar bahawa rakyat dibawah pemerintahan mereka begitu kuat nafsu dan licik juga, maka kerana itulah PAS ingin sangat melaksanakan hudud bagi mengawal rakyatnya. Namun, malang bagi PAS kerana mereka kini telah 'kahwin kontrak' dengan DAP di mana dalam kontrak tersebut, PAS tidak dibenarkan melaksanakan hudud atau melaksanakan Negara Islam.

Justeru, walaupun PAS kononnya ingin mengikut Al-Quran, tetapi PAS tidak dapat melepaskan diri dari 'kontrak' yang dibuat dengan DAP. Dalam kata lain, kontrak dengan DAP adalah jauh lebih penting dan tinggi kedudukannya bagi PAS, berbanding Al-Quran. Inilah yang dikatakan perjanjian dengan iblis.

Tetapi, gambaran yang penulis berikan ini hanyalah separa tepat.

Yang lebih tepat ialah PAS bukannya ingin mengawal nafsu rakyatnya mahupun ingin mengikut Al-Quran tetapi PAS hanya ingin menang pilihanraya. PAS hanya ingin mengembalikan keyakinan penyokongnya bahawa pemimpin mereka bukanlah anjing kurap kepada DAP dan kononnya mereka benar-benar serius ingin melaksanakan hudud.

Apa yang PAS tidak tahu ialah, jika niat dan perlaksanaan mereka benar-benar mengikut Al-Quran, tiada siapa yang akan mampu mengkritik malah DAP juga akan akhirnya terpaksa mengakui keindahan pemerintahan mengikut Al-Quran.

Al-Quran telah menyatakan bahawa Islam adalah agama yang mengutamakan ilmu, mudah serta sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Inilah yang gagal difahami dengan baik oleh PAS.

Sekiranya rakyat Kelantan diberi peluang untuk menimba ilmu dan merangsang pemikiran dengan baik, maka secara tidak langsung masalah moral di kalangan rakyat akan berkurangan tanpa perlu didisiplinkan melalui undang-undang yang ketat. Di dalam Islam, 'haram' sesuatu itu ditetapkan kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada manusia dan manusia itu diketahui cenderung untuk hilang kawalan terhadap nafsu.

Namun, manusia yang berilmu dan bertamadun tidak mudah dipengaruhi nafsu dan jarang melihat sesuatu berdasarkan nafsu. Oleh yang demikian, beberapa peraturan boleh dilonggarkan mengikut keadaan, contohnya dalam kes doktor yang merawat pesakit berlainan jantina.

Ini kerana, otak yang tidak diisi dengan ilmu pengetahuan sering dipenuhi dengan nafsu dan cenderung melihat segala-galanya dalam konteks nafsu semata-mata. Dengan itu, terjadilah kes di mana melihat rambut juga sudah mula terangsang sepertimana manusia di zaman jahiliah.

Hakikatnya, PAS masih berada di zaman jahiliah dan Islam yang dilaungkan PAS bukanlah Islam sebenar. Islam sebenar itu indah lagi mudah dan tidak mungkin akan menimbulkan masalah. Jika potong rambut juga sudah menjadi satu masalah besar yang tidak sudah-sudah, bagaimana PAS boleh menyelesaikan isu air, isu tanah, isu moral dan berbagai-bagai lagi? Tak perlulah lagi dicakap mengenai isu ekonomi negeri, negara ataupun isu global.

Justeru, tidak hairanlah kenapa PAS mudah sekali dilacurkan DAP. DAP menjual PAS dengan harga sekupang dua sahaja. Malah, selalu terjadi, PAS menjual, DAP tak ingin beli, dan kalau diinginkan pun, akan dirampasnya secara 'free'. PAS tersorong-sorongkan pipi, DAP balas dengan penyepak dua tiga kali tapi PAS terus menjilat-jilat kaki DAP.

Kenapa ini terjadi? Kerana PAS tidak ada harga kerana PAS bukan Islam, bukan parti Islam dan bukan memperjuangkan Islam. PAS tidak ada harga kerana PAS adalah parti yang gila kuasa yang hidup matinya hanyalah untuk menang pilihanraya. PAS telah berada di syurga dunia di Malaysia, tetapi PAS sanggup mengaku berada di neraka kerana syurga bagi PAS hanyalah Putrajaya.

Itulah PAS, sebuah parti yang melacurkan agamanya sendiri untuk ke 'syurga'.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas nak pertahankan Islam?

60 tahun perjuangan Pas untuk mendaulatkan Islam hari ini menjadi sia-sia kerana digertak oleh Abang Besar Dap.

Terbukti benar dalam isu gunting rambut unisex di Kelantan. Pas gagal mempertahan dasar perjuangannya.

Sama lah juga isu arak, dulu bukan main lagi cakap. Hari ini menang esok sebelum ayam kokok kita tutup kilang arak. Nah! Mana dia? Hari ini Pas menerima bantuan kewangan dari Abang besar mereka. Tertutup lah mulut Hadi Awang dan Nik Aziz dalam isu arak.

Apa lagi nak yang Pas nak perjuangkan, habaq mai sat?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hebat Wakil Rakyat Pas ( zuhud)

Orang sentiasa mengutuk wakil rakyat Umno, kononnya berlagak, perasuah, perompak wang rakyat dan sebagainya tanpa merasa bersalah dan berdosa.

Kini apa yang diludah dijilat kembali. Rata-rata orang Pas hari ini hidup mewah. Orang Pas gila kumpul bini dan gila kereta Mercedes.

Pecacai Pas di bawah masih dok megah dan mendewakan pemimpin mereka kononnya zuhud.

Ini termasuklah penceramah agama+politik Ust Azhar Idrus, pun hidup mewah dengan kereta supercars, superbikes dan superbinis.

Bila kita dedahkan kemewahan hidup mereka, pecacai Pas akan konar lipat dengan menyatakan "dia nak pakai apa pun lantak lah, rezeki tuhan yang bagi, bukan Umno yang bagi"

Begitulah handalnya pecacai Pas membela mereka.

Gambar di atas menggambarkan sikap sebenar seorang wakil rakyat Pas yang gemar mengumpul kereta mewah dan gemar mengumpul bini.

Takebeer!!!!!!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.