Selasa, 22 Oktober 2013

Tiada Semangat Nasionalisme dan Patriotisme Dalam Bajet Pembangkang  

Bajet Alternatif yang dibentangkan oleh pembangkang semalam menyerlahkan sikap perkauman yang mendalam dan usaha yang giat untuk menjarakkan lagi jurang antara kaum di negara ini.   
 
Ini berdasarkan cadangan mereka agar kerajaan memperuntukkan sejumlah RM220 juta lagi kepada 1,854 sekolah vernakular dalam Bajet tahun hadapan.  Peruntukan itu dicadangkan merangkumi sumbangan RM300 bagi setiap seorang pelajar SRJK bagi menambah baik mutu dan kualiti pembelajaran serta bangunan. 
 
Selain itu, pembangkang juga komited untuk menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atas alasan ia gagal mencapai matlamat dan bermasalah di mana sehingga kini telah menyebabkan 22 kematian. PLKN membawa objektif penerapan semangat cintakan negara serta perpaduan.   
 
Hakikatnya, Sekolah Vernakular telah dikenalpasti sebagai punca utama masalah perkauman di negara ini manakala, PLKN pula adalah antara usaha kerajaan untukmengatasi masalah itu. 
 
Sungguhpun demikian, pembangkang tegar mencadangkan peruntukan bagi 'memperkasakan lagi punca masalah', dan di masa yang sama menolak sebarang usaha ke arah 'penyelesaian masalah' itu. 
 
Ini membuktikan bahawa pembangkang dengan sengaja ingin agar rakyat negara ini terus berpecah belah serta tidak punya semangat patriotisme atau nasionalisme.   
 
Kita percaya, idea-idea ini datangnya dari parti chauvinis DAP tetapi telah diterima baik oleh PKR dan PAS kerana terlalu mendambakan undi dari kaum Cina.  Malang sekali, biar setelah habis segalanya digadai pun, kaum Cina masih tidak mengundi PAS dan hanya apabila terpaksa sahaja akan mengundi PKR. 
 
Justeru, pengorbanan PAS menggadaikan maruah sehingga tiada apa lagi yang tinggal bukan sahaja sia-sia, tetapi rugi besar kerana PAS semakin kehilangan undi orang-orang Melayu. 
 
Hari ini, DAP terus mengasak agenda ini melalui Bajet Alternatif sementara PAS dan PKR tidak mampu menolak atau mengimbanginya.  Malah, kedua parti yang diterajui Melayu itu turut mengasak bersama dengan DAP untuk memusnahkan keharmonian antara kaum di negara ini.   
 
Sekiranya pembangkang punya sedikit rasa tanggungjawab, maka mereka seharusnya mencadangkan penyelesaian alternatif ke atas masalah perkauman dan bukannya menambahkannya. 
 
Bukankah lebih baik jika pembangkang mencadangkan peruntukan ke atas sekolah kebangsaan ditambahkan bagi memastikan ia benar-benar mencapai tahap yang diinginkan bagi semua kaum? 
 
Bukankah lebih baik jika semua parti-parti politik dari semua kaum turut terlibat memberi cadangan dan mendesak ke arah penambahbaikan dan peningkatan kualiti guru-guru, pembelajaran dan juga bangunan persekolahan di sekolah kebangsaan agar anak-anak kita boleh belajar bersama-sama? 
 
Jika ini dapat dilakukan, maka kita mungkin tidak perlukan PLKN lagi.   
 
Namun, tentu sekali perkara yang baik dan murni akan ditolak mentah-mentah oleh DAP kerana ia bermakna mereka tidak akan dapat membawa agenda mereka yang ingin menindas dan menjajah negara ini.   
 
Sehingga ke hari ini, DAP tidak pernah menerima hakikat yang mereka berkongsi negara ini dengan orang-orang Melayu.  DAP juga nekad untuk memisahkan masyarakat Cina dari aspirasi negara.  Kerana itu, mereka memerlukan sekolah vernakular untuk mengajar anak-anak Cina agar membenci Melayu, prejudis terhadap kerajaan serta menolak sejarah.  Matlamat akhir mereka ialah untuk menukar landskap sosial dan ekonomi negara ini agar mengutamakan Cina serta mengabaikan bangsa-bangsa lain. 
 
Apa yang pasti, cita-cita DAP ini bukan sahaja akan menyebabkan bangsa lain tertindas dan terpinggir tetapi, lambat laun akan membawa kehancuran kepada bangsa Cina juga. 
 
Jika DAP punya sedikit kebijaksanaan, mereka pasti tahu bahawa menyusahkan orang-orang di sekeliling mereka tidak akan membuat mereka senang.  Sudah menjadi hukum yang tidak tertulis bahawa apabila orang-orang di sekeliling kita senang, kita akan turut senang kerana mereka tidak mengganggu kita malah mungkin boleh membantu atau bekerjasama untuk meningkatkan kesenangan itu. 
 
Tragedi 13 Mei adalah pengajaran yang paling jelas, namun DAP memilih untuk menidakkan sejarah serta menafikan kesilapan sendiri. 
 
Untuk itu, kita ingin berpesan kepada DAP bahawa manusia yang lupa sejarah, akan dihukum untuk mengulanginya berkali-kali.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemilihan UMNO:  Memahami Mesej Akar Umbi

 

Banyak telah diperkatakan mengenai pemilihan UMNO yang baru lalu.  Ada yang berkata UMNO tidak berubah, ada yang berkata UMNO telah berubah dan ada yang berkata ia berubah ke arah yang salah serta ada juga yang berkata ia berubah ke arah yang benar. 

 

Sejak sebelum pemilihan cakap-cakap mengenai 'perubahan' sudah terlalu sering di dengar.  Ini tidak menghairankan memandangkan kerajaan juga membawa slogan 'transformasi' yang turut bermakna perubahan. 

 

Masalahnya, terdapat berbagai-bagai tafsiran perubahan.  Ada yang melihat perubahan ke arah kematangan, tetapi ada pula yang melihat ke arah meremajakan UMNO kembali. Ada yang mentafsirkan kematangan itu keterbukaan, dan ada yang mentafsirkan 'remaja' sebagai keterbukaan juga.  Justeru, di manakah UMNO sebenarnya?

 

Dalam keadaan kecelaruan ini, UMNO wajib kembali kepada akar umbi. 

 

Ingatlah bahawa UMNO adalah milik ahli-ahlinya dan bukan kepimpinan semata-mata. Hanya ahli-ahli UMNO yang berhak menentukan hala tuju mana yang mereka inginkan.  Pemimpin UMNO tidak boleh menidakkan suara akar umbi kerana akar umbilah yang memberikan jawatan itu kepada mereka.  Jika pemimpin tidak bersetuju dengan akar umbi, maka semestinya beliau tidak layak menjadi pemimpin parti ini. 

 

Nampaknya, ahli-ahli telah bersuara melalui pemilihan yang baru lalu berdasarkan jumlah undi popular. 

 

Jika sistem pilihanraya umum dipersoal kerana tidak mengambilkira undi popular dan hanya mengira jumlah kerusi, ia adalah kerana kita memilih wakil bagi setiap kawasan. Oleh itu, hanya penduduk setempat yang berhak menentukan wakil di kawasannya. Sistem ini didapati yang paling sesuai kerana jika kita mengambilkira undi keseluruhan maka ia akan menyebabkan ketidakadilan kepada rakyat mengikut kawasan masing-masing.   

 

Namun, bagi pemilihan UMNO, terutama peringkat tertinggi, termasuk sayap dan juga Majlis Tertinggi, akar umbi bukan memilih pemimpin kawasan, tetapi pemimpin bagi keseluruhan.  Justeru, undi popular wajar diteliti bagi memahami kehendak akar umbi itu. 

 

Persaingan sengit antara Dato' Seri Hishamudin dengan Dato' Mukhriz Mahathir adalah antara yang paling menarik untuk dikaji.  Mukhriz, walaupun kalah, jelas telah mendahului dari segi undi popular walaupun jenteranya jauh lebih terkebelakang daripada Hishamuddin.  Jika jentera mereka sama hebat, kita pasti Hishamuddin akan ketinggalan jauh. 

 

Maka, wajarlah kita bertanya, apa yang akar umbi nampak di dalam diri Mukhriz yang membuatkan mereka memilihnya?  

 

Dari maklumbalas dan reaksi ramai di kedai kopi, dan juga di alam siber, kita mendapati rakyat melihat Mukhriz sebagai membawa imej bersih dan ikhlas.  Beliau dikenali sebagai rajin bekerja dan merendah diri.  Beliau juga telah terbukti mempunyai kebolehan dan kecekapan mentadbir berdasarkan pengalamannya di dunia perniagaan.   Nama bapanya, hanyalah 'penyedap' rasa bagi menambah keyakinan ramai bahawa beliau merupakan 'produk' yang baik untuk negara.  Mukhriz juga tanpa segan silu memaparkan dirinya sebagai pejuang Melayu malah lantang membawa agenda Melayu serta menentang sebarang ancaman terhadap agama Islam.  

 

Ini bertepatan dengan kemenangan Dato' Seri Zahid Hamidi yang berada di tempat teratas dalam pemilihan Naib Presiden.  Zahid, seperti juga Mukhriz turut memaparkan dirinya sebagai pejuang Melayu serta lantang menyahut cabaran dari para ektremis Cina mahupun samseng India.  Zahid juga dilihat oleh rakyat sebagai 'bekerja' bersungguh-sungguh. 

 

Beza antara Zahid dengan Mukhriz mungkin hanya dari segi pendekatan politik mereka di mana Zahid lebih bijak meraih populariti melalui media.  Sama ada ia kebetulan atau dirancang bukanlah soalnya.   Mukhriz pula lebih gemar bekerja tanpa mencari populariti, yang mana menyebabkan beliau dituduh oleh orang-orang politik sebagai 'ketinggalan'. 

 

Namun, apa yang penting ialah, kedua-dua Zahid dan Mukhriz tidak mengambil pendekatan 'apologetic' apabila diserang oleh pembangkang atau kumpulan minoriti. 

 

Jelas di sini bahawa kualiti inilah yang akar umbi mahukan. 

 

Dalam memilih Ahli Majlis Tertinggi juga kita melihat trend yang sama di mana Datuk Seri Mustapa Mohamed diumumkan menduduki tempat pertama dengan jumlah undi 89,560.  Mustapa selama ini cukup terkenal di kalangan rakyat sebagai mungkin satu-satunya menteri yang tidak berpolitik.  Beliau sentiasa bekerja keras dan tidak pernah mencari publisiti murah.  Sikap yang merendah diri dan dedikasi menyebabkan beliau dihormati serta tidak pernah menimbulkan kontroversi.  Mustapa juga antara pemimpin yang tidak jemu-jemu membantu bumiputera melalui portfolio yang dipegangnya. 

 

Kita percaya bahawa atas dasar inilah maka akar umbi memberi beliau undi tertinggi. 

 

Pemilihan sayap pemuda, wanita dan puteri bagaimanapun sukar untuk diperhalusi memandangkan jumlah undi popular tidak pernah didedahkan.  Dengan kedudukan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita yang penuh kontroversi, keputusan untuk tidak mendedahkan jumlah undi popular menyebabkan syak wasangka dan tuduhan-tuduhan liar terus 'melingkar' di kalangan akar umbi dan rakyat keseluruhannya. 

 

UMNO sewajarnya tahu bahawa kemenangan watak yang kontroversi bukanlah satu kemenangan buat UMNO.  Mungkin sukar untuk diterima, tetapi hakikatnya kemenangan mereka mengundang pandangan sinis rakyat.  Apatah lagi dengan pendirian jelas Ketua Pemuda yang ingin membawa keterbukaan serta melonggarkan perjuangan UMNO dari segi agama dan bangsa. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, menafikan wujud konspirasi

Noh Omar
Kuala Lumpur: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, menafikan wujud konspirasi untuk menjatuhkan calon tertentu yang bertanding pada pemilihan pimpinan parti peringkat bahagian di negeri itu.

Katanya, memang mudah untuk sesiapa saja membuat tuduhan, tetapi saluran yang lebih baik adalah mengemukakan aduan kepada jawatankuasa bertanggungjawab.

"Mereka berhak untuk merayu. Jawatankuasa membatalkan keputusan (kemenangan calon tertentu) selepas menerima aduan dan meneliti dari semua sudut. Jadi, lebih baik buat rayuan daripada menuduh sesiapa," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas tindakan 75 ketua UMNO cawangan dalam Bahagian Sepang yang membantah pembatalan persidangan Pemuda dan Puteri bahagian itu, 12 Oktober lalu.

Ketua UMNO Cawangan Tanjung Sepat Darat, Nisman Yusof, berkata pihaknya menerima surat pembatalan persidangan dua sayap itu atas alasan ia tidak dilangsungkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), pada jam 4.20 petang 18 Oktober lalu, hanya sehari sebelum persidangan bahagian dilangsungkan.

"Persidangan itu dijalankan seperti sepatutnya, jadi kami berpendapat pembatalan perlu ditarik semula kerana jika tidak, kami percaya persidangan UMNO Bahagian Sepang juga tidak sah kerana menafikan hak mengundi di bawah Fasal 14.4.5 perlembagaan parti," katanya.

Nisman bersama kira-kira 50 ketua cawangan dari bahagian itu, ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Mereka turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh yang ketika ditemui kemudian, sekadar memaklumkan bantahan berkenaan akan diteliti.

Di Sepang, bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Noor Azli Said, mendakwa pembatalan pemilihan sayap berkenaan didalangi pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan kemenangannya, sedangkan beliau mempunyai bukti kukuh proses itu berjalan mengikut SOP ditetapkan.

"Saya juga sudah mengemukakan aduan rasmi kepada Jawatankuasa Aduan Badan Perhubungan UMNO Selangor, namun ditolak. Jadi, saya akan mengemukakan masalah ini kepada UMNO Pusat supaya keputusan pemilihan sebelum ini diguna pakai, sekali gus menjimatkan masa dan kos untuk buat pemilihan semula," katanya.

-Berita Harian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Pendokong Kuat Amalan Pulau Memulau Di Sungai Limau

 

Takut kena 'pulau', itulah antara ungkapan keramat yang sering keluar dari mulut para pengundi di Sungai Limau apabila diminta mengulas mengenai calon yang diketengahkan oleh kedua-dua parti yang bakal bertanding esok.

 

Rata-rata di kalangan mereka gagal memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai calon Pas, Azam Samad yang juga merupakan bekas guru. Ini kerana ramai di kalangan penduduk di Sungai Limau langsung tidak mengenali Azam walaupun Pas mendakwa calon parti itu adalah merupakan seorang yang dikenali dan dekat di hati masyarakat Sungai Limau.

 

Namun itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, sering kali dilihat cuba memperbodohkan para pengundi dengan pelbagai cerita 'penglipur lara' di setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

 

Berbanding Barisan Nasional (BN) / Umno, yang meletakkan calon dari golongan profesional Dr. Ahmad Sohaimi Lazim seorang bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Yang peliknya rata-rata penduduk di kawasan Kampung Sungai Daun dan Kabu Sepuloh menegaskan mereka takut untuk memberikan sebarang komen berhubung calon dari BN/Umno.

 

Ini kerana menurut mereka, tindakan tersebut bakal menyebabkan mereka dipulaukan oleh para penyokong Pas di kawasan. Menurutnya, mungkin ada yang akan merasa pelik atau tidak mempercayainya, namun bagi penduduk kampung itulah realitinya yang berlaku.

 

Walaupun tidak selesa dengan pendekatan jumud dan fanatik penyokong Pas itu, namun menurut mereka hubungan kekeluargaan antara penduduk kampung telah menyebabkan perkara itu merosakkan hubungan dan keharmonian.

 

"Mereka bukan setakat memulaukan orang yang tidak sehaluan dengan mereka, tapi ada kalanya ia boleh menjadi semakin teruk.

 

"Ramai juga di kalangan ahli Pas yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan pendirian pemimpin atasan, semuanya terpaksa memendam rasa. Kerana bukan setakat penyokong Umno akan dipulaukan, mereka yang tidak bersetuju dengan parti juga akan turut menerima nasib yang serupa" katanya yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

 

Menurut beliau, isu pulau-memulaukan ini bermula semenjak Amanat Hadi Awangdimainkan.

Sebagaimana telah dikupas oleh C.N. Afghani dalam bukunya Kafirkah Aku, saya dan masyarakat Terengganu sendiri mengalami sejak tahun berkenaan bahawa pengikut Pas berpendapat penyokong UMNO atau BN adalah golongan kafir. Ia telah dinyatakan secara terbuka di pentas ceramah, poster dan kain pemidang di merata tempat ketika itu, terutama setiap kali pilihan raya umum.


Sebagaimana kita sedia ketahui, akibatnya berlakulah pulau memulau secara meluas dan terbuka, bersembahyang dua imam dalam satu masjid, dua masjid dalam satu mukim, pernikahan dan penyembelihan orang UMNO sebagai tidak sah, perceraian dan pergaduhan sesama keluarga.


Kemuncaknya ialah peristiwa Memali yang mengorbankan beberapa nyawa pada 19 November 1985. Betapa sedihnya kita kerana ia berlaku di depan mata, melibatkan rakan-rakan dan saudara-mara yang suatu masa dulu begitu akrab, harmoni dan saling berganding bahu apabila ada majlis dan keramaian.


Amanat Haji Hadi tiba-tiba menjadikan masyarakat sekeliling kucar-kacir, benci-membenci, berpecah-belah. Sedih dan kecewa melihat fenomena perpecahan ini tanpa cuba diperbetulkan oleh Hadi dan pemimpin Pas.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Laporan Status Terkini Bencana Banjir 22.10.2013 (JAM sehingga 8.00 PG) di negeri Perak dan Kedah

PERAK

MANJUNG
Pusat Pemindahan masih dibuka : 4
Pusat Pemindahan ditutup : 0
Bil Keluarga : 242
Bil Mangsa : 993

LARUT/MATANG/SELAMA
Pusat Pemindahan masih dibuka : 4
Pusat Pemindahan ditutup : 1
Bil Keluarga : 48
Bil Mangsa : 161

KEDAH

KULIM
Pusat Pemindahan masih dibuka : 8
Pusat Pemindahan ditutup : 8
Bil Keluarga : 346
Bil Mangsa : 1,486

BALING
Pusat Pemindahan masih dibuka : 4
Pusat Pemindahan ditutup : 8
Bil Keluarga : 76
Bil Mangsa : 403

BANDAR BAHARU
Pusat Pemindahan masih dibuka :2
Pusat Pemindahan ditutup :1
Bil Keluarga : 12
Bil Mangsa : 46

KUALA MUDA
Pusat Pemindahan masih dibuka :1
Pusat Pemindahan ditutup :1
Bil Keluarga : 14
Bil Mangsa : 56

KOTA SETAR
Pusat Pemindahan masih dibuka : 3
Pusat Pemindahan ditutup : 0
Bil Keluarga : 23
Bil Mangsa : 94


YAN
Pusat Pemindahan masih dibuka : 1
Pusat Pemindahan ditutup :1
Bil Keluarga : 24
Bil Mangsa : 94

JUMLAH KESELURUHAN (2 NEGERI)
BIL. PUSAT PEMINDAHAN MASIH DIBUKA: 27
PUSAT PEMINDAHAN DITUTUP : 19
BIL KELUARGA MASIH DI P.PEMINDAHAN : 785
BIL MANGSA MASIH DI PUSAT PEMINDAHAN : 3,315
BIL KELUARGA BALIK RUMAH : 195
BIL MANGSA BALIK RUMAH : 687

Sumber : JKM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.