Sabtu, 22 Disember 2012

Amanat Haji Hadi Vs Surat Dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan

Isi Kandungan Surat2 ini seperti berikut :- 

Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.

Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1).   Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
        (UMNO- Barisan Nasional)

2).   Haram dimakan daging binatang sembelihan orang  
       Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
       sembelihannya.

3).  Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
      (UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan 
      (UMNO- Barisan Nasional).

4).  Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan 
       (UMNO- Barisan Nasional).

5).  Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
      Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6).  Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan  
      (UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
       boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
       mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat 
       orang Pas.

8).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
      sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh 
      tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-

1).  Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - 
       Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2).  Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar - 
      Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

3).  Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik -  
      Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4).  Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff- 
      383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5).  Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail - 
       Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6).  Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman - 
       Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7).  Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan - 
       Iman Besat Masjid Muhammadi.

8).  Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris - 
      Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan   
      (JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-

"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa  yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
 b/p Yang Dipertua.

Di Pejabat Agama Islam Kelantan, Kota Baru, pada 15 Jamadil Akhir 1401.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANTARA KEIKHLASAN TUNKU AZIZ DAN KEPURAAN SYED HUSIN

Apabila Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim tidak bersetuju dengan dasar dan sikap diktator Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Engm beliau terus membuat keputusan untuk tidak mahu dilantik semula sebagai Senator untuk penggal kedua selama tiga tahun lagi.

Serentak dengan keputusan beliau itu, Tunku Aziz juga meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi dan keluar dari parti.

Bagi bekas Pengerusi Transparency International Malaysia itu, Dap tidak mampu memisahkan identiti dan stigma parti itu sebagai sebuah badan politik yang rasis dan cauvinis.

Tunku Aziz melepaskan segala kedudukan tingginya dalam Dap walaupun cuba disogok oleh Guan Eng untuk menerajui Penang Institute dengan ganjaran RM50,000 sebulan.

Begitu rendah pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menganggap orang Melayu seperti Tunku Aziz yang berintegriti tinggi boleh dibeli dengan jawatan dan wang ringgit.

Berbeza pula dengan Senator Dr Syed Husin Ali yang menerima perlantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua mewakili negeri Selangor.

Teringat kisah yang diceritakan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ketika berceramah di kampung dan desa mengenai betapa susahnya untuk meyakinkan bekas pensyarahnya semasa menuntut di Universiti Malaya dahulu untuk menerima pelantikan sebagai seorang Senator.

Kata Anwar, walaupun pelbagai pihak termasuk Presiden PKR, Wan Azizah serta Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin kanan parti yang lain cuba memujuk Dr Syed Husin supaya menerima pelantikan itu sebagai penghormatan di atas perjuangan lama beliau di dalam bidang politik, namun mereka semua tidak berjaya mencairkan tekad tokoh veteran itu.

Di sini Anwar menonjolkan dirinya sebagai hero filem Hindustan dengan mengatakan biar dia sahajalah yang meleraikan kekusutan itu.

Maka berceritalah Anwar bahawa beliau menalipon Dr Syed Husin yang ketika itu berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah haji.

Dengan sekali panggilan sahaja, Anwar berkata beliau berjaya melembutkan hati mentor politiknya untuk menjadi Ahli Dewan Negara.

Maka Dr Syed Husin dilantik secara rasmi sebagai Senator pada 16 Disember 2009.

Daripada cerita Anwar bahawa gurunya itu sememangnya tidak mahu sebarang apa pun lantikan mahupun darjah kebesaran, kini Dr Syed Husin menyambung tempohnya sebagai anggota Dewan Negara untuk kali kedua.

Ada dua kemungkinan mengapa jalan cerita Anwar berlainan dengan hakikat yang berlaku.

Pertama Anwar berbohong dan mereka-reka cerita kepada penyokong PKR untuk menunjukkan betapa komitednya Dr Syed Husin yang berjuang semata-mata atas dasar prinsip tanpa mengharapkan sebarang habuan atau balasan.

Alasan ini mudah diterima akal kerana Anwar seperti yang dimaklum memang suka berbohong, contohnya beliau berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa negara akan mendapat sebuah kerajaan pusat baru di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat pada 16 September 2008 dan beliau sebagai Perdana Menteri.

16 September berlalu dengan penuh debaran dan kegusaran tetapi apa yang digendang-gendangkan tidak berlaku dan Anwar terpaksa menelan hempedu pembohongan yang pahit.

Realitinya Dr Syed Husin tidak pernah mahu menolak tawaran untuk menjadi Senator, kerana jika faktor usia atau komitmen dijadikan alasan, tidak mungkin beliau boleh menerima pelawaan kerajaan negeri Selangor untuk melantikna semula.

Semua ini adalah wayang yang dimainkan oleh Anwar dan PKR yang cuba mengaburi mata rakyat bahawa perjuangan mereka adakah ikhlas dan tidak berlapikkan kepentingan diri, keluarga dan kroni.

Inilah yang membezakan antara ketokohan sejati yang dimiliki oleh individu seperti Tunku Aziz dan kepalsuan yang dipamerkan oleh seorang yang dikatakan sebagai pejuang seperti Dr Syed Husin.

Jurang antara kedua individu ini adalah jauh berbeza.

Satu sanggup melepaskan semula jawatan berserta segala keistimewaan dan kemudahan yang boleh diperolehi.

Satu pihak lagi terpaksa memintal hikayat dan cerita ceriti untuk menutup kemahuan yang meluap-luap terhadap jawatan, prestij dan kuasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalendar dan ramalan karut Mayan

Celebrations in Mexico as world survives Maya "end of days"
Fri, Dec 21 19:52 PM EST

 1 of 18 
By Alexandra Alper

CHICHEN ITZA, Mexico (Reuters) - Tens of thousands of mystics, hippies and tourists celebrated in the shadow of ancient Maya pyramids in southeastern Mexico on Friday as the Earth survived a day billed by doomsday theorists as the end of the world.

New Age dreamers, alternative lifestyle gurus and curious onlookers from around the world descended on the ruins of Maya cities to mark the close of the 13th bak'tun - a period of around 400 years - in the Maya Long Calendar.

Dismissing a widely disseminated myth that the Maya had predicted some kind of apocalypse on December 21, 2012, they celebrated what they hope is the start of a new and better era for humanity.

After the sun rose in Mexico and the world continued to spin, the visitors to the Maya heartland gave thanks.

"It is a transformation, the dawning of the age of Aquarius," said Jonah Bolt, 33, a radio show host from North Carolina who had brought a large quartz with him to "download" energy from the sacred spot.

"We hope that everyone's intention and love and light focused on this day will just help awaken others to just a better way of living."

The end of the 13th bak'tun in the 5,125-year-old Maya calendar had inspired pockets of fear around the world that the end was nigh or that lesser catastrophes lay in store.

A U.S. scholar said in the 1960s that the end of the 13th bak'tun could be seen as a kind of Armageddon for the Maya. Over time, the idea snowballed into a belief by some that the Maya calendar had predicted the Earth's destruction.

Fears of mass suicides, huge power cuts, natural disasters, epidemics or an asteroid hurtling toward Earth had circulated on the Internet, especially in recent months.

In the end, there were no reports of natural or man-made catastrophes linked to the doomsday predictions.

To the people congregating in the imposing ruins of the city of Chichen Itza, a focal point for the celebrations in Mexico, it was a day for celebrations.

"It's not the end of the world, it's an awakening of consciousness and good and love and spirituality - and it's been happening for a while," said Mary Lou Anderson, 53, an information technology consultant from Las Vegas.

Around 50,000 people visited Mexico's main archaeological sites by early afternoon, authorities said.

A few minutes before the north pole reached its position furthest from the sun on Friday, a spotlight illuminated the western flank of the Temple of the serpent god Kukulkan, a 100-foot-tall (30-meter) pyramid at the heart of Chichen Itza.

Then a group of five tourists dressed in white made their way across the plain, dropped their bags and faced the pyramid with their arms raised before park officials cleared them away.

As the sun climbed into the sky, a man with dreadlocks played a didgeridoo - an Australian wind instrument - at the north end of the pyramid. Nearby, groups of tourists meditated on brightly colored mats.

Visiting the Yucatan peninsula on Friday, new President Enrique Pena Nieto sought to harness the energy of renewal to give Mexico and its economy a boost.

"Today a cycle of the Mayan calendar closes, and some thought it meant a fatalistic end, but we and the Mayans are sure it's the start of a new era," he said. "May this spirit of renewal infect us all."

PARTY TIME

In Turkey, thousands of tourists flocked to Sirince, a picturesque village east of the Aegean Sea that believers in a potential cataclysm had said would be spared on Friday.

At 1:11 p.m. local time (1111 GMT), visitors to Sirince gathered in the town square to await the return of Noah's Ark on a nearby hill. They counted down from 10 and applauded when the vessel failed to appear and the world did not end.

In Bugarach, France, a village that was said to be harboring an alien spacecraft in a nearby mountain that would enable people to survive an apocalypse, authorities cordoned off the area, fearing an influx of doomsday believers. But on Friday journalists and partygoers outnumbered the survivalists.

Meanwhile in New York, Buck Wolf, executive editor of crime and weird news for the Huffington Post, organized an end of the world party at Manhattan's Hotel Chantelle on Thursday night.

Wearing a gray T-shirt with a black Maya calendar on it, Wolf said he was inspired by a similar party he had attended in 1999 related to Nostradamus's doomsday prophecies. "It's all a big scam," Wolf said. "You might as well throw a good party."

In China, the United Nations issued a tweet on its official Weibo microblog denying it was selling tickets for an "ark" in which people could escape the apocalypse after such tickets were offered for sale online, albeit apparently as a joke.

Maya experts, scientists and even U.S. space agency NASA had insisted the Maya had not predicted the world's end.

"Think of it like Y2K," said James Fitzsimmons, a Maya expert at Middlebury College in Vermont, referring to the year 2000. "It's the end of one cycle and the beginning of another cycle."

Companies have also had fun with the date.

On Friday, the makers of Mini cars placed a full-page ad in the New York Times headlined, "Well, So Much For The 2014 Models." It suggested customers hurry to their local dealership in case time was running out to buy the car.

'PURE HOLLYWOOD'

The New Age optimism, stream-of-consciousness evocations of wonder and awe, and starry-eyed dreams of extra-terrestrial contact circulating on the ancient sites in Mexico this week have left many of the modern Maya bemused.

"It's pure Hollywood," said Luis Mis Rodriguez, 45, a Maya selling obsidian figurines and souvenirs shaped into knives like ones the Maya once used for human sacrifice.

The Maya civilization reached its peak between AD 250 and 900 when it ruled over large swaths of what is now southern Mexico, Guatemala, Belize and Honduras.

The Maya developed hieroglyphic writing, an advanced astronomical system and a sophisticated calendar that helped provide the foundation for the doomsday predictions.

The buzz surrounding the Maya "end of days" has generated massive traffic on the Internet, but the speculation stems from a long tradition of such prophecies.

Basing his calculations on prophetic readings of the Bible, the great scientist Isaac Newton once cited 2060 as a year when the planet would be destroyed.

U.S. preacher William Miller predicted that Jesus Christ would descend to Earth in October 1844 to purge mankind of its sins. When it did not happen, his followers, known as the Millerites, referred to the event as The Great Disappointment.

In 1997, 39 members of the Heaven's Gate cult, believing the world was about to be "recycled," committed suicide in San Diego in order to board an alien craft they said was trailing a comet.

More recently, American radio host Harold Camping predicted the world would end on May 21, 2011, later moving the date forward five months when the apocalypse failed to materialize.

Sporting a long gray beard, dark glasses and a cowboy-style jacket, Raja Merk Dove, a self-proclaimed "interplanetary ambassador" from Asheville, North Carolina, said he believes aliens helped the Maya build Chichen Itza, for centuries a major Mayan metropolis, trading hub and ceremonial center, and he is hoping they will drop by.

"I envision on a higher plane, or whatever our reality is, that extraterrestrials and their spaceships will come and land on top of the pyramid or wherever the landing site is, and that they will come and mingle with the people, bringing new information, new knowledge, new blessings," he said.

"This is one of those dates. If humanity is ready for that, it can happen today. If humanity is not quite ready, it will happen at a future date."

(Additional reporting by Ece Toksabay, Ben Blanchard, Morade Azzouz, Martin Howell, Peter Rudegeair, Jilian Mincer, Gabriel Stargardter, Bernd Debusmann Jr and David Alire Garcia; Writing by Dave Graham; Editing by Kieran Murray, Simon Gardner and Eric Beech)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wakil Rakyat DAP memang samseng dan PAS gedebe munafik fasik

Nga Kor Ming MP Dap Taiping dan Adun Pantai Remis melenting dan cuba mengancam keselamatan YB Dato Hamidah Osman kerana mendedahkan isu tanah 10 hektar sebagai galang ganti jawatan Menteri Besar Perak ke 10 Nizar Jamaludin kepada parti Pas.

Ancaman yang dibuat terhadap YB Midah amat lah serius dan satu laporan polis dibuat oleh mangsa terhadap wakil rakyat Dap tersebut.

Ini bukan pertama kali wakil rakyat Dap bertindak samseng. Dahulu Karpal Sink pernah bertindak samseng dengan melemparkan buku perlembagaan negara dalam dewan rakyat.

Ronnie Liew juga pernah bertindak samseng dalam isu rampasan arak di Shah Alam.

Di Taiping orang-orang Dap pernah bertindak secara samseng terhadap kaki tangan Majlis Perbandaran Taiping dalam merealisasikan tuntutan dan hajat mereka.

Kakitangan MPT diarah mengikut telunjuk Dap, jika enggan mereka (MPT) akan ditukarkan ke daerah lain.

Tidak hairanlah banyak tanah-tanah Prime land yang berada di sekitar bandar Taiping telah jatuh ke tangan kroni Dap dan hari ini tanah tersebut dibangunkan menjadi premis atau gedung perniagaan. (Rujuk Jalan Istana Larut)

Maklumat terbaru ialah Hotel Warisan yang dibina atas tanah Majlis Islam Taiping pun dikuasai oleh kroni Dap.

Jahatnya Dap, itu pun dipuji oleh sekutu mereka Pas.

Tambahan, satu lagi kisah Pas kaki fitnah.

Ini cerita Pas Bukit Gantang fitnah Umno.

Kisah di Kampung Pauh kawasan Bukit Gantang. Ada dua tiga ekor orang Pas nak buat projek sawit di atas tanah anugerah mereka.

Oleh kerana sukar nak bawa masuk jentera berat melalui terowong bawah lebuh raya maka jentera berat terpaksalah dibawa masuk melalui Kampung Senduk atau Kampung Cheh.

Untuk sampai ke tanah milik orang Pas tadi mereka terpaksa tebang hutan dan buat jalan dan dalam masa sama bolehlah mereka menyamun balak-balak yang ada dilaluan tersebut. Jentera berat tersebut diletakkan dihadapan sebuah rumah dengan tujuan keselamatan dan sewa dibayar kepada tuan tanah.

Bila jentera mula masuk dan bekerja maka banyaklah kerosakan berlaku dalam kerja mencuci laluan.

Lebih menarik lagi cerita ialah Pas melibatkan nama Ketua Kampung BN kononnya membenarkan projek dan menerima RM 40 ribu sebagai habuan ( rasuah lah tu).

Kemarahan orang kampung menyebabkan mereka menahan jentera berat dari meneruskan kerja dan menghalang jentera dilarikan. Tujuan nya ialah untuk menuntut ganti rugi.

Bagaimanapun Si Nizar Munafik telah membawa lawyer masuk kampung kononnya untuk membela nasib orang kampung.

Diringkaskan cerita Nizar bawa lawyer hanyalah untuk melepaskan jentera berat dari di tahan oleh orang kampung.

Katanya dalam hal ini jentera tak bersalah dan bersalah ialah syarikat pembalakan. Orang kampung perlu saman syarikat balak.

Selepas jentera dibawa keluar, baru lah pecah tembelang bahawa tidak ada syarikat balak yang terbabit.

Pas Bukit Gantang cuba mengalih cerita kononnya ini projek Umno dan Osman Jailu yang pergi makan laksa di rumah bekas Ketua Kampung (rakan) turut dijaja dalam ceramah Pas.

Inilah serba sedikit tentang kisah Pas Bukit Gantang. Cerita lebih detail akan disiarkan kemudian.

Taipingmali akan dedahkan secara terperinci.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.