Khamis, 14 Mac 2013

Ahli Kariah Masjid Tmn Mewah Kamunting bantah Kehadiran Anwar

Kini kira-kira 21 laporan polis oleh ahli kariah Surau Diri Jumaat di Balai Polis Kamunting.

Penduduk Taman Mewah, ahli kariah Surau Istiqlal Taman Mewah Fasa II Taman Mewah Kamunting Perak, telah membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Anwar Ibrahim untuk menyampaikan tazkirah politik pada 15 Mac esok, selepas solat maghrib.

Di IPD Taiping, berapa laporan polis sedang dibuat oleh beberapa NGO Bukit Gantang.

Anwar dijangka tiba dengan bas Jelajah Merdeka petang esok.

Ketika ini Anwar sedang menyampaikan ceramah di daerah Kerian.

Malam ini ceramah Anwar di Taman Kota Wira telah dibatalkan ekoran bantahan penduduk.

Berita kehadiran Anwar diperolehi dari beberapa orang penduduk tempatan daripada penyokong parti pembangkang


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Najib ke Istana Negara

Kelmarin heboh kata parlimen akan bubar bila perdana menteri ke Istana mengadap DYMM YDP Agong.

Memang benar, PM boleh bincang tentang pembubaran tetapi pada hemat TM, Najib ke istana kerana memberi taklimat mengenai isu Lahad Datu dan Kesultanan Sulu.

Sebelum ini rombongan Kesultanan Sulu yang sah telah berjumpa dengan Menteri Pertahanan Dato Seri Dr Zahid Hamidi. Mungkin isu inilah yang dibawa oleh PM ke Istana.

Justeru, semua bahagian jangan ghairah sangat. Apa yang TM lihat PDM masih lagi belum betul perjalanannya. Ini kerana pemikiran dan mentaliti ketua cawangan dan ajk Bahagian masih ditakok lama.

Kesian tengok ketua-ketua Bahagian dan calon komponen BN (tak semua) yang terkejar-kejar untuk menghidupkan PDM, tetapi peringkat bawah masih blur.

Sebab tu TM pernah kata, Semangat PRU yang dilaungkan oleh Najib hilang begitu sahaja sebaik saja melangkah keluar dari PWTC.

Laungan Najib "Sudahkah kita bersedia untuk berperang?"

Solan Najib perlu disambut dengan tindakan bukan laungan tanpa kerja tanpa mengangkat senjata.

Ingat kemenangan tidak datang bergolek!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.