Khamis, 14 Mac 2013

Bila Najib ke Istana Negara

Kelmarin heboh kata parlimen akan bubar bila perdana menteri ke Istana mengadap DYMM YDP Agong.

Memang benar, PM boleh bincang tentang pembubaran tetapi pada hemat TM, Najib ke istana kerana memberi taklimat mengenai isu Lahad Datu dan Kesultanan Sulu.

Sebelum ini rombongan Kesultanan Sulu yang sah telah berjumpa dengan Menteri Pertahanan Dato Seri Dr Zahid Hamidi. Mungkin isu inilah yang dibawa oleh PM ke Istana.

Justeru, semua bahagian jangan ghairah sangat. Apa yang TM lihat PDM masih lagi belum betul perjalanannya. Ini kerana pemikiran dan mentaliti ketua cawangan dan ajk Bahagian masih ditakok lama.

Kesian tengok ketua-ketua Bahagian dan calon komponen BN (tak semua) yang terkejar-kejar untuk menghidupkan PDM, tetapi peringkat bawah masih blur.

Sebab tu TM pernah kata, Semangat PRU yang dilaungkan oleh Najib hilang begitu sahaja sebaik saja melangkah keluar dari PWTC.

Laungan Najib "Sudahkah kita bersedia untuk berperang?"

Solan Najib perlu disambut dengan tindakan bukan laungan tanpa kerja tanpa mengangkat senjata.

Ingat kemenangan tidak datang bergolek!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan