Khamis, 20 September 2012

PEMBANGKANG BANGGA TERIMA AYAM PENCEN POLITIK

Antara sifat semulajadi sesebuah parti politik ialah kegemarannya menerima keahlian daripada parti seteru.

Ini berlaku atas beberapa sebab samada ahli tersebut telah dipecat atau melompat kerana tidak bersetuju dengan parti yang dianggotainyya sebelumnya.

Kadangkala parti yang ditinggalkan berasa lega kerana anggota yang menjadi 'katak' berhijrah ke parti yang lain itu sebenarnya bertindak sebagai duri dalam daging selama ia berada sebagai ahli parti tersebut.

Bagi parti tersebut tindakan itu adalah sebagai satu rahmat baginya kerana masalah ahli yang sentiasa khianat dan tidak setia kepada perjuangan dapat diselesaikan.

Namun bagi parti yang menerima ahli daripada parti lawannya juga menganggapnya sebagai satu rahmat pula walaupun mengetahui anggota tersebut tidak mempunyai sifat yang boleh dibanggakan.

Dalam keadaan begini penerimaan anggota daripada parti lain itu lebih berlandaskan kepada perasaan ego kerana kononnya ia berjaya merampas ahli parti lain.

Lebih-lebih lagi ahli tersebut pernah menduduki jawatan yang tinggi samada dalam barisan kepimpinan tertinggi parti atau menjadi bekas menteri atau timbalan menteri.

Tindakan itu dilihat memberi kelebihan atau pengaruh tambahan kepada parti yang menerima ahli tersebut.

Senario inilah yang sedang berlaku di kalangan parti-parti pembangkang yang menyertai Pakatan Rakyat.

Kebelakangan ini PKR yang diterajui oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan juga Ketua Pembangkang merasa agak teruja menerima kehadiran beberapa tokoh Umno sebagai ahli baru.

Antara paling awal menyertai PKR adalah bekas anggota Kabinet, Chua Jui Meng dan dua bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong dan Dr Tan Yee Kew.

Terbaru PKR mendakap pula bekas Bendahari Umno Sabah, Ibrahim Menudin serta seorang lagi bekas timbalan menteri, Yahya Lampong.

Sebelum itu bekas menteri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dilihat berjinak-jinak dengan Anwar dengan tujuan untuk menjadi calon PKR pada PRU-13 nanti tetapi apabila tidak layan beliau terus menubuhkan sebuah parti baru bernama Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau Ikatan.

Kira-kira dua bulan lalu, dua orang ahli parlimen Barisan Nasional, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing juga keluar parti tetapi tidak menyertai mana-mana parti pembangkang.

Sebaliknya Lajim yang juga bekas timbalan menteri mengasaskan sebuah NGO yang dinamakan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS) tetapi kini bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru pula.

Sementara itu Wilfred yang serentak keluar BN bersama Lajim pada 29 Julai lalu, berpuas hati dengan menubuhkan satu pergerakan politik yang dikenali sebagai Barisan Pembebasan Sabah atau Sabah Reform Front.

Disember tahun lalu juga memperlihatkan bekas naib presiden PKR, Dr Jeffrey Kitingan membentuk Barisan Borneo Bersatu (UBF) yang merupakan kerjasama antara Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak.

PAS juga tidak ketinggalkan menerima ahli baru daripada parti lain umpamanya bekas ahli parlimen Tamrin Ghafar.

Tamrin pernah menjadi pengasas gerakan anti liwat menentang pada 1999 untuk menentang Anwar tetapi kini selesa bersekongkol dengan individu yang membungkus karier politik ayahnya, Ghafar Baba pada tahun 1993.

Selain itu PAS amat gembira menerima kehadiran beberapa bekas penjawat awam dan juga daripada golongan artis.

DAP tidak berapa berjaya menarik tokoh terkenal disebabkan sifat chaunivis Cina yang menebal di dalam parti itu.

Antaranya bekas tokoh Transparency International, Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang dilantik sebagai naib presiden dan Senator tetapi keluar parti tidak berapa lama kemudian.

Anwar dan pemimpin pembangkang beranggapan mereka yang melompat daripada Umno atau BN boleh menyuntik semangat baru kepada mereka.

Hakikatnya andaian itu meleset sama sekali kerana mereka yang terjun kepada pembangkang sudahpun menjadi 'spent force' atau pengaruh yang luput di dalam parti mereka sebelum ini.

Hampir kesemua mereka sudah tidak lagi aktif atau mempunyai pengikut apa lagi pengaruh sementara di segi kekuatan fizikal tergolong dalam usia emas.

Anwar sebenarnya ingin terus menipu rakyat dengan mengatakan pakatan pembangkang berjaya menarik tokoh-tokoh Umno-BN walhal sebenarnya mereka hanyalah terdiri daripada 'ayam pencen' yang sudah liat dagingnya dan bercita-cita untuk menghidupkan semula kerjaya politik mereka yang sudah hampir lenyap.

ends




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Adakah PAS Setuju Hudud Tidak Baik Untuk PR?



Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh nampaknya tidak pernah gentar dengan mana-mana pemimpin PAS terutama sekali dalam hal melibatkan pendirian tegasnya yang menolak secara total angan-angan PAS untuk mendirikan negara Islam mahupun merealisasikan pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Karpal, pendirian PAS untuk melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya lagi, "PAS perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksana kan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata".

Satu kenyataan yang ringkas dan tidak berlapik secara langsung mewakili pendirian DAP yang sebenar-benarnya dalam isu ini.

Kelihatannya seperti DAP pun amat menyedari tujuan PAS mempropagandakan isu hudud hanyalah untuk kepentingan politik kepartian sahaja dan tidak lebih sekadar retorik semata-mata.

Entah apa reaksi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat setelah membaca kenyataan tersebut yang bukan sahaja mencabar kewibawaannya malah turut bernada sinis memperlekeh kan angan-angan PAS berkaitan hukum hudud yang dianggap sebagai satu retorik politik semata-mata oleh DAP.

Kita harap Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan tidak melatah sebagaimana kebiasaannya sebelum ini dengan mengalihkan perhatian ramai berkenaan isu hudud itu dengan menyalahkan UMNO atau Kerajaan Pusat.

Harapnya untuk sekali sekala Nik Aziz dan semua pemimpin PAS dapat menunjukkan sikap gentleman menjawab kritikan Pengerusi DAP itu.

Setidak-tidaknya PAS perlu mengambil langkah tegas dan segera dengan mengikrarkan secara terbuka dan rasmi bahawa parti itu tetap jua akan melaksanakan hukum hudud seandainya PR menang dalam PRU 13 nanti sekalipun mendapat bantahan dari DAP.

Atau paling lekehpun, PAS patut berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan calonnya bertanding di minima 150 kerusi Parlimen supaya sekiranya menang kesemuanya dapatlah mengubah suai perlembagaan negara demi memberi laluan kepada perlaksanaan hudud.

Tapi beranikah PAS bertindak sedemikian dengan melanggar arahan abang besarnya DAP yang sekarang ini memegang talian hayat untuk survival PAS di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN yang pengundinya bercampur dan sedang disandang oleh ramai pemimpin PAS pro Anwarinas?

Tergamakkah PAS menonjolkan dirinya sebagai ketua dalam PR selanjutnya menguasai lebih separuh kuota pembahagian kerusi Parlimen di antara parti-parti dalam PR untuk ditandingi dalam PRU 13?

Tentu sekali tidak. PAS tidak akan sanggup menjadi ketua dan menguasai pembahagian kerusi Parlimen kerana sifat kewujudan PAS sejak dulu sudah termaktub sekadar menjadi alas kaki kepada parti pembangkang lain.

PAS mahupun Nik Aziz sendiri juga tidak akan sesekali berani mempertahankan angan-angannya untuk melaksanakan hukum hudud. PAS juga tidak akan sanggup mengasingkan dirinya dari PR demi kerana hudud.

Bukan sahaja kerana isu hudud itu sendiri adalah retorik PAS semata-mata, tapi juga kerana hakikatnya PAS juga tahu realiti semasa belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

Sudah acapkali PAS tunduk diam mengikut sahaja arahan abang besarnya asal sahaja isu hudud menggugat PR dan tiap kali itulah selepas sesatu mesyuarat tergempar PR berkaitannya, PAS akan berbelit lidah seterusnya orang lain pula dijadikan kambing hitam.

PAS juga tergamak mengecam bekas Timbalan Presidennya sendiri hanya semata-mata takut kenyataan tegas Nasharudin Mat Isa berkaitan isu hudud bakal menjejaskan hubungannya PAS dengan DAP. Sayangnya PAS pada DAP sehinggakan Mursyidul Am PAS sendiri sanggup boikot mesyuarat Majlis Syura yang sepatutnya dipengerusikannya sampai tamat.

Bila sudah sedemikian rupa, janganlah salahkan rakyat bila ramai berkongsi pendapat bahawa PAS akhirnya akan setuju dengan pandangan DAP bahawa isu hudud tidak mendatangkan kebaikan kepada PAS dan PR.

Seterusnya seperti biasa, PAS akan menyalahkan UMNO sebagai punca retorik hukum hudud yang dijajanya gagal direalisasikan. Dan, si balaci serta penyokong PAS akan meneruskan amalan rutin mereka, angguk-angguk tanda setuju pada tipu daya propaganda tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.














ANWAR FIGHTING AGAINST ERODING CONFIDENCE AS GENERAL ELECTION DRAWS NEARER

The scenario looks gloomy for Parti Keadilan Rakyat (PKR) as its de facto chief Anwar Ibrahim tries hard to keep it afloat and maintain its relevance in the unregistered and unprincipled alliance of Pakatan Rakyat (PR).

PKR's existence in the opposition front is no longer seen as the 'driving force' that created the political tsunami of the 2008 anymore and thus, the party is now viewed as just existing but without the 'power'.

What it is good at and being made used by DAP and PAS is its ability to expose 'purported scandals and wrong doings' of the ruling BN and leaders and of course, Anwar's sweet mouth that promises the people the sun and the moon.

Other than that, talking about ability to attract voters and sustain voters' loyalty is obviously out of question as Malaysians in general know the party's support is eroding and dwindling fast, as fast the fading admiration of Anwar's charisma as a leader.

No more the Islamic leader that majority Muslims in Malaysia hope to lead as Anwar reveals his 'bad side' everyday…just as the saying goes a fish will not get hooked if it knows when to open its mouth.

Anwar's everyday speeches and promises have now become a daily joke to many Malaysians, more so to those who had supported him during the reformasi days in late 1990s, after he was expelled from the government and Umno.

The recent pledge he made together with other PR leaders in Kuching has now become a big joke among teh tarik groups around the city as they viewed the pledge as another one of those many dreams PR leaders normally announced but never make them reality.

Just another mind catching material that can never be real even to the standards of the ruling BN, impossible aspirations beyond grasp, the teh tarik groups lamented.

That means Anwar has lost his ummpps…and given the short period left for the coming general election, he has to act fast to regain the lost influence and ground...thus the 'gangsterism acts' such as paints thrown on tour bus and so on.

The word here is sympathy – try to gain sympathy when everything else fail – or the other way around is reverse psychology…paint a bad picture of the enemy.

But given the cheats and lies he has all the while made, Malaysians in general have percieved him as untrustworthy and this perception is getting more difficult for him to erase as more and more voters who supported him in 2008 lining up to reveal his charade either in the courts or in the press.

So Anwar now seeks fresh ideas and this are not coming as the general election draws nearer.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wajib Pertahan Syiar Islam, Nabi Muhammad Daripada Dihina – Harussani

IPOH, 19 Sept  - Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu daripada syiar Islam selain amalan ibadah, yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh umat Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Sehubungan itu, apabila agama Islam dan Rasulullah dihina dan dicerca, umat Islam wajib bangun menentang penghinaan itu serta tidak boleh bersekongkol dengan pihak berkenaan.

"Oleh kerana sekarang ini umat Islam agak lemah, maka orang senang mempermainkan kita dari semasa ke semasa, mereka membuat penghinaan terhadap Islam, yang mampu kita buat hanya menyatakan rasa marah dan nampaknya seluruh dunia Islam bangun kerana mempertahankan, ini untuk menunjukkan ia satu perkara yang berat bagi kita," katanya selepas menjadi panel Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoal tindakan umat Islam membantah dan menyuarakan kemarahan berhubung filem 'Innocence of Muslims'.

Ngeh menerusi laman twitternya yang berbunyi "Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy  on this?. (Ketua Pemuda UMNO) Khairy (Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan bantahan terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politik beliau? Adakah umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga ke atas perkara ini?)

Filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

Harussani berkata berkata umat Islam pula diharamkan mencaci agama atau ajaran lain yang dianuti seseorang itu sebaliknya perlu menghormati pegangan itu walaupun umat Islam berpendapat agama lain tidak benar dan diterima oleh Tuhan seperti mana yang disebut dalam Al-Quran.

Beliau berpendapat pihak kerajaan juga perlu menyuarakan bantahan terhadap kerajaan yang berkenaan bagi pihak rakyat kerana kerajaan juga perlu mengambil berat perkara itu.

Katanya tindakan umat Islam menyuarakan bantahan, kecewa dan marah terhadap perkara itu tidak boleh dianggap sebagai membuang masa kerana umat Islam juga perlu menunjukkan rasa marah dan tidak mahu dianggap bodoh kerana berdiam diri.

"Apa yang dipersoalkan Yang Berhormat (Ngeh) dengan mengatakan buang masa, maknanya dia tidak peka terhadap perasaan umat Islam kerana dia bukan Islam, jika kena agama dia sendiri, saya ingat lebih daripada itu dia akan 'mengamuk' lebih teruk daripada kita," katanya.

Katanya beliau turut melihat pemimpin parti Pas yang menjadi rakan parti DAP dalam pakatan pembangkang juga berdiam diri kerana seolah-olah wujud satu kebencian terhadap kerajaan pimpinan sedia ada.

"Jadi mereka sudah tidak kisah lagi sebab yang penting bagi mereka adalah untuk menjatuhkan kerajaan dan tidak fikir apa dan akibat yang akan berlaku. Sepatutnya kita umat Islam perlu bersatu walau apapun yang berlaku, kita berbeza pendapat itu masalah lain, berbeza pendapat itu memang perangai manusia jika tidak, tidak akan ada kemajuan,"  katanya.

Beliau berkata oleh itu adalah haram bagi umat Islam mengundi wakil rakyat yang menghina pegangan agama Islam.

"Kita mengundi wakil yang boleh menolong kita, yang boleh membangunkan, memajukan dan menjaga keselamatan negara kita. Jika kita mengundi orang yang merosakkan negara kita, mengadakan permusuhan itu adalah haram kerana kita dedahkan diri kepada kebinasaan," katanya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Laporan polis terhadap Ngeh di IPD Taiping

Lebih 30 orang mewakili beberapa NGO sedang membuat laporan polis terhadap pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham yang menghina usaha komuniti Islam di negara ini yang membantah penerbitan, penayangan filem yang menghina agama Islam.

Laporan dibuat di IPD Taiping Jalan Istana Larut bermula jam 10.00 pagi tadi.

Ngeh memperlekehkan usaha umat Islam mempertahankan Islam dengan menyatakan Ia membuang masa dan tenaga menentang penerbit Sam Bacile.

Bagaimanapun Ngeh bijak dengan meletakkan tanda soal diakhir ayat penghinaannya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.