Rabu, 25 April 2012
Siasat Nizar atas tuduhan keterlaluan terhadap PM DS Zambry
Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menggesa pihak berkuasa iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat tuduhan yang dilemparkan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana kenyataan itu sangat melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan.
Katanya, Nizar dalam satu ceramah di Taman Desa Pakatan, dekat Pengkalan Isnin lalu, menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah meminta pemimpin tentera melakukan `sesuatu’ sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka.
“Nizar bukan sahaja celupar dan berbohong dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga mempraktikkan perkara sama di luar dengan mengeluarkan tuduhan yang berasas tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat dan negara ini.
“Beliau juga tidak berasa bersalah sebaliknya terus berbohong dan memperdaya rakyat bahawa BN akan melakukan rampasan kuasa jika tewas pilihanraya umum akan datang.
“Kenyataannya itu sangat serius dan kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Mohammad Nizar bahawa Najib sudah mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan pegawai kanan angkatan tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam siri ceramah itu, Nizar turut mendakwa pemimpin dan pegawai kanan tentera itu enggan berbuat demikian dan akan tetap bersama-sama rakyat jika BN tewas dalam pilihan raya itu.
“Ini satu perkara yang serius, kita tidak boleh keluarkan kenyataan seperti ini jika tidak ada faktanya,” katanya.
TURKI : PENDIDIKAN PERCUMA
TINGKAH LAKU BUROK DAN TAK BERETIKA MUSLIMAH PAS.....
Adegan Berahi Mahasiswa Di Dataran Merdeka !!!
Bersih 3.0 : 28hb Satu Malapetaka
MAKLUMAT dari sumber yang sahih mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang pada 28 hb April (Sabtu) ini akan menjadi satu malapetaka besar kepada Pakatan Rakyat. Menurut sumber tersebut lagi, petunjuk yang mengatakan perhimpunan itu akan gagal mencapai matlamat ‘terunggul’ mereka iaitu mengumpulkan seramai 500 ribu orang pendemo, begitu kuat sekali.
Antaranya ialah dilihat dari kegagalan himpunan pra Bersih di Kelab Sultan Sulaiman pada 17 April, yang hanya menyaksikan seramai 10 ribu orang hadir (angka dari sumber pembangkang), yang mana jauh dari sasaran awal 100,000 orang. Beberapa siri jelajah pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan selepas itu juga, sekadar dihadiri beberapa puluh dan ratus orang sahaja, contohnya di Dataran Shah Alam pada minggu sudah yang hanya dihadiri sekitar 200 orang.
Perlu diingatkan bahawa semua angka yang penulis nyatakan di atas adalah mengambil bulat-bulat dari yang dinyatakan dalam blog pro pembangkang, dan seperti mana yang kita sedia maklum, angka tersebut amat diragui kebenarannya. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pembangkang cukup suka membesar-besarkan jumlah kehadiran peserta himpunan, kerana itu akan menunjukkan konon-kononnya acara tajaan mereka mendapat sokongan rakyat.
Mengambil contoh himpinan Mansuh PTPTN pada 14 April yang dihadiri sekitar 250 – 300 orang peserta pada, ‘dinaikkan tarafnya’ kepada beribu-ribu orang oleh hampir kesemua blog pro pembangkang, kecuali portal berita yang mencari makan dengan sumber dari langganan berita separuh tepat seperti Malaysiakini. Malaysiakini melapurkan himpunan itu dihadiri sekitar 300 orang sahaja, jauh dari sasaran 5,000 orang yang dijaja penganjurnya.
Kalau nak didebatkan dari segi kelayakan peserta yang hadir (mahasiswa dan peminjam PTPTN), nescaya jumlah itu akan menjadi jauh lebih kecil dari yang dinyatakan Malaysiakini.
Itu dari segi kehadiran.
Dari segi agenda juga, perhimpunan Bersih 3.0 ini sudah menunjukkan masalah. Dikhabarkan bahawa Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan LGBT yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.
Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Rakyat sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.
Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS. Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November.
Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga tersebut, dan ini dikatakan akan menjadi punca kepada kurangnya sambutan rakyat kepada perhimpunan ini.
Ketiadaan ‘publisiti percuma’ dari media-media arus perdana dan pihak polis sendiri, juga akan menyumbangkan kepada kehadiran yang kurang. Tindakan semua media arus Perdana yang tidak memberi liputan besar-besaran kepada penganjuran Bersih 3.0 (tidak seperti Bersih 2.0 Julai tahun lepas), dijangka akan menghilangkan ‘tarikan’ untuk rakyat hadir ke perhimpunan seumpama itu lagi.
Semua inilah petunjuk yang memberi gambaran tepat bahawa Himpunan Bersih 3.0 ini akan menemui gagal sepenuhnya. Sumber penulis menganggarkan hanya sekitar 15,000 orang sahaja yang akan hadir ke himpunan tersebut.
Mohammad Nizar's Accusation Against Najib Extreme, Seditious - Zambry
Zambry said in his ceramah at Taman Desa Pakatan, Pengkalan last Monday, Mohammad Nizar alleged that during the meeting, Datuk Seri Najib Tun Razak had asked the armed forces top guns to do "something" pertaining to the coming general election until a heated argument ensued between Najib and the armed forces chiefs.
"When he bad-mouths and hurls accusations, he (Mohammad Nizar) doesn't care if his words are seditious and about the implications. He was giving a scary picture (during the ceramah). This is extreme and over the limit," he said after chairing the weekly state executive council meeting, here, Wednesday.
Zambry was earlier asked by reporters to comment on Mohammad Nizar's allegation that Najib had held a meeting with the armed forces chiefs and senior officials where he asked them "to do something if BN loses in the coming general election".
In his ceramah, Mohammad Nizar claimed that the armed forces top guns and senior officials disagreed and would still be with the people if BN loses in the general election.
Zambry is asking the Home Ministry and other relevant authorities to investigate the matter as Mohammad Nizar had made very serious allegations against the prime minister.
"He (Mohammad Nizar) must have felt he had not done wrong by making such allegations as long as he could deceive the people and win political support.
"I don't understand his character; he's willing to do anything...it is serious when you accuse BN of trying to stage a coup d'etat if it loses in the general election," he said.
-- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
The good, the bad and the ugly at Dataran Merdeka
The Good
Yang baiknya ialah peserta dapat tunjuk muka dalam media perdana dan media cyber. Dulu pelakon tambahan filem Zaiton Sameon si Betina Botak tu tak dikenali ramai. Unit Amal Pas turut seronok kerana dapat jamu mata tengok peha amoi amoi yang bersantai dengan seluar pendek di situ
Selepas menyertai kempen Anti Ptptn, nama dia melonjak naik. Apa tidaknya , dengan imej LGBT bekepala Botak, berseluar pendek, memakai baju tanpa lengan sehingga mendedahkan buah betik dan ditambah dengan gelang berselerat di tubunya serta imej smoker menyebabkan ramai orang mencarinya untuk tujuan tertentu.
The Bad
Video dan gambar yang didedahkan oleh media cyber menunjukkan jantan betina bercampur gaul dan ada yang tidur dekat-dekat di luar khemah dan dalam khemah. Inilah moral yang ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang terhadap anak buat mereka.
The Ugly
Terlalu banyak untuk diperkatakan. Antaranya semasa pergelutan dengan penguatkuasa DBKL terlihat seorang remaja terencat akal yang pernah menyerang polis di Kampung Baru tahun lepas, pun tumpang sekaki untuk menyerang penjawat awam. Paling sedih bila tengok puak-puak pro Pas yang solat jemaah dan disertai oleh bukan Islam seolah-olah ia satu permainan. Adam dan Budak Syiah Ismath selamba badak berpeluk dengan bini dia waktu orang lain berjemaah.
Cukuplah takat tu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
SPR MANGSA KEKEJAMAN PAKATAN PEMBANGKAN
Hasilnya BN hilang 2/3 di Dewan Rakyat dan tewas di empat negeri. Pada masa itu BN berada dalam keadaan tidak keruan dan parti Pas, DAP dan PKR terus mendapat tempat di hati rakyat.Rakyat percaya pakatan pembangkang dan rakyat pilih mereka. Tetapi sayangnya mereka tidak menggunakan sebaik mungkin kesempatan yang rakyat berikan untuk menunjuk dan membuktikan kepada rakyat bahawa mereka lebih baik dari BN.Sejak hari pertama mereka mentadbir negeri-negeri yang dirampas daripada BN atau sejak hari pertama mereka menjadi wakil rakyat sehinggalah ke hari ini, mereka lebih banyak buat kerja-kerja bodoh yang tidak disukai atau bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia.Akibat kebodohan mereka itu dan kecerdikan BN melakukan pelbagai transformasi menjadikan situasi kini kembali memihak kepada BN.Di negeri-negeri yang mereka bentuk kerajaan, walaupun telah menjadi kerajaan tetapi otak mereka masih lagi otak kelas E. Tidak menunjukkan sikap sebagai sebuah kerajaan. Masih lagi mengamalkan cara atau budaya politik bodoh.Contoh, apabila timbul kes rasuah di Selangor dan siasatan dilakukan oleh SPRM. Khalid Ibrahim sebagai seorang ketua kerajaan, sepatutnya menunjukkan sikap yang profesional dan contoh yang baik sebagai ketua dengan memberi kerjasama kepada SPRM. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Dia juga terikut-ikut dengan cara pencacai-pencacai PKR membuat tuduhan-tuduhan yang tidak baik kepada SPRM dan menghalang SPRM untuk melakukan siasatan.Jangan ingat rakyat tak nampak semua itu, rakyat nampak. Mereka perhatikan dan mereka buat perbandingan bagaimana sikap pemimpin-pemimpin BN apabila orang mereka disasat atau didakwa oleh SPRM. Kemudian orang akan bercakap dan lama kelamaan ianya tersebar secara meluas.Satu lagi contoh, isu demonstrasi air di Masjid Negara pada hujung 2010. Orang ramai pun pelik melihat apabila seorang MB yang mengetuai sebuah kerajaan boleh menganjurkan satu perhimpunan haram dan nak berarak di KL.Begitu juga dengan perhimpunan-perhimpunan haram yang lain sebelum ini. Kita boleh lihat bagaimana mereka yang ada jawatan dalam kerajaan mereka turut terlibat.Itu belum dikira lagi dengan fatwa karut marut oleh Nik Aziz dan kebodohan-kebodohan lain yang Pas lakukan. Semua itu antara yang menjadi punca mereka semakin ditolak sekarang ini.Orang ramai nampak semua itu dan mereka boleh buat penilaian. Jangan ingat apabila anda mendapat sokongan 10-20 ribu orang pengikut anda, maka anda terus membuat tafsiran semua rakyat Malaysia bersama anda.Ingat….berjuta lagi yang kamu tak nampak. Pengundi terbesar bukan ahli UMNO, MCA, MIC, PAS, PKR , DAP atau lain-lain parti.Pengundi terbesar adalah rakyat yang tidak berparti atau tidak berpolitik. Yang memenuhi demonstrasi atau ceramah-ceramah majoritinya adalah mereka yang ahli parti yang undi mereka sudah dijamin tidak akan hilang.Terus teranglah penulis katakan, seandainya sejak 2008 hingga ke hari ini pakatan pembangkang betul-betul gunakan kepercayaan yang rakyat berikan kepada mereka dan buktikan mereka lebih baik dari BN, maka tidak mustahillah BN akan tumbang dalam PRU akan datang.Dalam soal berpolitik pakatan pembangkang sebenarnya tak cerdik. Dalam soal fitnah dan propaganda, YA. Bab itu mereka memang cekap.Majoriti rakyat Malaysia tidak suka kepada perhimpunan yang mengganggu kehidupan seharian mereka atau kekecohan. Tapi itulah yang mereka pilih. Apabila tidak dapat sokongan rakyat, mulalah buat tuduhan kerajaan dan SPR menipu.Seperti yang saya kata diatas, mereka ingat apabila mereka dapat sokongan 20-30 ribu pengikut mereka, maka seluruh rakyat Malaysia menyokong mereka.Contoh kebodohan mereka berpolitik. Kes flat Kg Kerinchi. Di sana ada 477 keluarga yang diminta berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan rumah baru untuk mereka. Rumah ganti sementara dan segala urusan pemindahan ditanggung beres. Apabila rumah baru siap mereka akan kembali ke tempat itu dengan rumah yang lebih selesa dan bernilai lebih tinggi.Seramai 433 orang gembira dan setuju dengan tawaran yang diberikan kerajaan. Datang pembangkang hasut 34 orang supaya jangan berpindah dan lawan kerajaan. BN dapat sokongan 433 orang, PKR pula dapat sokongan 34 orang. Jadi, siapakah yang lebih cerdik ?Jika ditakdirkan dalam 433 orang itu ada 100 orang penyokong pembangkang, mereka pun akan jadi benci kepada pembangkang kerana tindakan-tindakan bodoh itu. Bila kalah pilihanraya, SPR yang disalahkan. Padahal mereka yang bodoh.Begitu juga dalam hal penyenaraian Felda. Disaat ribuan peneroka-peneroka Felda bersetuju dan gembira dengan langkah yang diambil kerajaan untuk menyenaraikan Felda , pembangkang pula cari sokongan 8 orang peneroka Felda pergi fail injuksi untuk halang mesyuarat.Sudah tentu yang ribuan orang lagi akan marah. Apabila datang pilihanraya nanti dan mereka kalah, SPR lagi yang menjadi mangsa.Beberapa kerat pemimjam-pemimjam PTPTN yang enggan bayar hutang, itu mereka pertahankan. Dengan anggota polis yang ratusan ribu orang mereka bergaduh. Apabila kalah undi Pos, SPR juga yang disalahkan.Penjenayah seperti Kugan, mereka pertahankan sampai ke lubang kubur. Orang yang menjadi mangsa jenayah sudah tentu akan marah. Apabila orang tolak mereka dalam pilihanraya, SPR juga yang disalahkan.Hassan Ali orang yang mendapat sokongan orang-orang Melayu di Selangor mereka pecat. Khalid Samad yang dibenci orang-orang Melayu di Selangor mereka julang. Apabila kalah pilihanraya, SPR juga yang kena.Menjelang pilihanraya yang tidak berapa lama lagi dan mereka sedar yang mereka semakin ditolak oleh rakyat, maka mereka akan gerakan satu perhimpunan Sabtu ini kononnya nak protes sistem pilihanraya yang dikatakan tidak betul.Semuanya untuk mengabui mata rakyat bagi menutup kesalahan sendiri dan membuat tuduhan jahat kepada kerajaan.Teruskanlah perhimpunan Sabtu ini dan kalau boleh beraraklah keliling KL. Ada maklumat yang mengatakan mereka nak duduk di Dataran Merdeka sehingga 1 Mei.Duduklah sampai pilihanraya pun tak mengapa. Lagi kamu buat bodoh lagi kami sokong kerana kebodohan kamu menguntungkan kami.rbfonline.net
SPR :Fakta sebenar di sebalik fitnah pembangkang
Dakwaan 1:
SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti
Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan. SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.
Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.
SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004. Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.
Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing. Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.
Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.
Dakwaan 2:
Kawasan mengundi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR
Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini. Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.
Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).
YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut. Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya. Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen. Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.
Dakwaan 3:
SPR gagal membersihkan daftar pemilih. Seramai 42,051 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang
Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih, SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan. Pada bulan September 2011, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang jelas dan sahih. Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN, tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas. Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka. Oleh yang demikian, SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka.
Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan, SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN. SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pemilih untuk tampil mengemaskinikan maklumat mereka di JPN dan SPR supaya nama mereka dapat dikemaskini atau dikeluarkan daripada senarai pemilih awam ragu tersebut.
Dalam tempoh pemeran itu juga, SPR telah turut mengedarkan nama-nama berkenaan kepada Ibu Pejabat semua parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan DUN yang berkenaan di seluruh negara untuk mendapat bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih yang berkenaan. Bagaimanapun, di sepanjang tempoh tiga bulan pemeran tersebut berlangsung, sambutan yang diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin. Pada 28 Mac 2012, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa melalui semakan yang terperinci dan berterusan oleh pihak mereka, jumlah pemilih yang diragui itu telah berkurangan kepada 40,803 orang. Ini berikutan terdapat di kalangan mereka yang tampil ke JPN untuk mengemaskini maklumat kad pengenalan mereka manakala yang lain terdapat waris-waris yang tampil dengan membawa bukti kepada JPN mengenai kematian ahli keluarga atau saudara mara mereka.
Undang-undang SPR tidak membenarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN. Oleh yang demikian, nama 40,803 pemilih awam ragu tersebut perlu terus kekal berada di dalam daftar pemilih bagi menjamin hak mereka yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan. SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi dari pihak berwajib iaitu JPN sama ada mereka telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan, atau hilang kelayakan atas sebab-sebab lain seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, selagi pengesahan muktamad tidak diperolehi dari pihak JPN, kesemua nama 40,803 pemilih berkenaan perlu dikekalkan di dalam Daftar Pemilih Induk.
Dakwaan 4:
SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri daripada warga asing yang telah mendapat taraf warganegara
Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini. Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih, permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang. Justeru itu, tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan.
Dakwaan 5:
Masih ramai pemilih berusia lebih 100 tahun berada dalam daftar pemilih SPR
Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua, pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib. Justeru itu, walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia. Jikalau ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara, SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya.
Dakwaan 6:
Daftar pemilih SPR kotor kerana mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat
Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat. Apa yang berlaku ialah pihak MIMOS telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama. Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan mereka yang mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya. Untuk itu, SPR menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di dalam sebuah Lokaliti. Dalam peta pilihan raya, Lokaliti adalah unit yang terkecil yang mengandungi beberapa alamat, dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan raya Parlimen.
Sebagai contoh, di Lokaliti Kampung Melayu Majidee di Johor, yang telah dianggap sebagai satu alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pemilih, di Lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat berpuluh-puluh alamat lengkap dan yang tidak lengkap. Alamat-alamat tersebut kemudiannya disatukan sebagai satu Lokaliti iaitu Lokaliti Kampung Melayu Majidee. Hal ini telah disalah tafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat, walhal ia sebenarnya adalah merupakan satu Lokaliti dalam Daerah Mengundi.
Dakwaan 7
Berlaku peningkatan pengundi secara yang mendadak di beberapa kawasan yang diwakili calon pembangkang
Langkah SPR secara agresif menjalankan promosi menyeru rakyat mendaftar sebagai pengundi, ditambah pula dengan suasana semasa yang hampir dengan PRU-13 merupakan faktor utama yang menyebabkan pendaftaran pemilih mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga suku tahun keempat tahun 2011. Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya di seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat bahagian-bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada yang lain seperti yang berlaku di beberapa negeri dan di beberapa bahagian pilihan raya tertentu. Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat sejumlah 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di negeri Selangor diikuti dengan Wilayah Persekutuan, Johor, Perak dan lain-lain. Maka, jika peningkatan pendaftaran yang tinggi berlaku di negeri Selangor, itu adalah sesuatu yang selari dengan fakta di mana seramai 750,000 warga yang masih belum mendaftar sehingga Jun 2011 adalah terdiri daripada warga Selangor.
Di sesetengah bahagian pilihan raya peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku dalam kadar yang tinggi dengan peratusan melebihi 30 peratus berbanding dengan kedudukan bilangan pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008). Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti P.107 Subang (34%), P.158 Tebrau (34%), P.111 Kota Raja (33%), P.086 Pekan (33%), dan P.032 Gua Musang (30%).
Pertambahan jumlah pendaftaran pengundi ini bukanlah satu perkara yang dirancang oleh SPR bagi tujuan tertentu sepertimana yang didakwa oleh beberapa pihak. Sebaliknya ianya berlaku disebabkan masih terlalu ramai mereka yang layak mendaftar sebagai pemilih di seluruh negara, termasuk Selangor, yang belum mendaftar sebagai pemilih. Ekoran dari promosi pendaftaran yang agresif dan berterusan, mereka mula sedar dan tampil mendaftar secara besar-besaran melalui pejabat-pejabat pos dan penolong-penolong pendaftar yang dilantik oleh SPR di seluruh negara.
Dakwaan 8:
SPR sengaja menambah ramai petugas yang akan mengundi secara pos pada PRU Ke-13 nanti
Sub peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukkan kepada mana-mana Pegawai Pilihan Raya yang menjalankan tugas pada hari pengundian boleh memohon untuk mengundi secara pos. Justeru, melalui peruntukan tersebut petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos.
Bagaimanapun, tidak kesemua petugas SPR akan mengundi secara pos. Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan, petugas tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa, sama seperti pemilih awam yang lain. Demikian juga, sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan dengan Pusat Mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan, beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di Pusat Mengundi berkenaan.
Adalah menjadi amalan SPR untuk melantik seseorang petugas dari kalangan mereka yang datang dari sesuatu kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih. Ini akan membolehkan mereka mengundi sebagai pengundi biasa pada hari pengundian. Bagaimanapun perlu disedari untuk pilihan raya umum, SPR perlu melantik jumlah petugas yang ramai. Justeru itu, amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu terdiri daripada pemilih di kawasan mereka bertugas.
Dakwaan 9:
SPR gagal memastikan akses media yang saksama kepada semua pihak semasa berlangsungnya sesuatu pilihan raya
Kuasa untuk mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab SPR. Apatah lagi bagi media milik swasta yang mempunyai dasar dan pendekatan berbeza berhubung dengan sokongan dan sikap mereka terhadap isu-isu yang berbangkit tentang pilihan raya. Justeru, mereka bebas untuk membuat laporan mengikut selera dan kepentingan mereka. SPR tidak diperuntukkan kuasa bagi mengawal mana-mana media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun, untuk PRU-13, SPR akan berbincang dengan pihak yang berkenaan dalam usaha untuk mewujudkan ruang dan akses yang saksama terhadap media awam kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Selain itu SPR juga akan berbincang dengan beberapa pemilik media swasta utama (media elektronik dan media cetak) untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha mewujudkan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon yang bertanding.
Dakwaan 10:
Isu isteri anggota tentera mendaftar sebagai pengundi pos
Peraturan 3 (1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera adalah berhak mengundi secara pos. Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan pasangan tentera mengundi secara pos tidak sewajarnya berbangkit.
Untuk PRU-13 akan datang, golongan tersebut yang dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir, dan berhak mengundi secara pos, SPR akan memperkenalkan kaedah Sistem Pengundian Awal untuk mereka. Isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera akan mengundi awal di Pusat-pusat Mengundi Awal yang akan dibuka dan diuruskan oleh pegawai-pegawai SPR di dalam kem di mana mereka didaftarkan sebagai pengundi.
Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan operasi, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.
Dakwaan 11:
Isu anggota polis dan pasangan didaftarkan sebagai pengundi pos
Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah golongan yang layak mengundi secara pos. Perkara ini disebut dengan jelas di bawah sub peraturan 3(1)(c) undang-undang tersebut. Prosedur memproses permohonan pendaftaran pengundi pos bagi anggota polis di buat secara teliti bagi mengelak berlakunya pendaftaran berganda di kalangan mereka di mana nama seseorang pengundi pos berkenaan tidak akan wujud di dalam senarai pengundi awam.
Seperti juga dengan anggota tentera, anggota polis juga akan mengundi secara pengundian awal pada PRU-13 nanti. Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan tugasan operasi, mereka bolehlah memohon untuk mengundi secara pos.
Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan anggota polis dan pasangan PGA didaftarkan sebagai pengundi pos tidak seharusnya ditimbulkan.
Dakwaan 12:
Isu pengundi hantu
Isu “pengundi hantu” yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali diperjelaskan oleh SPR sebelum ini bahawa pengundi hantu tidak wujud di dalam pilihan raya di negara ini. Pada SPR, dakwaan “pengundi hantu” adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan imej SPR di mata umum. Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak samaada di mahkamah atau di luar mahkamah. Dalam sejarah pilihan raya di negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang di failkan di mahkamah selepas pilihan raya.
Semasa pilihan raya, apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih. Apabila tiba pilihan raya, pemilih berkenaan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih. Oleh yang demikian, pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya “pengundi hantu” sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama-nama pengundi berkenaan di kekalkan di dalam daftar pemilih. Walaupun mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan.