Rabu, 4 September 2013

Tingkatkan Jumlah BR1M RM300, Tingkatkan Khidmat Pengangkutan Awam

Ramai yang merasa lega apabila kerajaan mengumumkan bahawa penjimatan RM3.3 bilion menerusi pengurangan subsidi bahan api akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat.

Justeru, ramai yang ternanti-nanti bagaimanakah RM3.3 billion tersebut akan dimanfaatkan.

Apa yang telah diketahui ialah kerajaan bakal meningkatkan jumlah BR1M kepada golongan berpendapatan rendah. Tetapi jumlahnya tidak lagi diumumkan.

Oleh itu, adalah dicadangkan agar kerajaan meneliti secara mendalam dengan mengambil-kira pandangan dan nasihat pihak-pihak yang berpengalaman dan pakar sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai RM3.3 billion ini.

Ini kerana kita tidak mahu kerajaan sekali lagi dikritik kerana membuat keputusan sebelum mengkaji terlebih dahulu kesan ke atas semua pihak serta alternatif lain sepertimana yang berlaku dalam isu pengurangan subsidi minyak ini.

Beberapa pihak telah membayangkan yang BR1M akan ditingkatkan sehingga RM1000 hingga RM1500. Namun, umum tahu bahawa pemberian tunai sebegini tidak akan membawa manfaat untuk jangka masa panjang. Sehubungan dengan itu, inilah dicadangkan agar BR1M ditingkatkan semaksima RM300 sahaja.

Adalah dikhuatiri, pemberian tunai yang semakin meningkat sedikit demi sedikit mampu membawa risiko di mana rakyat sudah terbiasa dan sentiasa mengharapkan kenaikan di masa depan.

Apa yang lebih penting ialah kerajaan memanfaatkan penjimatan tersebut untuk jangka panjang iaitu seperti projek-projek infrastruktur, pendidikan, dan juga pembangunan ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana secara lebih menyeluruh.

Seperti yang kita sedia maklum, golongan yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga minyak adalah golongan berpendapatan sederhana di bandar.

Memandangkan isu utama yang timbul dari kenaikan harga minyak ialah 'pengangkutan', maka adalah lebih sesuai

jika kerajaan memberi penekanan yang lebih dalam menambahbaikkan pengangkutan awam di bandar.

Pada masa ini, pengangkutan awam di Malaysia kebanyakkannya hanya digunakan oleh mereka-mereka yang benar-benar tidak punya pilihan iaitu mereka yang tiada kenderaan.

Manakala, yang mempunyai kenderaan tidak sanggup menggunakannya kerana ia begitu sukar untuk didapati sama ada di kawasan pedalaman mahupun di bandar-bandar besar.

Perkhidmatan bas masih tidak meluas dan tidak sampai ke seluruh pelusuk jalan dan lorong di kawasan perumahan selain ia juga tidak mungkin dapat melalui semua stesen-stesen komuter atau LRT.

Justeru, ramai yang terpaksa menukar bas atau stesen untuk ke tempat tertentu sedangkan pengangkutan awam antara tempat-tempat tersebut pula tersangat terhad.

Dengan keadaan lalulintas yang sesak, ramai yang terpaksa menghabiskan berjam-jam antara satu pengangkutan kepada pengangkutan lain untuk menuju ke destinasi. Itu belum lagi mengambilkira masa menunggu bas atau teksi yang jarang-jarang sekali.

Lebih teruk apabila terdapat di kalangan pemandu-pemandu teksi yang gemar memilih destinasi dan kadangkala enggan menggunakan meter yang mana menyebabkan ramai yang merasa serik ditipu.

Melainkan jumlah bas di tambah dengan perjalanan lebih kerap dan lebih meluas, maka rakyat

Malaysia akan terus memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri walaupun kosnya semakin hari semakin meningkat.

Sudah tentu keadaan ini tidak baik untuk negara kerana ia turut menyumbang kepada kesesakan lalulintas dan juga pencemaran udara.

Kesimpulannya, matlamat utama yang harus dipegang oleh kerajaan dalam memanfaatkan penjimatan dari pengurangan subsidi minyak ialah dengan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

Sudah sampai masanya kerajaan menumpukan kepada usaha untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama rakyat Malaysia demi kebaikan semua.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pindaaan Akta Jenayah 1959: Pengumuman Yang Dinanti-nanti

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 disambut rakyat dengan keluhan kelegaan. Deraf akta tersebut kini sedang dirangka bagi memberi kuasa yang lebih menyeluruh kepada pihak polis dalam aspek pencegahan jenayah.

Semenjak penghapusan Akta Pencegahan, rakyat hidup dalam keresahan dan kebimbangan lantaran peningkatan kadar jenayah di seluruh pelusuk negara, terutama sekali jenayah pembunuhan.

Walaupun ia dilihat sebagai pembunuhan terancang iaitu antara kumpulan kongsi gelap, namun ia tidak mampu menenangkan rakyat. Rata-rata masyarakat berada dalam keadaan takut setelah menyedari bahawa kongsi-kongsi gelap berada di mana-mana saja di kalangan rakyat biasa.

Justeru, masyarakat amat berterima kasih kepada Datuk Seri Zahid yang telah memperlihatkan kesedaran, keprihatinan dan komitmen yang tinggi untuk membanteras jenayah serta membendung kegiatan kongsi-kongsi gelap. Ketegasan beliau mendapat pujian ramai sekali gus membentuk persepsi positif terhadap kerajaan.

Dan hari ini, pengumuman beliau mengenai deraf pindaan Akta Pencegahan ini telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Harapan rakyat agar kerajaan mengabaikan sahaja suara-suara sumbang pembangkang yang pastinya menentang kenyataan Datuk Seri Zahid.

Apa yang kita lihat ialah, pembangkang mengalu-alukan peningkatan kadar jenayah kerana ia memberi mereka peluru untuk memburuk-burukkan kerajaan. Ini terbukti apabila beberapa pemimpin pembangkang tampil secara nyata untuk membela penjenayah serta mempersoalkan tindakan tegas pihak polis.

Jelas, pembangkang sedikit pun tidak peduli akan nasib rakyat asalkan mendapat sedikit keuntungan politik.

Akibatnya, kini rakyat sudah semakin sedar akan niat jahat pembangkang yang mendesak penghapusan Akta-akta Pencegahan dan ISA suatu ketika dahulu. Rakyat sudah membuka mata bahawa desakan pembangkang itu tidak membawa kebaikan kepada sesiapa, malah membawa mudarat yang besar.

Dengan itu, rakyat menyokong sepenuhnya Datuk Seri Zahid untuk merangka pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang memberi lebih kuasa yang lebih menyeluruh kepada PDRM untuk membendung dan membanteras jenayah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMBANGKANG GUNA ISU KUIL TIMBUL KETEGANGAN KAUM

Kejayaan Dap menggukuhkan kedudukan di Parlimen kepada 38 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menjadi petanda bahawa kemelut perkauman di negara ini akan bertambah buruk.

Malah sebelum dan pasca PRU 2008 negara sudah dibelenggu dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan isu rasisme.

Daripada isu kematian suspek berbangsa India di dalam tahanan, isu roti Gardenia, hinggalah kepada isu kematian seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock - semuanya dilihat dari kacamata perkauman oleh pembangkang.

Setelah Dap mengekalkan kekuasaan di Pulau Pinang dan PKR di Selangor, insiden yang menjurus kepada persoalan perkauman menjadi bertambah serius.

Isu kecil yang membabitkan kantin sementara di SK Seri Pristina di Sg Buloh juga boleh dibesar-besarkan menjadi isu perkauman yang besar.

Sekolah tidak lagi menjadi medan memberi pelajaran kepada anak-anak tanpa mengira bangsa atau agama tetapi telah dieksploitasi menjadi gelangggang politik oleh pembangkang.

Yang menjadi mangsa adalah murid-murid sendiri yang diibaratkan sehelai kain putih yang bersih dan tidak dicemari oleh politik jijik yang di bawa oleh pakatan pembangkang.

Pembangkang tidak mempunyai nilai moral atau etika sehingga sekolah dan pusat pengajian tinggi pun sanggup dikorbankan bagi agenda politik mereka.

Isu terbaru yang ingin dijadikan bahan perkauman oleh pembangkang ialah berhubung kuil Hindu Sri Muneswaran Kaliyaman di Jalan P. Ramlee.

Kedatangan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dihalang oleh penyokong-penyokong pembangkang yang menganggap kehadiran pihak berkuasa adalah untuk meroboh kuil berusia 101 tahun itu.

Malah menyedihkan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dan anggota parti itu juga turut bersama pembangkang terbabit kononnya untuk menyelamatkan kuil tersebut.

Kedudukan sebenar tidak dinyatakan oleh pembangkang dan MIC tetapi mereka lebih bersikap emosi dan perkauman.

Malah Mohan menuntut agar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meletakkan jawatan berhubung isu itu.

Dalam kenyataan dan penjelasannya kepada pihak media dan blogger, Tengku Adnan menjelaskan DBKL sesekali tidak berniat untuk merobohkan kuil tersebut.

Apa yang ingin dilakukan oleh DBKL ialah merobohkan sebuah restoran haram yang terletak di dalam kuil tersebut.

Dari segi undang-undang, tempat agama seperti kuil, tokong, gereja hatta masjid sekali pun tidak boleh menempatkan premis perniagaan seperti restoran.

Tempat ini adalah semata-mata untuk tujuan ibadat dan tidak boleh disalahgunakan sebagai lokasi perniagaan.

Di dalam kes kuil tersebut, restoran haram itu telah menjadi tempat persinggahan dan berhimpun kumpulan-kumpulan gengster India.

Inilah yang merisaukan penganut Hindu yang datang ke kuil itu untuk melakukan upacara sembahyang.

Tindakan tegas pihak polis membanteras kumpulan samseng dan gengster melalui Ops Cantas Khas telah menunjukkan impak yang positif dan dipuji rakyat.

Apatah lagi jika premis kuil dijadikan markas kumpulan gengster, maka pihak polis tidak akan berkompromi sama sekali demi keselamatan awam.

Bagaimanapun pembangkang telah menggunakan isu ini untuk menuduh kerajaan bersikap zalim malah perkauman untuk menindas kaum India walhal niat sebenar adalah untuk mengelakkan gejala gengsterisme di kuil tersebut.

Kerajaan tidak perlu apologetik dalam hal ini kerana ia dilakukan berlandaskan undang-undang dan bagi mencapai tujuan yang lebih besar iaitu menjaga keselamatan rakyat.

Ops Cantas Khas perlu diperluaskan lagi bagi menyaring semua tempat-tempat ibadat bagi memastikan ianya tidak disalahgunakan untuk menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Naib Presiden Umno 2013-2016

Berita terkini Mantan Ketua Menteri Melaka Dato Seri Hj Ali Rostam dengan rasminya telah mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Sama-samalah kita menyokong cadangan beliau. Tak payahlah kritik calon Naib Presiden. Tengku Ahmad Rithaudin juga telah beri amaran jangan guna media serang calon.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.