Sabtu, 27 April 2013

PR Juara Propaganda Angka & Nombor

Asal sahaja ada program politik kepartian anjuran pakatan pembangkang, pastinya khalayak ramai akan dihidangkan dengan pelbagai angka bombastik mengenai jangkaan kehadiran di majlis tersebut.

Soal logik atau tidak anggaran kehadiran dibandingkan dengan keluasan lokasi program biasanya diabaikan, yang penting angka dan nombor wajib gah di mata umum, sementara gambar dan video yang dirakamkan pula fokus pada tempat yang padat sebagai bukti sokongan.

Dulu dan sekarang, itulah modus operandi parti pembangkang, mereka gemar bermain propaganda dengan angka dan nombor, meskipun jumlah kehadiran cuma 50 orang tetap boleh diperbesarkan angkanya menjadi lima ribu hadirin seperti mana yang berlaku di Melaka baru-baru ini.

Manakala majlis ceramah sulung yang dihadiri bekas MB Selangor, Mat Taib di dataran Kemerdekaan Shah Alam pula PR terutamanya PAS mendakwa ianya mendapat sambutan kehadiran lebih 10,000 orang. Seperti biasa, foto dan video fokus pada tempat padat dicanangkan sebagai propagandanya.

Realitinya, hanya sekitar 1,500 sahaja yang hadir kebanyakannya merupakan ahli PAS Kawasan Shah Alam, Klang dan kota Raja yang dikerah hadir untuk memeriahkan majlis.

Demikian halnya satu lagi contoh klasik sewaktu PR menganjurkan Himpunan kebangkitan rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, tanpa segan silu mereka mengwar-warkan jumlah kehadiran melebihi seratus ribu orang, malah ada yang terlebih hebat lagi gah mengumumkan 700,000 orang membanjiri lokasi himpunan.

Hakikatnya yang hadir sekitar 45,000 orang sahaja termasuklah yang berada di luar stadium yang kecil itu, tapi para pemimpin dan penyokong PR tetap juga mendesak umum mempercayai angka dan nombor yang mereka nyatakan.

Dalam politik bombastik sebegini ia seumpama memalu pukulan pada gendang, kuat dan bingit bunyinya namun realiti di dalamnya kosong sebab itu sedari dulu juga acap kali parti pembangkang tewas di medan juang sebenar kerana angka yang dipropagandakan tidak realistik dengan keadaan sebenar.

Itu belum diambil kira segala macam jentera kerahan tenaga yang diarahkan meramaikan sesuatu majlis dengan tujuan untuk menimbulkan kegeruhan, dari aspek perang psikologi mungkin betul ia bermanfaat tapi apa gunanya bila yang datang tetap juga orang yang sama.

Lihat saja contoh semasa PRK DUN Tenang dan Kerdau, hampir setiap program PR kelihatan ramai dari dalam gambar dan video, tapi bila tiba hari keputusan pengundian ternyata undi untuk calon pembangkang makin berkurangan.

Mana tak kurangnya bila jumlah hadirin yang sebenar-benarnya ialah 3,000 orang di sesuatu majlis PR namun tak sampai 200 orang pun yang merupakan penduduk tempatan atau pun pengundi. Tapi dalam siaran media gah diumumkan seramai 20,000 atau 30,000 yang hadir. Itu dinamakan propaganda bak memukul gendang kosong hasilnya yileks, zero.

Hari-hari terakhir menjelang PRU-13 ini pastinya propaganda angka dan nombor akan terus dimainkan oleh PR, soal ia realistik atau sebaliknya, dipercayai atau diragui itu suku kira.

Yang penting bagi mereka, juara dalam propaganda bombastik ini perlu terus dipertahankan, kerana itu sajalah satu-satunya cara yang dirasakan bukti kukuh akan kewujudan pengaruh mereka dalam dunia politik tanah air.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Manifesto PAS Kelantan 'Najiskan' Hudud

Manifesto PR yang dilancarkan akhir Februari lepas secara rasminya merupakan kata putus muktamad mengenai penolakan pakatan pembangkang itu terhadap perlaksanaan hudud dan ia terbukti apabila tiada sepatah ayat pun mengenai hudud diabadikan di dalamnya.

Ia menyebabkan ramai penyokong PAS di peringkat akar umbi jadi kebingungan dan tertanya-tanya apakah prioriti perjuangan PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud sudah terkubur atau sebenarnya PAS telah berubah matlamat kerana tuntutan semasa semenjak menjadi sebahagian dari PR?

Begitu pun, masih ada penyokong PR yang menaruh harapan isu perlaksanaan hudud akan tetap dinukilkan dalam mana-mana manifesto PAS di peringkat negeri terutama sekali Kelantan, andai itu yang berlaku bermakna PAS masih berpeluang mengangkat muka dan mendabik dada masih istiqamah memperjuangkannya.

Sayang seribu kali sayang, apabila harapan menggunung tinggi akhirnya tinggal sekadar angan-angan kerana pelancaran manifesto PAS Kelantan pada 23 April 2013 yang lepas juga walau sekelumit pun tidak memfokuskan isu perlaksanaan hudud di negeri itu.

Bila mana Kelantan selaku kubu utama PAS sendiri sudah mengetepikan matlamat menjayakan perlaksanaan hudud, suka atau tidak, terpaksalah penyokong PAS menepuk dahi sendiri untuk entah ke berapa kali dan belajar menerima kebenaran yang isu hudud hakikatnya hanyalah omongan politik sahaja selama ini.

Langkah PAS Kelantan menolak ke tepi isu hudud sebaliknya menyeru penyokongnya mengutamakan kemenangan ke Putrajaya, jelas sekali menggambarkan fokus PAS sudah beralih arah.

Tanpa hudud, bermakna PAS hilang satu lagi kekuatannya sekali gus menambah lagi koleksi kegagalan PAS dalam mempertahankan prinsip juangnya dalam berdepan dengan polisi liberalisme yang menguasai PR.

Tanpa isu hudud kesannya menyebabkan penyokong PAS terpaksa membisu dari terus mempertikaikan keislaman saudara seagama dalam UMNO. Tanpa kelibat isu hudud, maknanya PAS semakin jauh di belakang UMNO dalam mengejar sokongan orang Melayu Islam sempena PRU-13.

Demi menjayakan cita-cita menuju puncak kuasa, isu perlaksanaan hudud sanggup 'dinajiskan' dan di tong sampahkan hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan sepakatan seperti DAP dan PKR.

Dari sudut politik PR demi kebaikan DAP dan PKR, ia satu strategik yang betul namun PAS Kelantan sendiri sama ada sedar atau tidak sebenarnya sengaja mengali kubur sendiri bila bertindak demikian.

Mungkin menyedari hakikat itulah, sehari dua kebelakangan ini PAS kembali memalu gendang mencanangkan dakwaan bahawa PAS akan tetap melaksanakannya hudud seandainya PR menang PRU-13. Sembang kosong bolehlah buat penyedap halwa telinga.

Tapi siapa lagi yang mahu percaya kalau dah komitmen dalam manifesto PR dan PAS sendiri pun gagal dipersembahkan kepada umum, tak gitu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pakatan Akhir Hayat

Kerajaan negeri Selangor mengesahkan mereka berada diakhir hayat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Maklumat Sulit dari Pas

Sejumlah 13 DUN PAS Kelantan dah angkat bendera putih Surrender.

Manakala 18 DUN lagi dalam keadaan 50-50
Selebihnya 14 DUN PAS yakin Menang solid.

Fokus diberikan kepada oleh Pas kepada 18 DUN yang nyawa-nyawa ikan 50-50.

Untuk realisasi agenda TUKAR,AYUH BN FOKUS PADA 45 DUN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Solat Nik Aziz tak sah kerana solat dalam masjid toghut

Kelmarin Jumaat 26 April, Nik Aziz Nik Mat turun ke Putrajaya.

Beliau menunaikan Solat Jumaat di Masjid yang dibina oleh "taghut UMNO" dan berceramah di lapangan bandar yang mahu dilelong oleh mereka jika menang.

Di sini juga Nik Aziz yang hampir nyanyuk itu melancarkan surat palsu yang kononnya ditulis oleh Yusuff Qardawi yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai pemimpin terpilih.

Nik Aziz sepatutnya malu kerana Yusuff Qardawi tidak mengangkat nama beliau sebagai pemimpin tersohor di Malaysia dan dunia.



http://bit.ly/11JyJCw
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Makanan beruk pas hari-hari adalah finah..

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menyaman calon PAS kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan fitnah menuduh jabatan itu memecat serta merta ahli jawatankuasa Surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, di sini.

Pengarah Jawi merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berkata, satu laporan polis dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Pegawai Perhubungan Awam Jawi Tuan Asmawi Tuan Umar dalam satu kenyataan semalam berkata dakwaan Husam itu tidak benar.

"Isu pemecatan serta merta AJK surau semasa perjumpaan tersebut sebagaimana yang didakwa diFacebook P-125 Putrajaya pada 25 April 2013 (Khamis) adalah tidak benar.

"Walau bagaimanapun, semua surau sama ada surau biasa, surau Jumaat dan masjid adalah terikat dengan Akta 505 dan surat arahan pekeliling masjid/surau Bilangan(1) Tahun 2011 yang menyatakan bahawa majlis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada semua anak kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik," kata beliau dalam satu kenyatan.

Husam dalam kenyataan laman Facebook semalam berkata beliau diberitahu bahawa pengerusi dan bendahari Surau Abdul Rahman Auf telah dipanggil menghadap Ketua Pengarah Jawi di pejabatnya.

Beliau mendakwa Jawi telah mengarahkan semua ahli jawatankuasa surau berkenaan diberhentikan serta-merta.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pembunuh pegawai kerajaan kini diburu selepas rakannya ditembak mati

Bersangkutan kes Timbalan Pengarah Kastam yang di tembak mati pagi tadi, suspek telah berjaya di kesan dan seorang lekai India berjaya di tembak mati di Ampang oleh D9 IPK KL manakala rakan suspek seorang lelaki India juga berjaya melarikan diri tetapi telah dapat di kenalpasti dan akan ditangkap dalam masa terdekat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Siaplah! Yang bersalah akan menerima akibatnya.

Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah. 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

"Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini hari ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.               

"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.

"Bila akan diserahkan…tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicopkan sandiwara politik UMNO,"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rintihan hati seorang pengundi Shah Alam tentang tangisan Lim Guan Eng

Ucapan berapi dan kononnya "menyentuh perasaan" dan "penuh bertenaga" Lim Guan Eng telah dipatahkan oleh seorang pengundi dari Shah Alam yang bernama Azmi Arshad. Maklumbalas yang disiarkan di halaman Facebook beliau telah dipetik oleh ramai bloggers pro-BN.

Antara lain, Saudara Azmi menyelar sikap hipokrit Lim Guan Eng yang sering berat sebelah hingga menuduh BN memainkan api perkauman sedangkan LGE & DAP begitu kerap memainkan isu perkauman untuk kepentingan mereka sendiri.

Rintihan hati pengundi Shah Alam ini mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mudah terpengaruh dengan permainan politik kotor yang dimainkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah PRU 13 Taman Seri Kota

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan hadir ke majlis ceramah isu semasa bertajuk "Aku Janji BN Vs manifesto PR.

Tarikh : 27 April 2013
Masa 9.00 malam

Tempat : Di Bilik Gerakan Taman Seri Kota no 62, Lorong 4. Rumah En Zainal ( depan dewan Seri Kota).

Penceramah : Ustaz Ahmad Mokhlis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.