Ahad, 17 Jun 2012

Sambutan meriah untuk TPM di Batu Kurau

Selapas program "janji ditepati" di ADTEC selesai, YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin berkunjung ke DUN Batu Kurau.

Selepas solat zohor di Masjid Al-Kurauwi, TPM dan rombongan menuju ke Padang Astaka untuk bertemu rakyat dan makan tengah hari.

Sasaran tetamu ialah 7 ribu orang tetapi kehadiran hari ini ialah anggaran 13 ribu orang.

TPM juga meluluskan peruntukan RM2.5 juta peruntukan untuk menaik taraf padang astaka ke sebuah stadium baru.

Batu Kurau terkenal dengan permainan bola sepak pada tahun 60an hingga sekarang. dengan adanya stadium baharu dijangka akan meningkatkan lagi mutu dan jumlah pemain-pemain baru.

Ia juga akan menjadi pemangkin kepada pasukan bola sepak SMK Dato Kamaruddin yang pernah menjadi naib johan bola sepak MSSM.

Sebelum itu TPM telah meluluskan RM 3 juta untuk membuat pasar baru di pekan Changkat Jering.

Pasar Changkat Jering kini tersepit antara jalan ke Bukit Gantang dan Jalan masuk ke Lebuh Raya PLUS dan ia perlu dibuat baru bersesuaian dengan perkembangan dan kemajuan negara kini.

Ia adalah cetusan ideo kepimpinan BN dan bukannya daripada MP Bukit Gantang iaitu Nizar Lambai. Untuk maklumat juga, Nizar yang heboh mengkritik www 1, beliau sendiri telah membelanjakan RM 60 ribu untuk mendapat nombor pendaftaran AGS 10 bagi kereta Toyota Camry kegunaan rasmi beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tangguh Haji: Mantan Sheikh Al-Azhar Sindir Nik Aziz Sesat?

Utama|June 16, 2012 11:13 am




RAKAN penulis yang hadir mengikuti Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memaklumkan kepada penulis berita yang agak mengejutkan – Mantan Sheikh Al Azhar menyifatkan mereka yang berpendirian bahawa haji boleh ditangguhkan untuk tujuan berkaitan dengan pilihanraya adalah sesat.

Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, selaku pembentang kertas kerja pertama membuat dakwaan itu ketika menjawab soalan bertulis daripada seorang peserta seminar tersebut.

Menurut Sheikh Mahmoud, beberapa ribu orang rakyat Malaysia yang mengerjakan ibadah haji tidak akan menjejaskan proses pengundian di negara ini dan tidak patutlah ibadah yang tergolong dalam perkara fardhu itu ditangguhkan hanya untuk membolehkan mereka mengundi!!

Walaupun tidak dituju kepada sesiapa tapi rakyat negara ini keseluruhannya sudah tentu tahu bahawa satu-satunya pihak yang menganjurkan kepada jentera partinya untuk menangguhkan ibadah haji pada tahun ini ialah parti PAS sahaja.

Itu menjadikan pandangan dan pendapat mantan Sheikh Al-Azhar ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang setakat ini diketahui menyokong pandangan Ketua Penerangan parti tersebut Tuan Ibrahim Tuan Man, seperti Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Nik Amar dan Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Amat malang bila ketokohan dan ketinggian ulama tertinggi Al-Azhar ini dicemar oleh pandangan berunsurkan politik sedemikian. Penulis tidak 100% menyalahkan Sheikh Mahmod Abdel Ghany kerana dia mungkin tidak sedar tentang tujuan soalan tersebut dibangkitkan dan sensitiviti yang terhasil darinya – dibaca dari konteks politik negara ini.

Tanpa ada pandangan kedua dari pihak berkepentingan, sudah tentu pendapat tersebut diterima pakai seperti mana yang disebutkan Sheikh Abdel Ghany.

Sebab itu semalam penulis mempersoalkan kenapa ilmuan tempatan (tokoh politik dalam masa yang sama) tidak dijemput untuk menghadiri seminar tersebut. Dengan kehadiran mereka, rakyat akan lebih jelas akan sebab dan musabab kenapa soal menangguhkan ibadah haji itu bukan satu kesalahan dari segi agama.

Tapi untuk melepaskan dia begitu sahaja pun tidak betul juga. Alim ulama sepertinya perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak dalam negara terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menjawab soalan sedemikian.

Lagipun, bukankah pandangan boleh menangguhkan haji ini adalah persetujuan bersama semua ahli Fiqh seperti yang disebutkan Nik Aziz sebelum ini? Mufti Pahang sendiri telah mengeluarkan fatwa bahawa mengundi adalah wajib. Siapa pula Sheikh Mahmoud Abdel Ghany untuk menyanggah pendapat tersebut?