Sabtu, 4 Mei 2013
Pas hasut pengikut dengan video demontrasi reformasi
Apakah Pas cuba mencetus api keganasan untuk esok?
Harap pihak berkuasa dapat melihat isu ini sebagai satu ancaman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anwar Seorang Penghibur Kelab Malam – Financial Times
Dalam artikel yang bertajuk 'Anwar Ibrahim: Ahli Politik Malaysia yang kompleks', wartawan David Pilling telah menyimpulkan dua perkara penting mengenai hala tuju pentadbiran Anwar, berdasarkan pertemuannya dengan Anwar selepas ceramah di Sungai Buaya dua hari lalu.
Pertamanya, Anwar memberi jaminan yang beliau tidak akan sekali-kali membenarkan undang-undang Islam (hudud) dilaksanakan.
Keduanya, Anwar berjanji akan menghapuskan Hak Keistimewaan Melayu.
Apapun alasan Anwar bagi kedua-dua perkara ini adalah tidak penting, kerana yang penting adalah apa yang bakal dilaksanakannya.
Jaminan dan janji Anwar itu pasti akan melegakan hati DAP namun ia pasti mengguris perasaan PAS. Bagi UMNO pula, bukanlah mengejutkan jika nasib umat Melayu langsung tidak ada dalam agenda Anwar dan kerana itulah kita menentang Anwar.
Hakikatnya, kaum minoriti di negara ini tidak pernah tertindas kerana wujudnya Hak Istimewa Melayu. Malah kaum minoriti, iaitu kaum Cina yang paling lantang mengkritik perkara ini, merupakan kaum paling berjaya.
Walhal, hak mereka tidak pernah dirampas oleh Hak Istimewa Melayu. Sebaliknya, Hak Istimewa Melayu adalah bertujuan mempertahankan hak Melayu dari dirampas mereka.
Dalam kata lain, cadangan menghapuskan Hak Istimewa Melayu bermakna memberi hak kepada kaum lain untuk merampas hak Melayu.
Kaum minoriti negara ini telah pun diberikan hak yang tidak mungkin dinikmati oleh kaum minoriti di negara-negara lain. Antaranya, mereka punya hak untuk membuka sekolah berasingan, taraf kelayakan Bahasa Kebangsaan mereka direndahkan, mereka boleh membina pusat-pusat agama mereka tanpa halangan malah hari-hari perayaan mereka juga diiktiraf sebagai cuti umum.
Bagi menyokong hujahnya, Anwar menyatakan bahawa Hak Istimewa Melayu menghalang potensi negara dari segi persaingan. Apakah maknanya ini?
Maknanya, Anwar menyatakan bahawa Hak Istimewa Melayu telah membataskan peluang kaum yang lebih kaya dari mengambil-alih hartanah kaum bumiputera. Dan Anwar menganggap itu sebagai tidak adil.
Bagi Anwar kaum yang lebih kaya wajar dibiarkan membeli sebanyak mana hartanah dan memiliki apa saja peluang yang mereka mampu.
Contohnya, Kampung Baru yang sekian lama diidam oleh para pemaju Cina untuk dibangunkan. Anwar melihat bahawa mereka wajar diberi hak untuk membangunkannya serta menghalau kaum Melayu keluar kerana tidak mampu berbuat demikian. Membenarkan kaum Melayu untuk terus mempertahankan tanah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu adalah penghalang kepada potensi besar untuk menjana kewangan.
Ini bukan cerita dongeng, tetapi hakikat yang dari kenyataan Anwar yang jelas.
Justeru, bagi rakyat Malaysia yang akan mengundi esok, inilah diseru agar memahami kedua-dua perkara ini sebaik-baiknya. Walaupun di hadapan pengundi Melayu Anwar berjanji akan mempertahankan hak mereka, namun sedarlah bahawa beliau menyatakan sebaliknya di belakang mereka.
Anwar berani membuat kenyataan yang bertentangan dengan kenyataannya sendiri kerana Anwar yakin penyokong-penyokongnya dari bangsa Melayu yang memerlukan perlindungan di bawah Hak Istimewa Melayu, tidak akan membaca Financial Times.
Nampaknya sikap talam dua muka Anwar turut dikesan oleh wartawan Financial Times sendiri. Di awal artikelnya, David Pilling menggambarkan Anwar di pentas ceramah sebagai seorang 'penghibur kelab malam' di mana beliau telah terlebih dahulu berlatih dengan skrip dan mimik muka serta disesuaikan pula dengan ketika tertentu.
Di akhir artikel pula Pilling mempersoalkan siapa Anwar; Pejuang Islam atau Liberal? Nasionalis Melayu atau Ahli Politik Untuk Berbagai Kaum?
Anwar telah menyertai UMNO atas alasan tertarik dengan kesungguhan UMNO membela Melayu tetapi kemudiannya menghentam UMNO kerana membela Melayu. Anwar pernah menjadi sebahagian dari Mahathirisme tetapi kemudiannya menjadi penentang keras Mahathirisme.
Bukan sahaja perjuangan Anwar tidak konsisten, malah personaliti Anwar juga tidak konsisten. Mungkin kerana itulah David Pilling menyimpulkan Anwar sebagai 'calon yang tiada kepastian'.
Akhir sekali, ketika ditanya bagaimana Anwar boleh membuat perubahan ke atas sesuatu yang begitu sebati dengan negara hanya dalam masa 100 hari pertama pentadbirannya? Anwar tidak menjawab, sebaliknya bergurau menyuruh Pilling tidur sahaja kerana jam sudah pukul 2 pagi.
Itulah Anwar, semua ini hanya satu pementasan baginya di mana beliau membawa watak hero iaitu seorang pemimpin yang bangkit melawan penindasan!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Punca Pas tak mau berpisah dengan Dap terdedah
Muslimah Dap penghibur puak-puak Syiah dan tok tok guru.
Tak hairanlah Bang Stopa pun simpan satu , LOL.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Undi BN
I LOVE PAS, I WILL VOTE FOR PAS, tp, boleh kah Pas memberi pencerahan kepada persoalan sy ini???
1)- Kenapa PAS setelah dekat pilihanraya, bru sekarang U-turn dari Negara Islam kepada Negara kebajikan. Kenapa x dari dulu lagi??
2)-Apabila dap menang banyk di kerusi2 di Sarawak… mereka memanggil paderi2 kristian dari Malaysia dan asia tenggara buat jamuan yg apabila doa dibacakan ade disebut untuk menjadikan malysia menjadi Negara kristian, perkara itu hamper mustahil berlaku, tp yg sy risau ape motif mereka….????? Mca pown tidak berdoa sedemikian. sehubungan dengan itu ahli parlimen pas bachok, ustas nasaruddin setelah ia tidak tahan dengan cara dap, maka dia telah lantang menyuarakannaya, maka keesokannya keluar di .Keluar akhbar sinar harian, Nik Aziz sehingga beliau ini jenis lidah panjang… ini soal akidah…. Dan beliah dipecat dari majlis syura dan nik aziz berkata dengan bongkak "tidak ade orang yg boleh halang pecat nasarudin mat isa"… persoalannya, apakah tujuan tok guru memecat beliau, salah ke kalau kebenaran didedahkan?? Dimanakah prinsip adil didalam pas.? Ade sesiapa boleh jawab.????
3)Nik Aziz , pernah megeluarkan statement, sesiapa yang membuat fitnah terhadap anwar, die TIDAK AKAN masuk kedalam syuga?? Persoalannya, adakah kunci syurga dipegang oleh beliau?? Solat orang umno tidak dapat pahala?? Mcm mne die tahu??? Pahala die yg bgi ker???
4)Hadi Awang, pernah mengeluarkan statement, berkawan denagn yahudi boleh, asalkan bukan zionis. Habis tuh, sebelum nie yg Pas dok sebuk tuduh Malaysia menjalin perniagaan dengan Israel tuh aper??? Kenapa setelah didesak oleh puak dap dan pkr bru nk wat u-turn???Sy tidak faham, ahli pas, sila jelaskan.
5)Berkenaan dengan isu lambakan video sex di pasaran, ramai puak menyalahkan umno yg menyebarkannya. Hadi Awang pernah mengeluarkan statement, video itu besi, xde mata, xde telinga, dan tidak boleh menjadi bahan bukti untuk mempertahankan Anwar. Di Dalam Al-quran, Allah telah menceritakan kisah Nabi Yusuf dengan Zulaika. Dalam situasi tersebut, jikalau baju Nabi Yusuf koyak didepan, maka itu adalah salah nabi Yusuf, dan jikalau baju itu koyak di belakang, maka itu salah Zulaika, dan sesungguhnya itu ia berpihak kepada Nabi Yusuf. Sesungguhnya, Allah telah menceritakan bahawa kain nabi Yusuf itu sendiri boleh diterima sebagai bukti. Persoalannya mengapakah Hadi awang berkata video sex itu besi, xde mata, xde telinga tidak boleh menjadikan bukti, sedangkan kain juga xde mata, xde telinga, mengapa Allah menceritakannya sebagai bukti di dlm Al-Quran, soalan saya, adakah anda beriman (percaya) dengan Allah, @ Tuan Guru Haji Hadi.????
6)Fatwa majlis Pas Kelantan 1993, berkata umno.mca.mic bekerjasama adalah haram. Tetapi apa sudah jadi? Sekarang mereka pulak yang bekerjasama dengan DAP. Soalan sy kenapa ahli2 Pas diam? Tidak berani menegakkan menegur pemimpin parti. Adakah pemimpin yang munafik layak diberikan mandat?
7)Timbalan Presiden Pas, Pernah berkata sya lebih rela makan babi bersama Lim Guan Eng, daripada makan ayam bersama Najib. Sy bukan mempersoalkan apery g belia cakap, dan beliau berhak cakap aper sahaja. Persoalannya sekarang,adakah begini akhlak percakapan seorang pemimpin tertingi sebuah parti Pas.Ahli parliman Pas kota baharu pernah berkata, die sanggup bagi nyawa dan akidah kepada yg bukan islam (Dap) Soalan saya, adakah pemimpin sedemikian layak digelar ulamak?? Dan kenape pula ahli pas diam seribu bahasa?
8)Nik Aziz pernah berkata "umno nie mesti mati.. mesti mati!!…". , Sewaktu himpunan di Stadium Sultan Muhammad, Nik Abduh berdoa "Hancur KO umno/bn…" . Hukum mendoakan kecelakaan orang islam adalah HARAM disisi islam oleh ahli sunnah waljamaa. Sudah jelas lagi bersuluh. Jikalau puak umno yg berdoa sebegitu terhadap pas, ia akan menjadi berita yg meletup. Soalan saya, adakah pemimpin pas mendapat "imunity" dan boleh berdoa ape sahaja sesuka hati mereka sedangkan ia salah disisi islam??
9)Pas pernah menyita pondok di tumpat untuk belajar agama , soalan saya adakah umno pernah sita pondok/ tutup mana2 sekolah agama… ???
10)Sewaktu Tun M, membina putrajaya, Pas berkata ia membazir. Dan sekarang, mereka yg terhegeh2 ke putrajaya? Soalan saya, bolehkan puak ini boleh diketegorikan munafiq?? Atau sekali lgi mereka mendapat "imunity" atas tiket parti islam?
11)Nik Abduh pernah berkata, Mereka mahu ke putrajaya kerana Allah mengarahkan mereka ke putrajaya. Soalan saya kenapa pemimpin pas selalu mengeluarkan statement yg boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat islam. Adekah sebarang ayat di dalam Al-Quran yg tertulis sedemikian..????
12)Nik aziz pernah melancarkan manifesto pada tahun 1990 bantuan warga emas dengan rm 100, smpai sekarang mereka tidak di bayar pown dan bayaran tuggakan setiap seorang hampir mencecah RM27,000.
13)Pada 11 sept 1997 Nik Aziz menjanjikan Bandar baru pengkalan kubu bernilai 23 juta dan belum pun siap Bandar itu, pada oktobor 2012 MB Kelantan berjanji kepada orang dabung di pengkalan kuala krai akan pembinaan Bandar baru dabung , dan juga tidak siap. Selepas itu mereka berjanji lagi nk buat lebuhraya rakyat, 1.8 billion. Sampai sekarang tidak nmpak bayang. , jikalau betul pas parti islam, kenapa xlaksanakan janji, tahukah maksud munafik,? Tolong jawabkan? Adakah dengan memimpin parti Pas, mereka mendapat "imunity" dari dipersoal di padang mahsyar.???
14)Lebuhraya Rakyat dicetuskan oleh Husam Musa. Mereka menjalankan kutipan derma juga telah dikutip bagi pembinaan lebuhraya rakyat.Beliau juga berkata lebuhraya tersebut tiada tol. Persoalan saya, duit telah dikutip. Kenapa pembinaan masih belum bermula.? Husam juga pernah berbohong dimana die akan membina kereta api laju dari kota baharu ke kl yg mengambil masa 1 jam?? Adakah ini logic, kalau nk buat lawa pown, berpada2 la, fakta sebenar, kereta api yg paling laju terdapat di china, selaju 300 km/j, dan jarak dari kota baharu ke kl sejauh 458 km, dan soalan saya adakah logic membina kereta api pantas dari KB ke KL dlm 1 jam??? Kereta api jenis apekah yg beliau gunakan.?? Jgan terpedaya… dan jgn taksub…!!!!
15)Isu mamali, kutipan derma telah dilakukan bagi membantu 14 mangsa yg dikatakan jihad menentang umno .Sebuah tabung amal telah dikutip bagi membantu balu dan anak2 yang di tinggalkan.. sampai sekarang, kenapa nasib keluarga tersebut tidak terbela? Dimanakah hasil kutupan derma tersebut?? Kenapa puak Pas membisu seribu bahasa akan isu nie? Ade yg kate jumlah derma tersebut mencecah ratus ribu, malah ade yg kate dah jejak berjuta, persoalan nya dimanakah duit itu? Islam suruh bersangka baik… dicuri toyol mungkin. Tp kenapa rakyat nmpk rasuh dri kerajaan, tidak terlihat akan kes ini?? Adakah golong parti ini mendapat "imunity" dalam segala hal????Apabila sebuah buku diterbitkan oleh ahli Pas sendiri berkenaan isu penyelewengan duit mamali nie, Pas telah mengeluarkan fatwa, membaca buku itu adalah haram. Apakah semua ini? Bolehkah sesiapa explain kt saya?
16)Tahukah anda ,Pada tahun 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amanat Haji Hadi tersebut sebagai bertentangan dengan Islam. Kebimbangan amanat tersebut memecah belah masyarakat Islam timbul lagi pada tahun 2001 dan satu perjumpaan dibuat di antara Hadi dan Majlis Fatwa. Tahukah kalian ape implimentasi Amanat itu????Amanat tersebut telah memecahbelah kn umat islam, ade yg sanggup mengkafirkn ayah sendiri, menguburkan isteri di sebelah rumah, kerana xsanggup berkongsi 1 perkuburang dengan orang umno, sembelih ayam oleh umno adalah haram., tidak sembahyang jumaat di masjid sbb imam die adalah imam umno. 1500 pasangan yg sudah bernikah telah bernikah semula dengaan imam pas, kerana berangapan akad nikah oleh imam umno sesat. Tidak dpt bayangkan ape yg berlaku kepada anak pasangan tersebut?? Apakah mereka anak zina??? Dan apa pulak nasib 14 orang yg terkorban semasa isu mamali setelah pas membuat u-turn berkawan dengan Dap, SEMUA INI SEBAB TAKSUB..!!!! yes ade yg terlampau taksub dengan Pas. Taksub menjadi segala perpecahan umat.? ? soalan saya huraikan……
[HUDUD]
BISMILAHIRAHMANIRAHIM.
1) Semasa zaman pemerintahan Tun M, die membenarkan rang undang2 kanun jenayah kelantan 1993 mempunyai 72 fasal untuk dibentangkan di parliman... tetapi... ape sudah jd....?? smpai sekarang pas tidak berani membentangkan di parlimen sbb didalam fasal tersebut byk kelemahan diantaranya ia tertakluk pada orang islam. die tidak menjelaskan secara terperinci sekiranya ape yg terjadi bagi 2 pasangan islam-bukan islam yg berzina??? smpai sekarang pas gagal menjelaskan... apakah yg berlaku sekiranya mangsa rogol gagal menemukakan 4 saksi???? tetapi ia benar2 dirogol. adkah perogol itu sewenang2nya lepas?????
2)Terdapat bnyk kekeliruan didalam hudud pas di terengganu antaranya liwat tidak diketeorikan untuk isteri, sedangkan didalam Al-Quran jelas suami boleh datangi isteri kecuali dari dubur.
3) Tun M memberi "green light" kepada kelantan untuk melaksana kn hudud mereka.. tetapi pada ketika itu kes bnyk tertangguh di mahkamah. sampai hari ini, tun M menanti akan hudud yg telah dibaiki segala kelemahan. smpai sekarang tidak nmpak bayang.
4) Hadi awang pernah berkata hudud hanya 0.001% didalam islam. APAKAH SEMUA INI. puak umno tidak pernah berkata sedemikian.
5) Jikalau pas berusaha.... tp smpai bila nk melaksana... umno pown boleh berusaha.......... selepas PAS berjaya ,menawan Terengganu pada pru 1999 mereka mengatakan hudud bukan aganda utama PAS.
7) Hudud pas akan kedengaran bila dekat pilihanraya. Hudud perlu dibincang untuk semua umat islam, bukan dibuat terdiri dari parti PAS sahaja
Didalam Al-Quran bnyk disebut tentang ADIL. bak kata presidan pas... kate hudud hnya 0.001% didalam Al-Quran. umno memperjuangkan keadilan yg dituntut oleh islam, bukan kepada perpecahan umat islam dan persengketaan....
9)Dizaman Rasulullah S.A.W beliau pernah menolak untuk menghukum seorang yg didapati mencuri dengan potong tangan, sewaktu menghadapi perang. kerana beliau kuatiri akan memberi mudarat kepada si pesalah sekiranya tangan sudah dipotong, yg kemudiannya digunakan untuk berperang. ini adalah kerana bagi mengelakkan islam dipandang lemah oleh pihak lawan. Jelaslah Rasulullah S.A.W menghukum pesalah mengikut situasi dan keadaan, dan mengambil kirapelbagai aspek. yes, hudud boleh dilaksanakan tp mengikut situasi dan syarat2 yg telah ditetapkan.....
10)Allah mewajibkan pergi haji, tetapi tidak semua orang mampu untuk menyerjakan haji, adakah kita menghukumkan kafir kepada orang yg tidak mampu pergi haji. jelaslah, islam itu agama yg mudah dan tidak memudaratkan umatnya....... banyak yg Allah perintahkan wajib, tp ade kelonggaran. seperti zakat, ia wajib .... tp tidak semua orang mampu memberikan zakat kerana miskin. jelaslah, hukum wajib dinyatakan didalam Al-Quran. boleh diringankan, dan islam tidak memksa orang yg miskin itu memberikan zakat? sbb ia tidak mampu. yup. itulah situasinya.. Allah memerintahkan hudud itu wajib, tp mengambilkira syarat, adil dan situasi... barulah boleh dijatuhkan hukum.
11) UMNO MENOLAK HUDUD PAS BUKAN HUDUD AL-QURAN. umno sedia menerima hudud pas yg telah dibaiki segala kelemahannya.
P/s : Ya Allah maafkanlah aku sekiranya coretan aku salah dan tidak tepat. sesungguhnya aku hanya manusia yg jahil.
p/s : Wahai sahabat, betulkanlah aku....... jikalau aku tersalah. sesungguhnya aku insan yg belajar.
P/s : Ya Allah Ampunilah aku... tutup lah Aibku, sesngguhnya kau Maha penerima taubat...
p/s: Ya Allah, berilah kemenangan bagi pihak yg benar.
p/s: Aku rela Allah TuhanKu, Islam Agamaku.
p/s : AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TuHAN SELAIN DARI ALLAH, DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Awas! Perusuh Akan Pakai Baju BN
Semalam, terdedah lagi satu taktik mereka memasang bendera-bendera kecil berwarna-warni di beberapa tempat di seluruh pelusuk Kuala Lumpur dan Selangor. Difahamkan ia merupakan pelan logistik himpunan ke arah rusuhan.
Selain itu, kita juga sudah mengetahui pelan Anwar Ibrahim untuk melarikan diri ketika rusuhan berlaku dan terdapat tiga negara pilihannya iaitu Amerika, Australia atau satu lagi negara yang masih 'agak' rahsia.
Sebelum semua ini terdedah, kita juga telah terlebih dahulu mendedahkan hujah-hujah mereka dalam berkempen, seperti mencari seorang yang menyerupai Anwar di Thailand untuk membuktikan bahawa bukan Anwar di dalam video aksi dengan China Doll. Namun, taktik itu terpaksa dibatalkan kerana 'mamat Thai' tersebut jauh terlalu muda untuk diyakinkan sebagai orang di dalam video.
Dua tiga minggu sebelum itu pula, para blogger telah terlebih dahulu menyatakan bahawa Anwar akan mengeluarkan surat dari Ulama tersohor Yusuf Qardawi bagi membuktikan konon beliau mendapat sokongan ulama.
Dan ternyata, Anwar benar-benar mengikut skrip dan surat itu pun dikeluarkannya semalam tetapi hari ini telah dibuktikan sebagai ditulis oleh anak Ulama itu tanpa kelulusan bapanya.
Kali ini, satu lagi taktik PR terdedah iaitu bahawa mereka telah pun menempah 10,000 baju T berlogo Barisan Nasional untuk dipakai ketika merusuh. Tujuannya adalah untuk memburukkan BN, sekali gus memudahkan huru-hara dicetuskan dengan terlebih dahulu berlakon untuk bergaduh dengan penyokong mereka yang lain. Mereka menjangka, pergaduhan itu akan merebak dan 'menjangkiti' penyokong BN dan penyokong PR yang lain.
Selalunya yang diupah untuk melakukannya adalah dari kalangan samseng dan juga anak-anak muda yang terkapai-kapai mencari arah tujuan yang langsung tidak memahami motif mereka di upah atau apakah kesan dari tindakan mereka. Sangka mereka ia adalah satu keseronokan dan mungkin juga perjuangan. Dengan itu, kita menyeru kepada ibubapa agar menasihati anak muda agar jangan mudah terikut-ikut dengan hasutan untuk membuat huru-hara.
Di masa yang sama, kita ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar berfikir lebih panjang sebelum terpengaruh dengan apa-apa juga kekecohan yang berlaku di depan mata kita sepanjang pilihanraya. Jangan mudah melatah jika melihat pergaduhan, sebaliknya laporkan kepada pihak berkuasa untuk untuk mengambil tindakan.
Jangan jayakan segala perancangan huru-hara pembangkang. Biarkan mereka terjerit-jerit dan terlompat-lompat sesama sendiri. Jalankan tanggungjawab dan hak anda untuk mengundi dengan tenang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Buah akhir sebelum Mengundi esok
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Acu pisto kepada remaja BN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ini kali lah kalimah sesat Pas
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
CN di Sg Tinggi Trong Ptg ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Apa Muslihat Petugas PR Kunci Pusat Mengundi
Di Negeri Sembilan umpamanya, seorang wakil calon PAS tanpa berfikir panjang telah mengunci sembilan peti undi di Pusat Mengundi Dewan Hangar, PUSASDA Telok Kemang dengan mangganya sendiri meskipun peti undi tersebut telah dimeterai oleh petugas SPR.
Berikutan tindakannya itu berlaku sedikit kekecohan dan selepas siasatan terperinci oleh pihak berkuasa akhirnya lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson atas dakwaan mengganggu kelancaran proses pengundian.
Dalam kes yang lain di Serdang, Selangor seorang wanita berusia 54, Susan Lee Pek Sim wakil calon DAP bagi Parlimen Serdang juga melakukan aksi serupa mengunci dua peti undi menyebabkannya terpaksa berdepan tindakan undang-undang.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000.00 atau hukuman penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3(1) Akta Pilihan Raya 1958.
Kedua-dua wakil calon dari PAS dan DAP itu bagaikan sepakat sehati sejiwa apabila enggan mengaku salah atas tuduhan yang dikenakan meskipun amat jelas tindakan yang dilakukan itu di luar bidang kuasa mereka selaku wakil calon.
Mereka mungkin jahil mengenai proses perundingan dan gagal memahami peraturan pilihan raya, tapi ada kebarangkalian di sebalik tindakan bodoh itu terselit muslihat dan agenda jahat misalnya untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap SPR.
Kebarangkalian itu agak logik memandangkan pemimpin PR sering kali melakukan serangan terancang terhadap SPR yang bermaksud untuk menjejaskan kredibiliti badan rasmi pengendali pilihan raya itu. Lagi pun dalam bab merekayasa kisah haru biru sebegini memang sudah sinonim dengan PR.
Ketika proses pengundian awal pun mereka sudah melakukan tindakan sedemikian tak mustahil kejadian yang mirip sama boleh juga berlaku semasa pengundian 5 Mei 2013 nanti, barangkali ada yang bawa mangga bersaiz gajah pula.
Apa pun muslihat atau kejahilan di pihak PR, ianya tidak berupaya menolak kemaraan BN dalam PRU-13 ini yang terus menerus memacu di hadapan berikutan sokongan yang semakin kukuh dari majoriti rakyat negara ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Buck17 anak ikan orang kuat PKr
setakat hari ini 4 atau 5 orang kuat Pkr yang mempunyai cerita panas didedahkan kepada umum.
Parti Pas pun tak kurang hebat juga, scandal crocodile putih atau pagoda putih menggemparkan Pas. Itu belum cerita di Pudu Hotel, gerabak keretapi KL-Kota Bharu dan Bilik 121.
Pas yang selama ini terkenal dengan icon Islam kini punah ranah kerana terikut dengan budaya politik Abang Not.
Full stop
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas sekali lagi meniru strategi yahudi
Mereka membawa sepanduk, flyers placard dan minta pengguna jalan raya memberi sokongan dengan membunyikan hon.
Seorang balaci akan mengunakan alat kira untuk memetik setiap hon yang diperolehi.
Ini agenda yahudi yang ditiru oleh Pas. Buat masa ini kira-kira 8 orang ahli Pas berada di persimpangan masjid Kamunting dan 4 orang ahli Dap di traffic light berhampiran Hyundai dan Maybank Kamunting.
Mereka terdesak kerana setakat hari ini ramalan mereka adalah Pas, Dap dan Pkr akan kalah teruk di Larut, Taipng. Bukit Gantang, Bagan Serai dan Parit Buntar.
Malam tadi Taipingmali sempat membuat rondaan dari Kamunting hinggalah ke Parit Buntar. Hasil dapatan kami ialah Pas malam tadi buat makan free di semua tempat. Sayangnya mereka memisahkan jemputan dan Vip. Jemputan orang awam makan bercatu tetapi Vip makan ala style hotel.
Di Tapak Pasar Malam Kamunting, jumlah khemah jualan melebihi daripada jumlah tetamu yang hadir. Ramai juga budak-budak Umno yang hadir untuk makan free dan melihat sendiri pembohongan Pas dan sekutu.
Paling melucukan apabila music Bon Jovi " its a final countdown menjadi music latar ceramah Pas. Sepatutnya mainlah lagu nasyid Raihan atau Rabbani. Bukan lagu Bon Jovi
Full stop
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.