Selasa, 2 Julai 2013

Biadab

Tindakan pasaraya di Bandar Hilir Biadab, wajar dikenakan tindakan yang berat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Papa Gomo ganti tempat Tun Faisal terajui UMB

2013 merupakan tahun penting buat Umno. Selain pilihanraya Ke 13 yang menjadi perkara utama, agenda kedua besar ialah pemilihan Umno semua peringkat yang akan bermula pertengan bulan ini.

Ramai Ketua bahagia, ketua cawangan akan bertukar kepimpinannya. Yang menarik ialah sayap kiri dan kanan Umno seperti Pemuda, Putera, Puteri dan Wanita.

Putera, pemuda dan puteri akan menyaksikan perubahan besar, ini kerana had umur untuk berada dalam Pemuda,Putera dan Puteri akan berakhir apabila menlepasi 40 tahun

Dalam Pemuda KJ nampaknya masih ada ruang itu pun merupakan penggal akhir buat beliau. Timbalan Pemuda terpaksa bye bye kerana faktor usia.

Begitu juga Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno iaitu Tun Faisal Ismail akan berakhir tugasnya kerana faktor usia.

Siapa lagi yang layak mengambil alih tempat beliau?

Jawapan TM dan Tun Faisal juga mungkin setuju jika TM mencadangkan kepada Pemuda Umno Malaysia supaya melantik Papa Gomo sebagai pengganti Tun Faisal untuk menerajui UMB Pemuda Umno Malaysia.

Sekian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kukuhkan jentera cyber Umno

Rencana 'Pahit-Pahit Kopi' oleh Azman Anuar yang berjudul 'Pasukan propaganda UMNO perlu diperkuatkan dalam Utusan muka 10 2 Julai 2013 dirujuk.

TM bersetuju dengan kenyataan bahawa tuduhan dan fitnah pembangkang tidak dijawab dengan jawapan kurang padat, kurang tepat dan kurang jelas.

Ia berpunca kerana mereka blogger kekurangan peluru untuk menembak. Ambil contoh isu NCR di Sarawak.

Berapa kerat pasukan propaganda yang dapat menulis dan menjawab tuduhan pembangkang dengan tepat.

Nak harap jabatan tanah dan galian menjawab?

Sampai tumbuh rumput atas pokok pun mereka tak akan jawab. Nak harap blogger?

Berapa kerat yang tahu dan faham akta NCR yang dibuat oleh Rajah Brooke?

Pada akhir penulis Anuar ada menyebut supaya gunakan sepenuhnya pegawai penerangan Umno diperingkat cawangan , ketua penerangan, ketua pemuda, ketua penerangan wanita dan sebagainya.

Dari pengalaman TM kebanyakan mereka yang berjawatan dalam Umno cawangan, Bahagian teramat sidikit yang ada ilmu dalam penulisan, mahir, berkeupayaan dan sanggup bersengkang mata menulis dan sanggup menulis.

Ramai yang hanya pandai berbahas dan bercakap tetapi menulis tiada. Samada tak cukup masa atau kurang berminat dan kurang bahan untuk menulis.

Umno Perak pernah membangunkan 24 laman web untuk bahagian tetapi semua mati kerana tidak dikemas kini oleh pihak yang dipertanggungjawab oleh Umno Bahagian.

Kini usaha untuk mencari penulis sedang giat dijalankan dan syaratnya ialah mereka yang muda dan berijazah. Maknanya jika ada penggiat media yang sudah masuk usia veteran mereka tidak berpeluang untuk memohon jawatan tersebut.

Tahniah kerana baru sedar akan peranan propaganda abad ini yang lebih kepada alam maya.

Cumanya jangan gagal seperti, Jasa, Kemas dan lain-lain yang terdapat segelintir pegawai yang menggunakan jawatan dan jabatan untuk mempromosikan diri supaya dicalonkan sebagai wakil rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.