Rabu, 24 Julai 2013

Isu makan dalam blk persalinan sudah selesai.

Dgn 'Malaysian Standard' yg sedia ada,perangai tipikal skrg adalah sibuk mencari salah orang lain pula. Hentikanlah menuding jari pd YB P.Kamalanathan.

Skrg adalah masa utk pihak yg berkenaan utk meningkatkan infra di sekolah tersebut. Gembleng usaha 'membina' dari membuang masa dan tenaga utk aktiviti menyalahkan.

Ibu bapa rata2 kedekut utk sumbang demi pendidikan anak2 sendiri. Sedih tgk sekolah kebangsaan tgg harap dana kerajaan shj. Ubah perangai ini demi masa depan anak2 sendiri yg menjadi masa depan negara.

YB Kamala yang melawat sekolah tersebut telah memberi sumbangan RM 10 ribu untuk pembangunan sekolah tersebut.
Renungkan sejenak dan mula bertindak!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Najib umum duit raya , pembangkang yang fitnah pun dapat jika kaki tangan kerajaan

Syukur Alhamdulillah :)
PM Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kpd penjawat awam Gred 1 hingga 54, RM250 kpd pesara dan pembayaran dibuat pd 31 Julai ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK Kuala Besut; Pas import tok selampit

Inilah salah satu tukang karut atau tok selampit yang diimport untuk berkempen di sana.

Hari ni boleh gelak lah, satu hari nanti bila turun minyak atau naik sheikh dan mati sorang dua baru Pas nak sedar diri

http://bit.ly/16YIHzB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK Kuala Besut: laporan terkini daripada SPR

Setakat jam 1.00 ptg SPR melaporkan jumlah keluar mengundi utk PRK DUN Kuala Besut sudah pun mencecah 56.21% tidak termasuk 911 pengundi awal yg telah pun mengundi pd 20 Julai lepas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bilik Salin bukan tandas!

Isu murid-murid makan dalam tandas yang dimainkan oleh pihak pembangkang memakan diri sendiri.

Sekolah-sekolah rendah dan menengah model baru memang dilengkapi dengan bilik salin untuk kegunaan aktiviti kokurikulum.

Bilik Salin biasanya berada di lokasi berhampiran dengan padang dan kantin sekolah.

Manakala tandas biasanya jauh daripada bilik salin.

Dalam bilik salin hanya ada sinki dan bilik mandi atau shower closet. Dua pintu keluar masuk dan beberapa palam elektrik.

Kebanyakan sekolah jarang menggunakan bilik salin secara total, banyak yang menjadikan sebagai stor sahaja dan sedikit yang menjadikan bilik ini benar-benar bilik salin untuk pelajar-pelajar bertukar pakaian untuk sukan dan PJK.

TM mengucapkan tahniah kepada Guru Besar sekolah tersebut yang menggunakan bilik tersebut sebagai tempat makan dan tempat murid-murid membuat ujian dan sebagainya.

Bilik salin sekolah tersebut patut di beri markah tinggi dari segi keceriaan sekolah. Jarang sangat sekolah lain berbuat demikian.

Oleh itu marilah kita lihat bilik salin sekolah lain yang sama dengannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yakini Kuala Besut, Kepada Rakyat BN Berserah

Nasib kedua-dua calon yang bertanding di pilihan raya kecil Kuala Besut, bakal ditentukan oleh 16,534 para pengundi berdaftar yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka bagi memilih calon yang dirasakan paling layak untuk mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Menurut pihak SPR sehingga jam 10.00 pagi tadi, peratusan yang keluar mengundi adalah 31 peratus, iaitu 5,147 pengundi.

Malah keadaan cuaca yang baik sejak semalam, telah memberi kesempatan kepada para pengundi di sini untuk keluar mengundi lebih awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, tanggungjawab kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

Mereka keluar untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru berikutan kematian Dr. A.Rahman Mokhtar yang mewakili BN, akibat paru-paru berair pada 26 Jun lalu. Pada PRK kali ini, Tengku Zaihan, 37, yang juga seorang jurutera ditentang oleh calon Pas, Endot @ Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor.

Sepanjang berlangsungnya tempoh berkempen sejak 12 Julai yang lalu sehingga ia berakhir pada jam 11.59 malam semalam, Barisan Nasional (BN) selaku penyandang bagi kerusi tersebut telah melakukan yang terbaik bagi memastikan nasib dan kebajikan rakyat terus mendapat pembelaan.

Pelbagai perancangan dan pendekatan juga telah dilakukan bagi meneruskan kesinambungan yang telah dirancang sebelum ini.


Namun begitu, segala keputusan sudah pasti terletak di tangan rakyat, kerana akhirnya rakyatlah yang akan menjadi kuasa penentu. Sama ada memberikan kemenangan kepada calon BN bagi meneruskan kesinambungan pembangunan atau meletakkan kerajaan negeri berada dalam situasi politik yang tidak stabil serta menyusahkan rakyat.

Apa yang pasti, BN tetap percaya dan yakin dengan keputusan yang bakal dilakukan oleh pengundi. Buatlah keputusan yang bijak kerana apa pun keputusannya BN tetap akan berserah dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK Kuala Besut : Pas menang majoriti seribu lebih

Pas yakin dengan pengundi mereka yang hampir 99% keluar mengundi akan memberi kemenangan kepada Che Long.

Sebelah petang mereka boleh rehat dan melangut.

Jam 10 malam nanti, Pas akan keluar ramai-ramai untuk menyambut kemenangan mereka.

Ayoh BN, jika mahu kekalkan kerusi, jangan tidur, semak nama yang belum keluar, angkut dengan motosikal ke tempat mengundi. Elakkan penggunaan kereta kerana jalan akan sengaja di sesakkan oleh pihak lawan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PKR Kuala Besut: Pas dah habis pengundi

Setakat jam 1.00 tengah hari Pas sudah membawa semua anak cucu cicit pengundi mereka untuk mengundi Che Long.

Petang ini mereka pasti akan melangut sebab sudah tiada lagi orang yang akan diangkut ke pusat mengundi.

Alamatnya dalam jam 3 hingga jam 5 ptg mereka akan angkat bungkus balik rumah untuk berbuka puasa.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.