Jumaat, 20 Januari 2012

Tambun lokasi kedua di Perak terima kemudahan Unifi



Selepas memperkenalkan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di kawasan Tasek, Telekom Malaysia (TM) kini meluaskan lagi perkhidmatannya dengan memilih Tambun sebagai lokasi kedua di Perak.

Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie, berkata menjelang akhir tahun ini, perkhidmatan itu akan diperluaskan lagi ke lebih 11,000 premis yang disambungkan kepada ibusawat Tasek dan Jelapang.

Katanya, selepas hampir dua tahun perlaksanaan HSBB, lebih 253,000 pelanggan dari seluruh negara telah mendapat faedah daripada sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi Unifi.

Malah tambah beliau, dengan perlaksanaan HSBB di Perak, ia membuktikan komitmen TM dalam menyokong aspirasi Perak Aman Jaya membangunkan infrastruktur rangkaian, sekaligus memberikan kehidupan berkualiti kepada rakyat negeri itu.

" Sehingga akhir 2011, Unifi ditawarkan kepada lebih 4,200 premis sedia dipasang membabitkan 14 kawasan perumahan yang disambung ke ibusawat Tasek.

"Dengan berkembangnya perkhidmatan ini di Perak, ia membawa negeri ini melangkah ke satu era teknologi tinggi seperti yang dinikmati negeri-negeri lain," katanya.

Katanya, TM telah menghubungkan hampir 370,000 kediaman dan pejabat dengan perkhidmatan telefon selain 165,000 pelanggan perkhidmatan Streamyx.

Malah, syarikat itu juga menyediakan 8,800 perkhidmatan talian tetap wayarles CDMA luar bandar dan perkhidmatan WiFi di lebih 1,200 lokasi di seluruh Perak, katanya.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mah Hang Soon memberitahu perkhidmatan HSBB itu menunjukkan kejayaan kerajaan negeri untuk menaiktaraf infrastruktur jalur lebar di Perak.

Tambah Mah lagi, tahap penembusan jalur lebar isi rumah di Perak semakin meningkat malah telah mencecah 25% iaitu melebihi sasaran kebangsaan.

"Kita jangka angka ini pasti bertambah dan menyasarkan penembusan jalur lebar di Perak mencapai 70% menjelang akhir tahun," katanya lagi.

Dr Mah yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ditemui di Majlis Pelancaran UniFi di Lost World, Tambun petang tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang serta Pengarah TM, Datuk Dr Halim Shafie.

http://peraktoday.com/wp/?p=42730

Tiga terbunuh, tiga parah dalam nahas dekat Kuala Kangsar



IPOH: Tiga orang terbunuh dan tiga cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 253.3 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar awal pagi ini.

Kejadian berlaku pada jam 1.20 pagi tadi ketika kereta yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari selatan ke utara.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan memberi kenyataan akhbar tengah hari ini berhubung kemalangan itu.

http://peraktoday.com/wp/?p=42859

Mufti: Anwar Boleh Tergelincir Akidah

"

Jadi kalau dia maksudkan, orang yang melakukan liwat itu, tidak ada kesalahan, (tetapi) dihukum, maka itu tidak adil... maka itu (bermaksud dia) menentang hukum..lagi sekali saya menyatakan orang yang menentang itu tidak mempercayai hukum Allah, maka tergelincirlah akidahnya", kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakari

Chinese New Year Perak -Baiduri

PAS Perak dan PKR bertelagah rebut kerusi PRU-13

Belum pun reda isu pemecatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, timbul pula kontroversi membabitkan PAS negeri Perak yang menuntut tiga kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekaligus membuktikan wujud perbalahan antara kedua-dua parti pembangkang itu dalam pembahagian kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sudah menjadi kebiasaan bagi kedua-dua parti pembangkang itu untuk berlumba-lumba dan bergaduh sesama mereka dalam soal pembahagian kerusi walaupun status quo kerusi telah ditetapkan oleh kepimpinan pusat.

"Sebagai rakyat, kita boleh menilai sendiri kerana itulah manifestasi sebenar mereka yang berlumba-lumba dan bergaduh sesama sendiri kerana merebutkan kerusi," katanya.

Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata demikian ketika mengulas tindakan PAS Perak yang menuntut tiga kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana yakin peluang parti itu memenanginya lebih cerah berbanding PKR.

Tiga kerusi itu ialah Parlimen Bagan Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang tetapi dibantah oleh PKR negeri.

Bagaimanapun, hasrat PAS yang diumumkan itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Ketua Penerangan Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bulan lalu yang dilaporkan berkata, Perak antara enam negeri yang mengekalkan status quo pengagihan kerusi Pilihanraya Umum ke 13, hasil persetujuan pimpinan pakatan pembangkang peringkat negeri itu yang sudah dimaklumkan kepada pimpinan pusat.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perak, Misbahul Munir Masduki, berkata tuntutan dibuat sebagai menghormati kehendak ahli parti di ketiga-tiga kawasan terbabit yang merasakan pakatan pembangkang boleh mengekalkan kerusi terbabit jika ditandingi calon PAS.

"Kami menyerahkan kepada pimpinan pusat untuk membuat keputusan berhubung perkara ini dan akur dengan apa saja keputusannya nanti. Ahli kami di ketiga-tiga kawasan juga akan akur tetapi kami cuma menghormati hak mereka untuk membuat tuntutan itu," katanya pada sidang media di Ipoh, semalam.

Misbahul Munir berkata, PAS Perak mengenalpasti semua bakal calon yang akan bertanding di 20 kerusi DUN dan tujuh Parlimen pada PRU-13 nanti dengan sekurang-kurangnya 50 peratus daripadanya adalah muka baru.

Pemandu teksi antara tulang belakang kejayaan TMP 2012-Hamidah



Golongan pemandu teksi memainkan peranan penting dalam usaha membantu kerajaan negeri mempromosikan destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2012.

Malah, kumpulan pemandu teksi di Perak diharap dapat menjadi duta kecil dengan mengwar-warkan tempat-tempat istimewa dan unik yang wajib dilawati pelancong sama ada di kalangan rakyat tempatan mahupun antarabangsa.

Rata-rata pemandu teksi pula merasakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan itu sebagai salah satu sumbangan mereka kepada kerajaan Perak, sekaligus dapat meningkatkan pendapatan seharian masing-masing.

Malah, salah seorang pemandu teksi yang ditemui turut menyuarakan rasa bangga kerana dengan tanggungjawab baru yang harus dipikulnya.

Ia katanya, jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak pernah memandang rendah terhadap golongan pemandu teksi yang turut sama membantu melonjakkan ekonomi negeri melalui pembangunan industri pelancongan.

Sudah jelas di sini, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil kira peranan setiap golongan masyarakat kerana ia merupakan wadah kepada kemajuan dan pembangunan negeri yang menentukan jatuh bangun pentadbiran Perak di masa depan.

Justeru, sempena Tahun Melawat Perak 2012, kerajaan negeri bukan sahaja mengharapkan kerjasama di kalangan industri korporat atau pihak swasta malah kerjasama daripada rakyat pelbagai peringkat.

Majlis perjumpaan antara Exco Pelancongan, Datuk Hamidah Osman dengan pemandu teksi yang berlangsung di MH Hotel hari ini dilihat mampu memberi satu impak positif dalam pembangunan industri pelancongan di Perak.

Hamidah memberitahu, satu kursus ringkas akan diberikan kepada pemandu teksi dalam usaha untuk membantu golongan terbabit memberi penerangan berkaitan destinasi pelancongan di Perak.

"Ia sebahagian usaha kita melatih pemandu teksi untuk mempromosikan destinasi menarik di negeri Perak.

"Kita lihat promosi yang paling efektif adalah "mouth to mouth promotion" atau promosi mulut ke mulut... jadi pemandu teksi adalah antara golongan yang paling dekat atau kerap bertemu dengan pelancong.

"Mungkin juga kita boleh menambah lagi maklumat-maklumat mengenai sesetengah destinasi pelancongan yang tidak diketahui oleh pemandu teksi sebelum ini.... jadi kita akan pastikan pemandu teksi menjadi antara kumpulan pakar mengenai tempat-tempat tumpuan pelancong," katanya.

Tambah Hamidah lagi, pihaknya menerima respon positif daripada pemandu teksi yang nampaknya begitu bersemangat membantu kerajaan negeri menjayakan Tahun Melawat Perak 2012.

"Dengan ilmu yang akan dibekalkan nanti, kita harap pemandu teksi dapat membantu merancakkan lagi suasana Tahun Melawat Perak," katanya pada sidang media di Ipoh, hari ini.

Dalam program itu, lebih 20 pemandu teksi yang mewakili beberapa syarikat atau kumpulan di sekitar Perak tampil untuk menujukkan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Tahun Melawat Perak 2012.

Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Pengarah Tourism Perak, Ahmad Fathil Abdul Ghani.

Izwan Pilus meninggal dunia


Izwan

Airel AF 7

Penyanyi muda Izwan Pilus telah dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi kerana jangkitan kuman dan  Arwah masih berada di hospital Ampang.

Menurut Budiey dan menurut Azura Pedora Izwan abang kepada Aril AF7  meninggal disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru

 http://peraktoday.com/wp/?p=42969


 http://www.budiey.com/penyanyi-izwan-pilus-meninggal-dunia/

Mat Sabu di Kampung Expo Kamunting petang ini




Timbalan Presiden PAS dijadualkan buat High Tea di Masjid Jamek Kampung Expo pada jam 3,00 petang ini.

Bagaimana AJK Pas yang menguasai AJK masjid terpaksa akur dengan bantahan penduduk dan program mereka di buat di markaz Pas yang letaknya tak jauh dari masjid.

Setiap ahli Pas yang berminat untuk hadir terpaksa beli kupon bernilai RM 5. 00 .

Semalam satu laporan polis oleh penduduk telah dibuat di balai polis Kamunting membantah usaha AJK Masjid yang nak buat program ini.

Kupon boleh dibeli di pejabat agama daerah Taiping dan juga di pejabat baitulmal.. sebab ramai sekutu depa kat sana..depa yg sekutu Pas jual senyap-senyap main bisik-bisik saja

Apa komen Pegawai Tadbir Agama dan Pegawai Penyelaras Masjid ?


P/S,,,, Muka Mat Sabu Tak ada pun, katanya jalan jem...tak sempat sampai.. buat masa ini Ustaz Pakaruddin sedang menggantikan Mat Sabu,,,,