Ahad, 11 Ogos 2013

Akhirnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah membuat keputusan supaya DAP mengadakan semula pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu

Seperti yang dijangka,DAP menegaskan, tidak akan terikat dengan keputusan itu.Maksudnya mereka tidak akan patuh.

Justeru,mampukah ROS menguatkuasakan keputusannya itu Diharap kali ini ROS tidak lagi mengikut rentak politik DAP. Jangan lagi tertangguh sampai setahun baru tindakan tegas mahu diambil.

DAP sebenarnya membentuk trend tidak sihat dalam amalan demokrasi negara. Mereka menghalang proses undang-undang yang cuba dikuatkuasakan.

Bayangkan jika arahan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak dipatuhi oleh rakyat Pulau Pinang,apa akan jadi pada negeri tersebut.

Contohnya,jika penduduk di Kampung Buah Pala mengingkari keputusan kerajaan negeri supaya berpindah agar kawasan tersebut dapat dibangunkan dengan projek mewah,sudah tentu Guan Eng pening kepala.

Guan Eng yang terkenal keras kepala akhirnya berjaya menghalau penduduk berpindah keluar.

Guan Eng pernah mendakwa beliau kagum dan mahu mencontohi gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz, tetapi Umar Abd Aziz tidak pernah melakukan tindakan keras dan zalim kepada rakyatnya.

Sebenarnya tidak ada siapa yang percaya dengan cakap Guan Eng itu. Pas pula tidak berani menegur DAP.

Sebab itu Guan Eng semakin keras kepala. Bagaimanapun keputusan ROS itu membuka banyak pekung dalam DAP.

DAP seperti mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum, apabila enggan mengadakan semula pemilihan jawatankuasa CEC parti.

DAP takut ia akan menelanjangkan lagi 'gambaran palsu' parti DAP yang kononnya parti yang amat demokratik.

Jawatan Setiausaha Agung dan beberapa lagi jawatan tertinggi parti bukan dipilih oleh ahli akar umbi atau sejumlah 2,576 anggota perwakilan ke Konvensyen Kebangsaan. Sebaliknya ia dipilih oleh 20 orang anggota CEC.

Dalam konvensyen tahun lalu,keputusan awal telah dibatalkan. Kononnya berlaku kesilapan semasa pengiraan undi.Maka bermulalah 'gambaran palsu' amalan demokrasi dalam DAP.

Ahli yang tidak berpuas hati mendedahkan selama 47 tahun,DAP berjaya memanipulasi cara perwakilan dipilih untuk menghadiri Kongres Kebangsaan parti dan cara pengundian CEC dibuat.

Ini termasuk dakwaan,kehadiran 547 orang perwakilan haram di konvensyen tahun 2012.

Bahkan terdapat 32 orang perwakilan yang mendakwa mereka tidak menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri konvensyen tersebut.

Sebab itu DAP tidak boleh menyalahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Father Augustus Chen penulis buku The Equity Report mendakwa,pada tahun 1968,Lim Kit Siang telah menggunakan sentimen kaum untuk menjatuhkan Ahli Parlimen Bangsar Devan Nair sebagai Setiausaha Agung DAP yang pertama.

Dengan sentimen Cina itulah DAP terus hidup pada hari ini sehinggalah berlakunya Tsunami Cina.

Justeru DAP adalah parti lapuk.Lapuk dari segi kaedah memilih pemimpin tertinggi parti, lapuk dari cara memilih perwakilan ke Konvensyen Kebangsaan Tahunan DAP, lapuk dari segi sistem dan ketelusan pengiraan undi, lapuk kerana masih memainkan isu kaum bagi memonopoli sokongan Cina dan lapuk kerana masih berlindung dengan 'gambaran palsu'.

Selain pendekatan 'gambaran palsu',DAP ada kelebihan untuk menukar ancaman menjadi simpati.DAP dituduh sebagai parti perkauman dan anti Islam,tetapi Pas tetap sokong mereka.

Dituduh parti kuku besi, tetapi segolongan anak muda Cina yang kononnya menuntut ketelusan dan kesaksamaan tetap menyokong mereka.

Dituduh parti anak beranak dan kroni, tetapi dinasti Lim dan Karpal terus menguasai parti tanpa mahu bersara.

Apa sahaja yang salah dibuat oleh DAP tetap dianggap betul oleh golongan ini kerana DAP adalah parti 'gambaran palsu'.

DAP mampu membunuh bukan setakat dua ekor burung dengan seketul batu, tetapi tiga ekor burung dengan seketul batu.Baling batu sembunyi tangan.Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim digunakan untuk memujuk Pas supaya sedia bekerjasama dengan DAP.

Anwar dijanjikan sokongan kuat DAP untuk jawatan Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama Anwar pujuk Pas supaya gugurkan perjuangan Negara Islamnya.

Pas pula digunakan untuk memecahkan belahkan perpaduan Melayu dan membunuh UMNO.

Manakala MCA yang hampir dikuburkan oleh DAP terus ditekan secara senyap supaya mempersoalkan dasar dan polisi BN yang kononnya punca Cina tidak sokong MCA.

Hakikatnya MCA memang lemah kerana masalah kepimpinan dan imej.

Justeru, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), taktik 'gambaran palsu dan 'ancaman menjadi simpati' akan terus digunakan oleh DAP.DAP barangkali mahu pengundi Cina melakukan 'tindakan maksimum' fasa dua.

Tindakan maksimum itu ialah keluar mengundi dan maksimum mengundi pembangkang. Objektif mereka ialah hilangkan UMNO di dunia.

Hilang UMNO,maka berakhirlah 'kontrak sosial'. - Dr Puad Zarkashi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pendidikan Percuma di IPT, rajin-rajin lah belajar, jangan jadi Mahasewel

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tak cukup peluru guna C4 pulak dah

Seorang terkorban dalam letupan bom di Tumpat,Kelantan sebentar tadi.Kejadian berlaku apabila tuan punya kereta tersebut cuba mengalihkan sebuah bungkusan yang diletakkan di atas bumbung keretanya, semasa mengalihkan bungkusan itu,tiba-tiba bungkusan tersebut meletup lalu mengorbankan pemandunya...Berita TV3 (Gambar Sekadar Hiasan)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Alasa Ahmad Husni wajar dicontohi oleh Umno dari 3 negeri Yang Kalah

Ahmad Husni ingin menumpukan kepada tugas untuk menangani ekonomi yang semakin mencabar.

Oleh itu mereka yang berada di 3 negeri yang Umno kalah patut menumpukan kepada usaha merampas semula negeri dari pembangkang.

Oleh itu mana yang berada dalam MT wajarlah mengikut jejak Ahmad Husni untuk tidak pertahankan kerusi MT dan sama juga halnya dengan sayap Umno.


"Ahmad Husni, yang juga anggota Parlimen Tambun, berkata beliau akan lebih menumpukan kepada kementerian yang diterajuinya memandangkan suasana ekonomi serta kewangan semakin mencabar".

Tanggung jawab MT besar kerana menjaga Umno seluruh negara. Kalau negeri pun tak mampu nak jaga bagaimana peringkat nasional?

Fikirkan lah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tanah Wakaf Untuk Kuil

Tanah Wakaf milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang di Kepala Batas sudah diceroboh dan dijadikan tokong cina. Apakah ini menandakan LGE sayangkan Islam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahmad Husni buka ruang kepada orang muda

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengambil pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi memberi laluan kepada golongan baharu pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau berkata keputusan itu adalah sejajar dengan perubahan semasa yang turut diterjemah menerusi mesej rakyat pada pilihan raya umum Mei lepas.

"Kita perlu mengambil kira bahawa dunia telah berubah dan keputusan pilihan raya adalah mesej daripada rakyat, mereka mahukan pembaharuan.

"Dalam konteks pembaharuan, Umno memerlukan golongan baharu untuk berada dalam kepimpinan parti yang membawa kewibawaan, idea dan kompetensi baharu," katanya ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam di sini hari ini.

Ahmad Husni, yang juga anggota Parlimen Tambun, berkata beliau akan lebih menumpukan kepada kementerian yang diterajuinya memandangkan suasana ekonomi serta kewangan semakin mencabar.

"Krisis ekonomi global tidak menunjukkan ia akan berakhir dalam masa terdekat, jadi kita perlu memastikan struktur kewangan negara di bawah kepimpinan kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Katanya usaha mengukuhkan struktur kewangan akan melonjak kekuatan ekonomi domestik yang akan meletakkan negara pada landasan betul dalam mencapai pertumbuhan yang disasarkan.

Beliau menyertai Umno pada 1983 sebagai anggota Pergerakan Pemuda Bahagian Menglembu dan pernah berada dalam barisan Exco Pemuda Umno pada 1987 sehingga 1993 sebelum menjadi Ketua Umno Bahagian Tambun.

Pada 2009 beliau bertanding jawatan MT dan mendapat 1,529 undi dan dilantik sebagai Bendahari Umno.

P/S......

Taipingmali menyokong tindakan Ahmad Husni cuma TM berharap MT dan sayang Umno dianggotai oleh mereka dari Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah sahaja, Lain-lain negeri yang kalah tu elok janganlah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jangan guris hati kami

Nampaknya sejak dua menjak ni, cina-cina bukan Islam kat Malaysia ni makin bertambah-tambah biadap dan kurang ajar. Mungkin mereka sudah terlupa bahana 13 MEI 1969? Hampir setiap minggu, ada sahaja imej-imej kurang ajar, mesej-mesej biadap dan menghina mereka lemparkan ke alam maya. Mereka rasa, sesiapa sahaja tidak boleh menganggu gugat mereka. Ekoran mereka merasakan diri mereka sebagai 'rakyat'. Lihat sahaja video serbuan polis di sebuah kelab malam di Selangor. Marah dengan tindakan polis, dimakinya Barisan Nasional tak pasal-pasal. Malah dengan egonya si cina mabuk tu sibuk melaung-laungkan 'HAK RAKYAT'. Dan mahu mempotraitkan dirinya sebagai 'mangsa kekejaman' Kerajaan Barisan Nasional.

Kepada orang Cina Kafir di Malaysia. Nasihat kami : Nak bercakap, fikirlah habis-habis. Jangan sampai tahap kesabaran orang Melayu hilang. Kang kalau dah hilang, 13 Mei 2.0 boleh berlaku. Bersykurlah sebab kalian diberikan kesempatan menjadi Warganegara Malaysia, malah mempraktikkan budaya dan memiliki sekolah aliran sendiri. Apakah kalian mahukan nasib kalian seperti kaum Cina di Indonesia, Thailand ataupun Brunei? Fikir-fikirlah sendiri.

Orang Melayu tak gemar bergaduh dan mencari pasal dengan bangsa lain. Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka, orang Melayu dapat menerima orang luar dengan mudahnya. Berniaga, berdagang dan menetap. Namun awas. Sekali hatinya sudah terguris, darah menjadi 'pelalinya'.

--
Pena Minang Return

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pindaan Tarikh Persidangan Agung Tahunan Umno

SIARAN MEDIA
11 OGOS 2013

Dimaklumkan Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah bersetuju untuk meminda tarikh mesyuarat Cawangan UMNO, mesyuarat Bahagian UMNO dan penamaan calon untuk pemilihan parti kepada tarikh yang ditetapkan. Tarikh baru adalah seperti berikut:

I. Mesyuarat Cawangan UMNO dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September 2013;

II. Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 7 September kepada 21 September 2013;

III. Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013;

IV. Penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi UMNO daripada 7 September kepada 28 September
2013;

V. Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober 2013.

Pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan dari UMNO Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan yang antaranya ialah tarikh
mesyuarat Cawangan sebelum ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dan tamat tempoh mesyuarat pada 31 Ogos 2013. Dalam masa yang sama dua pemimpin negara luar iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat juga akan berkunjung ke negara ini pada awal Oktober 2013 dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat.

Dengan demikian maka Presiden, Timbalan Presiden dan pengurusan UMNO telah bersetuju kepada tarikh-tarikh baru ini. Pihak pengurusan UMNO juga telah memaklumkan kepada ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan dengan perkara tersebut.

Sekian dimaklumkan, Terima kasih.

DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
(Setiausaha Agung UMNO)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.