Selasa, 17 Januari 2012

PAS sudah hilang maruah

Anwar sokong Gay



KUALA LUMPUR 17 jan – Pas dilihat mengambil sikap berdiam diri berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin melakukan perubahan terhadap undang-undang membabitkan hubungan sejenis di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Masjid Tanah, Amiruddin Yussof berkata, sehingga kini tidak ada satu pun pemimpin Pas yang bersuara mengenai perkara itu, mereka sebenarnya khuatir sebarang kenyataan yang dibuat boleh memberi impak kepada parti itu sama ada di kalangan penyokong mahupun rakan sekutunya terutama PKR.

“Jalan selamat yang adalah berdiam diri, mereka kini dalam keadaan serba salah `diluah mati mak, ditelan mati bapa’. Sebarang kenyataan boleh memberi kesan, mereka kini terperangkap dengan kenyataan itu.

“Isu seksual membabitkan hubungan sejenis adalah isu sensitif, apa yang berlaku ini jelas menunjukkan Pas sahaja sudah hilang taring dalam memperkatakan isu membabitkan agama, malah mereka sebenarnya takut,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya, mereka tidak mahu `pisang berbuah dua kali’ seperti apa yang berlaku kepada bekas pesuruhanjaya Pas Selangor, DatukDr Hassan Ali yang lantang mengkritik Anwar sehingga tidak disenangi oleh pemimpin PKR dan DAP

“Pas seharusnya berani bersuara, teruatama apabila bercakap isu yang membabitkan agama, sebagai sebuah parti yang berlandaskan Islam, Pas harus mempertahankan apa yang benar dan menegur apa yang salah, tetapi sebaliknya yang berlaku.

“Apabila ada di kalangan pemimpin mereka yang bercakap bertentangan dengan agama dan norma kehidupan, Pas membisu seribu bahasa, mereka bagaikan mengiakan, sedangkan ketika berceramah mereka beria-ia bercakap mengenai Islam dan agama

“Ini jelas menunjukkan Pas kini ibarat sudah dicucuk hidung, takut untuk bercakap walaupun perkara itu salah, kenyataan yang bertentangan dengan Anwar boleh dipinggirkan oleh DAP dan PKR, sedangkan hakikatnya Pas kini terpaksa bergantung hayat dengan kedua-dua parti yang majoritinya orang bukan Melayu dan Islam,” katanya.

Amiruddin yang juga ADUN Air Limau, Melaka mengingatkan rakyat supaya menyedari dengan penipuan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang yang bertopeng ideologi masing-masing hanya untuk mendapatkan sokongan sedangkan realitinya mereka ini hanya pandai bercakap dan mencapai cita-cita peribadi ketuanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, semakin hampir pilihan raya, semakin terserlah sikap dan pendirian pembangkang yang kononnya ingin menjadi juara, sebab itu apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan, ditentang oleh mereka walaupun itu adalah untuk kebaikan rakyat, berbeza apa yang dilakukan oleh mereka, di mana mereka akan berusaha mempertahankan sesuatu walaupun perkara itu salah.

“Apakah negara kita harus dibiarkan dipimpin oleh parti atau pemimpin yang tak punyai pendirian, sanggup menghina negara dan sanggup mendiamkan diri serta membiarkan begitu sahaja walaupun perkara itu bercanggah dengan agama dan norma kehidupan manusia,” ujarnya.

-MediaUMNO

Kilat, Kilat, Kilat : Gadis Hilang

Untuk rakan2 Radio Amator tolong panjang2kan: 

Assalamualaikum w.b.t. Info kecemasan dari 9W2FLW; 

Tolong war-warkan tentang kehilangan seorang gadis, berumur 19 tahun, seorang diri memandu kereta jenis proton iswara aeroback warna oren, plat no. JKL 6257, di belakang kereta ada stiker biru putih 9W2FLW, kebarangkalian suspek menuju ke KL & Sepang @ sekitar Hotel Pan Pacific. 

Suspek merupakan adik perempuan ke-5 kpd 9W2FLW, berumur 19 tahun, menghilangkan diri dengan memandu kereta keluar dari rumah (Base FLW, Bandar Maharani, Muar) pada jam 4.30 petang 17/01/2012. 

Hingga kini suspek tidak dapat dihubungi. Kepada mana-mana rakan yg ada sebarang info, bolehlah terus menghubungi En. Fitri (9W2FLW) di talian: 019-7799746. 

Mohon disebarkan, terima kasih, 73s.de...9w2ezx
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

20120115 Salehuddin Saidin on 901

20120115 Ibrahim Abu Shah

Siapa parasit dalam PAS

Bagus lah: Azwan Ali dah berdamai dengan Ummi?


kes liwat Anwar Azizan




Azwan yang dahulunya menyokong Ummi dan sentiasa menemani adiknya ke mahkamah dalam kes liwat Anwar vs Azizan tiba-tiba telah terbalik kuang dan menyokong Azmin Ali.

Harap selepas ini Azmin Ali akan berdamai dengan Ummi dan juga ibunya serta kakak-kakaknya yang lain.

Azmin bukan budak-budak lagi, sudah boleh terima menantu dah.

Umur pun makin lanjut, eloklah cepat-cepat bertaubat dan mohon ampun kepada ibu yang melahirkan Azmin kedunia.

Apa guna Hadi Awang dan Nik Aziz yang menyokong Azmin, sanggupkan melihat Azmin menjadi anak derhaka,  Mana prinsip Islam yang dipegang oleh Pas?

Ini lah masanya Hadi Awang atau Nik Aziz menjadi orang tengah untuk mendamaikan keluarga Azmin Ali. Azwan dan Ummi Hafilda.

 <iframe width="480" height="360" src="http://www.youtube.com/embed/3XjYxRtAhAk" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>