Jumaat, 4 Mei 2012

Polis Malaysia Sangat Ganas ?

Tika ini banyak media internet pro pembangkang dan beberapa akhbar bahasa Cina giat menjalankan kempen membantah keganasan dan kekerasan polis (PDRM) yang didakwa sengaja dilakukan semasa menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan sedemikian mungkin ada benarnya bila di ambil kira tindakbalas pihak polis selepas peserta demonstrasi mula merempuh penghadang yang didirikan. Sepatutnya dalam keadaan kalut bila arahan mahkamah diingkari sewajarnya anggota polis hanya perlu berdiam diri dan biarkan saja perlanggaran undang-undang berlaku tanpa halangan.

Keutamaan perlu diberi kepada golongan vokal minoriti yang berkehendakkan tuntutan mereka dipenuhi secara kuasa jalanan lagipun sebagai negara demokrasi semua orang ada hak mereka sebagaimana perompak mempunyai hak untuk merompak kedai emas dan bank tanpa halangan polis.

NGO BERSIH 3.0 yang hingga kini tidak didaftarkan sebaliknya bergiat secara haram sewajarnya dibiarkan saja bergerak bebas sama seperti pemandu kenderaan yang tidak berlesen kerana hak sama rata lebih penting berbanding penguatkuasaan undang-undang ciptaan manusia yang cukup mengongkong.

Penggunaan jalanraya untuk berhimpun tiada salahnya kerana tujuan jalan-jalan di bina memang bertujuan untuk membolehkan rakyat jelata lepak dan baring di atasnya. Soal ia mengganggu perjalanan urusan harian orang lain bukan isunya, kehendak vokal minoriti lebih penting dan mendesak.

Polis juga seeloknya belajar menjiwai watak sebagai robot, tidak perlu memiliki hati nurani dan perasaan, apa sangatlah setakat kena panggil anjing, babi dan di cop sebagai zalim dan kejam, tak berbekas pun. Dan, kalaupun dipukul dan dipijak biarkan sahaja yang penting keutamaan peserta demo yang sedang menggila mahu melepaskan perasaan perlu diutamakan berbanding ketenteraman orang awam lain.

Jika boleh, kerajaan dan juga pihak polis patut menggalakkan lebih banyak demonstrasi jalanan dan perhimpunan di atas jalanraya di tengah-tengah bandaraya seluruh negara demi memenuhi tuntutan demokrasi yang yang menjadi intipati negara kita.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BERSIH 3.0: Akhbar Cina Terlepas Pandang Punca Kekecohan

Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily hari ini menggelapkan akhbar mereka sebagai menandakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia bagi membantah keganasan yang dilakukan terhadap pihak media ketika BERSIH 3.0.

Ketua Pengarang Sin Chew Daily Pook Ah Lek berkata akhbar tersebut bertindak sedemikian kerana ramai pekerja media termasuk jurugambar telah dipukul ketika perhimpunan tersebut dan Ketua Pengarang, Nanyang Siang Pau, Chong Choong Nam pula berharap agar dengan ini pihak berkuasa diingatkan bahawa pekerja media perlu diberi perlindungan oleh pihak polis.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina di negara ini terkenal dengan sikap berat sebelah kepada mana-mana organisasi yang menentang kerajaan.

Walaupun hakikatnya mereka terus wujud, dan bebas untuk menghasut para pembaca bagi mempercayai bahawa korupsi dan kekejaman kerajaan BN sudah tidak dapat diperbaiki lagi, mereka tetap melaung-laungkan bahawa tiada kebebasan media di Malaysia.

Jelas bahawa akhbar-akhbar ini hanya mengikut gerak langkah pembangkang dan telah dibutakan oleh sifat prejudis terhadap kerajaan. Bukanlah keterlaluan jika dikatakan bahawa laungan mereka sebagai media yang bebas, terbuka dan telus adalah karut semata-mata.

Sebelum kita terbawa-bawa dengan sentimen dan emosi seperti mereka, eloklah jika kita mengimbas kembali tujuan sebenar BERSIH 3.0.

BERSIH 3.0 sepatutnya adalah berkenaan 8 tuntutan untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil.

Jika akhbar-akhbar cina tersebut benar-benar bebas dan tidak berat sebelah maka mereka pasti telah berkali-kali mewar-warkan fakta di mana 7 dari 8 tuntutan BERSIH telah pun diluluskan. Tinggal satu tuntutan sahaja yang tidak dapat dipenuhi iaitu tempoh berkempen selama 21 hari dalam Pilihanraya Umum.

Bagaimanapun SPR telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh kempen dari 7 ke 10 hari. Ini kerana tempoh kempen yang panjang mampu membawa kepada scenario terburuk sepertimana ia menjadi punca tragedi 13 Mei 1969. Begitupun, bukan kita tidak tahu bahawa pihak pembangkang telah lama dan sentiasa berkempen, dan untuk mereka menuntut tempoh kempen selama 21 hari kelihatan seperti satu lawak jenaka yang menyedihkan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

STADIUM KUBU GAJAH SELAMA PERAK

Peraktoday- Majlis Penyampaian Kiosk E- Kasih

Sejarah Ringkas Kejatuhan Anwar Ibrahim

Anwar Bekas Banduan Sg Buloh, dipenjarakan selama 15 tahun atas kesalahan meliwat dan salah guna kuasa
Siri 1

Anwar Ibrahim yang digelar isterinya sebagai manusia anugerah Tuhan, telah berjaya meletakkan kehidupan rakyat Malaysia dalam kekeliruan, kebingungan dan juga huru-hara selama lebih dua dekad.

Beliau muncul pada mulanya sebagai pencetus rusuhan pelajar pada tahun 1970an dan semenjak itu telah menjadi tajuk berita di Malaysia sebanyak beratus ribu kali apabila ‘dijemput’ meniti alam politik dan berjaya menjadi orang nombor dua dalam negara.

Kini, walaupun telah dipecat beliau masih lagi menjadi tajuk berita dan masih lagi berusaha mengelirukan, membingungkan dan menghuru-hara kan hidup kita semua. Maka benarlah, beliau adalah Anugerah Tuhan, bagi membantu menggasak minda bangsa Melayu agar berfikir dan berfikir.

Tanpanya, mungkin ramai lagi Melayu yang terus dibuai mimpi bahawa Malaysia akan selama-lamanya aman dan hidup adalah selama-lamanya mudah.

Dengan wujudnya Anwar Ibrahim, masyarakat Melayu kini membuka mata dengan lebih luas mengenai ancaman kuasa besar dan peringatan Allah S.W.T mengenai kaum Yahudi yang tidak akan senang selagi kita semua tidak mengikut telunjuk mereka.

Namun begitu, bukan semua Melayu yang mampu membuka minda seluas itu. Masih ada Melayu yang mindanya kekal bingung, keliru dan huru-hara ‘dikerjakan’ Anwar Ibrahim.

Walaupun Anwar sudah bergelar banduan, sudah terbukti bersalah tetapi masih ramai yang tidak tahu atau enggan mengambil tahu kesalahannya dan hanya ingin mendengar dan mempercayai apa yang baik-baik mengenai dirinya.

Penulis baru saja ‘merayau-rayau’ di alam siber dan singgah di beberapa laman sosial dan penulis dapati, antara hujah yang dipegang oleh penyokong-penyokong Anwar ialah beliau tidak bersalah kerana terlepas dari dua kes liwat.

Jelas, penyokong-penyokong beliau ini telah dengan sengajanya enggan meneliti kes beliau secara terperinci kerana malas, atau kerana minda mereka yang cetek membuatkan mereka sukar atau gagal memahami sesuatu yang agak berat seperti hujah-hujah pendakwaan, pembelaan serta proses penghakiman.

Kes Anwar bermula dengan pendedahan oleh Ummi Hafilda, iaitu adik Azmin Ali mengenai hubungan sulit isteri Azmin, Shamsidar Taharin dengan Anwar serta penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual.

Surat layang Ummi Hafilda kepada Tun Dr. Mahathir pada mulanya dipandang sepi kerana dianggap sebagai dilakukan oleh musuh-musuh Anwar untuk menjatuhkan beliau.

Namun, kisah mengenai Anwar mengamalkan aktiviti homoseksual sampai juga ke telinga Tun Dr. Mahathir melalui beberapa pihak termasuk Ketua Polis, beberapa orang Menteri serta pembangkang sendiri (Mat Sabu) yang mula memainkan isu ini dan sehinggalah ke dalam parlimen (Karpal Singh).

Tun Dr. Mahathir mengarahkan siasatan secara senyap bagi mencari jawapan yang pasti. Sementara itu, Anwar yang telah menghidu bahaya mengarahkan Dato’ Pengarah Cawangan Khas (PCK) ke kediamannya pada 15 Ogos 1997 dan menyiasat surat layang tersebut. Pada 17 Ogos 1997, Ummi dan Azizan, iaitu mangsa liwat dalam kes ini telah ditangkap dan dibawa ke Bukit Aman.

Mengikut fail mahkamah Bilangan LF/T PCK(C) PENANGKAPAN UMMI HAFILDA DAN AZIZAN ABU BAKAR:

Kedua-dua tajuk telah ditangkap pada malam 17 Ogos 1997 oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah.

Memandang kan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ingin mengetahui perkembangan kes ini, maka Dato’ PCK dan saya telah diminta pergi ke kediaman beliau pada 18 Ogos 1997 di antara jam 0030 hingga jam 0100.

Di dalam pertemuan ini, Dato’ Seri Anwar telah dimaklumkan tentang rentetan penangkapan kedua-dua tajuk berkenaan. Dato’ Seri Anwar kemudiannya telah memberi arahan-arahan berikut:
  1.  kedua-dua tajuk tidak ditahan lama-lama. 
  2.  Mereka hendaklah ditemuduga supaya mereka takut dan menafikan tohmahan-tohmahan berkenaan; 
  3. Tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah. 
Amir bin Junus
A/SAC I T/PCK II AJ/MKHI Dato’ Amir Junus juga menyatakan bahawa beliau merasa pelik kerana Anwar tidak pula meminta mereka mendapatkan kebenaran tetapi sebaliknya mengarahkan mereka mendapatkan penafian dan menegaskan agar kes tersebut tidak sampai ke mahkamah.

Sebagai menurut perintah, Ummi dan Azizan kedua-duanya ditahan semalaman, ditekan dan dipaksa supaya menandatangani surat menarik balik segala pendedahan mereka dan mengaku sebagai telah memfitnah Anwar. Akhirnya mereka mengalah. Lalu surat penafian mereka dihantar kepada YAB Perdana Menteri dan Anwar menganggap kes tersebut sebagai selesai.

SAC Musa Hassan, bagaimana pun tidak menganggap kes tersebut selesai. Beliau yang terlibat dalam kes ini sejak 15 Ogos 1997 dan telah ditugaskan untuk mencari bukti di rumah Ummi dan Azizan telah terjumpa dengan beberapa dokumen lain.

Baginya, selagi kebenaran belum terserlah, kes tersebut tidak boleh dianggap selesai dengan hanya penarikan balik surat layang oleh Ummi dan Azizan.

Pada 2 September 1997, SAC Musa mengarahkan ASP Zull Aznam untuk memanggil semua saksi untuk tujuan mengambil kenyataan. Bagaimanapun, ASP Zull Aznam menelefonnya kembali dan memberitahu bahawa Anwar ingin berjumpa dengannya.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar mengarahkan agar siasatan dihentikan kerana menurutnya, YAB Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan dalam surat layang tersebut adalah fitnah dan kes tersebut dikira selesai.

Bagaimanapun, SAC Musa telah pun menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara dan ketika disoal balas mengenai hal ini di dalam perbicaraan, SAC Musa menjawab, “…saya tidak setuju bahawa tertuduh tidak mengarahkan saya untuk tidak menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara.” dan “Lima dokumen yang saya terima telah mempengaruhi saya untuk mencadangkan siasatan di dalam kes ini di NFA.

Saya bersetuju selepas meneliti kelima-lima dokumen yang saya terima, saya telah mengesyorkan siasatan dalam kes ini di NFA. Saya juga telah kemudiannya mengesyorkan kepada Peguam Negara untuk siasatan kes ini di NFA.

 Peguam Negara telah bersetuju di atas cadangan saya untuk NFA kes ini.” Bagi persoalan sama ada Anwar telah menyalah guna kuasanya ke atas pihak polis untuk

  1. mendapatkan pengakuan bertulis dari Azizan bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang oleh Ummi Hafilda, 
  2. mendapatkan kenyataan umum bertulis dari Azizan bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang oleh Ummi Hafilda, 
  3. mendapatkan pengakuan bertulis dari Ummi Hafilda bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang yang dibuatnya dan 
  4. mendapatkan kenyataan umum bertulis dari Ummi Hafilda bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang yang dibuatnya. 

Yang Arif Augustine Paul telah memutuskan seperti berikut:

 “Saya dengan ini berpuas hati bahawa pihak pendakwa mempunyai prima facie yang menunjukkan bahawa tertuduh, semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mempunyai kapasiti untuk melakukan korupsi dalam keempat-empat dakwaan yang dikenakan terhadapnya menurut s 2(I) dari Ordinan No. 22.” 

(Bersambung)
Sumber : email

Umi Hafilda Mengesahkan 'Aiskrim' Azmin Ali Di Cemari Bakteria E-Coli?



Mengikut satu kenyataan rasmi Azmin Ali sehari lepas, dia menafikan yang dirinya terlibat dalam 'projek aiskrim' sepertimana yang tersiar dalam banyak blog tika ini.

Logik jugalah penafian tersebut, selaku Timbalan Presiden PKR merangkap wakil rakyat bergelar Yang Berhormat tentu sahaja jatuh 'kemaluannya' bila terdedah foto-foto sedang 'jual beli aiskrim' sambil mengukur baju dan seluar dalam tandas.

Dalam tandas pula macam-macam bakteria ada; salmonella, serratia, shigella juga e.coli (sebutan: e-kolai, jangan salah sebut :)).

Takkanlah seorang yang berprestij, berpendidikan dan berjawatan tinggi seperti Azmin Ali tak pernah mengambil tahu soal kebersihan, ye tak? Masalahnya sekarang, rupa paras dari bawah sampai ke atas dah sahih serupa dengan tuan badan yang menafikannya.

Tengok kot manapun sama tiada beza walau sekelumit pun. Alasan segelintir pihak yang mendakwa ianya babun dua serupa, payah nak diterima akal. Kalau nak dikata fitnah, dari segi mana? Superimposed?

Barang tentu mustahil disebabkan foto tersebut asal usulnya di ekstrak (screen capture) dari beberapa video. Video pula diperolehi dari beberapa rakaman kamera tersembunyi yang tentu sahaja sengaja diletakkan oleh orang yang rapat dengan si empunya diri ataupun perempuan tersebut.

Maknanya, fikir kot manapun ianya melibatkan orang dalam yang mereka kenali. Bagaimanapun satu kepastian yang kita perolehi hari ini, pengesahan rasmi adik kandung Azmin Ali yang mengakui lelaki tersebut adalah abang kandungnya.

Perakuan Umi Hafilda ada meritnya. Adik kandung sendiri dah tentu mengenali abangnya. Jadi tinggal lagi sekarang yang ingin diketahui ramai adakah 'urusan jual belia aiskrim' itu berlandaskan hubungan halal ataupun haram.

Maksudnya suami isteri atau sebaliknya. Ikut pada logik, kalau dah laki bini buat apa bercemolot dalam tandas yang diketahui penuh dengan pelbagai bakteria yang membahayakan kesihatan. Tak gitu?

Apa-apa halpun kita tunggu ajalah apa langkah seterusnya dari Azmin Ali. Manalah tahu kot tetiba nanti dia buat sidang akhbar kata perutnya tak boroi, telinganya tak capang semata-mata untuk pertahankan diri  jangan pula ada yang gelak besar