Sabtu, 11 Februari 2012

20120209 Khir Toyo - Siapa dia itu Faekah ?



Faekah seorang lawyer yang gagal dalam perniagaan dan menagih simpati dalam kerajaan Pkr. Bila dah dapat kerja dia hanya pandai maki hamun kerajaan BN. Tugas Faekah hanyalah melalak seperti Rafizi Ramli yang kena buang dari Petronas

20120209 Khir Toyo PAS sudah hilang maruah

Semua peringkat pengundi penting tentukan kemenangan BN dalam PRU-13




Uploaded by ThePerakToday on Feb 10, 2012

Walaupun pengundi muda penting, Barisan Nasional (BN) Perak sama sekali tidak akan meminggirkan pengundi lain yang turut berperanan dalam menentukan kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata setiap undi yang diberi kepada BN adalah penting tidak kira samada daripada pengundi muda atau golongan yang telah melepasi had umur itu.

"Pengundi akan menjadi penentu termasuklah golongan muda terhadap kemenangan sesebuah parti pada pilihanraya tetapi kita tidak boleh menafikan hak pengundi lain yang telah berumur.

"Begitu juga soal pemilihan calon yang bertanding...tidak kira samada tua atau muda asalkan calon itu winnable candidate," katanya kepada pemberita di Manjung, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Exco Pemuda, Hishamuddin Yahya bahawa kemenangan 181 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihanraya umum akan datang bakal ditentukan oleh pengundi muda.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, BN negeri juga akur dengan kehendak rakyat yang telah menolak calon yang bertanding pada pilihanraya umum lalu.

"Kita perlu mendengar suara rakyat dan sekiranya calon itu ditolak rakyat, maka calon yang boleh menang dan disukai ramai perlu dipilih tidak kira samada tua atau pun muda," katanya.

20120210 Ustaz Kazim - Tolong jangan syok sendiri