Rabu, 5 September 2012

Agenda Pluralisme dan Liberalisme: PR Ingin Hapuskan Agama, Bangsa di dalam Kad Pengenalan


Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat baru-baru ini dilaporkan telah membuat ketetapan bahawa ruang bangsa dalam semua dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya akan diisi dengan perkataan Malaysia sahaja sekiranya mereka memerintah negara. Alasannya ialah untuk memastikan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

 Menurut laman Suara PR, khabarnya juga, PR turut bercadang akan menghapus kan ruangan agama dan jantina bagi memastikan tiada perbezaan atau diskriminasi ke atas mana-mana pihak.

Kita melihat bahawa rancangan PR ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menepati matlamat akhir perjuangan sebenar mereka iaitu menghapus kan status ‘bumiputera’ serta menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme total. Tindakan PR menerima baik malah menjulang para pejuang murtad dan LGBT seperti Ambiga dan yang seangkatan dengannya, sebagai wira dalam menentang kerajaan, adalah buktinya.

Dengan kad pengenalan baru tersebut, pastinya sukar untuk mengenal pasti pertukaran agama mahupun jantina seseorang. Bayangkan masalah yang bakal timbul jika jenazah seorang mualaf mungkin ditanam di perkuburan bukan Islam akibat tiada siapa dapat membuktikan agamanya. Atau bagaimana jenazah seorang yang menukar jantina akan disembahyangkan apabila segala-galanya menjadi keliru antara kejadian alam semulajadi dengan peraturan ciptaan manusia.

Dan bayangkan juga nasib kaum Melayu tanpa status bumiputera. Bagaimana agaknya peniaga-peniaga kita akan dapat bersaing dengan peniaga-peniaga Cina yang sedia mengawal ekonomi Malaysia? Apakah jaminan mereka tidak akan didiskriminasi oleh peniaga, pengedar dan pembekal dari kaum Cina? Bagaimana dengan anak-anak Melayu kampung yang miskin dapat menyaingi anak-anak bandar dan kaum lain dalam merebut peluang ke menara gading?

Bagaimana kita memastikan kaum Melayu yang rata-ratanya dari golongan pekerja dan pegawai kerajaan dapat mengimbangi jumlah penduduk di bandar-bandar besar jika tidak mampu membeli hartanah yang harganya menjulang tinggi?

Ini belum lagi dibincang kan mengenai senario kuasa politik yang sama kuat atau lebih berat di kalangan bukan Islam di dalam kabinet PR. Dengan tekanan dari ‘pejuang hak asasi’ seperti Ambiga dan angkatannya, bagaimana kita memastikan yang pihak yang lemah terbela serta tuntutan Islam terlaksana dalam setiap krisis yang membabitkan Melayu dan Islam?

Begitu banyak persoalan dan permasalahan yang bakal timbul dengan cadangan kad pengenalan baru PR ini. Tetapi, malang dan hairan sekali kerana PAS tidak pula membuat bising atau ‘berjihad’ menentang rancangan ini.

Walaupun terdapat keraguan dan rungutan dari beberapa pihak di dalam PR tetapi tiada tentangan keras, dan akhirnya tenggelam begitu saja.

Sewajarnya perkara ini tidak ditenggelamkan kerana ia bakal memberi impak yang besar kepada negara dan rakyat perlu menelitinya supaya tidak terngadah di kemudian hari. Begitupun, kita pasti, ramai dari kalangan penyokong PR sendiri yang musykil dan kurang percaya dengan laporan ini.

Tetapi, inilah yang disebut oleh pemimpin mereka dan ianya dilaporkan oleh laman web pro mereka. Oleh itu, ia perlu diambil serius oleh setiap seorang dari rakyat Malaysia. Jangan sampai tersilap memberi mandat kepada parti yang bertunjangkan liberalisme dan pluralisme. Jangan sampai kita menangis air mata darah andainya generasi kita yang akan datang menghadapi krisis agama, bangsa dan juga jantina.

Alasan perpaduan yang digunakan oleh PR sebagai asas cadangan kad pengenalan ini tidak boleh dipakai sama sekali. Ini kerana Rakyat Malaysia telah pun bersatu sejak berpuluh tahun lalu. Kalaupun ada cabaran yang menggoyahkan perpaduan dalam negara sebelum ini, ia tidak lain tidak bukan, datangnya dari parti pembangkang juga, seperti DAP pada 13 Mei dan PAS yang pada satu ketika menganggap kaum bukan Islam itu najis malah UMNO juga sebagai kafir.

Rakyat Malaysia kekal bersatu di bawah BN hari ini walaupun pihak pembangkang yang bertopengkan NGO terus berusaha menghancurkannya. Di bawah slogan 1Malaysia, rakyat Malaysia akan terus bersatu tanpa perlu menghapus kan identiti semulajadi di dalam kad pengenalan kita. Penentuan bangsa adalah penting bagi mengenal pasti keturunan, mengenal pasti penyakit dan sebagainya. Kepastian agama juga penting, walaupun ia bersifat spiritual dan bukannya fizikal namun ia wajib bagi menentukan struktur kehidupan dan kematian seseorang.

Jelas, penghapusan ruang agama, bangsa dan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak perlu sama sekali kerana ia bukan ramuan kepada perpaduan. Ia hanyalah penyamaran yang digunakan untuk pembangkang bagi melindungi matlamat sebenar iaitu sebagai platform kepada fahaman pluralisme dan liberalisme di negara ini.

Untungnya Rakyat Johor terutama Dun Pengerang



JOHOR GOVERNMENT OFFERS SPECIAL
HOME OWNERSHIP SCHEME FOR PENGERANG VILLAGERS


JOHOR BAHRU, Tue. (Sept 4, 2012): The Johor State Government is offering an exclusive home ownership scheme for the villagers whose houses are affected by acquisition for the proposed Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC).  

Director of Johor State Economic Planning Unit, Tuan Haji Elias Bin Hasran said families involved in relocation to be offered a new detached three-bedroom houses with land at substantially discounted prices.

Under this special home ownership package, four categories of houses will be offered with prices ranging from estimated RM120,000 to RM245,000 per unit.

However, affected villagers would only have to pay between RM35,000 and RM105,000  because of heavy State Government subsidy. They would be able to use the compensation payout from the State Government to offset the costs of owning these new houses.

All the new houses come with 6,000-square feet (sq. ft.) of land each, for which the villagers need to pay a nominal fee of RM1 only

Elias said in addition to the new houses, those who owned agricultural land would also be awarded two (2) acres of farm land at a minimum premium.

Land acquisition award hearings to ascertain government compensation for their acquired land and properties begins in Pengerang today. The public hearings will continue until Sept 14.

The affected families in these villages will be moved to a new resettlement area, Taman Bayu Permai in Kampung Dato Abdul Ghani Othman, within 15km radius of their existing villages. First phase of this relocation process will be on March 2013.

“The Pengerang home ownership scheme is a comprehensive programme designed to meet the needs and aspirations of all affected villagers,” he said, adding that new houses were not only affordable but would have full public amenities and services.

 “Ultimately our aim is to provide a comfortable, save and modern living environment for the people and raise their quality of living,” he stressed.   



The four categories of the houses are:

a)    RM120,000 detached unit with 750 sq. ft. of built-up space.
(KENANGA TYPE)
(For villagers with houses valued at RM10,000 to RM40,000)
They need to pay only RM35,000
State Government offering RM85,000 in subsidy.

b)    RM180,000 detached unit (1,000 sq. ft.)
(ANGGERIK TYPE)
(For villagers with houses valued at RM40,001 to RM75,000)
They pay only RM65,000
State subsidy - RM115,000.

c)    RM215,000 detached house (1,300 sq. ft.)
(CEMPAKA TYPE)
(For villagers with houses valued at RM75,001 to RM95,000)
They pay only RM85,000
State subsidy - RM130,000

d)    RM245,000 detached unit (1,600 sq. ft.)
(TERATAI TYPE)
(For villagers with houses valued above RM95,000)
They pay only RM105,000
State subsidy – RM140,000.

The state government will acquire a little over 20,000 acres of land in Pengerang for the development of the PIPC. About 6,300 acres of the area will be developed by PETRONAS for the Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) project, while 650 acres will be for Pengerang Independent Deepwater Petroleum Terminal, a JV between Dialog Group and Vopak and State’s SSI. These are the first two projects to be developed in PIPC. Future potential investors and supporting industries including light and supporting industries will take up the remaining land in PIPC.
-- Ends –



 Issued by Unit Media & Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor
For enquiries, please contact:
Saodi Mat Atar            – Mobile: +6 019 212 1190
Zulkifli Abd Rani          – Mobile: +6 012 - 319 7691
Ravindran R. Kutty    – Mobile: +6012 – 328 1567
   

PAS Anjing DAP

Auk Auk


Ya! selayaknya PAS cocok sekali digelar sebagai anjing DAP. Kenapa tidak? Banyak bukti, fakta dan realiti semasa semuanya menjurus kepada hakikat PAS adalah anjing kepada DAP.

Setianya menurut perintah si tuan dan patuh mendengar arahan lagak seperti anjing kurap hinggakan kawan sendiri pun tergamak diratah dan diterkam.

Malah prinsip perjuangan yang mendasari PAS sekian lama pun sudah tergadai, segalanya kerana mahu sesuaikan dirinya dengan kehendak dan kemahuan DAP.

Demi DAP dan disebabkan lemah kekuatan jati diri serta kurangnya penghormatan pada agama sendiri, PAS membiarkan saja kalimah suci Allah s.w.t diguna pakai oleh penganut Kristian.

Demi DAP dan disebabkan terdesaknya PAS berpaut pada kekuatan tuannya itu, akhirnya dibiarkan saja pub hiburan, rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh bagai cendawan selepas hujan di merata pelusuk negeri Selangor dan Kedah.

Demi DAP dan disebabkan bacul dalam mendepani kekuatan palsu DAP, pemimpin PAS mengorbankan Hasan Ali hanya semata-mata Hasan banyak terlibat dalam gerakan membasmi kegiatan maksiat dan rumah pelacuran.

Demi DAP dan disebabkan akal pemimpin PAS hanya sejengkal, satu demi satu orang Islam dibiarkan murtad sedang bila saja Jabatan Agama bertindak untuk membendungnya, jabatan agama itu pula yang PAS balun bertubi-tubi.

Demi DAP dan disebabkan rendahnya sensitiviti dalam diri pemimpin PAS, satu demi satu surau dan masjid menjadi lokasi untuk pemimpin Kristian DAP melaksana kan aktiviti politik termasuklah bersenamrobik dan memberi 'tazkirah' pada orang Islam.

Demi DAP dan disebabkan bangangnya PAS mengalahkan keldai, orang Melayu Islam yang dipecat oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dibiarkan sengsara begitu sahaja dek kerana perintah pemimpin DAP dianggap jauh lebih utama berbanding untung rugi nasib saudara seagama dan sebangsa.

Demi DAP dan disebabkan pemimpin PAS lebih setia akan pada tuannya DAP, di diam kan saja perancangan DAP yang mahu mengecilkan saiz kakitangan awam walau diketahui kesannya buruk pada masa depan ramai insan.

Demi DAP dan disebabkan PAS sudah selesa dibelai mesra oleh si harbi DAP, semua perancangan kerajaan pusat seperti BR1M, KR1M, KAR1SMA yang bermanfaat untuk rakyat dihentam diperlekeh kan semata-mata untuk menggembirakan hati tuannya DAP.

Demi DAP dan disebabkan PAS tidak cakna pemasalahan rakyat, nasib penduduk India Kampung Buah Pala dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan, sedangkan sebelumnya PAS jugalah yang menyokong janji pembelaan yang ditabur oleh sekutu utamanya.

Demi DAP dan disebabkan PAS sudah kemaruk dengan lamunan mimpi di puncak kuasa, PAS cuba ranap kan keharmonian perancangan FELDA dengan propaganda dan tipu daya fakta demi memenuhi cita-cita DAP yang mahu melihat FELDA hancur berkecai.

Demi DAP dan disebabkan pemimpin PAS kemaruk mengejar harta duniawi, banyak tanah milik Melayu dan Orang Asli di ali baba kan terutama sekali di Kelantan dan Kedah, semata-mata untuk mendapatkan komisyen bagi mengisi tabung parti dari Cina DAP dan Cina Singapura.

Demi DAP dan disebabkan longgarnya semangat persaudaraan sesama Islam, PAS lebih redha bersahabat baik dengan DAP untuk melemahkan kekuatan kuasa politik Melayu Islam yang sekarang ini masih diterajui oleh UMNO yang merupakan saudara seIslam dengan pemimpin PAS.

Demi DAP dan disebabkan taat setianya PAS pada perintah tuannya dari DAP, bekas Timbalan Presidennya sendiri mahu dihentam dan diperlekeh kan hanya semata-mata menyuarakan cadangan supaya PAS mengkaji semula hubungannya dengan DAP si harbi.

Demi DAP dan disebabkan pemimpin PAS hanya berminat memperalatkan Islam untuk kepentingan politik, hukum hudud yang sekian lama diperjuangkan akhirnya terpaksa di bakul sampahkan hanya kerana tidak mendapat kelulusan pemimpin DAP.

Demi DAP dan disebabkan PAS sudah lama sebati mempergunakan kesucian Islam demi parti, akhirnya dasar negara Islam yang berpuluh tahun dikendong keliling kampung di campak ke longkang konon katanya tiada dalam Al-Quran kini diganti dengan negara kebajikan semata-mata untuk memenangi hati pemimpin DAP.

Demi DAP dan disebabkan hidup mati PAS hanyalah mengejar kuasa duniawi dan bukannya demi ukhrawi, siang malam pagi petang sejak 1998 kerja PAS hanyalah mencuci tahi dan daki bagi menggilap dan membentuk imej suci si harbi DAP pada pandangan orang Melayu Islam.

Segala-galanya kerana DAP, ini semua bukannya lagi fantasi atau sekadar halusi nasi sebaliknya sesuatu yang hakiki. Bukankah ini semua sudah memadai sebagai bukti PAS adalah anjing DAP.

Masihkah lagi kalian redha memberi undi kepada PAS anjing DAP?

PR Punca Malaysia DiKategorikan Sebagai Negara Paling Biadab

perancang

pecacai

Sekali lagi, majalah popular Reader’s Digest telah mengadakan kaji selidik berkenaan adab dan kesopanan di 36 buah negara di dunia. Hasilnya, Malaysia yang mana ‘kesopanan dan kesusilaan’ termaktub di dalam Rukunegara, berada di tempat ke 34 sebagai negara paling tidak beradab.

Rasanya, kebanyakan rakyat Malaysia juga tidak terkejut dengan hasil kaji selidik tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah sama ada kita merasa malu atau mengambil ringan akan perkara ini adalah sesuatu yang wajar diperbahaskan.

Melayu yang mewakili majoriti rakyat Malaysia sebelum ini terkenal dengan sikap lemah lembut dan sopan santun. Bahasanya beralun indah, marahnya berlapik, peribadinya merendah, geraknya berlenggok lembut. Itulah Melayu – dahulu. Namun, semua ini hanya tinggal kenangan.

Alasan yang diberi apabila perkara ini di bangkitkan ialah ‘survival’ di era yang serba pantas dan canggih menjadikan sikap lemah lembut dan sopan santun tidak relevan lagi. Hujah ini tentulah tidak benar kerana bandar yang terpilih sebagai paling sopan di dunia ialah New York yang mana jauh lebih canggih, pantas dan maju. Kenapa New York iaitu sebuah bandar di negara Mat Saleh yang sering dipersalahkan kerana menyebarkan budaya kuning masih mampu mempertahan kan kesopanan dan kesusilaan penduduknya?

Apa yang lebih memalukan bagi Malaysia ialah kerana negara dikenali sebagai negara Islam contoh. Islam telah mengeluarkan manusia dari kehidupan jahiliah, membawa ketamadunan iaitu kesopanan, adat dan peraturan. Namun, semua ini langsung tidak terserlah dalam diri rakyat Malaysia, termasuk yang beragama Islam itu sendiri.

Masalah adab sopan mungkin tidak wajar dikaitkan dengan politik. Bagaimana pun, kita tidak dapat menafikan bahawa dalam keadaan di mana hampir 80% perkara yang berlaku di dalam negara ini pasti dikaitkan dengan politik oleh rakyatnya, maka pemimpin politik memainkan peranan penting dalam mewarnai sikap rakyat.

Tiada siapa dapat menafikan bahawa kepimpinan negara, Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai peribadi yang terpuji. Lahir dari keluarga yang terhormat, dididik dengan penuh adab sopan dan kesusilaan. Sifat terpuji beliau terserlah jelas dalam tutur kata dan gerak gerinya. Begitu juga dengan kesemua Perdana Menteri Malaysia atau pemimpin tertinggi UMNO yang terdahulu. Kesemua mereka mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik, dari keturunan yang baik-baik dan mempunyai keperibadian terpuji. Ini dapat dilihat dalam percakapan mereka yang lembut dan tenang tak kira di pentas politik, di persada dunia mahupun bersama rakyat jelata.

Pendek kata, peribadi sopan santun rakyat Malaysia yang sebelum ini kita amat bangga kan, adalah diteladani dari pemimpin kita. Dan sikap biadab rakyat hari ini tidak boleh dipersalahkan ke atas bahu kepimpinan negara, kerana Perdana Menteri kita jelas mewarisi kesopanan dan kesusilaan yang sama hebat dengan kepimpinan terdahulu dan dari susur galur keluarganya.

Justeru, kita wajar mencari di mana puncanya kebiadapan rakyat Malaysia.

Sedar atau tidak, hanya selepas lahirnya ‘Reformasi’ yang dibawa oleh Anwar Ibrahim maka rakyat Malaysia tiba-tiba terdedah dengan begitu meluas dengan kebiadaban. Kata-kata penghinaan, maki hamun, carut mencarut terhadap kepimpinan negara digunakan dan disebar secara meluas dan konsisten di alam maya, lalu dibawa turun ke padang dan kampung melalui pentas-pentas ceramah. Anwar Ibrahim sendiri terkenal berceramah dengan penuh emosi amarah, kebencian dan dendam kesumat.

Kemudian PAS juga turut menyemarakkan lagi budaya biadab ini dengan ceramah mencarut, mencaci dan menghina.

DAP yang sememangnya tidak pernah dididik dengan adab, menambah meriah kan lagi keadaan dengan ceramah yang menghasut dan membakar api perkauman.

Sejak itu, siri-siri demonstrasi dengan bersikap samseng dan memusnahkan harta benda awam pun bermula. Pihak berkuasa diperlekeh. Kepimpinan negara diperlekeh. Sikap hormat-menghormati pun terhapus sama sekali.

Tak kira yang bertudung, yang berjubah, yang berjanggut semuanya terkinja-kinja memekik-mekik kata-kata maki hamun sesama manusia dan sesama Islam. Lebih menggerunkan ialah mereka-mereka ini juga mendidik anak-anak mereka dengan sikap biadab yang sama.

Siapa yang boleh lupa insiden puak PAS menunjuk ‘anu’ kepada Puteri UMNO. Sedarkah kita bahawa semua ini tidak pernah berlaku di dalam pentas politik kebangsaan sebelum era Reformasi?

Di celah-celah itu juga, kumpulan LGBT tiba-tiba menyerlah kan diri secara nyata dan meningkat kan lagi kebiadapan ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu kelucahan melampau.

Akhirnya, biadab pun menjadi budaya. Memijak gambar, menghina bendera sendiri, mengutuk negara sendiri dan seterusnya menayang punggung di dalam konsert dan di dalam demonstrasi adalah lanjutan dari budaya biadab yang terus dipupuk dan dibaja oleh pemimpin pembangkang. Rakyat kononnya diseru mereka agar ‘mengekspresi’ diri tetapi apa yang diekspresikan ternyata hanyalah kemarahan, kebencian, dendam yang tidak berasas dan tidak berkesudahan akibat terpengaruh dengan momokan pembangkang.

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat adalah bertanggung jawab dalam mencetus, menyebar, memperkukuh dan meningkat kan budaya biadab di kalangan rakyat Malaysia.

Sekiranya Malaysia ingin menebus malu berkaitan kaji selidik Readers’ Digest yang menampilkan kita sebagai negara paling biadab, maka PR perlulah ditenggelamkan agar kemurnian budaya beradab sopan rakyat Malaysia dapat dipulihkan.

Abby Abadi hina orang tak takut dosa ker?

Abby Abadi sejak bertaraf janda dan sejak jadi ahli Pas nampaknya semakin tak semiaq. Bercakap merapu, bertindak seperti dia sorang yang pandai dan berilmu.

Kononnya takut dosa, tetapi buat benda-benda keji.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.