Akhir-akhir ini, umat Islam di Malaysia sering diasak dari berbagai arah. Semakin hari asakan itu semakin hebat. Bermula dari sekecil-kecil provokasi di laman sosial peribadi sehinggalah ke persembahan di youtube dan kemudiannya ke peringkat antarabangsa, melalui tuntutan COMANGO.
Tuntutan COMANGO dilihat sebagai cabaran paling hebat kerana ia merangkumi undang-undang atau 'cara hidup' kita sebagai umat Islam. Antaranya, ialah ia mencabar undang-undang yang tidak membenarkan seorang Islam murtad, menggesa kita menerima seks songsang sebagai hak asasi manusia dan juga menghapuskan hak istimewa bumiputera.
Entah kenapa, kehidupan kita selama ini yang aman makmur dan berperaturan menjadi masalah bagi sesetengah sesetengah pihak. Pihak ini ingin melihat Malaysia 'lebih terbuka' katanya, dan segala undang-undang ini hanya membantutkan kemajuan kita.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana penerimaan seks songsang dapat membantu kita menjadi maju.
Sebagai respon, sekumpulan peguam Islam telah bertindak menghantar wakil untuk mempertahankan undang-undang ini bagi pihak Malaysia, di PBB.
Sebagai parti pembangkang yang memakai nama Islam, PAS juga turut sama mengecam COMANGO dan menyokong peguam Islam tersebut.
Bagaimanapun, dari satu sudut, tindakan PAS ini dilihat sebagai tidak konsisten serta tersasar dari perjuangan parti pembangkang itu sendiri. PAS seolah-olah lupa atau tidak sedar bahawa sekutunya iaitu PKR dan DAP turut memperjuangkan perkara yang sama dengan COMANGO.
Malah, PAS juga pada suatu ketika turut menjadi burung kakak tua mengajuk PKR dan DAP, terutama dalam isu 'hak istimewa bumiputera'. Menurut PAS, dasar membela bumiputera atau Melayu adalah bersifat assobiyah, tidak adil dan perkauman serta wajib ditolak.
PAS juga telah memilih untuk berdiam diri ketika isu murtad menjadi hangat di sini, dan PAS sehingga ke hari ini terus terbuka menerima seorang pelaku seks songsang sebagai Ketua Pakatan Rakyat.
Justeru, kita lihat tentangan dan kecaman PAS terhadap COMANGO hanyalah hipokrasi di tahap tertinggi.
Sekiranya benar PAS menentang apa yang dituntut COMANGO, maka mereka seharusnya menentang DAP dan PKR terlebih dahulu. Tiada makna PAS menentang COMANGO jika di masa yang sama bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk berkuasa. Tidakkah PAS tahu bahawa sekiranya PR memerintah, DAP dan PKR akan memastikan segala tuntutan COMANGO dilaksanakan juga?
Hakikatnya, kewujudan COMANGO iaitu NGO-NGO yang menentang undang-undang yang berlandaskan Islam serta mempertahankan bumiputera adalah bertitik tolak dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR juga. Kelantangan pihak ini akhir-akhir ini adalah berkaitan dengan sikap PAS yang gemar berdolak dalih dan tidak konsisten serta tidak bersungguh-sungguh menentang mereka. Sedar atau tidak, PAS secara tak langsung, telah beberapa kali membayangkan yang parti itu berdiri teguh di belakang NGO-NGO yang membentuk COMANGO itu.
Ini kerana personaliti-personaliti yang membentuk COMANGO adalah juga personaliti yang menerajui SUARAM, BERSIH dan beberapa NGO lagi yang terkenal sebagai 'tangan' PR untuk menekan kerajaan. PAS tidak mungkin dapat menafikan bahawa parti itu menjadi penyokong kalau pun tidak bekerjasama dengan NGO-NGO ini untuk menentang BN dan UMNO dalam isu-isu tertentu.
Dari situ, kita lihat kaitan NGO yang membentuk COMANGO dengan PKR atau DAP dan juga PAS sudah tidak dapat disangkal lagi.
Justeru, sebagai sekutu kepada PKR dan DAP dan bergerak pula di bawah satu pakatan, iaitu Pakatan Rakyat, maka PAS sebenarnya sedang bersubahat dengan COMANGO. Tindakan PAS menafi dan berpura-pura menentang COMANGO hanya menyerlahkan sifat munafik parti itu.
Sudahlah bersubahat dengan penentang Islam, PAS mengambil pendekatan munafik pula. Apakah layak PAS terus mendabik dada sebagai parti Islam?
Mungkin sudah sampai masanya untuk PAS menurut sahaja saranan Karpal Singh iaitu membuang nama Islam dari parti dan bergerak secara jujur sebagai rakan subahat kepada kafir harbi dan LGBT.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan