Jumaat, 7 September 2012

Pekerja Kilang Sardin Mafipro Piket

PIKET PEKERJA KILANG MAFIPRO SDN BHD, LOT 103, JALAN PERUSAHAN 3, KAWASAN PERINDUSTRIAN KAMUNTIN YG BRLANGSUNG SEBENTAR TD, DISEBABKAN PIHAK MAJIKAN ENGGAN MEMULAKAN RUNDINGAN COLLECTIVE AGREEMENT (CA)
**PERSOALANNYA SIAPAKAH YG DPT MEMBELA NASIB PEKERJA YG MAJORITINYA BERBANGSA MELAYU INI.....

Berita selanjutnya akan menyusul kemudian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bagaimana USA menguasai ekonomi dunia

Salam semua

Kita kena faham bagaimana ekonomi dunia berfungsi

Utk faham macam mana ekonomi berfungsi kena Tau bagaimana duit dicipta. Kita hanya tau guna duit

Duit sebenarnye adalah hutang di mana value nye Akan sentiasa jatuh. Impak kepada rakyat jelata Ialah INFLASI

semua matawang dunia berteraskan US Dollar

Kenapa berasaskan USD?

Ini kerana utk membeli minyak semua negara Mesti membayar menggunakan USD

Ini membuatkan US menjadi kuasa ekonomi
Dunia kerana semua negara "berhutang" kpd
US

US hanya perlu "print" duit utk beli minyak
Dan barangan import

Lelain negara terpaksa berkerja keras. 
Menukar titik peluh dgn USD

Ekonomi dunia akan merudum dan INFLASI
akan terjadi lebih teruk pada 2013 n fwd

Kenapa jd demikian? Ini kerana US telah
Print byk sgt duit utk selamatkan bank2 mereka

Menjadikan matawang US jatuh

So pelabur2 yg kaya transfer duit dr sekuriti
Hutang kerajaan US ke komoditi spt minyak
Dan  emas. Nape diarang labur ke komoditi?
Utk pastikan value duit mereka x jatuh spt
USD

Ini menyebab harga minyak n emas naik
Tgk sahaja harga minyak n emas semasa

Tgk sahaja ngn greece n spain. IMF 
Mengenakan tindakan cost cutting 
Spt mana yg mereka cuba laksanakan
Ke atas malaysia pada 1998

Alhamdulillah kerajaan malaysia bijak
Menangi. Masalah tersebut kalo tidak
Akan jd rusuhan kerana rakyat hidup
Menderita

Utk mengetahui lebih lanjut mengenai
Ini bacalah buku web of debt

Www.webofdebt.com

X rugi beli buku ni. Insya Allah dr situ
Anda dpt agak sapa yg kuasai ekonomi 
Dunia yg sebenar. Kerajaan dunia hanyalah
Boneka disebalik tangan yg berkuasa


Tq
Wan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sekiranya Amoi sin Yee buka seluar

PR bernasib baik hanya Muhammad Ammar yang menjadi luar kawalan sehingga sanggup membuka seluar dan menunjuk punggung pada malam sambutan Hari Merdeka tempoh hari. Apa agaknya akan terjadi jika si nyonya berbaju BERSIH atau amoi, Sin Yee juga turut berbuat yang sama?

Tentu semakin meriah dan 'bersemangat' jadinya himpunan Janji Demokrasi pada malam itu. Reformasi yang dilaungkan akan lebih kuat dan silap-silap semua peserta yang terlibat akan turut melakukan perkara yang sama, iaitu membuka seluar. Mahu tumbang juga kerajaan dibuatnya jika ini berlaku kerana pihak berkuasa menjadi bingung dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana pandangan mereka terganggu.

Nasib baiklah perkara ini tidak terjadi dan Sin Yee hanya memakai seluar ketat jarang sambil memijak gambar Dato' Seri Najib, tanpa membukanya. Jika tidak, tentu jenuh puak-puak PAS mencari ayat untuk menghalalkan tindakan tersebut kalaupun tidak turut sama.

Sekarang pun, kita lihat walaupun Tok Guru Nik Aziz juga mengecam tindakan tak senonoh peserta himpunan Janji Demokrasi tetapi penyokong-penyokong PAS di laman-laman sosial dan media pro-PR seolah-olah 'keberatan' untuk turut mengecam tindakan tersebut. Kebanyakan mereka mengambil sikap 'malu alah' dan enggan mengulas lanjut mengenai insiden buka seluar. Sebaliknya, mereka cuba mengalihkan topik atau perhatian ke arah lain sekiranya perkara ini dibangkitkan oleh pihak lawan.

Kita tahu bahawa adalah tidak mustahil jika Sin Yee benar-benar membuka seluar dengan diikuti oleh sebahagian besar peserta lain, maka PAS akan terpaksa juga membela tindakan tersebut dengan apa jua cara. Mungkin juga akan timbul ayat baru yang mengatakan berkelakuan tidak senonoh itu adalah dibolehkan jika ianya bertujuan menentang pemerintah yang zalim atau sebagainya.

Sekarang pun, ada pihak Pakatan Rakyat yang membela Ammar sambil mengutuk ibu bapa Ammar sebagai mengkhianati anak sendiri kerana menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Ini adalah sama seperti yang berlaku dalam kes 'mencarut' apabila Tok Guru Nik Aziz mempertahankan buku Shit, tulisan Shahnon Ahmad yang penuh dengan kata-kata mencarut di tahap tertinggi terhadap pemimpin negara. Alasan Nik Aziz ketika itu ialah 'Allah juga mencarut', dan diberikan contoh iaitu ungkapan 'celakalah mereka' di dalam Al-Quran.

Kita tidak hairan jika alasan ini diberikan oleh Nik Aziz kerana kita pasti, beliau gagal dalam peperiksaan Bahasa Malaysia apabila tidak dapat membezakan 'mencarut' dengan perkataan keras untuk menekankan kemurkaan Allah S.W.T terhadap umat yang engkar di dalam Al-Quran.

Nasib baik kali ini Nik Aziz tidak turut membela tindakan Ammar tetapi mengecamnya. Nasib baik sekali lagi Sin Yee tidak berbuat yang sama, kalau tidak belum tentu lagi apa pendirian Nik Aziz mengenainya. Mana tahu mungkin beliau akan memberi alasan yang Sin Yee adalah bukan Islam maka tindakan sebegitu tidak harus dipertikai semata-mata untuk menjaga hati DAP?

Lagipun, bukankah DAP yang bertungkus lumus membela Sin Yee dan telah nampak jelas yang mereka sedang berusaha untuk mempolitikkan kebiadaban Sin Yee sebagaimana mereka mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock? Sin Yee kini cuba dijadikan 'hero' hanya kerana tangannya digari ketika ditangkap.

Apakah Nik Aziz akan turut meng'hero'kan Sin Yee?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Dana Suara Inisiatif: Wisma Putra Mahu Penjelasan Duta Jerman

KUALA LUMPUR – Wisma Putra akan memanggil Duta Besar Jerman ke Malaysia
untuk memberi penjelasan berhubung penyaluran dana kepada Suara Inisiatif
Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia merasa kurang senang dengan tindakan Kedutaan Jerman itu menyalurkan dana kepada NGO yang diketahui mempunyai agenda politik tertentu.

"Tindakan Kedutaan Jerman ini boleh disalahtafsir sebagai mencampuri
urusan dalaman sebuah negara berdaulat," katanya dalam satu kenyataan di
sini Khamis.

Semalam, Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Guenter Georg Gruber mengaku
kedutaan itu menyalurkan dana kepada syarikat berkenaan bagi membiayai
inisiatif-inisiatif projek spesifik.

Anifah berkata Malaysia juga amat kecewa dengan penglibatan Kedutaan Jerman dalam aktiviti yang menunjukkan kecenderungan mereka terhadap sesetengah isu yang mempunyai implikasi ke atas situasi domestik Malaysia kerana kedua-dua negara itu adalah rakan dua hala penting dan mempunyai hubungan mesra serta kerjasama erat dalam pelbagai bidang.

"Kedutaan-kedutaan asing seharusnya peka terhadap sensitiviti di negara
tuan rumah dan bagaimana hubungan yang baik dapat dijalin dan dikekalkan,"
katanya.

Sementara itu, siasatan awal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati
wujud transaksi dana antara Suara Inisiatif, yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan Suaram.

SSM turut dikritik beberapa NGO atas dakwaan gagal bertindak terhadap
Suaram, yang antara lain mengaku menerima dana dari negara-negara asing berikutan laporan bahawa Suaram bukan sebuah NGO tetapi sebuah syarikat, iaitu Suara Inisiatif Sdn Bhd. – BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cops shot dead 4 robbers in shootout

IPOH: Police shot dead four robbers in a shootout at Taman Meru 2C here earlier today.

Perak police chief Deputy Commissioner Datuk Mohd Shukri Dahalan said the shootout occurred at 2am after a team of policemen chased the robber's Proton Wira Aeroback for about 30-minutes before they managed to stop them.
 
"Earlier, a special task team, which was set up to track the gang managed to locate them in Meru, Jelapang. 
 
"The suspects sped off after police tried to stop them, and when they were cornered, the two suspects at the front of the car fired several shots towards the police," he told a press conference today.
 
He said the other two robbers at the back seat tried to attack the police team with parangs.
 
"The police have to returned fire, killing all of them on the spot. The criminals were believed to be foreigners who were involved in 15 cases of armed robberies in Ipoh and its surrounding areas," hesaid.
 
Mohd Shukri said the latest victim of the robbers was a Japanese couple who was robbed at their Meru Valley Golf Resort rented home yesterday.
 
He added that police recovered a revolver, a pistol,  three parangs, three laptops, five handphones and cash in various currencies from the dead robbers.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bintulu Daif?

Kerana dua perkataan sahaja Nurul Syuhada Nurul Ain pengacara comel Majalah TV3 meletakkan jawatan.

Beliau kini bertudung dan telah berkahwin berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi

Ain dilihat bertanggung jawab dan sanggup melepaskan jawatan yang menjadi idaman setiap wanita yang berkelulusan Mass Com.

Bintulu satu ketika dahulu hanya sebuah bandar kecil yang dibina menggunakan kayu sahaja. Kini telah menjadi bandar moden dan bandar ini dahulunya dikenali sebagai bandar pembalakan kini menjadi bandar gas asli dan baja urea.

Ia menjadi pemangkin kepada kemajuan bandar ini, ramai orang luar telah berhijarah dan menetap di bandar ini. Perumahan yang dahulunya amat terhad kini berlebih-lebihan.

Harga rumah juga melambung tinggi dan kini sebuah teres berkembar boleh mencecah setengah juta ringgit dan tetap laris.

Bagaimanapun terdapat beberapa lokasi yang benar-benar daif, iaitu beberapa kawasan setinggan terutama yang berada dihujung bandar, rata-rata adalah penduduk Melayu dan bumiputra.

Kebanyakan rumah mereka memang daif, rumah lama yang banyak sudah buruk dan rosak tidak dibaiki tetapi terdapat pemiliknya sudah berpindah ke kawasan perumahan baru dan rumah disewakan kepada orang lain termasuk kepada pekerja asing.

Satu lagi yang menyakitkan mata ialah kawasan setinggan yang dibina oleh bekas buruh yang bekerja dengan projek pembangunan Tanjung Kidurung. Setelah selesai semua projek mereka masih menetap di dalam pondok-pondok buruk dan enggan berpindah walaupun ditawarkan tanah atau perkampungan tersusun kepada mereka.

Mereka kebanyakan adalah dari kumpulan etnik Iban yang datang dari daerah lain.

Cuma satu sahaja sikap penduduk yang kurang menyenangkan dimata pelancong. Sikap buruk itu ialah terdapat segelintir penduduk yang suka kencing dimerata-rata tempat. Amalan ini tidak berubah sejak tahun 70an lagi.

Sebuah bandar lain yang masih ada penduduk bersikap begini ialah di Miri.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penduduk Kubu Gajah bantah penternakan ayam yang hampir kawasan mereka

Penduduk Kubu Gajah Selama membantah dan telah mengadakan satu demontrasi di hadapan pusat penternakan ayam daging di Kubu Gajah Selama Perak.

Menurut pengirim email yang tak mahu namanya disiarkan menyatakan pusat penternakan tersebut diusaha oleh seorang tauke cina yang datang dari luar kawasan, beliau menyewa tanah dari seorang pemilik melayu yang juga bukan penduduk tempatan.

Harap pihak Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan dapat membuat pemeriksaan dan menjelaskan samada wajar atau tidak pusat tersebut.

Penduduk membantah, selain bau busuk ia juga menyebabkan kawasan Kubu Gajah diserang lalat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gangnam Style menyesatkan dan mencela Islam

Korea sedang Menjatuhkan Islam di Seluruh Dunia dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! Lagu dan Style tu Menghina Nabi Muhammad SAW...

~Astaghfirullah Al-Azim~
Lirik Lagu tu ada yang Bermaksud
"Konon ada Binatang BURROQ",
"Konon boleh Sampai Langit ke-7"
Kan Baginda naik ke Langit menggunakan BURROQ???

~Penyanyi itu juga buat Style Silangkan Tangan dia, kan tanda Salib tu???... Even Baginda pernah Cakap, BURROQ tu Sangat Laju dan tak sama dengan Riding Kuda, jadi Penyanyi itu terpaksa Silangkan tangan untuk Grip Kuat Style Kuda tu...

Korang Perasan tak???
Boleh Membawa kepada Murtad!!!
Sebar kn...

#Aku tak peduli Bende nih Sahih ke tak, yang aku tahu, aku Sayangkan Agama aku ISLAM!!!
~Kalau korang nak marah aku broadcast bende nih, aku tak kesah, cuma aku taknak diPersoal kat Akhirat nanti. Daripada layan benda " OGS " baik layan lagu yang korang tahu maksudnya kan?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas terdesak mencari sokongan orang Cina

Pengundi Islam wajib mengundi calon Islam dan haram mengundi calon bukan Islam.

Ini kerja repair tokong cina tak haram ker?

Pas jelas dan terang-terang telah menggadaikan prinsip asal parti. Dalam majlis tersebut 5 ekor babi telah dikorbankan untuk tetamu.

Takebeer!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengajaran dari dua remaja yang memijak gambar PM


















Insiden memijak dan menghina gambar Perdana Menteri boleh dikatakan selesai dalam tempoh kurang seminggu. Dua remaja telah berjaya ditahan oleh pihak polis, remaja lelaki pelajar IPTS ditahan di Cheras dan gadis cina telah menyerah diri di balai polis Johor Bahru. Kedua-dua remaja ini adalah berasal dari negeri Johor.

Ada beberapa pengajaran yang kita perolehi daripada insiden tersebut.

Ia telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang sayangkan pemimpin negara dan menurut polis, hampir 200 laporan telah dibuat oleh orang awam dalam tempoh 5 hari terhadap isu tindakan biadab peserta demo Janji Bersih pada malam merdeka.

Kedua ialah ia menunjukkan betapa rasisnya sikap Dap yang hanya membela gadis cina sewaktu beliau menyerah diri di Balai Polis Sentral Johor Bahru, gadis 19 tahun yang mengaku seorang model sambilan hadir ke sebuah balai polis di Johor Bahru ditemani pemimpin DAP, termasuk Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Timbalan Pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez

Sikap rasis Dap yang hanya membela kaum Cina jelas dilihat dalam kes Muhamad Amar remaja dari Batu Pahat pelajar kolej IT di Hulu Selangor, tidak ada langsung kelibat pemimpin Dap untuk membela atau memberi sokongan moral seperti yang dilakukan mereka terhadap gadis cina tersebut. Bahkan tidak ada muka pemimpin Pas atau Pkr yang tampil memberi sokongan moral kepada Amar.

Ketiga ialah pengaruh negatif yang bersarang dalam jiwa kedua-dua remaja tersebut, kedua-duanya berusia 19 tahun dan dilahirkan pada 1993. Ia menunjukkan kedua-dua anak ini lahir di zaman kemewahan, zaman negara sedang bergerak maju menuju wawasan 2020, zaman IT dan juga mereka membesar di zaman reformasi anjuran Anwar Ibrahim yang bermula dari tahun 1998[ ketika itu remaja ini berusia 5 tahun, masih naive ].

Tahun 2010, kedua-dua remaja ini berada dalam alam persekolahan di tingkatan 5. Jadi sejak usia 5 tahun dan sehingga 19 tahun, remaja ini disogok dengan segala macam info yang memburuk-burukkan kerajaan dan puncaknya ialah mereka hilang pertimbangan dan sanggup bertindak diluar batasan.

Apakah faktor pengaruh kawan-kawan yang hanya seronok bersuka ria di malam ambang merdeka sehingga mereka lupa diri atau mereka sememangnya mempunyai niat untuk keluar pada malam itu kerana bencinya mereka terhadap pemerintah dan menunjukkan sokongan kepada pihak pembangkang.

Jika di dalam jiwa remaja ini tertanam satu kebencian terhadap kerajaan ianya bermula dari mana, dari tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah atau diperingkat IPT, atau melalui pembacaan mereka di alam cyber. Kesemua elemen ini boleh mempengaruhi minda kedua-dua remaja ini kerana dalam institusi tersebut terdapat ramai mereka yang anti kerajaan atau anti establisment.

Oleh itu wajarlah jika dikatakan dasar pendidikan sebelum ini dilihat gagal mendidik remaja atau lebih kerap disebut generasi Y. Hari ini satu dasar pendidikan baru sedang di peringkat pendengaran awam dan selepas ini satu dasar pendidikan baru akan mengambil tempat dalam membentuk semua generasi atau rakyat Malaysia.

Dasar baru hendaklah berpusat kan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan tetapi melahirkan seorang insan yang tahu bersyukur, tahu dan mengenal sejarah negara, tahu akan disiplin, nilai moral, akhlak yang baik dan lebih utama bebas diri dari pengaruh Syiah, komunis dan segala macam ancaman dalam bentuk baru hari ini termasuk LGBT dan sebagainya.

Tun Mahathir semasa pentadbirannya telah memperkenal kan pelbagai pendekatan untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang mempunyai nilai-nilai yang baik tetapi semuanya telah digagalkan dan dirosakkan oleh pengkhianat negara yang bermula dari zaman Hadi Awang, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, kini usaha mereka disambung oleh Tian Chua, Rafiz Ramli, Mat Sabu dan ramai lagi termasuk juga dari generasi Y seperti Adam Adli dari kumpulan mahasewel.

Kini wujud satu fenomena terbaru dimana anak-anak bangsa [Gen Y] tidak berminat untuk bekerja dengan kerajaan atau swasta sebagai bidang profesion mereka dalam dunia pekerjaan. Mereka dikesan lebih berminat untuk menyertai badan-badan NGO yang lebih berhaluan kiri atau anti-establishment.

Kita tahu bahawa NGO yang banyak di negara kita telah mendapat bantuan dan sokongan luar dan pendedahan telah dibuat satu ketika dahulu bahawa gaji dan upah yang tinggi menyebabkan mereka lebih berminat ke arah itu. Apa tidaknya, jika seorang graduan bekerja dengan kerajaan atau swasta mereka akan menerima kasih sekitar dua ribu ringgit sebulan tetapi dengan menyertai NGO mereka menerima gaji atau upah dua ribu dolar. Justeru demi wang dan kemewahan hidup mereka sanggup menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.