Isnin, 7 Oktober 2013

Tahaluf Siyasi:  Perang Antara Ulama PAS Bermula

 
PAS yang kita ketahui, telah lama terbahagi dua iaitu antara kumpulan Ulama dan Anwarinas.  
 
Namun, hari ini 'pembahagian' ini semakin rumit kerana kumpulan Ulama PAS sendiri juga turut terbahagi dua di mana satu kumpulan cenderung menyokong Anwarinas, dan satu kumpulan lagi kekal membawa prinsip konservatif  PAS yang asal.
 
Apa yang menarik ialah kumpulan Ulama yang 'mesra' Anwarinas itu juga merupakan golongan Ulama yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti, termasuk Presiden dan Mursyidul Amnya.  Timbalan Presidennya yang terkenal dengan skandal dengan isteri orang pula turut terkenal sebagai anjing suruhan DAP, selain pengamal ajaran Syiah
 
Dengan barisan kepimpinan yang sebegini rupa maka, tidak hairanlah PAS menjadi haru biru dan bercelaru. 
 
Sebenarnya, akar umbi PAS, dan mungkin sebahagian dari umat Melayu di Malaysia, sedikit sebanyak tetap menaruh harapan kepada PAS sebagai pembangkang yang berlandaskan Islam, untuk menjadi 'pengimbang' kepada kuasa kerajaan. 
 
Kewujudan PAS seharusnya mampu memastikan pentadbiran negara tidak terkeluar dari landasan dengan membuat teguran dan bangkangan apabila ada keperluan.  Maka, kepada Ulama-ulama peneraju parti PAS, diletakkan kepercayaan bagi melaksanakan tanggungjawab ini, iaitu mempertahankan agama yang digariskan sebagai hala tuju parti. 
 
Malang sekali, Ulama-ulama PAS berpolitik bukan untuk mempertahankan agama tetapi untuk berkuasa. 
 
Di sinilah bermulanya kecelaruan PAS iaitu apabila Ulama sendiri sanggup bekerjasama dengan pendokong liberalisasi dan pluralisme demi kuasa.  Malah, mereka juga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi komunis yang cita-cita utamanya ialah untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara ini serta membuka ruang dakwah yang luas kepada Kristian.  
 
Ulama-ulama peneraju PAS penyokong Anwarinas ini percaya bahawa kesepakatan dengan kumpulan harbi, komunis, syiah, pluralis dan liberalis ini akan membatu mereka berkuasa. Kesepakatan ini disandarkan kepada konsep Tahaluf Siyasi bagi memberi gambaran 'Islam' agar dihalalkan oleh ahli-ahlinya. 
 
Dan kemenangan 4 negeri oleh pakatan ini pada PRU 2008 dijadikan sebagai pembakar semangat untuk PAS terus mengutamakan politik daripada agama. 
 
Tanpa PAS sedar, 'tahaluf siyasi' walaupun telah menguntungkan Pakatan Rakyat, ia telah sebenarnya merugikan PAS.  Buktinya, PRU 2013 menyaksikan bagaimana PAS mendapat undi tercorot berbanding rakan-rakan lain di dalam pakatan. 
 
Keputusan yang corot ini memberi kekuatan kepada sekumpulan Ulama di dalam PAS untuk bangkit mempersoalkan  hala tuju parti.  Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara yang pertama bersuara mendesak agar tahaluf siyasi dikaji semula.  Peneraju parti, yang juga merupakan kumpulan Ulama iaitu Datuk Seri Hadi Awang, bagaimanapun membuat kenyataan untuk terus berpaut kepada PKR dan DAP biarpun mereka masing-masing terbukti sebagai penyokong LGBT dan kafir harbi. 
 
Justeru, perang antara Ulama PAS ini terus berjalan selama beberapa bulan tanpa penyelesaian.  Harun Taib dikatakan turut disokong oleh Harun Din, Ustaz Nasha dan beberapa Ulama muda lain.  Bagaimanapun, suara mereka tidak begitu kuat memandangkan Ulama di peringkat tertinggi iaitu Hadi Awang dan Nik Aziz masih berdegil ingin terus bertahaluf siyasi dengan siapa sahaja, biar syaitan sekalipun, asalkan bukan UMNO. 
 
Nampaknya kepimpinan tertinggi PAS sudah dirasuki roh Anwarinas dan mula merasa selesa dengan ide-ide liberalisme, pluralisme.  Ini tentulah tidak mengejutkan memandangkan mereka juga turut mengiktiraf Syiah.   
 
Oleh itu, hala tuju PAS kini cukup misteri.  Akibatnya, ahli-ahli PAS sendiri dilihat sebagai membawa fahaman, hujah dan pendapat sendiri dalam mempertahankan parti yang mana sebenarnya tidak menepati fahaman, hujah dan pendapat pemimpin atasan mereka.   
 
Setakat ini, Hadi Awang dan Nik Aziz jelas tidak sanggup 'bercerai' dengan Anwar dan Lim Kit Siang. Mungkinkah Ulama-ulama ini enggan meminta cerai kerana bimbang akan hilang 'wang saraan'?  
 
Tanpa sebarang keputusan tuntas mengenai tahaluf siyasi, sokongan terhadap PAS akan terus merosot.  Namun, itu bukan soal besar.  Soal yang lebih besar ialah ummah akan terus keliru dan bercelaru akibat Ulama-ulama yang haru biru. 
 
Soal ini adalah lebih penting dan jika benar ada Ulama-ulama di dalam PAS yang serius ingin membuat pembaikan, maka mereka perlu melakukan tindakan drastik iaitu memilih untuk dipimpin Ulama Anwarinas, atau bangkit dan memimpin parti sendiri.  Jika itu tidak dapat dilakukan, maka adalah wajib bagi mereka untuk meninggalkan ulama-ulama yang sesat itu, sekali gus menyelematkan ummah dari terus terpesong.  Keputusan di tangan masing-masing, untuk dibawa ke kubur masing-masing. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berikut adalah keputusan muktamad jumlah perwakilan Pemilihan UMNO 2013.

Jumlah calon peringkat pusat

Pengerusi tetap 1 calon (menang tanpa bertanding)
Majlis tertinggi -62 orang calon
Timbalan Pengerusi tetap – 3 orang calon
Presiden – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden – 1 calon (Menang tanpa bertanding)
Naib Presiden – 6 calon
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 3 calon
Timbalan Pengerusi Tetap – 5 calon
Ketua Pergerakan Pemuda – 5 calon
Naib ketua Pemuda – 4 calon
Ahli Jawatankuasa Pemuda – 77 calon
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalam Pengerusi Tetap – 2 calon
Ketua Pergerakan Puteri – 2 calon
Naib Ketua – 3 calon
Ahli Jawatankuasa – 30 calon
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi tetap – 2 calon
Ketua Wanita UMNO – 3 calon
Naib Ketua – 3 calon (Seorang telah menarik diri iaitu datuk Hamidah Osman)
Ahli Jawatankuasa – 44 calon
Jumlah keseluruhan calon 260 orang

Peringkat Bahagian
Pengerusi Tetap Bahagian – 302 calon (muflis – 6, tarik diri – 9)
Pengerusi Tetap Pemuda 309 calon (tarik diri – 11)
Pengerusi Puteri – 222 calon (tarik diri – 1, disiplin – 1)
Pengerusi Tetap Wanita – 238 calon (tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi tetap bahagian – 330 calon (muflis – 2 tarik, diri – 1)
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda – 305 calon (muflis – 5, tarik diri – 13)
Timbalan Pengerusi Tetap Puteri – 209 calon (muflis – 2, tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi Tetap Wanita – 227 calon (muflis – 1)
Ketua bahagian – 438 calon (muflis -1, tarik diri – 16, disiplin – 4)
Ketua Pemuda Bahagian – 435 calon (muflis – 6, tarik diri – 17, disiplin – 1)
Ketua Puteri Bahagian – 296 calon (tarik diri – 1)
Ketua Wanita Bahagian – 358 calon (tarik diri – 6, disiplin – 1)
Timbalan Ketua Bahagin – 421 (muflis – 8, tarik diri – 29, disiplin 2)
Naib ketua Pemuda – 435 calon (muflis – 3, tarik diri – 32)
Naib Puteri – 282 calon (muflis – 1, tarik diri – 8)
Naib Ketua Wanita – 380 calon (muflis, 2, tarik diri – 14)
Naib Ketua Bahagian – 530 calon (tarik diri – 32 displin – 2)
Ahli jawatankuasa bahagian – 8466 calon (muflis – 140, tarik diri, – 78, displin – 12)
Ahli jawatankuasa Pemuda – 5131 calon (muflis – 50 tarik diri – 53, disiplin – 3)
Ahli jawatankuasa Puteri – 3465 (muflis – 10, tarik diri – 34)
Ahli jawatankuasa wanita – 4843 calon (muflis – 32, tarik diri – 27, displin – 9)
Perwakilan G7 bahagian – 2775 calon (muflis – 33, tarik diri – 56, displin – 2)
Perwakilan G2 Pemuda bahagian – 740 calon (muflis – 10, tarik diri – 26)
Perwakilan G2 Puteri bahagian – 543 calon (tarik diri – 1)
Perwakilan G2 Wanita – 827 calon (muflis – 6, tarik diri – 16)

Pemeriksa kira-kira bahagian – 504 calon (muflis – 12, tarik diri – 8, displin – 1)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemilihan Umno 2013 Final Countdown

Jumlah yang bertanding di peringkat bahagian 33012.

Calon disahkan muflis 334.

Tarik Diri 495.

Disiplin 39 dan gugur hak sebagai calon dan ahli.

Perwakilan yang hilang hak untuk ke bahagian 1703 kerana jatuh muflis.

Berita baik buat Tun Faisal Ismail kini ialah beliau layak bertanding MT
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kempen bukan sekadar pengenalan calon di pentas (Utusan)

HARI ini, anggota UMNO akan dapat mengetahui kedudukan muktamad siapa yang selamat untuk bertanding atau tidak. Masih ada lebih kurang seminggu untuk 'sayap' dan dua minggu untuk peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi menjelang pemilihan UMNO pada 12 dan 19 Oktober ini. Ketika ini calon-calon yang bertanding sibuk berkempen memperkenalkan diri dari satu negeri ke satu negeri. Semalam, mereka yang menawarkan diri bertanding berada di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bagi calon-calon yang berkesempatan, mereka berpeluang 'menunjuk muka' kepada para perwakilan di tiga negeri itu manakala yang tidak berpeluang berbuat demikian terpaksa melupakannya. Mungkin sekadar menghantar ejen calon yang mengedarkan bahan-bahan yang boleh memperkenal atau mempromosi diri mereka.

Dalam tempoh berkempen ini, seperti yang dijangka sudah ada suara-suara yang menyatakan rasa tidak puas hati mengenai syarat 'berkempen' untuk memperkenalkan diri. Ada yang berkata, kaedah sekarang adalah 'kerja buang masa'. Bayangkan dalam satu hari, tiga negeri terpaksa dijelajah seperti berlaku semalam - mula-mula Kelantan, kemudian Terengganu dan pada sebelah malamnya Pahang. Kaedah yang ada iaitu sesi pengenalan calon yang dianjurkan Badan Perhubungan UMNO Negeri, mereka yang menawarkan diri bertanding hanya diperkenalkan di atas pentas tanpa diberi peluang untuk berucap menyatakan visi dan misi masing-masing di hadapan perwakilan. Mungkin disebabkan kesuntukan masa. Apabila selesai mengelilingi seluruh negara termasuk Sabah (kecuali Sarawak), maka mereka yang tidak ada sebarang jawatan hanya menunggu hari pemilihan. Ada yang bimbang tindak tanduk mereka berkempen secara sendirian mengundang bahaya 'terlanggar' etika pemilihan. 'Silap haribulan' nama mereka disingkirkan atau kalau menang, kemenangan dibatalkan. Sebenarnya, ramai calon yang masih keliru mengenai had mereka untuk berkempen.

Seperti yang diselak sebelum ini, biarlah mereka ini berkempen dengan apa cara sekalipun asalkan tidak melanggar peraturan parti atau memburukkan orang lain yang turut menawarkan diri untuk bertanding. Minggu lalu, Selak juga turut mempersoalkan bagaimana ruang untuk mereka yang tidak memegang sebarang jawatan mampu muncul dalam pelbagai media? Keadaan ini berbeza bagi calon yang mempunyai jawatan sama ada di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat atau memegang jawatan lain yang boleh 'mencipta' pelbagai aktiviti untuk 'mempromosi diri' tampil bertemu pemilih sama ada secara langsung atau tidak langsung. Eloklah kempen untuk menyatakan visi dan misi diberi kelonggaran. Fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah mengelakkan gejala politik wang dan kempen memburukkan orang lain. Apa yang penting elakkan 'ketirisan poket' sepanjang berkempen. Inilah etika penting yang perlu dijaga iaitu menolak politik wang dan memburukkan orang lain.

Langkah memberi kebebasan berkempen yang ada batasannya ini diharap dapat memberi ruang kepada calon-calon yang kurang dikenali atau mungkin tidak dikenali berkempen menjelang pemilihan parti pada 12 dan 19 Oktober ini supaya perwakilan lebih mengenali mereka.

Perwakilan lebih mengenali mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan termasuk menteri atau timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri atau exco kerajaan negeri. Begitu juga yang memegang jawatan dalam beberapa badan berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain. Tetapi berapa ramai yang mengenali calon-calon ini berbanding yang berstatus menteri, timbalan menteri, menteri besar atau ketua menteri? Jawatan juga khabarnya belum menjamin perwakilan mengenali calon berkenaan di samping isu yang dihadapi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan ketika menegur kaedah berkempen itu berkata: ''Kalau tak boleh pergi sana, pergi sini dan tak dibenarkan untuk berjumpa, susahlah, lagi pun sekarang ini pemilihan daripada akar umbi. Kalau kita tak pergi jumpa akar umbi macam mana dia nak kenal Mohamad bin Haji Hasan, orang Tumpat tak kenal saya. Ini tak beri peluang kepada calon.'' Itu rintihan seorang calon yang mempunyai kedudukan, apatah lagi bagi yang tiada apa-apa.

Semoga rintihan ini mendapat perhatian supaya demokrasi dalam UMNO diperkasakan serta menjadi contoh kepada parti lain semasa membuat pemilihan.

PERANAN MELAYU DALAM DAP

MASIH menjadi bualan mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada minggu lalu. Cakap-cakap yang berlegar ialah berkaitan amaran DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), jumlah perwakilan yang tidak hadir, undi popular dan Melayu dalam DAP. Sudah ada laporan polis berhubung apa yang dikatakan 'ugutan' terhadap ROS. Turut menarik perhatian ialah jumlah undi yang diperoleh hasil pilihan 1,725 perwakilan (1,663 undi sah, 62 undi rosak). Berkait isu jumlah undi ini menimbulkan persoalan siapa paling layak menjadi Setiasuaha Agung DAP. Seperti diketahui umum, mendahului senarai dalam kelompok 20 calon memperoleh undi tertinggi ialah anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang mendapat 1,438 undi berbanding anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (1,304 undi) di tangga ke-5. Pada pemilihan Disember 2012, Chin Tong memperoleh 984. Ini bermakna jumlah undinya meningkat. Guan Eng pula mengalami kemerosotan apabila undinya jatuh sebanyak 272 undi. Pada pilihan raya umum (PRU) lalu, di Kluang, daripada 75,308 undi yang dikeluarkan, Chin Tong mendapat 40,574 undi sementara di Bagan, daripada 59,796 kertas undi, Guan Eng memperoleh 46,466 undi. Ini angka berkaitan undi yang menarik perhatian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Hina Peranan Kaum Ibu:

Baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat satu kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum ibu.

Kenyataan yang dibuat semasa Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pahang yang ke 25 itu benar-benar meletakkan kesalahan dikalangan kaum ibu sahaja di dalam mendidik anak di dalam keluarga.

"Pentingnya peranan muslimat ialah mengambil berat tentang ibu-ibu tunggal.

Ingat, kebiasaannya anak-anak akan dipengaruhi ibu. Umpamanya isteri Nabi Nuh tidak beriman, anaknya juga tidak beriman.

Begitu juga dengan isteri Nabi Lut yang tak beriman, dituruti oleh anaknya."-Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat).

Seolah-olah meletakkan segala tanggungjawab diatas bahu gologan ibu, Tuan Ibrahim nampaknya terlupa bahwa institusi kekeluargaan itu harus dicorakkan oleh kesemua ahli keluarga dan tidak tertakluk kepada ibu sahaja.

Lantas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim itu bertentangan dengan prinsip kekeluargaan di dalam Islam. Bukannya kesemua tanggungjawab diletakkan dibahu ibu sahaja.

Dengan menggunakan analogi 'isteri nabi-nabi terdahulu sesat, maka anak-anak mereka akan sesat" adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada golongan ibu di dunia ini, tetapi juga satu penghinaan kepada golongan nabi, kerana ia seperti merendah-rendahkan martabat nabi kononya tidak berupaya mendidik isteri-isteri mereka untuk taat kepada perintah Allah.

Tuan Ibrahim Tuan Man perlu sedar bahawa kenyataan beliau benar-benar menampakkan kecetekkan akal fikirannya berkenaan sejarah dan pengamalan Islam di dalam kehidupan manusia.

Beliau harus bertaubat kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau adalah berunsur kufur yakni menolak kemuliaan para nabi yang terdahulu.

Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar bahawa ibu bukan sahaja memikul tanggunjawab yang sangat besar, tetapi golongan ini juga sangat-sangat dimuliakan di dalam Islam.

Hatta Rasulullah sendiri pernah telah menyatakan sendiri melalui banyak hadis berkenaan darjat dan ketinggian status seorang ibu.

‎ع‎َ‎ن‎ْ ‎أ‎َ‎ب‎ِ‎ي‎ْ ‎ه‎ُ‎ر‎َ‎ي‎ْ‎ر‎َ‎ة‎َ ‎ر‎َ‎ض‎ِ‎ي‎َ ‎ا‎ل‎ل‎ه‎ُ ‎ع‎َ‎ن‎ْ‎ه‎ُ ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎ج‎َ‎ا‎ء‎َ ‎ر‎َ‎ج‎ُ‎ل‎ٌ ‎إ‎ِ‎ل‎َ‎ى ‎ر‎َ‎س‎ُ‎و‎ْ‎ل‎ِ ‎ا‎ل‎ل‎ه‎ِ ‎ص‎َ‎ل‎َ‎ّ‎ى ‎ا‎ل‎ل‎ه‎ُ ‎ع‎َ‎ل‎َ‎ي‎ْ‎ه‎ِ ‎و‎َ‎س‎َ‎ل‎َ‎ّ‎م‎َ ‎ف‎َ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ :‎ي‎َ‎ا ‎ر‎َ‎س‎ُ‎و‎ْ‎ل‎َ ‎ا‎ل‎ل‎ه‎ِ‎، ‎م‎َ‎ن‎ْ ‎أ‎َ‎ح‎َ‎ق‎ُ‎ّ ‎ا‎ل‎ن‎َ‎ّ‎ا‎س‎ِ ‎ب‎ِ‎ح‎ُ‎س‎ْ‎ن‎ِ ‎ص‎َ‎ح‎َ‎ا‎ب‎َ‎ت‎ِ‎ي‎؟ ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎أ‎ُ‎م‎ُ‎ّ‎ك‎َ‎، ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎ث‎ُ‎م‎َ‎ّ ‎م‎َ‎ن‎ْ‎؟ ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎أ‎ُ‎م‎ُ‎ّ‎ك‎َ‎، ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎ث‎ُ‎م‎َ‎ّ ‎م‎َ‎ن‎ْ‎؟ ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎أ‎ُ‎م‎ُ‎ّ‎ك‎َ‎، ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎ث‎ُ‎م‎َ‎ّ ‎م‎َ‎ن‎ْ‎، ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎أ‎َ‎ب‎ُ‎و‎ْ‎ك‎َ

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu 'anhu, belia berkata, "Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan berkata, 'Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?' Nabi shalallaahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Ibumu!' Dan orang tersebut kembali bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi shalallaahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Ibumu!' Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?' Beliau menjawab, 'Ibumu.' Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi,' Nabi shalallahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Kemudian ayahmu.'" (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

Di dalam Al-Quran juga tertulis tentang peranan dan kepayahan yang dihadapi oleh seorang wanita bergelar ibu, untuk memastikan kesinambungan zuriat manusia di muka bumi ini. Allah mengangkat darjat wanita dan kaum ibu agar kaum itu dipandang mulia di dunia dan juga di akhirat. Keperitan tanggungjawab seorang ibu dijelaskan di dalam surah Luqman ayat ke 14

‎و‎َ‎و‎َ‎ص‎َ‎ّ‎ي‎ْ‎ن‎َ‎ا ‎ا‎ل‎ْ‎إ‎ِ‎ن‎س‎َ‎ا‎ن‎َ ‎ب‎ِ‎و‎َ‎ا‎ل‎ِ‎د‎َ‎ي‎ْ‎ه‎ِ ‎ح‎َ‎م‎َ‎ل‎َ‎ت‎ْ‎ه‎ُ ‎أ‎ُ‎م‎ُ‎ّ‎ه‎ُ ‎و‎َ‎ه‎ْ‎ن‎ا‎ً ‎ع‎َ‎ل‎َ‎ى ‎و‎َ‎ه‎ْ‎ن‎ٍ ‎و‎َ‎ف‎ِ‎ص‎َ‎ا‎ل‎ُ‎ه‎ُ ‎ف‎ِ‎ي ‎ع‎َ‎ا‎م‎َ‎ي‎ْ‎ن‎ِ ‎أ‎َ‎ن‎ِ ‎ا‎ش‎ْ‎ك‎ُ‎ر‎ْ ‎ل‎ِ‎ي ‎و‎َ‎ل‎ِ‎و‎َ‎ا‎ل‎ِ‎د‎َ‎ي‎ْ‎ك‎َ ‎إ‎ِ‎ل‎َ‎ي‎َ‎ّ ‎ا‎ل‎ْ‎م‎َ‎ص‎ِ‎ي‎ر‎ُ

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Qs. Luqman : 14)

Oleh itu, apakah natijahnya Tuan Ibrahim Tuan Man, menyifatkan bahawa didikan ibu adalah punca kepada kesombongan anak-anak nabi yang terdahulu. Adakah Tuan Ibrahim merasakan bahawa para nabi yang telah dilantik oleh Allah telah gagal melaksanakan tugas mereka di muka bumi ini? Kesimpulannya, Tuan Ibrahim perlu bertaubat kepada Allah dan segera bermuhasabah diri. Kesilapan seperti ini tidak patut berlaku di dalam sebuah parti yang kononya memperjuangkan Islam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.