Rabu, 12 Disember 2012

Ibu Tunggal Saman PKR

SHAH ALAM, 12 Dis (Bernama) -- Sejumlah 3,011 ibu tunggal hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan kira-kira RM16.26 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini
hari ini bagi pihak ibu tunggal di Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti
Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, kesemua plaintif mendakwa mereka menjadi mangsa
diskriminasi kerajaan negeri apabila ia gagal menunaikan janji untuk membayar elaun ibu tunggal sejak menubuhkan kerajaan Mac 2008.

Mereka berkata kerajaan negeri Selangor bersikap tidak rasional apabila tidak memberikan alasan atas kegagalan membayar elaun tersebut.

Plaintif-plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 3,011 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah kira-kira RM16.26 juta daripada defendan.

Plaintif-plaintif juga memohon suatu perintah mengkehendaki defendan pertama
mewujudkan satu skim dikenali sebagai Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor.

Mereka memohon suatu perintah yang mengkehendaki defendan pertama melantik
sebuah jabatan atau agensi defendan pertama menguruskan skim itu.

Plaintif-plaintif memohon deklarasi takrifan ibu tunggal ialah wanita berusia 18 tahun yang telah bercerai, balu, wanita pencari nafkah kepada keluarga, hidup berjauhan dari suami dan di dalam keadaan ''gantung tidak bertali''.


Sementara itu, Murtini ketika ditemui wartawan menafikan dakwaan sesetengah
pihak yang mengatakan persatuannya menjadi kuda tunggangan parti politik
tertentu untuk memfailkan saman tersebut.

"Kami tidak mengharapkan simpati tetapi mahu menuntut balik apa yang
dijanjikan kepada golongan ibu tunggal dalam manifesto pilihan raya umum 2008,"
katanya.

Peguam yang mewakili para plaintif, Kamarudin Ahmad berkata kumpulan kedua
ibu tunggal yang memfailkan saman pada hari ini adalah dari 11 kawasan Parlimen
iaitu Shah Alam, Tanjong Karang, Hulu Langat, Kota Raja, Klang, Kelana Jaya,
Petaling Jaya Selatan, Subang, Selayang, Gombak dan Sabak Bernam.

Pada 22 Nov lepas, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan sama yang melibatkan sejumlah RM10.9 juta.-- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mangkaq sungguh mamat ni

Suka hati saja berhenti dan masuk kedai kopi, menyusahkan orang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rupanya mereka diupah RM 100 seorang

Pendemo pendemo pakatan pembangkang yang dibayar rm100 sorang untuk membuat kekecohan hari ini di bangunan JPN Putrajaya bertindak biadap bila merempuh pintu masuk JPN.

Tidak cukup dengan itu ada diantara pendemo yang memiliki kad pengenalan merah memaki hamun warga JPN dan bertindak kasar.

Apa bangsat mereka ni? Dah dapat kad pengenalan merah tapi masih tak berpuas hati dengan pemberian yang diberikan? inilah satu sikap bangsat yang diajar oleh puak Pakatan Pembangkang kepada golongan pendatang.

Gua rasa elok mereka yg miliki kad pengenalan merah berdemo di JPN serahkan kad pengenalan mereka dan berambus balik negara asal.

Dasar tak kenang di untung bangsat sekalian yang ada ni terutama pemimpin pakatan pembangkang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP AKUI PAKATAN RAKYAT SELANGOR GAGAL

Ketika Pakatan Rakyat menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalina sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.

Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.

Maka Pakatan Rakyat Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.

Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Rakyat muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.

Setelah hampir lima tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah 'harapan baru' yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.

Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.

Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.

Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.

Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor ang sudah berpindah milik.

Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini kata Teng, Pakatan Rakyat telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yanbg dahulunya dijanjikan.

Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah Pakatan Rakyat.

Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.

Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Rakyat akan mendapat markah yang corot dan gagal.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.

Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Pakatan Rakyat juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?

Begitu juga dengan ibu mengandung, adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang dijanjikan?

Sekiranya mampu bercakap, bay-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas)?

Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak?

Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?

Apakah untung nasib golongan emas dan ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.


Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu.

PRU 13 kini menjelang tiba dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Najib turun Penang, LGE jadi sasau

Lim Guan Eng anak kesayangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang rupanya tidak senang duduk apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membantu merealisasikan impian penduduk Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah mampu milik.

Ternyata janji PM untuk menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memberi kesan yang agak mendalam sehinggakan memaksa Ketua menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu bingkas bangun dan melatah mempertikaikannya.

Menurut Guan Eng, tiada sebab untuk pengundi Pulau Pinang teruja dengan janji tersebut memandangkan soal pembinaan dan penyediaan rumah sememangnya sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat yang diterajui BN.

Tapi pemimpin DAP itu lupa, isu perumahan bukannya terpikul di bahu Kerajaan Pusat semata-mata sebaliknya tanggungjawab sebenar menyelesaikan kemudahan perumahan untuk rakyat sepatutnya menjadi prioriti utama Kerajaan Negeri pimpinannnya lebih-lebih lagi bila memperkatakan keperluan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan adanya PR1MA, golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergaji sekitar RM2,500 hingga RM7,500 sebulan atau kombinasi gaji bersama suami dan isteri dalam lingkungan tersebut akan berpeluang memiliki rumah sendiri yang berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 yang lebih selesa.

Malah lebih menarik lagi jika harga pasaran sesebuah rumah itu nilainya mencecah RM500,000 namun melalui PR1MA harga yang ditawarkan jauh lebih rendah, hanya sekitar RM300,000 atau lebih sedikit.

Ini baru betul dan kena caranya membantu meringankan beban rakyat dan bukannya mengikut kaedah sekarang yang diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya mendahulukan kehendak pemaju perumahan yang hanya memfokuskan selera orang-orang kaya sahaja.

Hatta perumahan kos rendah untuk rakyat marhaen pun langsung tidak mendapat perhatian Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh Ketua Menteri yang berkiblatkan Singapura itu.

Mujur jugalah Kerajaan Pusat prihatin dengan permasalahan rakyat, dengan demikian ada jugalah sekurang-kurangnya 70 Projek Perumahan rakyat (PPR).

Tapi biasalah, sudah adat DAP selaku parti pembangkang di peringkat Pusat untuk mempertikaikan apa sahaja idea dan projek pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN.

Sementelah lagi bila mana Kerajaan Pusat tampil memenuhi impian golongan pendapatan rendah dan sederhana, jadi tentulah Guan Eng sukar untuk menutup kerisauaannya takut kehilangan undi golongan tersebut kelak.

Nak diharapkan kerajaan DAP Pulau Pinang membantu pelbagai golongan rakyat ini semua, jenuhlah menunggunya. Tunggu kucing tumbuh tanduk pun takkan kelihatan walau satupun projek perumahan mampu milik untuk golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.