Jumaat, 6 April 2012
'Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu'
Hahahahahaha!!!!!! Bekas penyanyi yang pernah hanyut ke laut kini masuk Pas kerana dijanjikan syurga..Paling best dia kutuk Dato Seri Sharizat Jalil.....
ka kakakakak Lawak betul si aisha ni...nak bercakap soal tanah resab melayu tetapi tak tahu fakta...lalu bertukar tajuk....lawak-lawak.....Goli telinga den nak dengar ekau cah....tak payah lah nak cerita buruk orang wahai ecah...diri ekau tu, kalau di bongkar dari A to Z malu nantiiiii
Nizar Dicabar Dedah Surat Bantah Projek Vale SA Di Teluk Rubiah.mpg
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang terus memutar-belit dan mempolitikkan isu kandungan surat sokongan yang ditandatanganinya berkaitan projek Vale SA di Teluk Rubiah akan memberi imej negatif kepada pelabur antarabangsa untuk menanam modal di Perak.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mahu isu yang sengaja yang diputar-belitkan oleh wakil rakyat PAS itu dihentikan segera kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran rakyat jelata.
Beberapa wakil rakyat pembangkang juga katanya, turut menyuarakan rasa kecewa dengan isu projek Vale SA yang dimainkan oleh Nizar yang akhirnya boleh memberi imej negatif di mata pelabur.
“Kerajaan negeri mahu terus mara ke hadapan dan berharap isu projek Vale SA yang dipolitikkan oleh Nizar ini dapat dihentikan dengan segera,” kata kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Zambry berkata, selepas pendedahan surat sokongan yang ditandatangani sendiri oleh Nizar pada 17 Disember 2008, wakil rakyat PAS itu seolah-olah cuba melarikan diri daripada pembohongan yang diciptanya sendiri dengan memutar-belit isi kandungan surat itu.
“Berdasarkan kandungan surat itu yang disahkan sendiri oleh Nizar dalam sidang DUN sebagai benar dan sahih, ia dengan jelas membuktikan surat itu bukan ditulis oleh seorang pegawai pemasaran seperti yang didakwanya kepada pemberita semalam.
“Semalam, Nizar mendakwa surat itu hanya strategi pemasaran tetapi berdasarkan kepada isi kandungannya, ia membuktikan Nizar dan kerajaan Pakatan menyokong projek Vale SA di Teluk Rubiah.
“Tetapi demi menyelamatkan dirinya, beliau terus berbohong kepada rakyat dan menuduh saya selektif ketika mendedahkan dokumen itu….jika beliau berkata demikian, maka saya juga ingin mencabar beliau mendedahkan surat menunjukkan beliau (Nizar) tidak bersetuju projek itu dibangunkan di Teluk Rubiah,” katanya pada sidang media di Ipoh, hari ini.
Zambry berkata, jika Nizar terus berbohong, kerajaan negeri tiada pilihan kecuali turun padang memberi penerangan kepada rakyat agar mereka mendapat maklumat tepat berhubung pembohongan besar mantan Menteri Besar itu.
Jelasnya, rakyat perlu sedar Nizar pada asalnya tidak pernah bersetuju projek Vale SA dibangunkan di Teluk Rubiah lalu mencabar kerajaan negeri membuktikan perkara itu dengan membuat kenyataan terbuka di media massa dan siri ceramah umum.
“Apabila kita mendedahkan surat itu, beliau berasa terpukul dan cuba melarikan diri dengan terus membuat pembohongan yang menampakkan ketidakmatangannya dalam menangani isu ini,” katanya lagi.
Ditanya mengenai respon syarikat Vale SA berkaitan tindakan pembangkang yang membantah projek dengan menganjurkan demonstrasi di Teluk Rubiah, Sabtu lalu, Zambry berkata, syarikat pelabur dari Brazil itu faham dengan situasi sebenar dan komitmen yang diberikan oleh kerajaan berhubung projek itu.
Azmin Ali berasap telinga sampai ke otak
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali panas telinga sampai ke otak apabila wartawan memintanya menjawab persoalan berkaitan pemilikan saham seperti yang ditimbulkan oleh ahli dan pemimpin PKR Cabang Ampang baru-baru ini.
Kata Azmin Ali, hanya orang yang buta dan tuli sahaja yang percaya akan dakwaan sedemikian. Terserlahlah betapa kasar dan biadab nya tutur kata seorang pemimpin nombor 2 dalam PKR apabila berdepan dengan isu yang menuntut penjelasan dan tindakan lanjut dari pihak bawahan atau akar umbi.
Betapa hinanya maruah dan taraf sebagai ahli PKR di mata Azmin Ali walhal permintaannya cukup mudah, tidak sukar difahami dan tentu saja ramai rakyat turut sama ingin mengetahui jawapan konkrit Azmin berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali.
Akar umbi Pkr cuma minta penjelasan lanjut dan langkah selanjutnya dari Azmin bagi mematikan isu pemilikan saham RM 2 juta lebih yang dibangkitkan oleh Hasan Ali tidak lagi dimanipulasi oleh lawan
Itu baru pegang jawatan kedua tertinggi parti tapi sikap Azmin sudah cepat melenting, biadab dan tidak menghormati ahli bawahan, tidak mustahil jika takdir membenarkan PKR memerintah Malaysia mahu lebih teruk dari itu jadinya.
Azmin agaknya terlampau syok sendiri hingga lupa dari mana jawatannya sekarang diperolehi.
Di saat pemilihan parti berlangsung, ahli bawahanlah yang dipuja dan dirayu bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden.
Malang bagi ahli dan penyokong PKR kerana terpaksa mendukung kepimpinan parti yang tidak tahu menghormati hak ahli untuk mendapat penjelasan yang meyakinkan.
Eloklah ahli dan penyokong PKR di Cabang Ampang serta seluruh negara fikirkan semula kedudukan mereka dalam PKR.
Tak payah buang masa berjuang dalam parti yang hanya hebat slogan demokrasinya tapi kosong pengisian dan praktikalnya.

Langgan:
Catatan (Atom)