Jumaat, 6 April 2012

Azmin Ali berasap telinga sampai ke otak

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali panas telinga sampai ke otak apabila wartawan memintanya menjawab persoalan berkaitan pemilikan saham seperti yang ditimbulkan oleh ahli dan pemimpin PKR Cabang Ampang baru-baru ini.


Kata Azmin Ali, hanya orang yang buta dan tuli sahaja yang percaya akan dakwaan sedemikian. Terserlahlah betapa kasar dan biadab nya tutur kata seorang pemimpin nombor 2 dalam PKR apabila berdepan dengan isu yang menuntut penjelasan dan tindakan lanjut dari pihak bawahan atau akar umbi.


Betapa hinanya maruah dan taraf sebagai ahli PKR di mata Azmin Ali walhal permintaannya cukup mudah, tidak sukar difahami dan tentu saja ramai rakyat turut sama ingin mengetahui jawapan konkrit Azmin berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali.

Akar umbi Pkr cuma minta penjelasan lanjut dan langkah selanjutnya dari Azmin bagi mematikan isu pemilikan saham RM 2 juta lebih yang dibangkitkan oleh Hasan Ali tidak lagi dimanipulasi oleh lawan

Itu baru pegang jawatan kedua tertinggi parti tapi sikap Azmin sudah cepat melenting, biadab dan tidak menghormati ahli bawahan, tidak mustahil jika takdir membenarkan PKR memerintah Malaysia mahu lebih teruk dari itu jadinya.


Azmin agaknya terlampau syok sendiri hingga lupa dari mana jawatannya sekarang diperolehi.

Di saat pemilihan parti berlangsung, ahli bawahanlah yang dipuja dan dirayu bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden.


Malang bagi ahli dan penyokong PKR kerana terpaksa mendukung kepimpinan parti yang tidak tahu menghormati hak ahli untuk mendapat penjelasan yang meyakinkan.


Eloklah ahli dan penyokong PKR di Cabang Ampang serta seluruh negara fikirkan semula kedudukan mereka dalam PKR.


Tak payah buang masa berjuang dalam parti yang hanya hebat slogan demokrasinya tapi kosong pengisian dan praktikalnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan