Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Dato' Harun Taib sebentar tadi menafikan akan memimpin majlis solat hajat tolak fitnah liwat III di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.Harun ketika dihubungi wartawan sebentar tadi kesal dengan tindakan PKR menggunakan namanya tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.Ketika ditanya tentang gambar-gambar yang tersebar di blog-blog politik tempatan yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Harun berkata beliau mengakui telah ditunjukkan gambar-gambar itu dan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Dewan Ulama Pas Pusat. Ketika ditanya samada beliau yakin lelaki dalam gambar tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,Harun terdiam seketika dan kemudiannya berkata kita dah bosan dengan cerita-cerita moral Anwar dan perkara itu membuang masa serta mengganggu kelancaran misi Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Harun berharap kali ini PAS dapat membuat satu keputusan yang muktamad kerana tidak banyak lagi masa yang tinggal untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.