Khamis, 2 Februari 2012

120129 Ngeh Bimbang Rakyat Sitiawan Kembali Sokong BN WMV V9

Abu Aqif Minta Maaf Pada Ustaz Azhar Idrus..??

Tiew: Ibrahim Ali did it on purpose



Marah sangat nampak nya parti-parti Cina tentang sampul angpau berwarna putih. Selama ini pihak orang cina juga harus memahami budaya melayu dan jangan hanya pandai menyalahkan melayu sahaja kerana tak sensitif dengan fahaman orang cina.

Cuba lihat isu kepala babi dan daging babi dalam surau dan masjid. Apakah pihak parti bukan melayu ingin memohon maaf atas apa yang berlaku.

Kesian Tiew yang menjadi mangsa tohmahan oleh kaumnya sendiri, dahulu TM pernah menulis satu kisah orang tauke di pasar ikan menjual tauhu dan tauge buatan orang melayu, akibatnya peniaga cina diboikot oleh bangsanya sendiri kerana membantu peniaga melayu.

Orang Melayu Jangan Jadi Pengkhianat Bangsa Melayu Dengan Menjadi Ahli DAP




Uploaded by umnohq on Jan 31, 2012

KUALA LUMPUR, 31 Jan -- "Saya menasihatkan agar orang melayu, jangan jadi pengkhianat bangsa melayu dengan menjadi ahli DAP. Inilah pandangan peribadi saya. Bagi saya, sekiranya orang melayu menjadi ahli DAP dan membiarkan diri mereka dipergunakan demi kepentingan politik DAP, mereka sebenarnya adalah pengkhianat bangsa melayu," ujar Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohamed Yusoff.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pergerakan DAP yang dilihat semakin aktif cuba merekrut bangsa melayu menjadi ahli parti tersebut dan kononnya bakal diletakkan sebagai calon di Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

untuk berita selanjutnya, sila layari http://umno-online.com/?p=54341

UMNO Bukit Bendera Nekad Tebus Kekalahan PRU12 - Mohd Salim Abdul Bari




Uploaded by umnohq on Nov 15, 2011

BUKIT BENDERA, 15 Nov -- Timbalan Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Mohd Salim Abdul Bari berkata setelah bahagian tersebut tewas kesemua kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, ianya seakan memberi cabaran dan tamparan hebat kepada semua ahli UMNO di bahagiannya.

Katanya, kekalahan tersebut menyedarkan mereka bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menbus kembali kepercayaan rakyat setempat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pada PRU lalu, Parlimen Bukit bendera tewas ke lima-lima kerusi termasuk empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Tanjung Bunga, Air Putih, Kebun Bunga dan Pulau Tikus.

"Memang tidak dinafikan, kekalahan tersebut memberikan tamparan hebat kepada kami. Ianya menggambarkan seolah-olah kami tidak berjaya menawan hati rakyat dan gagal dalam semua usaha memartabatkan parti. Jadi, kami telah mengambil pendekatan baru dan berusaha menyusun strategi lebih mantap untuk memenangi hati masyarakat setempat.

"Kami mula turun padang dan mendekati rakyat secara langsung di peringkat akar umbi. Hati rakyat kami selami bagi mengetahui apakah permasalahan mereka sehinggakan mereka berpaling tadah. Ternyata gerak kerja yang diatur memberi kesan positif.

"Sehingga kini, kajian sikap menunjukkan bahawa rakyat kembali memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN. Kami masih berusaha dan akan terus berusaha mendekati rakyat. Ianya bukanlah sekadar kerana PRU sudah semakin hampir tetapi kerana parti sentiasa membela nasib rakyat," ujarnya.

Menurut Salim, setelah tiga tahun berada di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, rakyat di Pulau Pinang mula menyedari bahawa kepercayaan yang mereka berikan kepada pembangkang adalah sia-sia.

Segala janji yang ditaburkan pembangkang semasa PRU 12, hanyalah retorik dan setelah tiga tahun berlalu, ianya hanya tinggal janji kosong.

"Hidup rakyat makin terhimpit malah kos sara hidup pula semakin tinggi. Sebab itulah, rakyat mula sedar bahawa hanya BN yang menepati janji dan tidak pernah berjanji kosong.

"Peningkatan daftar pengundi juga membuktikan bahawa rakyat Pulau Pinang mahukan perubahan dan mereka inginkan BN kembali memerintah Pulau Pinang," terang Salim dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

Oleh itu, beliau amat berharap, rakyat di Pulau Pinang akan menunjukkan sokongan mereka kepada BN dengan mengundi BN di PRU akan datang.

"PRU sudah semakin hampir. Namun masih ada masa untuk rakyat Pulau Pinang terus menilai pemerintahan manakah yang sentiasa mendahulukan rakyat. Fikirlah dengan bijak," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Lagi Di http://umno-online.com/?p=49560

Pemimpin BN Perlu Kerja Kuat Tingkat Keyakinan Rakyat}.dvp_WMV V9.wmv