Isnin, 2 April 2012

Tiu nia ma ka hai

Sia-sia saja Dong Zhong ke hulu hilir mendabik dada sebagai pejuang masa depan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina apabila pengerusinya, Yap Sin Tian kantoi menipu taraf pendidikan malah lebih memalukan lagi bila menggunakan gelaran "Dr" hasil dari membeli ijazah palsu.

Sekurang-kurangnya tiga tahap pendidikan milik Yap Sin Tian diperolehi dari Kensington Universiti yang hanya beroperasi dari sebuah rumah kedai tanpa bilik kuliah dan telahpun diarahkan tutup oleh pihak berkuasa California pada 1996.

Rata-rata komen pembaca internet di forum, facebook dan portal berita yang baru menyedari penipuan Yap Sin Tian itu telah mengutuk & mengecamnya selepas pendedahan oleh sebuah blog stopthelies.my.


"He portrays himself as if he is a man of high integrity, high accountability and principles. In short, a man in defence of Chinese education.

But we have enough evidence to prove that behind his beefed up image, is man who is dishonourable and deceitful. He has no qualms of buying his doctorates from the Internet". (stopthelies.my)

Sehingga kini tiada penjelasan lanjut diberikan oleh Yap Sin Tian mahupun NGO yang yang diketuainya walaupun sejak semalam para wartawan cuba mendapatkan komen berkenaan isu ini.




Malah pemimpin pembangkang PR yang sebelum ini kerap berdamping erat dalam mana-mana acara anjuran Dong Zhong juga cuba mengelak diri dari menyentuh isu tersebut kerana khuatir imej buruk yang sudah terpalit pada Dong Zhong akan turut mempengaruhi sokongan pengundi Cina untuk PR.

Sikap pemimpin PR itu tidak sukar untuk difahami memandang akan sokongan mereka kepada Dong Zhong sebelum ini pun lebih kepada usaha untuk meraih undi kaum Cina yang diketahui cukup sensitif berkaitan isu pendidikan Sekolah Cina.

Dalam pada itu, adalah wajar untuk Dong Zhong segera tampil menjelaskan kepada umum bagaimana seorang yang menipu taraf pendidikannya boleh dibenarkan mengetuai sebuah pertubuhan yang cukup keras mempertahan kan pendidikan kaum Cina?

Jika Dong Zhong menganggap penipuan sebegini sebagai perkara yang remeh temeh atau cuba menutup kebenaran, ianya adalah satu perbuatan biadab yang menghina kaum Cina yang selama ini ramai antara mereka telah menyokong gerakan yang dilaksana kan oleh Dong Zhong.

Kita harap selepas ini masyarakat Cina akan lebih berhati-hati dengan NGO-NGO seperti Dong Zhong dan tidak mudah terpedaya dengan retorik perkauman yang mereka laungkan. Jika dalam hal taraf pendidikan sendiri pun ada yang berani menipu pencapaiannya, tidak mustahil agenda yang diperjuangkan juga hanya bersifat populis dan retorik semata-mata.

6 ulasan:

  1. I'm not sure why but this website is loading incredibly slow for me. Is anyone else having this issue or is it a issue on my end? I'll check
    back later on and see if the problem still exists.
    Look at my web site - www.yourtobaccosstore.com

    BalasPadam
  2. Have you ever thought about writing an e-book or guest
    authoring on other websites? I have a blog centered
    on the same information you discuss and would really like to have you share some
    stories/information. I know my readers would appreciate your
    work. If you are even remotely interested, feel free to send me an
    e-mail.
    My weblog : mac baren original choice

    BalasPadam
  3. Hello, i think that i saw you visited my web site so i came to “return the favor”.
    I am attempting to find things to improve my web site!
    I suppose its ok to use some of your ideas!!
    Here is my web-site ; old holborn

    BalasPadam
  4. Wow that was strange. I just wrote an really long comment but after I clicked submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm not writing all that over again.
    Anyhow, just wanted to say great blog!
    Also visit my blog post : acne problem

    BalasPadam
  5. Hello! I understand this is kind of off-topic however I had
    to ask. Does building a well-established website such as yours take a massive amount work?
    I'm brand new to operating a blog however I do write in my journal daily. I'd like to start a blog so I can share my own experience and feelings online.
    Please let me know if you have any kind of recommendations or
    tips for new aspiring bloggers. Appreciate it!
    My page :: Pimple treatment

    BalasPadam
  6. Hey! I just wanted to ask if you ever have any trouble
    with hackers? My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing several weeks of hard work due to no data
    backup. Do you have any solutions to stop hackers?
    Also visit my web page : make money doing online surveys

    BalasPadam