Khamis, 11 Oktober 2012

PAS Semakin Sesat, Buang Ulama Calonkan Padri






Tidak perlu bagi seseorang itu untuk menjadi pakar atau pemerhati politik untuk mengagak kesudahan gabungan PAS-DAP/PKR. Cukup bagi seorang biasa yang rasional untuk mengetahui dengan lebih awal bahawa gabungan tersebut bakal membawa kecelaruan di dalam masyarakat Islam, kalaupun tidak kemusnahan secara rasmi.

Sebagai parti yang kononnya lahir kerana Allah SWT dan berpaksikan agama Islam, keputusan PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR samalah ertinya dengan membuat perjanjian dengan syaitan. Mungkin ini berlaku kerana 'masinnya mulut Tok Guru Nik Aziz' yang pernah membuat kenyataan sanggup bekerjasama dengan syaitan sekali pun, demi untuk menjatuhkan UMNO.

PAS suatu ketika dahulu menampilkan imej ekstrem, mengambil sikap memusuhi bukan Islam termasuk orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka, atas alasan jahil dan kafir. Kata PAS ketika itu, hanya Ulama yang layak memerintah dan memimpin umat dan masyarakat. Jika BN meletakkan calon Cina dari MCA atau India dari MIC bertanding PRU dalam sesuatu kawasan, PAS akan bermati-matian berkempen mengingatkan orang Islam tentang dosa mengundi bukan Islam.

Tetapi, itu cerita lama. PAS kini adalah PAS baru yang lebih terbuka untuk disesuaikan dengan arus politik semasa. Segala pendirian yang ektremis kini tidak lagi relevan, malah Negara Islam dan hudud juga sudah menjadi perkara subjektif.

PAS kini tidak lagi memusuhi bukan Islam tetapi berpelukan hangat dengan Lim Kit Siang. Pemimpin tidak semestinya di kalangan Ulama tetapi PAS bersedia menjulang peliwat dan penzina yang berfahaman liberal sebagai Perdana Menteri. Haram halal sesuatu sumber hanyalah tertakluk kepada UMNO, manakala bagi PAS, adalah 'sunat' untuk mengaut keuntungan politik dari dana Yahudi dan Soros yang disalurkan kepada SUARAM, BERSIH dan lain-lain lagi. Pendekatan PAS juga dilihat jauh lebih 'mesra' maksiat dari UMNO jika dilihat dari jumlah pusat hiburan yang tumbuh sejurus selepas PR mengambil-alih Selangor.

PAS telah mengtidak-apakan penggunaan nama Allah SWT dalam kitab-kitab agama lain serta menyokong pengedaran injil berbahasa Melayu sekali gus membantu penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam.

Tahniah diucapkan kepada PAS kerana berjaya membuktikan bahawa parti itu adalah jauh lebih terbuka dari UMNO sendiri.

Kini, PAS tidak lagi meletakkan Islam sebagai hak ekslusif parti, tetapi menerima bukan Islam ke dalam parti dengan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Dan kemuncak keterbukaan PAS ini boleh dilihat melalui kesanggupan parti itu meletakkan Padri Kristian sebagai calon PRU ke-13 nanti. Keterbukaan yang ditunjukkan PAS ini adalah konsisten dengan sikap parti itu yang begitu berat untuk bekerjasama dengan JAIS dalam membendung kegiatan memurtadkan umat Islam oleh puak-puak Kristian.



Antara Padri Kristian yang dikenalpasti akan menjadi calon PAS melalui DHPP ialah Pastor Otou @ Francis Singoron. Beliau diletakkan sebagai calon di DUN Pitas, Sabah di mana 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian. Gerak kerja kempen atau lebih tepat, dakwah, Pastor Francis banyak dibantu oleh dua rakan pendakwah Kristiannya iaitu Ondon Mangajil, 58, dan Rakilin Mahuda @ Melvin.

Tidak mustahil jika Pastor Francis menang, maka pecahan penduduk DUN Pitas dari segi agama akan memperlihatkan peningkatan dalam peratusan penduduk beragama Kristian, sekali gus pengurangan dalam peratusan penduduk beragama Islam.

Begitulah 'terbukanya' PAS hari ini sehingga sanggup mengenepikan Ulama, menjunjung artis, mengangkat Syiah, golongan 'professional', peliwat, penzina berfahaman liberal, hatta Padri Kristian juga, sebagai pemimpin masyarakat, parti mahupun negara.

Walau apapun, tidak perlulah untuk kita merasa terkejut dengan perkembangan terbaru di dalam PAS ini kerana apalah pengakhiran boleh diharapkan dari sebuah perjanjian dengan syaitan? Ke mana lagi sang syaitan boleh membawa manusia, melainkan ke neraka…

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Nik Aziz Patut Lempang Shahnon Ahmad

Semasa isu pemecatan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri begitu hangat diperkatakan ramai pada akhir 1990-an dulu, Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad telah menukilkan novel satira kontroversi SHIT bagi membela Anwar yang didakwa menjadi mangsa 'kezaliman' Perdana Menteri tika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Rentetan dari penerbitan novel satira itu, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah tampil mempertahankan hasil penulisan Shahnon yang waktu itu mendapat kritikan ramai berikutan isi kandungannya yang menjijikkan serta berbau lucah apabila istilah 'pukimak @ PM' digunapakai bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir.

Istilah 'pukimak' dalam erti kata orang Utara bermaksud 'kemaluan emak engkau' dan dalam novel itu, istilah tersebut diulang berkali-kali bertujuan menghina Perdana Menteri serta bermaksud menjatuhkan maruah ibu kepada Tun Dr Mahathir.

Bagaimanapun disebabkan tika itu Shahnon adalah ahli seumur hidup PAS dan dikira amat bernilai untuk memantapkan pengaruh dan imej PAS dikalangan orang Melayu Islam, maka Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan telah menghalalkan istilah lucah yang dinukilkan dalam novel satira karangan Sasterawan Negara itu.

Kata Nik Aziz, novel SHIT karangan Shahnon tiada salahnya kerana ia hanyalah simbolik naluri manusia dan mencarut itu pula adalah sebahagian dari naluri insan, ia tidak dapat dihalang dan tidak wajar diabaikan.

Menurutnya Mursyidul Am PAS itu lagi, karya SHIT itu tidak pun bertentangan dengan Al-Quran kerana Allah s.w.t itu sendiri turut mencarut dan memaki Abu Lahab.

Walhal hakikatnya dalam kitab suci Al-Quran tidak wujud walau satu pun huruf atau ayat yang berbunyi lucah mirip dengan istilah 'pukimak' dan fakta ini hingga sekarang tidak pernah disentuh oleh Nik Aziz.

Namun demikian, tika itu tentulah berkembang hati Shahnon melihat karya jeliknya itu mendapat pembelaan 'tok guru surat pekeliling' dari Pulau Melaka. Lagipun bagi ahli dan penyokong PAS, restu dari Nik Aziz amat bermakna hingga ada yang beranggapan ia seumpama restu sang paderi yang berupaya menghapus dosa.

Kini sudah lebih 13 tahun berlalu, Shahnon Ahmad yang juga adalah bekas Ahli Parlimen PAS Kawasan Sik, Kedah sekarang ini kelihatannya seperti sedang mengalami proses keinsafan atau sedang di hambat bayang-bayang kesilapan lampau barangkali.

Tak semena-mena Shahnon bangkit mempersoalkan kerjasama songsang parti kesayangannya dengan si harbi DAP. Pelik tapi benar, 13 tahun lampau sudah wujud kerjasama luar tabie antara PAS dan DAP melalui Barisan Alternatif, baru kini Shahnon membuka mulut mempertikaikan hubungan tersebut.

Mungkin Shahnon sudah tidak dapat mendiamkan diri lagi melihatkan sikap taat buta tuli pemimpin PAS pada kehendak DAP dan acapkali pula PAS mengekor sahaja dari belakang DAP lagaknya saling tak tumpah seperti seekor anjing yang dipimpin tuannya.

Tapi Shahnon terlupa satu perkara, yakni orang yang bertanggungjawab merestui PAS berada dalam keadaan hina sekarang ibarat anjing yang tertambat rantai di lehernya, tidak lain dan tidak bukan ialah Nik Aziz Nik Mat.

13 tahun dulu Mursyidul PAS itulah yang telah membela Shahnon hingga tergamak menyamakan zat kebesaran Allah s.w.t dengan istilah lucah 'pukimak' yang terdapat dalam novel SHIT, hari ini pula Shahnon seperti melupakan jasa tersebut hingga tergamak mengecam hubungan mesra PAS dengan DAP.

Barangkali Shahnon pun sudah tidak mampu menahan sabar membiarkan Nik Aziz sesuka hati menentukan halatuju dan dasar perjuangan PAS, jika demikian amatlah perlulah untuk Sasterawan Negara itu mempersiapkan dirinya untuk dilempang oleh Mursyidul Am PAS itu kelak.

Jadi amat patut dan wajar sekali untuk Nik Aziz melempang Sasterawan yang tak sedar diri dan tak kenang budi itu.

Lagipun, siapa Shahnon untuk sesuka hati mengatakan, "dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP". Jauh bezanya taraf Shahnon dengan Mursyidul Am PAS.

Hatta, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dengan selamba saja dapat diperlekehkan oleh Nik Aziz, apa sangatlah standard Shahnon untuk terkecuali dari terpalit dengan terjahan keras dari Nik Aziz yang terkenal dengan mulut berusnya itu. Tak gitu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khalid Panik Air Empangan Selangor Kritikal

Awal bulan Ogos tahun 2010 Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bekalan air di Selangor lebih dari mencukupi untuk kegunaan rakyatnya sehingga tahun 2019.

Kenyataan Khalid itu tentulah melegakan penduduk Lembah Klang kerana mereka tahu jika krisis air seperti mana pernah berlaku dulu, 1998/99, kesannya amat memeritkan kehidupan harian selain turut memberi kesan buruk pada perkembangan ekonomi.

Tambah melegakan khalayak umum bila mana pada pertengahan Julai tahun ini pula, Exco kanan kerajaan PKR Selangor, Ronnie Liu telah membuat lawatan ke empangan di seluruh Selangor dalam usahanya membuktikan negeri ini tidak berhadapan dengan sebarang risiko krisis air.

Rata-ratanya takungan air di semua empangan dan sungai tika itu mencatatkan paras takungan 100% penuh, ada juga yang terlebih-lebih hingga air melimpah serta perlu dilepaskan ke sungai dan ada pula yang paling tidakpun takungan semasa air dalam empangan hampir penuh.

Berdasarkan tinjaun tersebut, Ronnie merumuskan ura-ura Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk melakukan catuan air adalah mengarut dan langkah sedemikian sebenarnya tidak perlu dilaksanakan kerana semua empangan masih dipenuhi air.

"Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air. Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," demikian katanya kepada sebuah portal pro pembangkang Julai lepas.

Tiada tanda kerisauan jauh untuk panik bila dilihat pada keyakinan Khalid dan Ronnie Liu itu. Seolah-olah hujan di negeri ini berlaku sepanjang masa atau turun mencurah-curah sehingga 3 jam sehari untuk mengekalkan paras air di semua empangan.

Realitinya SYABAS bercakap perihal air terawat yang mana sebahagian besar loji-loji rawatan utama kini sudah beroperasi melebihi kapasiti maksima. Manakala Ronnie pula bercerita pasal air mentah yang masih memenuhi empangan dan sungai.

Dah jadi macam ayam dengan itik bercakap manakala rakyat pula ternganga dan kerunsingan memikirkan apa bakal terjadi pada kehidupan mereka kelak.

Hakikatnya, baik air mentah mahupun air terawat, kedua-duanya penting untuk kehidupan, cumanya rakyat tak minum air mentah dan tak guna air lombong untuk menguruskan kehidupan seharian.

Rata-rata kita sebagai manusia waras dan berakal, untuk minum, membasuh atau apa saja aktiviti harian yang memerlukan air, kita memanfaatkan air yang sudah selesai dirawat di loji-loji rawatan air.

Kecuali, hanya binatang seperti kambing, lembu dan lain-lain spesis yang dinamakan haiwan sahaja yang sanggup minum air mentah, atau barangkali juga dikalangan manusia, hanya Khalid dan Exco-exconya sahaja yang sudah terbiasa minum dan mandi dari air mentah yang di ceduk dari lombong-lombong.

Berbalik pada kisah air mentah di empangan dan sungai, jika 3 bulan lalu, pemimpin DAP yang juga Exco kanan Selangor telah mengesahkan semua empangan dan sungai di Selangor masih dipenuhi air, persoalan sekarang apakah paras air itu masih kekal atau semakin bertambah?

Jawabnya ialah, tanda-tanda awal kemungkinan berlakunya krisis air sebagaimana dijangkakan dari kajian-kajian hampir 10 tahun dulu nampaknya bakal menjadi kenyataan.

Berdasarkan laporan terkini yang diperolehi, paras air di Empangan Sungai Selangor menunjukkan penyusutan ketara. Pada Julai 2012 bacaan paras kapasiti semasa ialah 217.35 juta meter, sekarang ini pula sudah jatuh kepada paras 199.20 juta meter.

Empangan tersebut umumnya mampu menakung kapasiti air maksima sehingga 235 juta meter, jelas sekali sejak Julai 2012 semasa lawatan oleh Exco negeri, paras tersebut sudah menyusut sehinggalah ke paras sekarang.

Sungai Selangor dan beberapa sungai berdekatan yang membekalkan air ke empangan tersebut juga sudah menyusut. Jika dalam tempoh 20 hari keadaan ini berkekalan, kesannya bukan sahaja menyebabkan empangan tersebut akan kekurangan air malah operasi Loji Rawatan Air Rasa dan Bukit Badong juga akan terjejas teruk.

Impaknya amat buruk kepada rakyat Selangor khususnya kepada mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur serta 40 peratus penduduk Rawang, Selangor.

Sementara itu di Empangan Sungai Tinggi, bacaan terbaru yang direkodkan ialah 54.94 juta meter berbanding paras maksimanya ialah 59.5 juta meter. Bacaan yang direkodkan pada Julai lalu ialah 58.70 juta meter, ini juga menunjukkan telah berlaku kemerosotan kapasiti takungan air di empangan ini.

Pada 24 Mei tahun ini, MB Selangor pernah meminta pemimpin Kerajaan Pusat melakukan lawatan kesemua 7 empangan di Selangor dalam usaha Khalid untuk membuktikan Selangor tidak akan berdepan dengan krisis air.

Dan kini, dua bacaan paras air terkini yang diperolehi bagi dua empangan iaitu Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi sudah terbukti sedang mengalami penyusutan ketara walaupun belum lagi mencapai tahap kritikalnya.

Kita harap Khalid sendiri tidak keberatan untuk meluangkan masa melawat empangan tersebut. Bila Khalid melihat dengan mata kepalanya sendiri, pastinya senario semasa ini bakal menyebabkannya panik ataupun mungkin masalah gagapnya makin teruk.

Sudahlah sebahagian besar dari 34 loji rawatan air di seluruh negeri sekarang sedang beroperasi dan memproses air rawatan melebihi kapasiti maksima, tambah lagi dengan masalah takungan air mentah di empangan kian menyusut, mahu mereng Khalid dan anggota Exconya memikirkan alasan untuk meredakan kerunsingan rakyat Selangor.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Tanah YBK: Percubaan Memperkasakan Cina Dan Mengenepikan Melayu

Alhamdulillah, taktik kotor kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah yang dimiliki Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) telah tidak berjaya.

Tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor itu termasuk di dalamnya perancangan pembangunan pembinaan UiTM yang melibatkan keluasan 218 ekar.

PYBK telah memenangi kes ini di mahkamah yang mana mendedahkan bagaimana kerajaan PR Selangor cuba mencampuri urusan PYBK dan apabila gagal, cuba merampas tanah tersebut dengan cara kotor.
PYBK adalah anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang bertanggungjawab mengadakan program-program kebajikan serta menyediakan bantuan serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Syarikat ini boleh dikatakan berjaya kerana sehingga kini ternyata ia mampu menjana modal bagi menampung program-program kebajikan yang diadakan.

Pembinaan UiTM di atas tanah tersebut juga tentunya menepati objektif syarikat iaitu untuk membantu rakyat miskin kerana universiti itu merupakan antara universiti yang mengenakan yuran paling murah tertakluk kepada pendapatan ibubapa pelajar.

Berdasarkan hakikat ini, tindakan kerajaan PR Selangor yang bersungguh-sungguh cuba mencampuri urusan dan merampas hartanah syarikat tersebut menimbulkan kemusykilan di kalangan rakyat.
Namun, kemusykilan ini kini terjawab dengan pendedahan surat YB Elizabeth Wong di bawah:

Antara kandunganya:
Dimaklumkan bahawa saya memohon kerjasama YAB Tan Sri Dato' Seri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan sebahagian tanah milik Yayasan Selangor iaitu HS(D)/234356 PT 4221 Seksyen 21, Bandar Klang kepada Pusat Kebudayaan Cina.

Diharap pihak YAB Tan Sri Dato' Seri maklum akan perkara ini. Perhatian dan kerjasama YAB Tan Sri Dato' Seri amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sungguh mudah sekali Elizabeth Wong meminta, atau mungkin lebih tepat mengarahkan Khalid Ibrahim menyerahkan tanah YBK kepada Pusat Kebudayaan Cina. Dan dari apa yang dicatatkan dengan tulisan tangan di surat tersebut, iaitu 'sudah dibincang, sila uruskan', menunjukkan yang ianya tidak mendapat bantahan di pihak Khalid.

Persoalannya, apakah alasan bagi Khalid mahupun Elizabeth Wong untuk mengambil tanah yang menjadi hak rakyat miskin melalui YBK, untuk dijadikan sebuah Pusat Kebudayaan Cina? Atau apakah signifikannya Pusat Kebudayaan Cina itu sehingga ia layak atau berhak untuk mengambil tanah rakyat miskin?

Tidak mustahil yang sebenarnya digusarkan oleh Elizabeth Wong ialah perancangan pembinaan UiTM di tanah itu kerana kita sedia maklum akan pandangan serong kaum Cina terhadap universiti yang sinonim dengan bangsa Melayu ini. Sebolehnya, mereka mahu universiti itu dihapuskan atau dibuka luas kepada kaum mereka, diuruskan secara komersial tanpa mengambilkira tanggungjawab sosial membantu rakyat miskin.

Atau mungkin juga ini adalah sekadar salah satu dari 'ujian' terhadap Khalid bagi mengukur tahap 'kesetiaannya' kepada kesepakatan PKR dengan DAP iaitu bersedia berkorban segala hak dan harta benda kaum Melayu untuk diberikan kepada kaum Cina tanpa banyak soal? Jika ya, nampaknya walaupun Khalid telah mendapat markah penuh dari segi kesetiaan, beliau telah gagal dari segi perlaksanaan.

PR selama ini begitu bangga mewar-warkan bagaimana Khalid yang berlatarbelakangkan korporat mengambil pendekatan mengurustadbir negeri dengan cara korporat juga. Melalui pendekatan ini, matlamat utama ialah keuntungan kepada negeri dari segi kewangan dan bukannya faedah kepada rakyat keseluruhan.

Dengan itu, Khalid pastinya melihat tanah YBK yang begitu luas, mampu membawa keuntungan kepada negeri, tauke-tauke dan pemaju-pemaju berbangsa Cina jika diambil dan dibangunkan pusat komersial.

Bagi Khalid, visi dan misi YBK untuk menggunakan tanah tersebut bagi menjana faedah bagi rakyat miskin dilihat sebagai tidak produktif dan merugikan. Apatah lagi dengan tanah di negeri Selangor yang semakin hari semakin mahal berbanding di era pemerintahan Barisan Nasional.

Dalam hal ini, mungkin ada yang merasakan bahawa kenaikan harga hartanah adalah 'semulajadi' berdasarkan pasaran.

Namun, hakikatnya, tanah sebelum ini tidak begitu mahal kerana dasar kerajaan BN sebelum ini menjual tanah kepada pemaju dengan harga yang tersangat murah bagi membolehkan pemaju membina rumah yang lebih murah. Tetapi, kerajaan PR hari ini meletakkan harga tanah mengikut pasaran bagi membolehkan negeri mengaut keuntungan.

Dari situ, pemaju kemudiannya terpaksa meletakkan harga yang jauh lebih tinggi lagi bagi memastikan keuntungan di pihak mereka pula.

Akibatnya, rakyat dari golongan pendapatan sederhana dan miskin tidak lagi mampu memiliki rumah walaupun sekadar teres biasa.

Oleh itu, rakyat Selangor wajar melihat isu tanah YBK ini dari skop yang lebih luas dan mendalam. Ia bukan sekadar isu tanah orang miskin yang ingin dirampas oleh kerajaan PR, tetapi ia adalah gambaran agenda dan taktik DAP yang licik untuk menguasai segala-galanya di Selangor dan di bumi Malaysia ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nasharudin Cabar Majlis Syura

Sahih dan jelas sekali, para pemimpin PAS dari kalangan Anwarinas masih lagi mempunyai perasaan dendam dan curiga terhadap bekas Timbalan Presiden mereka sendiri sekalipun 9 September lalu Majlis Syura PAS telah memutuskan untuk tidak memanjangkan polemik kedudukan Nasharudin Mat Isa dalam parti.

Apabila Nasharudin masih berterusan mempertikaikan dasar songsang parti termasuklah yang terbaru mengecam sikap PAS tika ini yang terlampau mendahulukan kuasa berbanding prinsip Islam, ia bagaikan satu peluru baru bagi golongan Anwarinas untuk melancarkan semula perang menentang bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Nasharudin dalam ucapannya di Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah antara lainnya menyebut;

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk 5, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir? Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?".

Selanjutnya Nasharudin juga menyatakan bahawa dalam konteks politik umat Islam hari ini, masalah perpecahan umat seperti sengaja dilupakan sedangkan perkara itu merupakan masalah utama yang perlu segera mencapai penyelesaian.

Selain itu, beliau turut meluahkan kehairanannya apabila usaha dalam bentuk perbincangan dan penyatuan diantara UMNO dan PAS sering dipandang serong atau kelihatan 'taboo' bagi segelintir pihak yang tidak senang duduk dengan usaha murni tersebut.

Nasharudin mungkin beranggapan ucapannya itu tidakpun menyalahi sebarang kod etika partinya malah untuk ditafsirkan telah melanggar dasar PAS pun tentu tidak sesekali.

Malah bagi umat Islam juga tidak melihat ucapan Nasharudin itu lari dari landasan perjuangan Islam yang sedari dulu lagi amat menitik beratkan perpaduan dan membenci perpecahan.

Apatah lagi Majlis Syura dalam mesyuaratnya sebelum ini pun jelas menyebelahi Nasharudin apabila badan tertinggi PAS itu enggan menurut perintah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mahu beliau dipecat maka bolehlah dikira sebagai satu lesen untuknya terus menegur dan mengkritik parti demi kebaikan bersama.

Hakikatnya tidak sedemikian. Bagi golongan Anwarinas dalam PAS, ucapan berbentuk teguran dan kritikan terbuka oleh Nasharudin itu dikira sebagai sengaja mencabar Majlis Syura dan PAS itu sendiri.

Ini dapat dilihat dari reaksi keras Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang memberi amaran bahawa teguran Nasharudin itu adalah tindakan yang sengaja mempertikaikan pendirian parti serta satu cubaan yang mencabar kewibawaan Majlis Syura itu sendiri.

Jelas sekali golongan Anwarinas tidak akan duduk diam begitu sahaja membiarkan Nasharudin terlepas dari tindakan disiplin. Kesempatan ini tentunya diambil peluang oleh mereka untuk menebus kekalahan mereka sebelum ini.

Barangkali benar Nasharudin telah mencabar kewibawaan Majlis Syura PAS dimasa yang sama secara langsung mengkritik sikap PAS yang terlampau kemaruk mengejar kuasa hingga hampir tergadai maruah agama, bangsa dan negara, namun bagi umat Islam, tindakan Nasharudin itu tetap kena pada tempatnya.

Mungkin kali ini Nasharudin agak sukar untuk Nasharudin terlepas dari hukuman yang sekian lama diidam-idamkan oleh kumpulan Anwarinas dalam PAS, pun begitu sejauh mana PAS berani bertindak keras termasuk memecat Nasharudin tentunya menarik untuk dikuti perkembangannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BUKAN SEKADAR "SALAM ..." TETAPI BERIKAN UCAPAN PENUH MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNAH

Ucapan Salam kepada Rasulullah saw (dalam Tahiyyad) itu adalah
"Assalamualaika An-Nabiyyi
Warahmatullahi Wabarakatuh".

Jadikanlan ucapan ini sebagai amalan kerana Allah swt berjanji akan ucapkan Salam 10 kali ke atas kita bagi setiap 1 kali Selawat dan Salam kita ucapkan ke atas Rasulullah saw.

RAMAI TIDAK TAHU
bahawa ucapan "Assalamualaika An-Nabiyyi Warahmatullahi Wabarakatuh" itu adalah ucapan salam kepada Rasulullah saw seolah Baginda masih hidup. Ini seiring dengan riwayat hadis-hadis sahih yang berpesan agar umat Islam tidak terlalu bersedih kerana tidak dapat bersalam dan bertemu dengan Baginda saw selepas kewafatan Baginda saw.

UCAPAN SALAM SESAMA UMAT
kita juga disunatkan memberi salam dan dibalas salam lebih dari yang diberi. Bererti, kalau seseorang memberi salam, "Assalamualaikum", balasan sepatutnya adalah "Walaikumussalam warrahmah" atau lebih dari itu, "Walaikumussalam warrahmatullah", atau sehingga habis, "Walaikumussalam warrahmatullahi wabarakatuh".

AMALAN HARI INI YANG PERLU DIELAKKAN
"Salam" dari ucapan mulut ataupun dalam pesanan ringkas adalah mirip "Salom" amalan ucapan umat Yahudi yang perlu kita hentikan segera mungkin.

Selain itu, menambah "taala" dalam ucapan seperti "Walaikumussalam warrahmatullahi TA'ALA wabarakatuh" tidak pernah diajar Rasulullah saw.

Semoga amalan ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Ayuh kita amalkan yang baik dari semalam.

Senyum selalu dan wassalam.
Mohon sebaran.
:) SMILING BARAKAH :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.