Isnin, 11 Jun 2012

Al-Fatihah, Osman Kering meninggal

Berita kematian beliau diterima kira-kira 20 minit lalu melalui facebook. Beliau meninggal duni dan kini jenazahnya masih di HUKM . Berita disahkan oleh anaknya. Eiby
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kesepakatan BN Terbukti Melalui Konsep Calon Boleh Menang

Rakyat mengalu-alukan formula baru pembahagian kerusi berdasarkan konsep 'calon boleh menang' dan bukannya populariti parti sepertimana yang diumumkan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin semalam.

Contoh yang diberikan ialah, "…kalau di Parlimen Batu kita lihat (Pengerusi Parti Progresif Penduduk Wilayah Persekutuan) Datuk A. Chandrakumanan boleh menang, maka kita letakkan menggantikan Gerakan,…"
Formula baru ini dapat memastikan bahawa penyokong BN tidak berada dalam dilemma ketika membuang undi atas alasan tidak suka dengan calon yang diletakkan.

Sementara itu, ia juga akan membantu BN menarik golongan atas pagar kerana golongan ini sering mengundi berdasarkan calon dan bukan parti.

Lebih dari itu, tidak mustahil penyokong pembangkang akan memberi undi kepada BN atas faktor calon yang tepat dan diterima baik oleh masyarakat setempat.

Syukurlah kerana BN telah belajar dari kesilapan 2008, di mana faktor calon yang salah banyak merugikan parti yang sedia lemah ketika itu. Pada 2008, BN terlalu yakin dan selesa dengan nama parti sehingga mengambil mudah faktor calon.

Ramai pemimpin BN ketika itu percaya yang rakyat mengundi parti dan bukan calon serta parti akan tetap menang walau siapapun calonnya dan walaupun calon itu tidak bekerja dengan baik untuk mereka. Ternyata sikap tersebut telah membawa kerugian yang besar kepada parti, rakyat dan juga negara.

Walaupun begitu, BN masih berhadapan dengan ketidakpastian sikap parti-parti komponen untuk menerima baik formula ini. Semangat setiakawan serta kematangan calon akan teruji secara langsung.

Kemungkinan sabotaj dan boikot tidak boleh dielakkan seratus-peratus.

Maka, di sinilah perlunya rakyat bertindak matang agar tidak terpedaya dengan taktik sabotaj dan golongan yang tidak matang itu.

Adalah penting untuk kita melihat sesuatu dalam konteks yang besar dan luas sebelum membuat keputusan. Sedikit kajian dalam mencerna maklumat juga tidak akan merugikan kita kerana undi kita adalah penentu masa depan kita dan juga negara.

Sewajarnya, sekiranya seorang wakil rakyat telah berkhidmat dengan baik akan disukai oleh penduduk setempat. Maka sewajarnyalah juga beliau akan dicalonkan kembali.

Justeru, jika tidak tercalon, ia adalah salah diri sendiri dan bukannya salah parti atau salah kepimpinan. Andainya masih ingin merajuk, mengsabotaj atau memboikot PRU kerana tidak tercalon, maka ia dengan sendirinya menunjukkan yang mereka sememangnya tidak mempunyai ciri-ciri seorang manusia yang bertanggungjawab, jauh sekali seorang wakil rakyat atau pemimpin yang baik, sekali gus membuktikan bahawa keputusan untuk tidak mencalonkan mereka adalah tepat sekali.

Apa yang para calon 'wannabe' ini perlu tahu ialah, PRU di zaman transformasi ini tidak boleh lagi dianggap seperti PRU-PRU sebelum ini.

Pemikiran rakyat sudah maju, sikap rakyat sudah berubah. Rakyat mampu memperolehi maklumat mengenai pemimpin dan isu-isu tertentu melalui hujung jari sahaja.

Pemimpin boleh berpura-pura baik, boleh memanipulasi maklumat dan boleh menipu mengenai sesuatu isu tetapi beliau tidak boleh menipu sesiapa kecuali dirinya sendiri.

Maka, kita harap semua pemimpin dari semua parti komponen berlapang dada dan menerima nasib mereka dalam PRU akan datang dengan terbuka.

Jika nasib tidak menyebelahi anda sebagai calon, pastinya itu adalah yang sewajarnya untuk anda.

Terimalah dengan sebaiknya dan baikilah diri jika masih menyimpan cita-cita untuk ke puncak kuasa.

Tunjukkan pada rakyat bahawa kesepakatan antara parti-parti komponen BN adalah kesepakatan yang tulen, dan bukannya palsu sepertimana Pakatan Rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagi laporan polis terhadap Anwar Ibrahim

Pada 11 JUN 2012 jam 4 petang seramai 60-80 org ketua kampung bersama jkkk Parlimen Parit akan berkumpul di balai polis Seri Iskandar Perak Tengah dan membuat laporan polis tanda sokongan menuntut siasatan di buka ke atas ANWAR IBRAHIM di atas kenyataan di dalam Akhbar yang mengatakan terdapat 20 akaun yang dikawal olehnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahli BN Sabah lompat parti

Dalam ceramah Anwar di Kajang minggu lepas, bukan main lagi dia kelentong penduduk Kajang yang rata-rata terdiri daripada penyokong Pas.

Konon ceritanya beberapa orang BN akan melompat masuk ke PKR.

Tetapi 3 nama yang diwar-warkan Anwar telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Anwar.

Mereka ialah Tan Seri Kasitah Gdam, Datuk Lajim Hj Okim dan Datuk Wilfred Bumburing.

Nah, mana lu mau letak muka? Ops tetapi Awnar jenis muka tak tau malu, jenis muka bantal. Kata Datuk Nalla , " muka setan, siang satu muka, petang satu muka lain dan malam lagi satu muka setan juga mari".

http://apakata.blogspot.com/2012/06/lain-kali-tunggu-empunya-badan-umumkan.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NFC: Rafizi Nak Buat Filem Pulak Dah

DISEKELILING Rafizi sekarang, rata-rata orang menganggapnya sebagai hero kerana kononnya berjaya menumbangkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dalam isu National Fedlot Corporation (NFC). Puji-pujian ini menjadikan Rafizi teruja dan rasa 'terer' yang amat sangat. Dia yakin bahawa isu ini saja mampu memenangkannya dalam kerusi Parlimen dimana dia akan dicalonkan nanti.

Tapi pelbagai perkembangan semasa kebelakjangan ini menjadikan isu NFC ini kurang menarik lagi dah, sekurang-kurangnya dari segi politik yang menguntungkan Rafizi.

Antaranya pengesahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri bahawa Shahrizat tidak terbabit dengan NFC, tidak seperti yang digembar-gemburkan dulu. Disember lepas, Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa projek NFC tidak bermasalah, yang bermasalah NFCorp – syarikat yang dimiliki dan diuruskan suaminya, Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail.

Justeru, Rafizi perlu memikirkan sesuatu untuk menyambung hayat NFC ini kerana pilihanraya yang diharapkannya berlangsung lebih awal, tidak menjadi kenyataan. Ini penting, sebab orang Malaysia diketahui hanya berminat dengan isu yang masih panas, isu yang dah sejuk kurang nak diberi perhatian.

Lagipun Rafizi tidak ada kelebihan lain yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin yang pro rakyat melainkan isu NFC ini sahaja. Statusnya sebagai anak emas Anwar (ada kata anak ikan) dan latar belakang pendidikan di luar negara menjadi Rafizi sebagai golongan elitis yang tidak pro rakyat. Kedudukan Rafizi yang naik mendadak dalam PKR, dari Penasihat Kewangan kepada Pengarah Strategik, ada kena mengena dengan hubungan intimnya dengan Anwar, tidak lebih dari itu.

Maka itu, terfikirlah Rafizi untuk menerbitkan sebuah filem yang berkaitan dengan NFC (seperti dilapor Malaysiakini). FIlem, seperti mana yang kita tahu memainkan peranan mendekatkan artis dengan masyarakat, bukan masyarakat dengan artis. Rafizi juga mengimpikan untuk mendapatkan populariti dengan pendekatan yang sama. Dia sendiri tak mahu dekat dengan rakyat, tapi mahu rakyat dekat dengan dia melalui penerbitan filem berkaitan NFC ini.

Kebetulan ada filem-filem pendek 'pro kerajaan' dari kumpulan yang menggelarkan Bangkang Dari Longkang sedang mendapat sambutan hebat di Youtube, maka penerbitan filem oleh Rafizi ini nanti dijangka akan menyaingi kepopularan Bangkang Dari Longkang, dalam masa yang sama menghidupkan kembali cerita NFC yang semakin pudar kepopularitiannya seperti yang penulis sebutkan di atas.

Menurut maklumat yang penulis dengar, Rafizi akan bekerjasama dengan penggiat filem pro Pakatan Rakyat seperti Hishamudin Rais, Jed Murad dan pelakon Mislina Mustaffa untuk menjayakan filem tersebut nanti. Terlupa Rafizi bahawa semua nama-nama yang disebutkan di atas punya idea tapi tidak ada nilai komersial, walaupun ada pengalaman dan keupayaan.

Sedangkan nilai komersial itulah yang menarik penonton.

Tapi, apa sekalipun kita tidak pedulilah sama ada Rafizi nak buat filem atau apa. Yang kita harapkan kalau masih ada maruah, masukkan juga babak dimana Rafizi menghasut, membayar kakitangan Public Bank untuk mendapatkan salinan penyata kewangan NFC, seterusnya melanggar undang-undang negara (Akta Bank Dan Insititusi Kewangan – BAFIA).

Ini penting sebab pemimpin pembangkang sering bercakap tentang matlamat tidak menghalalkan cara, terutama bila membincangkan video seks Anwar. Sekarang kita nak lihat, Rafizi berani ke tak berani mendedahkan apa sebenar yang dilakukannya sehingga ke tahap memperalatkan orang lain dan undang-undang negara.

Penulis membayangkan filem tersebut hanya laku dan menjadi bualan dikalangan-kalangan mereka sahaja.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Akhirnya PAS Berjaya Hancurkan Kulim Hi-Tech Park

Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebuah taman teknologi tinggi yang diilhamkan dari Silicon Valley di Amerika dahulunya merupakan projek kebanggaan Negeri Kedah. Ia adalah satu-satunya projek di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang berjaya.

Diuruskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC), projek ini telah menerima beberapa anugerah hartanah peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya di antara kawasan pelaburan paling berprestij dalam peta pelaburan dunia.

Tapi, ini semua cerita lama iaitu sebelum pihak pengurusan KTPC dan negeri bertukar tangan kepada PAS. Zaman kegemilangan KHTP telah berakhir selepas PRU 2008, dan KHTP kini tidak ubah bagai sebuah syarikat hartanah yang hanya menunggu masa untuk dikuburkan.

Pihak pengurusan KHTP yang baru iaitu yang diketuai oleh Haji Muhammad Sobri Osman, Presiden KTPC, langsung tidak mampu membawa pelaburan baru. Di bawah telunjuk Annuar Safar, Naib Presiden Ind. Dev. & Research, Haji Sobri mengiakan apa saja cadangan dan keputusan beliau.

Annuar Safar ialah salah seorang dari 3 pengurusan atasan yang kekal sejak dari zaman Barisan Nasional menerajui Kedah. Dan sejak dari zaman BN lagi, Annuar Safar telah diketahui sebagai penyokong Pakatan Rakyat malah semua pekerja tahu bahawa beliau pernah menyalahgunakan peralatan pejabat untuk membantu parti Keadilan dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.

Sejarah Annuar Safar juga menunjukkan yang beliau pernah diminta surat tunjuk sebab oleh Lembaga Pengarah KTPC akibat terdapat bukti jelas yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah. Sebelum menyertai KTPC, Annuar Safar juga pernah diminta meletak jawatan dari sebuah GLC atas alasan salahlaku rasuah juga.

Di kalangan pekerja, Annuar Safar terkenal dengan sikap dengki khianat dan dendam terhadap sesiapa saja yang lebih tinggi pangkat darinya atau orang bawahan yang dilihat mampu mencabarnya. Beliau yang ditugaskan mengurus Techno Center, pada ketika itu, memenuhi pejabatnya dengan wanita-wanita muda dan sering menambah bilangan pekerja walaupun tiada keperluan untuk syarikat berbuat demikian. Segala teguran dan kritikan dari pihak atasan akan disimpan sebagai dendam, tanpa berbuat apa-apa.

Apabila PAS mengambil alih negeri Kedah, KTPC juga diambil alih oleh PAS. Ini menyebabkan ramai orang-orang lama yang berpengalaman meninggalkan KTPC kerana tidak sesuai bekerja dalam suasana politik dan tidak professional.

Setiap keputusan dibuat dalam konteks politik terutama apabila ia melibatkan pekerja. Pengurusan baru juga mengambil tindakan 'membuang' pekerja secara halus atau tidak langsung jika dikenalpasti sebagai penyokong BN. Hampir kesemua tindakan ini diambil oleh Haji Sobri kerana menerima bulat-bulat segala nasihat Annuar Safar, yang pastinya berniat untuk membalas dendam.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haji Sobri adalah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kedah dan ura-ura menyatakan yang beliau akan bertanding di kawasan Pantai Merdeka, Sungai Petani dalam PRU 13 nanti. Mungkin juga kerana terlalu sibuk berpolitiklah maka beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pegawai-pegawai pengurusan atasan untuk mengendali KTPC. Namun, khabar juga jelas kedengaran yang beliau sebenarnya tidak cukup pengalaman dan pengetahuan untuk mengendalikan syarikat korporat bertaraf dunia seperti KTPC. Membawa sikap biasa seorang 'lebai PAS', Haji Sobri juga dikatakan jenis yang suka melalut berbual mengenai wanita di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diterajuinya serta tidak gemar berbincang perihal kerja yang dianggapnya terlalu berat untuk dicernakan.

Di sinilah terletaknya persoalan besar mengenai KHTP iaitu, apakah wajar seorang Presiden syarikat milik kerajaan negeri di bawah naungan Pusat bergerak aktif dalam politik yang menentang kerajaan pusat?

Haji Sobri ini juga kelihatan di Himpunan Hijau PAS pada 1 Jun lalu memberi sokongan penuh untuk menjatuhkan kerajaan. Amatlah janggal apabila seorang peneraju syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan langsung asing, menentang kerajaan pusat sedangkan beliau perlu bekerjasama erat dengan pusat.

Tanpa bantuan, kerjasama dan sokongan pusat, usaha menarik pelaburan adalah hampir mustahil.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.